Anda di halaman 1dari 9

LEWAH DALAM MAKNA

PENGERTIAN LEWAH
Lewah : berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu. Contohnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan : hal (keadaan) yg berlebihlebihan.
Sumber : kamus dewan edisi keempat

Faktor berlakunya lewah dalam makna:


1. pengulangan Contohnya : a) mereka-mereka b) ibu bapa-ibu bapa

2. penambahan imbuhan yang tidak diperlukan Contohnya : a) memperbesarkan, sepatutnya memperbesar b) dipersetujui, sepatutnya disetujui c) diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut Contohnya : a) demi untuk b) elain daripada itu

Contoh lewah dalam makna


1. Kami berjuang demi untuk bangsa dan negara.
Perkataan demi dan untuk membawa makna yang sama. penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknadalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi.

Kami berjuang demi untuk bangsa dan negara.


Seharusnya menjadi

Kami berjuang demi bangsa dan negara

Kami berjuang untuk bangsa dan negara

Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis, yakni tidak membazir perkataan

2. Kita semua
kita ialah kata ganti nama orang pertama ya ng membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kuran g yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataa n semua. Dalam hal ini,semua dalam kita semua dianggap lewah.

3) Menggandingkan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Misalnya : a) "cuba try b) "kasut boot". Perkataan ini bukan sahaja lewah, bahkan juga berbentuk bahasa rojak.

Anda mungkin juga menyukai