Anda di halaman 1dari 23

Morfologi: Penggolongan Kata| 1

UNIT 5

MORFOLOGI:
PENGGOLONGAN KATA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep penggolongan kata;


2. menerangkan jenis-jenis kata nama;
3. menerangkan jenis-jenis kata kerja; dan
4. menerangkan jenis-jenis kata adjektif dan kata tugas.

Bagaimanakah
perkataan bahasa
Melayu digolongkan?
Morfologi: Penggolongan Kata| 2

5.0 PENGENALAN

Tahukah anda bahawa semua perkataan bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui
proses tunggal (termasuk pengakroniman), pengimbuhan, pemajmukan atau
penggandaan, boleh digolongkan dalam beberapa golongan kata yang mempunyai
persamaan yang tertentu. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), perkataan dalam
sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan
beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria
sintaksis, dan kriteria semantik.
Lazimnya, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa.
Istilah penggolongan kata boleh juga merujuk kepada istilah kelas kata, kategori kata atau
jenis kata.
Nik Safiah Karim et al. (2009), telah menggolongkan perkataan kepada empat
golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berikut ialah
penggolongan kata berdasarkan Tatabahasa Dewan:

1. Kata Nama

a. Kata nama khas


b. Kata nama am
c. Kata ganti nama: kata ganti nama am , kata ganti nama gelaran, kata
ganti nama arah

2. Kata Kerja

a. Kata kerja transitif


b. Kata kerja tidak transitif

3. Kata Adjektif

a. Kata adjektif sifatan


b. Kata adjektif warna
c. Kata adjektif ukuran
d. Kata adjektif bentuk
e. Kata adjektif waktu
Morfologi: Penggolongan Kata| 3

f. Kata adjektif cara


g. Kata adjektif perasaan
h. Kata adjektif jarak
i. Kata adjektif pancaindera, iaitu untuk indera rasa,
pandang, dengar, bau dan sentuh.

4. Kata Tugas

a. Kata hubung
b. Kata seru
c. Kata tanya
d. Kata perintah
e. Kata pangkal ayat
f. Kata bantu
g. Kata penguat
h. Kata penegas
i. Kata nafi
j. Kata pemeri
k. Kata sendi nama atau kata sendi
l. Kata pembenar
m. Kata bilangan
n. Kata arah
o. Kata adverba
p. Kata pembenda
q. Kata penekan

5.1 KATA NAMA

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), golongan kata nama bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama am, (ii) kata nama khas, dan (iii)
kata ganti nama. Rajah yang berikut ini menunjukkan penggolongan kata nama:

Kata nama am
Kata Nama Kata nama khas
Kata ganti nama
Morfologi: Penggolongan Kata| 4

5.1.1 Kata Nama Am

Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda,
perkara, atau konsep yang umum sifatnya.

Kata Nama Am

benda perkara konsep

Kata nama am Contoh


Benda alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
Perkara iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep kedamaian, perpindahan, keadilan

AKTIVITI 5.1

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am hidup manusia.

CARTAGENA (Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang


menubuhkan sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar,
Sabah yang akan menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene.

"Kita akan menjalankan latihan di negara sendiri, dan kita memperoleh alat simulator
bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Aziz
Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai pelancaran kapal selam kedua jenis
Scorpene di limbungan Navantia di sini, kelmarin.

Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di Perancis untuk
mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.

(Sumber: Berita Harian 7 Oktober 2008)


Morfologi: Penggolongan Kata| 5

5.1.2 Kata Nama Khas

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk
khusus orang, empat, atau benda. Contohnya:

Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.

Jenis-Jenis Kata Nama Khas

Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama khas membawa makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang,
bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama
khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas
hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama
khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan
melalui rajah yang berikut:

Jenis Kata Nama Khas

Hidup Tak Hidup

Manusia Bukan Manusia

a) Kata Nama Khas Hidup

Kata Nama Khas Hidup Contoh


i) Kata Nama Khas Hidup Manusia Jamil, Puteri Salbiah, Sharifah Aini
ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Sang Kancil, Si Tompok, Pak Belang
Manusia
Morfologi: Penggolongan Kata| 6

b) Kata Nama Khas Tak Hidup

Kata Nama Khas Tak Hidup Contoh


i) Benda Proton, Piala Malaysia
ii) Institusi Universiti Malaya, Wisma Putra
iii) Tempat Ipoh, Tokyo
iv) Bahasa/Bangsa Inggeris, Melayu
v) Konsep Dasar Ekonomi Baru, Akta Hasutan

AKTIVITI 5.2
Sila gariskan kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup yang terdapat
dalam petikan di bawah.

PUERTO SAN CARLOS, Mexico 12 Okt. - Taufan Norbert melanda kawasan darat di
tanah besar Mexico awal pagi ini dengan menyebabkan 2,000 penduduk melarikan diri
tetapi kekuatannya dilaporkan semakin menurun.

Taufan Kategori 1 itu membadai kawasan darat kira-kira 35 kilometer ke tenggara


Huatabampo sekitar 0400 GMT (12 tengah hari ini) dengan kekuatan angin hampir 140
kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (AS) di Miami.

Lebih 2,000 penduduk berteduh di pusat perlindungan sementara, ramai antaranya


dari kampung tepi pantai apabila bumbung berterbangan dari hampir semua rumah.

(Sumber: Utusan Malaysia 13 Oktober 2008)

5.1.3 Kata Ganti Nama

Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama
dan berfungsi seperti nama. Tahukah anda bahawa kata nama am atau kata nama khas
Morfologi: Penggolongan Kata| 7

bahasa Melayu boleh diganti penggunaannya dengan sejenis kata lain iaitu dinamakan
sebagai kata ganti nama. Misalnya, kata nama gadis, boleh diganti dengan kata dia, ia
atau beliau.

Jenis-Jenis Kata Ganti Nama

Menurut Nik safiah Karim et al. (2009), kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri
pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.
Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata
ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Berikut ialah
penggolongan kata ganti nama:

kata ganti nama tunjuk

Kata Ganti Nama


kata ganti nama diri tanya

kata ganti nama diri


kata ganti nama diri orang

pertama

kedua

ketiga

a) Kata ganti nama tunjuk


Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.

Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu
untuk menunjuk pada yang jauh.

b) Kata ganti nama diri


Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan iaitu:

• Kata ganti nama diri tanya


kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang
dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu:
Morfologi: Penggolongan Kata| 8

Kata ganti nama diri tanya Contoh


1) apa yang merujuk benda atau perkara
2) siapa yang merujuk orang
3) mana yang merujuk benda atau orang

Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan
untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya:

Apa apa-apa
Mana mana-mana
Siapa siapa-siapa (sesiapa)

• Kata ganti nama diri orang


Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang
tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga,
seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

Kata ganti nama diri orang Contoh


i) orang pertama saya, aku, beta, patik, kami dan kita
ii) orang kedua anda, engkau, awak, dan kamu
iii) orang ketiga ia, dia, mereka, dan –nya

Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh berfungsi sebagai penekan dan
pembenda.

5.2 KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam
sesebaris ayat, kata kerja juga berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata
yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya,
berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata
kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak
Melampau ). Menurut Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.
Morfologi: Penggolongan Kata| 9

5.2.1 Kata Kerja Transitif


Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada
benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Kata kerja
ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian
daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.

Contoh ayat:
Ali menyepak bola.
Mereka memancing ikan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena


kepada orang atau benda lain.

Contoh:
Kucing itu menangkap seekor burung.

Perempuan itu menjual sayur.

Bapa sedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek


1. Kakak memasak kari ayam.
2. Farid menendang bola.
3. Sabri menulis surat.

Jenis-Jenis Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif

Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.


Morfologi: Penggolongan Kata| 10

b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif

Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.

5.2.2 Kata Kerja Tak Transitif


Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut
Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.

Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif

a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009). Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap


1. Adik bermain di padang.
2. Alias tinggal di Kedah.

b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan


1. Mereka makan di sawah
2. Mereka membeli-belah di Ipoh
Morfologi: Penggolongan Kata| 11

AKTIVITI 5.3
Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( x ) bagi ayat tak transitif di
bawah ini.

1. Siti menangis. ( )
2. Safuan memancing ikan. ( )
3. Ibu masih bersolek. ( )
4. Hujan belum turun. ( )
5. Kamal melukis gambar bunga. ( )
6. Ah Lim menjual kereta Proton. ( )
7. Asiah menyimpan wang. ( )
8. Farah belum tidur lagi. ( )
9. Kambing makan daun. ( )
10. Matahari akan terbit dari timur. ( )

5.3 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan
yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan
dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau
diikuti oleh kata penguat. Contohnya seperti amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, dan
sebagainya.

Jenis-Jenis Kata Adjektif

a) Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan


Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

Contohnya:

Baik Lemah
Jahat Kasar
Cerdik Berani
Pandai Takut
Morfologi: Penggolongan Kata| 12

Gopoh Sihat

Contoh penggunaannya dalam ayat:


i) Orang baik selalu dipuji.
ii) Mereka berniat jahat terhadap projek kita.
iii) Adik saya amat cerdik.
iv) Insan pandai akan berjaya dalam hidupnya.
v) Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan gopoh.

b) Kata Adjektif Warna


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna
sebagai unsur keterangan.

Contohnya:

Merah Ungu
Putih Kelabu
Biru Hitam
Hijau Kuning
Perang Jingga

Contoh penggunaannya dalam ayat:

i) Warna baju kami ungu.


ii) Adik suka bersongkok hitam.
iii) Kambing jantan itu berbulu kelabu.
iv) Warna kuning warna Diraja.
v) Kasut kakak berwarrna merah.

c) Kata Adjektif Ukuran


Kata adjektif ukuran adalah kata yang menyatakan ukuran kata nama. Selain itu,
mempunyai unsur pada ukuran benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, kontrik atau
abstrak.

Contoh:
panjang pendek
Morfologi: Penggolongan Kata| 13

dalam kerdil
singkat sempit
kecil nipis
besar tebal

Contoh penggunaan:

i) Jamil adalah seorang yang kerdil.


ii) Pokok itu renek kerana kekurangan baja.
iii) Jalan di kampung itu sangat sempit.
iv) Lukanya dibalut dengan kain nipis.
v) Tasik itu sangat dalam.

d) Kata Adjektif Bentuk


Kata ini adalah kata yang berunsurkan menunjukkan sesuatu bentuk pada benda
bernyawa atau tidak bernyawa. Kata yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur
keterangan, iaitu rupa, susunan, cara dan gaya.

Contoh:

bulat leper
buncit bengkok
kempis tirus
bujur lonjong
pipih lurus

Contoh penggunaan :

i) Ariya memiliki muka bujur sirih.


ii) Siti mempunyai dagu lekuk.
iii) Bagai pipih dilayang.
iv) Garis lurus menemukan dua titik.
v) Bola ragbi berbentuk lonjong.

e) Kata Adjektif Waktu


Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa.
Morfologi: Penggolongan Kata| 14

Contoh:
lewat silam
segera lampau
lama sering
awal kerap
baharu dahulu

Contoh penggunaan:

i) Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.


ii) Kanak-kanak suka makanan segera.
iii) Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
iv) Jalan lama ke kampong itu sudah dibaiki.
vi) Ketibaanya terlalu awal.

f) Kata Adjektif Jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang.

Contoh:

jauh hampir
dekat nyaris

Contoh penggunaan:

i) Rumahnya tidak jauh dari pasar raya.


ii) Kilang itu dekat dengan lebuhraya.
iii) Dia berdiri hampir dengan kedai itu.
iv) Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

g) Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau
ragam, sebagai penerang kata nama.

Contoh:
Morfologi: Penggolongan Kata| 15

cepat lincah
deras gopoh
laju jelas
lambat sering
perlahan selalu

Contoh penggunaan:

i) Tindak balas bayi itu sungguh cepat.


ii) Sungai itu mengalir deras.
iii) Bot laju itu direka khas untuk perlumbaan.
iv) Orang lambat selalu rugi.
v) Pemain lincah itu berasal dari Sabah.

h) Kata Adjektif Perasaan

Kata adjektif perasaan memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata
nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama.

Contoh:

rindu berahi
benci ragu
segan kasih
suka sayang
gembira geram

Contoh penggunaan:

i) Budak kecil itu rindu akan ibunya.


ii) Saya sungguh suka dengan kelakuan baiknya.
iii) Pemuda itu terlalu segan untuk bertanya.
iv) Dia sangat suka melayari internet.
v) Amira gembira sekali dengan hadiah itu.

i) Kata Adjektif Pancaindera


Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep
rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan. Kelima-lima indera ini ialah sebagai
penerang kepada kata nama.
Morfologi: Penggolongan Kata| 16

Contoh:
sedap manis
pahit masin
cantik lazat
molek tawar
harum halus

Contoh penggunaan:

i) Kek itu sangat sedap.


ii) Wajah pelakon itu manis.
iii) Dia akan menyediakan sarapan lazat.
iv) Hari ini muka Halim sangat masam.
v) Kelapa muda itu kelat rasanya.

5.4 KATA TUGAS

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana
tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat,
di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk
memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat
berkenaan.

Jenis-Jenis Kata Tugas

a) Kata Hubung

Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.

Contoh:

i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.


ii) Aslinda menari sambil bernyanyi.
iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
Morfologi: Penggolongan Kata| 17

vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu.

b) Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.

Contoh:

i) Aduh, sakitnya tanganku!


ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

c) Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan
sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Contoh:

Berapa • Harga barang itu berapa?


• Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bila • Mereka sampai bila?
• Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Bagaimana • Kesihatannya sekarang bagaimana?
• Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

d) Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Morfologi: Penggolongan Kata| 18

Contoh:
i) Jangan buang sampah di sini.
ii) Usah biarkan dia berseorangan.
iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv) Jemput masuk!
v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu
banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu
klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.

Contoh:
i) Hatta istana itu pun siaplah.
ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
f) Kata Bantu

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu
atau ragam.

Contoh:
i) Pekerja itu telah pulang.
ii) Kami pernah ke utara Malaysia.
iii) Kanak-kanak itu sudah makan.
iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

g) Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Morfologi: Penggolongan Kata| 19

Contoh:
i) Pokok itu terlalu tinggi.
ii) Masakan itu paling sedap.
iii) Kelakuan anak itu baik sekali.
iv) Bas itu tiba lambat benar.
v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

h) Kata Penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Contoh:
i) Di manakah ibu kamu itu?
ii) Bilakah kamu datang?
iii) Apatah daya kita?
iv) Dialah orangnya.
v) Inilah isteri kesayanganku.
i) Kata Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

Contoh:
i) Dia bukan murid di sekolah ini.
ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam
iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

j) Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.

Contoh:
i) Dia ialah seorang guru.
Morfologi: Penggolongan Kata| 20

ii) Berita itu adalah palsu.


iii) Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v) Nama saya ialah Ali.

k) Kata Sendi Nama


Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat
ayat.

Contoh:
i) Dia berasal dari pedalaman.
ii) Ibu pergi ke pasar.
iii) Saya menetap di Ipoh.
iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.
SEMAK KENDIRI 1.5
l) Kata Pembenar

Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar
ialah ya, benar dan betul.

Contoh:
i) Ya, esok awak boleh bercuti.
ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.


iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

m) Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.

Contoh:
Morfologi: Penggolongan Kata| 21

i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah


ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium
iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.
v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.

.
n) Kata Bilangan

Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau
perkara.

Contoh:
i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

o) Kata Adverba

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Contoh:
i) Bas itu bergerak laju.
ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.
iii) Datang ke sini cepoat.
iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.

p) Kata Penekan

Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai
penekan atau pembenda.

Contoh:
Morfologi: Penggolongan Kata| 22

i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.


ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.

q) Kata Pembenda

Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.
Contoh:
i) Lajunya ialah 350 km sejam.
ii) Bukan kepalang sakitnya.
iii) Datangnya secara mendadak.
iv) Tingginya ialah 6 kaki.
v) Air sungai mengalir dengan derasnya.

RUMUSAN
• Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang
umum sifatnya
• Kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau
benda.
• Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi seperti
nama.
• Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
• Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
• Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat
penting kerana tugas-tugas sintaksis
• Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis.
• Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan
seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan
sebagainya.
• Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
Morfologi: Penggolongan Kata| 23

• Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
• Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
• Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna
tambahan dari aspek waktu atau ragam.

KATA KUNCI
1. Kata Nama 5. Kata Kerja Transitif
2. Kata Nama Am 6. Kata Kerja Tak Transitif
3. Kata Nama Khas 7. Kata Adjektif
4. Kata Kerja 8. Kata Tugas

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah permasalahan yang berlaku dalam kata kerja transitif bahasa Melayu?
2. Jelaskan fungsi-fungsi kata adjektif.
3. Kata tugas memainkan prenan tertentu dalam ayat. Kategorikan peranan atau
fungsi tersebut.
4. Nyatakan permasalahan tatabahasa yang sering mengelirukan murid di sekolah.

RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa
Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai