Anda di halaman 1dari 4

Peristiwa Kotak Ajaib Pada suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Monyet adalah sahabat yang

baik. Mereka sering bermain di atas bukit. Aku membawa sedikit makanan, marilah kita makan bersama-sama, kata Sang Arnab. Terima kasih, kamu sungguh baik hati, kata Sang Monyet. Setelah kenyang, mereka pun balik ke rumah masing-masing. Apabila Sang Arnab sampai ke rumah, dia terjumpa satu kotak ajaib. Dia berasa sangat teruja. Aku mesti memberitahu Sang Monyet kotak ajaib ini, bisik hati Sang Arnab. Pada keesokkan hari, Sang Arnab pun menjemput Sang Monyet ke rumah dia untuk melihat kotak ajaib itu. (Bunyi ketuk pintu) Marilah cepat masuk, aku nak tunjukkan awak sesuatu! kata Sang Arnab. Sang Arnab telah menunjukkan kotak ajaib tersebut kepada Sang Monyet. Amboi! Cantiknya kotak ini, awak dapat kotak ini dari mana? Tanya Sang Monyet. Aku terjumpa kotak ini di depan pintu rumahku semalam. Jangan beritahu kawan lain! kata Sang Arnab. Tanpa Sang Arnab dan Sang Monyet sedari, kata-kata mereka itu didengari oleh Sang Singa. Aku adalah Raja hutan. Kotak ajaib yang cantik itu harus dimilikiku! bisik Sang Singa dalam hati. Pada keesokkan hari, Sang Singa telah mencuri kotak ajaib itu apabila Sang Arnab keluar untuk mencari makanan. Hahaha! Sekarang akulah pemilik kotak ajaib ini, aku adalah Raja hutan yang paling hebat di dunia ini! Hahahaha kata Sang Singa dengan sombong.

Apabila Sang Arnab balik ke rumah, dia terkejut terlihat keadaan rumah yang berselerak. Dia mendapati kotak ajaib itu telah hilang. Sang Arnab sangat sedih dan marah. Dia mengesyaki Sang Monyet yang mencuri kotak ajaibnya. Mana perginya kotak ajaibku? Ini mestilah perbuatan Sang Monyet! kata Sang Arnab dengan marah. Dengan serta-merta, Sang Arnab menjuru ke rumah Sang Monyet. (Bunyi Ketuk Pintu!!!) Sang Monyet membuka pintu dengan terkejut. Apa telah berlaku Sang Arnab? Muka kamu nampak marah sahaja. tanya Sang Monyet. Mana kotak ajaib aku? Sanggup kau curi kota ajaib aku! marah Sang Arnab. Tidak ada Sang Arnab, saya tidak mencuri kotak ajaib itu, jelas Sang Monyet. Cepatnya pulangkan kepada aku! balas Sang Arnab dengan segera. Wahai kawanku, saya benar-benar tidak mencuri kotak ajaib itu. Percayalah aku, kata Sang Monyet dengan ikhlas. Kau adalah pencuri. Aku tidak mahu berkawan dengan kau lagi! kata Sang Arnab dengan marah. Sang Arnab pun pergi dari situ. Sang Monyet berasa sedih kerana Sang Arnab tidak percaya kepadanya. Sang Arnab pun pergi berjalan-jalan di atas bukit. Sang Monyet pun terjumpa Sang Lembu di sana. Wahai kawanku, kenapa kau nampak murung? tanya Sang Lembu. (Mengeluh) HaihKotak ajaib Sang Arnab telah hilang! Dia mengesyaki aku yang mencurinya. Aku sangat sedih. kata Sang Lembu. Kamu berduakan sahabat yang rapat? Mustahil kamu akan mencuri barang kawan karib kamu! kata Sang Lembu. Sang Arnab tidak mahu berkawan dengan aku lagi. Aku tidak sanggup kehilangan kawan karib ini. kata Sang Monyet.

Jangan risau, Sang Monyet! Aku akan membantu awak untuk mencarikan pencuri itu. kata Sang Lembu. Tiba-tiba, Sang Lembu terfikir satu cara yang baik untuk mengesan pencuri yang sebenarnya. Tanpa membazirkan masa, Sang Lembu pun menyuruh semua warga hutan untuk berkumpul di rumah Sang Arnab. Setelah semua warga hutan tiba di rumah Sang Arnab, Sang Lembu pun memberitahu peristiwa yang telah berlaku ke atas Sang Arnab. Satu peristiwa yang gempar telah berlaku di hutan kita! Sahabat kita, Sang Arnab telah kehilangan satu barang yang berharga! Justeru, untuk mencari pencuri tersebut, aku telah membawa satu alat yang canggih! Alat ini dapat membantu kita mengesan siapakah pencuri itu. kata Sang Lembu. Bukankah Sang Monyet yang curi kotak ajaibku? kata Sang Arnab dengan marah. Sabar, Sang Arnab. Janganlah kita membuat keputusan terburu-buru sebelum terjumpa bukti. kata Sang Lembu. Sekarang, setiap warga perlu menghulurkan kedua-dua tapak tangan ke dalam alat ini dan menyentuh tapaknya. Alat ini akan berbunyi sekira pencuri kotak menyentuhnya. Maka, mereka pun beratur dan menghulur tangan lalu menyentuh tapak alat tersebut. Sang Singa berasa takut sehingga tangannya menggigil, dia pun beratur di akhir barisan. Ketika sampai giliran Sang Singa, dia tidak berani menyentuh tapak alat tersebut. Selepas semua warga hutan mencuba dengan alat tersebut, alat itu tidak berbunyi langsung. Semua warga hutan berasa hairan. Pada masa yang sama, Sang Singa pun berbisik di dalam hatinya :Mujurlah mereka tidak mengesan akulah yang mencuri kotak ajaib.

Sang Singa berjalan mendekati Sang Lembu sambil ketawa terbahak-bahak. HaHaHaTeruk betul alat awak ini! Tidak berfungsi pun! kata Sang Singa. Sang Singa, awaklah pencuri itu! Tengoklah tangan awak dengan warga yang lain. kata Sang Lembu. Tapak tangan warga lain putih kerana terkena tepung, hanya tangan kau yang tiada. kata Sang Lembu. Rupa-rupanya kau pencuri tersebut! kata Sang Arnab. Sang Singa pun memohon maaf dengan penuh keseganan terhadap semua warga hutan. Maafkan aku, Sang Arnab. Aku tidak patut mencuri barang yang bukan kepunyaan diri aku. Aku janji aku tidak akan ulang kesilapanku lagi! kata Sang Singa. Sejak hari itu, hutan rimba kembali ke suasana aman damai seperti dahulu. Malahan, Sang Singa juga berkawan baik dengan semua warga hutan.

Anda mungkin juga menyukai