Anda di halaman 1dari 11

ZAMAN PEMERINTAHAN

KOMPENI BERPIAGAM
BORNEO UTARA BRITISH
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AKMAL ARIF BIN MD YUSOP
PISMP MATEMATIK AMBIL AN JUN 2015
Bendera di bawah membawa
simbol negeri mana?
SEJARAH SABAH
 Sabah pernah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan
menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.

 Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah


jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan
Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi
Pantai Barat Sabah.

 Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai


Jesselton.
Kompeni Berpiagam Borneo Utara British

 Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di


mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah
pengaruh British.

 Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi


banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah
melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung).
 Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu
terdapat juga beberapa penentangan kecil.

Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun


1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh
suku Murut dalam tahun 1915.
 Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942,
selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus.

Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki


Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division
Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945.
 Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh
Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration)
sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.
Zaman kejatuhan kompeni
Berpiagam Borneo Utara.
 Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British
kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo
Utara selepas Perang Dunia Kedua.

 Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah


menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang
Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini.
 Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama
dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan
pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para
pentadbir.
RUJUKAN
Dayu Sansalu. (2008). Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan proses pemodenan 1881 – 1967.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Thukiman. (2002). Perspektif sejarah & politik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Isa Othman. (2000). Sejarah Malaysia 1800 – 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M.O. Ariff. (1970). The Philippines claim to Sabah: Its historical legal & political implications. Kuala
Lumpur.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan negara bangsa. Pahang: PTS Publication &
Distributor Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai