Anda di halaman 1dari 52

Penularan Penyakit Berjangkit:

Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Kelestarian Alam Sekitar


Pelajar Tahun 6 Daerah Johor Bahru Melalui Pendidikan
Alam Sekitar

NAMA: MUHAMAD SYAHMI RIFQI BIN SHARIMAN


SEMESTER: SEMESTER 5
OPSYEN: SAINS 2
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.1. Pengenalan

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda


yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres
kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya.
Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan
kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah
laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara
dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh
dibezakan.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.2. Latar Belakang Kajian

Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan


komuniti kerana, secara normatifnya, persekitaran yang bersih
boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuni.
Keadaan persekitaran yang bersih adalah hasil daripada usaha
menjaga dan memelihara kebersihan ruang peribadi, sepunya, dan
awam oleh pelbagai peringkat komuniti dan pihak berkuasa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah badan dunia yang aktif
menganjurkan persidangan seperti Human Environment di Stockholm pada
tahun 1972 yang telah mengeluarkan Deklarasi 19 Prinsip tentang alam sekitar.
Antara lain, Deklarasi ini menyebut usaha untuk mempertahan dan memelihara
persekitaran manusia untuk generasi kini dan akan dating bagi kepentingan
sejagat (Declaration of the UN Conference on the Human Environment,
Stockholm,1972).

Pada tahun 1992 pula, PBB menganjurkan Persidangan Persekitaran dan


Pembangunan di Rio de Janeiro yang lebih dikenali sebagai ‘Persidangan
Dunia’ dan telah menghasilkan Deklarasi Agenda 21. Deklarasi ini menyebut
tentang pentingnya pembangunan yang lestari dan pemeliharaan alam sekitar
yang berterusan khusunya untuk menangani isu pemanasan global dan
sebagainya.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.3. Pernyataan Masalah


Banyak kajian merumuskan bahawa isu pencemaran alam sekitar
ini berpunca daripada perlakuan aktiviti manusia sendiri. Alam
sekitar tercemar kerana aktiviti manusia yang lebih mementingkan
keuntungan tanpa memikirkan kesan ke atas persekitaran dan
kehidupan pada masa hadapan (Aminuddin Hassan et al, 2009). Ia
juga berkaitan nilai dan cara hidup yang tidak mesra kepada
penjagaan persekitaran (Sardar and Ziauddin, 1985).
ISU ALAM SEKITAR:

- Jerebu
- Pencemaran Air
- Pencemaran Udara
- Pencemaran Tanah
- Pemanasan Globa;
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.4. Tujuan, Objektif Dan Hipotesis Kajian

1.4.1. Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap


pengetahuan masyarakat dan komuniti terhadap alam sekitar dan
amalan kelestarian alam sekitar serta pendidikan alam sekitar di
sekolah rendah.
BAB 1 (PENDAHULUAN)
1.4. Tujuan, Objektif Dan Hipotesis Kajian

1.4.2. Objektif Kajian

Berikut adalah objektif kajian ini:

a. Untuk mengenalpasti tahap kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan


pelajar.
b. Untuk mengenalpasti amalan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam
kalangan pelajar.
c. Untuk melihat perbezaan antara tahap kesedaran, amalan dan tanggung jawab
terhadap alam sekitar berdasarkan jantina pelajar.
d. Untuk melihat hubungan antara tahap kesedaran pendidikan alam sekitar dengan
amalan dan tanggung jawab terhadap alam dalam kalangan pelajar.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.4. Tujuan, Objektif Dan Hipotesis Kajian

1.4.3. Persoalan Kajian

a. Apakah tahap kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan


pelajar?
b. Apakah tahap amalan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar
dalam kalangan pelajar?
c. Adakah terdapat perbezaan antara tahap kesedaran, amalan dan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dan penyakit berjangkit
berdasarkan jantina pelajar?
d. Adakah terdapat hubungan antara tahap kesedaran pendidikan alam
sekitar dengan amalan dan tanggung jawab terhadap alam sekitar?
BAB 1 (PENDAHULUAN)
1.4. Tujuan, Objektif Dan Hipotesis Kajian

1.4.4. Hipotesis kajian

Hipotesis noll kajian adalah seperti berikut:

-Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesedaran


pendidikan alam sekitar, amalan dan tanggung jawab terhadap alam sekitar
berdasarkan jantina.

