Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 1/12 Minggu Pratikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 Januari 2014 30 Januari 2014 Tarikh Jurnal

l : Minggu Pertama Di Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah.

Pada hari pertama, saya bersama-sama pasangan melaporkan diri di pejabat sekolah. Kami telah melaporkan diri kepada guru besar SK Kampong Sawah, En. Ngamidon Bin Abas. Selain itu, Surat Pengenalan Diri juga turut diberikan kepada guru besar sebagai tanda pengenalan diri kami. Kami telah diberikan taklimat ringkas mengenai sekolah ini. Setelah itu, kami dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan 1, Tn. Hj. Jonit Bin Karsin untuk taklimat mengenai jadual waktu kelas serta pentadbiran sekolah. Banyak soalan diajukan berkaitan dengan sekolah ini. Kami juga telah diperingatkan mengenai etika perguruan dari segi pemakaian, pengajaran dan sebagainya. Saya juga turut diperkenalkan dengan guru pembimbing iaitu Pn. Hawa Bt. Musa. Pada kali ini, saya perlu mengajar sebanyak 8 waktu seminggu iaitu 6 waktu bagi subjek Matematik tahun 3 Harapan dan 2 waktu bagi Pendidikan Moral tahun 2 Maju. Saya berasa agak mencabar kerana ini adalah kali pertama saya mengajar Pendidikan Moral dan bilangan murid yang saya ada hanya dua orang. Saya akan bermula mengajar Pendidikan Moral pada dua minggu akan datang iaitu 9 Februari 2014 kerana waktu Pendidikan Moral adalah pada hari Ahad dan Ahad bagi minggu ini orientasi praktikum telah dijalankan dan Ahad minggu depan adalah cuti sekolah sempena perayaan Tahun Baru Cina. Saya berharap saya dapat mengajar Pendidikan Moral dengan baik terhadap dua orang murid ini. Pada hari kedua dan ketiga, saya telah memasuki kelas untuk mengajar. Saya telah memasuki kelas 3 Harapan untuk mengajar subjek Matematik. Saya berasa agak selesa dengan kelas ini kerana kelas ini hanya mempunyai 23 orang murid. Saya berasa amat gembira dan memuaskan dengan kali pertama saya memasuki kelas 3 Harapan kerana saya dapat sambutan yang agak baik daripada mereka dan mereka dapat menumpukan perhatian sepanjang saya mengajar dalam kelas. Selain itu,

mereka juga sangat suka untuk menjawab soalan yang ditanya oleh saya semasa kelas dijalankan. Pada hari keempat, saya tidak perlu mengajar kerana saya tidak mempunyai waktu pada hari Rabu. Oleh itu, saya telah menggunakan masa lapang ini dengan meninjau ke sekitar kawasan sekolah sambil mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan. Maklumat tersebut seperti kedudukan kelas, makmal komputer, bilik BBM, perpustakaan dan sebagainya. Akhirnya, saya berasa minggu ini saya telah mengalami pengalaman yang baru dan bermakna. Saya harap pada 12 minggu yang seterusnya pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancar dan saya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua murid. Saya juga berharap saya dapat menyiapkan cadangan kajian tindakan saya pada semester ini dengan baik di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai