Anda di halaman 1dari 2

Prosa Tradisional Tingkatan Satu

Asal Padi

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia.
Kedua-dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta
yang tinggal hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang
perempuan sedang bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat
keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia
melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah
dusun. Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin
meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi
itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia
dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu
bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan empunya padi. Si Bongsu berjaya
menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu
kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi
padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi.
Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi.
Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri akan
membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri.
Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh
Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah
punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.

Tema

48
Prosa Tradisional Tingkatan Satu

Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak
menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada
kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:


i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan
Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

ii. Persoalan kebijaksanaan mencari akal


Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

iii. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain


Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak


Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.

49

Anda mungkin juga menyukai