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan,


kesedaran dengan amalan dan tanggung jawab terhadap alam sekitar kalangan
pelajar.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.5. Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran dan


amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan murid-murid
tahun 6 di sekolah di sekitar Larkin. Seramai 242 pelajar daripada
populasi 650 murid tahun 6 di kawasan ini tersebut telah dipilih
sebagai responden melalui persampelan rawak berkelompok
dengan aras keyakinan 95 peratus.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.6. Kepentingan Kajian

1. Kementerian Pelajaran (Bahagian Perkembangan Kurikulum)

Inisiatif yang melibatkan aspek kurikulum pendidikan alam sekitar


boleh dibuat penambahbaikan sejajar dengan matlamat pendidikan
untuk kelestarian alam.
2. Bahagian Pendidikan Guru

Kajian ini juga boleh memberi petunjuk kepada pihak institusi pendidikan
perguruan yang melatih guru-guru khususnya dalam pendidikan alam sekitar
tentang keberkesanan pendekatan serta kaedah pedagogi yang berkesan
untuk menyampaikan pendidikan alam sekitar sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Pelaksanaan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum
mungkin perlu diberi perhatian yang lebih mendalam bagi mencapai matlamat
sebenar pendidikan alam sekitar.
3. Ahli-ahli akademik dan pusat pengajian tinggi

Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu daripada rujukan empirikal (tentang
hubungan penghayatan agama dengan sikap dan tingkah laku terhadap alam
sekitar) bagi ahli-ahli akademik menilai semula falsafah pendidikan alam sekitar
yang selama ini dipelopori oleh pihak Barat. Falsafah pendidikan sains moden
yang telah lama dianuti oleh masyarakat seluruh dunia telah memisahkan aspek
spiritual. Kesannya, kita dapat menyaksikan pelbagai isu-isu alam sekitar dan
krisis sosial yang semakin hari semakin membimbangkan.
4. Pihak sekolah

Tahap kesedaran alam sekitar yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar diharapkan


dapat memberi impak positif kepada pihak sekolah untuk merancang program-
program serta aktiviti alam sekitar yang lebih bermakna kepada pelajar-pelajar
di sekolah. Pelajarpelajar yang mempunyai sikap dan tingkah laku yang kurang
positif terhadap alam sekitar perlu diberi kesedaran sebelum mereka
meninggalkan bangku sekolah.
5. Ibu bapa dan masyarakat

Hasil kajian ini juga perlu disampaikan kepada ibu bapa dan masyarakat supaya
mereka dapat memberi perhatian terhadap aspek spiritual remaja serta
penghayatan mereka terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.
BAB 1 (PENDAHULUAN)

1.7. Definisi Secara Operasi

1.7.1. Pengetahuan

Pengetahuan berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi


Keempat didefinisikan segala yg diketahui atau yg dipelajari
tentang sesuatu ilmu.
1.7.2. Kesedaran

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Puskata Edisi Keempat mendefinisikan kesedaran sebagai perihal
atau rasa sedar dan keinsafan.

1.7.3. Amalan

Berdasarkan maksud yang telah dikeluarkan oleh Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-4, amalan
membawa dua bentuk definisi iaitu yang pertama perbuatan yg baik-baik. Manakala yang kedua pula
perbuatan yang biasa dilakukan atau lebih sinonem dengan perkataan kebiasaan.

1.7.4. Kelestarian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal, atau tetap
1.7.5. Alam Semula Jadi

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.

1.7.6. Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan Alam Sekitar merujukkan kepada usaha terancang untuk mengajarkan mengenai
bagaimana kebergunaan persekitaran semula jadi, dan amat khasnya, ialah mengenai bagaimana
setiap insan boleh menguruskan tingkah laku dan ekosistem sehingga boleh berhidup secara
berkekalan. Ianya merupakan berbilang tatatertib yang menyepadukan bidang-bidang ilmu
pengetahuan yang ianya berdekatan dengan biologi, ilmu kimia, ilmu fizik, ekologi, sains bumi, sains
atmosfera, matematik, dan geografi.
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1. Pengenalan

Dalam bab ini, perkara melibatkan teori-teori yang berkaitan


dengan persekitaran, alam sekitar dan amalan kelestarian akan
diperincikan dengan lebih mendalam. Selain itu perkembangan
dan sejarah isu mengenai alam sekitar juga akan diperincikan bab
ini. di akhir perbincangan ini, satu kerangka konseptual yang
menghubungkan penyataan masalah dan teori serta kajian ini
dihasilkan bagi menunjukkan arah perjalanan kajian ini
dilaksanakan
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.2. Teori Persekitaran

Sejarah Dan Perkembangan Isu Alam Sekitar Di Malaysia

Dari tahun 1980-an lagi Malaysia telah memulakan penglibatan


secara aktif dalam isu perbincangan mengenai alam sekitar di
peringkat antarabangsa
Perbincangan mengenai sejarah alam sekitar di Malaysia harus dimulai
daripada era sebelum kemerdekaan.

Pada era sebelum kemerdekaan, pembangunan negara pada ketika itu lebih
menumpukan kepada pengumpulan bahan-bahan mentah dan sumber asli
bagi meningkatkan kadar pertumbahan negara.

Manakala era selepas kemerdekaan pula, menerusi Dasar Ekonomi Baru yang
telah diperkenalkan pada tahun 1970, sebuah strategi pembangunan ekonomi
Malaysia yang mana bukan sahaja melibatkan perubahan-perubahan asas di
dalam rangka untuk membasmi kemiskinan, namun turut mencakupi aspek
mempertingkatkan proses pembangunan mampan pada tahun-tahun
berikutnya terutamanya pada dekad 1970 dan 1980 dirangka dan digubal.
Akibat daripada itu, beberapa isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah mula muncul selari
dengan pembangunan yang sedang rancak berjalan.

Menyedari isu dan konflik ini, pihak kerajaan telah mula memikirkan dan merancang cara
terbaik bagi memastikan alam sekitar akan terus terjaga bukan sahaja bagi kelangsungan
hidup manusia pada masa itu, malah untuk memastikan alam sekitar yang seimbang akan
terus dirasai oleh generasi akan datang.

Bagi menangani masalah alam sekitar terus berleluasa di negara ini, setiap punca masalah
perlu di kenal pasti dan pendekatan secara holistik dan realistik perlu diambil.

Pendidikan alam sekitar di Malaysia telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam usaha
meningkatkan kualiti alam sekitar di negara daripada terus meruncing.

Di Malaysia pendidikan alam sekitar tersediadalam pelbagai medium dan boleh diakses sama
ada melalui pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Model Celik Alam Sekitar
Celik alam sekitar’ nominal (Nominal environmental literacy)- maksudnya;
kebolehan untuk mengenal pasti istilah-istilah asas berkenaan denganalam
sekitar dan mengetahui maknanya secara umum.

Pada peringkat ini seseorang itu meskipun mengetahui istilah-istilah berkenaan


tetapi tidakmemahami secara mendalam akan maksudnya. Mereka hanya
mempunyai kemahiran yang asas dan kurang terlibat dalam aktiviti berkaitan
alam sekitar.
Manakala ‘Celik alam sekitar’ fungsian (Functional environmental literacy)
maksudnya; keupayaan untuk menggunakan pengetahuan asas, konsep dan
kemahiran berfikir dan mampu untuk menjelaskan sesuatu isu kepada pihak
ketiga sama ada secara bertulis ataupun secara lisan.

Seterusnya ialah peringkat ‘Celik alam sekitar’ operasi (Operational


environmental literacy) maksudnya; memilih antara pelbagai pilihan serta
mengambil keputusan dan tindakan yang bersesuaian dengan pendirian yang
dipegang.
Secara teorinya, kontinuum ini akan bermula dengan kesedaran, mengambil
berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan.

Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh


dikatakan sebagai seorang yang ‘celik alam sekitar’. Misalnya jika kitasedar
bahawa jerebu boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepadamanusia dan
hidupan.

Kita seharusnya juga perlu memahami jenis-jenisgas yang terkandung di


dalamnya serta kesannya ke atas manusia, hidupan dan kesihatan ekosistem
serta mampu juga menjelaskan kepada orang lain.
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.3. Dapatan Kajian Masa Lalu

2.3.1. Kajian Tahap Pengetahuan Alam Sekitar Dalam Kalangan Masyarakat


(Jamilah Hj Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul
Wahab, 2011).

2.3.2. Tahap Kesedaran Pelajar Di Peringkat Institusi Tinggi Terhadap Alam Sekitar
(Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd
Latif, Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai, 2013)
2.3.3. Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam
Sekitar (Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafiia & Seow Ta Weea, 2013)

2.3.4. Amalan Mesra Alam: Kajian Pengetahuan Alam Sekitar di Sabah dan
Sarawak (Jamilah Ahmad, 2012)

2.3.5. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku
Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti (Tan Pei San & Norzaini
Azman, 2011)
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.4. Kerangka Konseptual


BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan

Dalam Bab 3 ini iaitu Metodologi Kajian ini, beberapa perkara yang
melibatkan kajian ini akan dihuraikan oleh pengkaji. Ini merangkumi
aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian,
instrument kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah menganalisis
data bagi mengkaji tahap pengetahuan, kesedaran, dan amalan
pendidikan alam sekitar dalam membentuk kualiti hidup yang berteraskan
kelestarian alam sekitar.
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif dimana


data akan dianalisis dan diinterpretasikan dalam dua bentuk
deskriptif dan inferensi.

Statistik deskriptif digunakan alam kajian adalah bertujuan untuk


menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah seperti demografi responden
dan sebagainya.
Seterusnya bentuk statistik yang turut digunakan dalam kajian ini adalah statistik
inferensi. Statistik inferensi ini digunakan untuk menghuraikan perhubungan
antara pemboleh ubah.

Manakala reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah kaedah
tinjauan digunakan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku, dan mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perisitwa yang telah
berlaku (Mohamad Najib, 1999).
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.3. Tempat Kajian

Kajian mengenai alam sekitar ini telah dijalankan dan dilaksanakan di Daerah Johor
Bahru, Johor.

Kajian ini memberikan tumpuan terhadap murid tahun 6 sekolah rendah di kawasan
Larkin, Daerah Johor Bahru.

Antara sekolah yang akan dipilih adalah SK Larkin 1, SK Larkin 2, SK Tasek Utara, SK
Tanjung Puteri, SK Perempuan Jalan Yahya Awal, SK Temenggong Abdul Rahman 1,
dan SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Beberapa orang pelajar tahun 6 dari beberapa buah sekolah di atas akan dipilih
dan akan dijadikan sampel.
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.4. Sampel Kajian


Jenis persampelan yang dipilih dalam kajian ini adalah
persampelan bertujuan.
Dalam persampelan ini, tujuan utama adalah untuk melihat tahap
pengetahun, kesedaran, dan amalan kelestarian alam sekitar
dalam kalangan pelajar di sekolah rendah dalam sekitar Larkin.
Sebagaimana yang sedia maklum kajian ini dijalankan terhadap pelajar tahun 6
di sekitar kawasan Larkin dalam Daerah Johor Bahru.

Sebelum menjalankan kajian, bilangan keseluruhan pelajar tahun 6 di kawasan


Larkin dikenalpasti.

Didapati bilangan pelajar tahun yang telah bersekolah di sekitar Larkin adalah
seramai 650 orang.

Oleh itu populasi bagi kajian ini adalah seramai 650 orang.

Berdasarkan Jadual Krejcie & Morgan (1970) yang menunjukkan jumlah sampel
dan populasi (Krejcie dan Morgan, 1970), sampel kajian yang diperlukan adalah
seramai 242 orang bagi populasi yang seramai 650 orang.
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.5. Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan di mana satu set soal


selidik yang diubahsuai daripada Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri
(2016) digunakan sebagai instrumen pengumpulan data.

Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian
A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat butir
diri dan latar belakang pelajar.
Bahagian B mengandungi item mengenai tahap pengetahuan dan kesedaran
alam sekitar (ekologi asas; isu dan masalah alam sekitar; pembangunan
mampan alam sekitar; pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum; dan warga
alam sekitar).

Manakala bahagian C mengandungi 10 item amalan pelajar terhadap


pendidikan alam sekitar. Item-item yang dijawab berpandukan skala Likert yang
masing-masing diberikan skor 1 hingga 4 seperti berikut: Sangat Tidak Setuju
(STS); Tidak Setuju (TS); Setuju (S); dan Sangat Setuju (SS).
Interpretasi skor min adalah berdasarkan Chua (2006) seperti Jadual
3.5.1. Kesahan Soal Selidik (Validity)

Borang soal selidik yang telah siap perlu dihantar kepada beberapa orang
pensyarah untuk mendapatkan kesahan gagasan. Kesahan gagasan adalah
merujuk kepada ciri-ciri psikologi ujian, iaitu merangkumi semua ciri elemen kreativiti
yang hendak dikaji. Soal selidik tersebut akan disemak dan dinilai oleh pensyarah
tersebut terlebih dahulu. Pensyarah JPTK diminta untuk menyemak soal selidik
berkenaan dan kemudiannya, beliau memberi kelulusan dan kebenaran pada
penyelidik bagi mengedarkan set soal selidik tersebut kepada responden.
3.5.2 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengukur kebolehpercayaan alat ukur yang
digunakan dalam kajian ini. Campbell (1943) menyatakan bahawa kajian rintis
dilakukan bertujuan untuk memastikan kesahan item-item soal selidik terutama dari
sudut kefahaman pelajar, samada dari segi ketepatan, isi kandungan dan
penjelasan maksud. Objektif ke dua ialah untuk mengetahui jangka masa yang
digunakan oleh responden untuk menjawab semua item dalam borang soal selidik
yang berkenaan. Penyelidik melakukan kajian rintis terhadap 20 orang pelajar yang
dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah di luar kawasan kajian dan yang
mempunyai tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan kelestarian alam sekitar
yang rendah.
3.5.3 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik (Realibility)

Soal selidik yang telah mendapat pengesahan daripada pensyarah akan


diedarkan kepada beberapa orang responden yang mempunyai tahap
keperihatianan terhadap alam sekitar yang sangat rendah atau kepada sampel
di luar daripada sampel sebenar yang disasarkan iaitu pelajar di sekitar Larkin.
Sebagai contoh ujian ini dilakukan kepada mereka yang berada di kawasan
Kempas. Bentuk kebolehpercayaan item soal selidik menggunakan Kaedah
Kuder Richardson, di mana satu item pengujian untuk satu perkara sahaja
dengan sekali tadbir.
Ia bertujuan untuk melihat sama ada terdapat item-item yang kurang jelas dan
perlu diperbetulkan semula. Kemudiannya, seramai 15-30 orang responden akan
dipilih secara rawak untuk menjawab set soal selidik tersebut. Ia penting bagi
mendapatkan kebolehpercayaan bagi item borang soal selidik tersebut.
Tempoh masa sehari diberikan kepada responden untuk menjawab soal selidik
tersebut dan ia bersesuaian dengan jumlah item yang terdapat di dalamnya.
Untuk menguji tahap kebolehpercayaan bagi setiap instrumen kajian yang
dibina, penyelidik menganalisis instrumen tersebut berdasarkan nilai Cronbach
Alpha yang diperolehi. Sekiranya nilai koefisen yang diperolehi adalah 0.80 dan
ke atas, ini bermakna tahap kebolehpercayaan soalan tersebut adalah tinggi.
Jika nilai alpha tersebut berada di tahap yang tinggi, ia bermakna item-item
dalam soalan kajian tersebut adalah baik.
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum sesuatu kajian dilakukan, seseorang penyelidik perlu


melengkapkan diri dengan pengetahuan berdasarkan daripada
pembacaan bahan-bahan ilmiah. Selain daripada itu, data
sekunder juga digunakan dalam proses pengumpulan data iaitu
daripada laman web, jurnal dan surat khabar. Seterusnya,
perbincangan perlu dilakukan diantara penyelidik dengan penyelia
dalam pemilihan tajuk kajian yang bersesuaian.
Proposal perlu dibuat untuk memastikan kajian yang akan dilakukan tersebut
adalah tepat dan bermutu. Rujukan terhadap borang soal selidik yang berkaitan
dengan penilaian elemen kreativiti yang ingin dikaji juga adalah penting untuk
dilakukan supaya ia mendapat kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.7. Analisis Kajian

Data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedar dan dikumpul
semula untuk dibuat semakan. Disebabkan soalan kajian berbentuk skala likert, maka
data yang diperolehi juga adalah berbentuk kuantitatif. Bagi menganalisis data,
penyelidik menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science version
16 (SPSS) dan SPSS AMOS version 18 mengikut kriteria yang dikehendaki. Data kajian
bagi bahagian A akan dipaparkan dalam bentuk jadual dan dikelaskan mengikut
objektif kajian dengan memperlihatkan kekerapan dan peratusannya. Dapatan
daripada bahagian ini boleh membantu penyelidik membuat kesimpulan dari
perbincangan serta cadangan seperti di Lampiran C (Jadual Perancangan Kerja).
Nilai min akan digunakan bagi mengenal pasti dan menjawab persoalan kajian
keseluruhannya. Jadual 3.8 menunjukkan skor min mengikut nilai yang
ditetapkan mengikut sumber Prosser dan Trigwell, (1997). Jika min yang
diperolehi bernilai diantara 3.67 hingga 5.00, ia berada di skor yang tinggi.
Sekiranya nilai min berada diantara 2.34 - 3.66, skornya adalah di tahap yang
sederhana. Manakala, kedudukan nilai min diantara 1.00-2.33 berada di skor
yang rendah.
Manakala statistik inferensi pula menggunakan ujian khi kuasa dua dan ujian t.
Ujian khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan antara sektor
pekerjaan serta latar belakang pendididkan ibu bapa dan keluarga dengan
tingkah laku anak terhadap alam sekitar dan signifikan penerapan nilai-nilai
murni alam sekitar dalam proses PdP Sains.

Ujian bukan parametrik ini dipilih kerana sesuai dengan data yang berskala
ordinal dan tidak bertaburan secara tidak normal. Sebaliknya, ujian t digunakan
untuk menentukan perkaitan antara pengetahuan dengan jantina. Ini kerana
data yang terlibat dalam analisis tersebut adalah bertaburan secara normal dan
berskala selang (peratus).
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.8. Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan cara kajian ini akan dilaksanakan
bermula daripada mengenal pasti isu sehingga kepada menganalisiskan
dapatan kajian. Bab ini sangat penting kerana ianya merupakan panduan
utama kepada pengkaji bagi memastikan kajian ini tidak lari daripada objektif
yang ditetapkan. Selain itu bab ini juga akan menerangkan mengenai
ringkasan kajian ini dilakukan. Hal ini akan memberikan gambaran penuh
kepada pengkaji supaya kajian yang dijalankan akan memperolehi data yang
bermakna. Seterusnya dalam bab ini juga, pengkaji turut menyatakan secara
spesifik sampel yang akan dikaji.

Anda mungkin juga menyukai