Anda di halaman 1dari 15

AHLI SIHIR

YANG ANGKUH
TAHUN 1

Raman tinggal di sebuah pekan di India. Pada


suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di
pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu. "
Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir
terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda
yang berani mencabar saya? Saya boleh
melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja
yang anda pohon." Raman pun tampil ke hadapan
dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin
mencabar anda.

Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan


saya?" "Boleh, mintalah apa-apa sahaja , akan saya
kabulkan permintaan anda," kata Tukang
Sihir. "Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan
sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang
Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka,"
kata Raman. " Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan
anda," kata Tukang Sihir.

Raman pun duduk bersila dan menutup


matanya. Dengan menggunakan tangan
kanannya, dia mengambil segenggam pasir
dan melemparkan ke arah matanya. "
Baiklah Tukang Sihir, sekarang
tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir
dengan melakukan seperti yang saya
lakukan tadi dengan mata yang terbuka,"
kata Raman.

Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu


bahawa dia tidak boleh melakukan seperti
yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan
kesalahannya yang terlalu bersikap
angkuh. Dia meminta maaf kepada Raman
dan terus meninggalkan pekan itu

ANAK IKAN YANG


SUKA MENIPU
TAHUN 2

Di sebuah lautan, terdapat seekor


anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya
kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
Tony akan menjerit, Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di
celah-celah batu.
Tony akan mentertawakan rakannya
itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan
jerung. Jerung yang garang itu akan
memakan mereka tanpa belas kasihan.

Pada suatu hari, Tony menghampiri


rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan
mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka.
Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari
lalu bersembunyi di celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakanrakanya. Ia menyangka mereka cuba


mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung!
Tak usahlah kamu semua mempermainmainkan aku! jerit Tony. Jerung itu
berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung itu.

KISAH
BELALANG
TAHUN 3

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor


belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah
itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis
bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur
dan cempaka.
Taman bunga itu berwarna-warni
dan harum.Tiap-tiap hari, belalang
akan menyanyi dan menari. Ia akan
melompat dari satu pokok ke pokok
yang lain. Belalang mempunyai ramai
teman di dalam taman itu. Ada ramarama, kumbang, lebah dan semut.

Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering


bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari,
belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk
bermain. Tetapi mereka semua sedang sibuk mencari
makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim
hujan tiba.
Belalang tidak percaya hujan akan tujun
sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan
menari sendirian. Setelah lama menyanyi,
belalang pulang ke rumah dan tidur kerana
keletihan.

Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia


berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,
katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan
tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan
lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut
nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum
musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.

Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan


belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah
teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan
pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat
belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
Saya akan membawa makanan,
kata lebah kepada belalang apabila
melihat belalang terlalu lemah dan
pucat. Lebah mencari semut dan
rakannya yang lain untuk menolong
belalang. Akhirnya belalang sembuh
dan sihat. Belalang insaf dan sering
mendengar nasihat daripada
rakannya.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai