Anda di halaman 1dari 23

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Tugasan 1: Analisis dan Ulasan Cerpen Tajuk Cerpen Penulis Terbitan Tahun Terbit : : : : Menanti Fajar Menyingsing Webah Salleh Dewan Bahasa Dan Pustaka 1987

Sinopsis Latar belakang era 70an yang digarap oleh Webah Salleh dalam novel ini mencerminkan kesepakatan hidup dan keharmonian masyarakat pada masa tersebut. Menanti Fajar Menyingsing menyingkap kisah sebuah keluarga yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Kim Chong dan kakaknya, Swee Lan hanya membuat persiapan kecil kecilan kerana ibu mereka hanya bekerja sebagai tukang cuci pakaian. Oleh kerana desakan hidup, Kim Chong yang akan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran turut membantu ibu dan kakaknya dengan menjual telur ayam kepada seorang peraih. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Kim Chong dan

keluarganya menjalin hubungan yang baik dengan semua penduduk di Kampung Ketam Batu. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Malah, penduduk kampung juga menunjukkan sikap yang amat prihatin terhadap kesusahan keluarga Kim Chong lebih lebih lagi ketika dia mengalami kecederaan pada malam Tahun Baru. Mereka segera menghantarkannya ke hospital sebaik sahaja mendengar berita tersebut.

1.0

Definisi Gaya Bahasa Keris Mas (1988), menjelaskan bahawa gaya bahasa bermaksud cara

atau ragam sesuatu bahasa itu digunakan serta diolah, khususnya dalam tulisan atau karangan. Gaya bahasa merupakan elemen yang sangat penting
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041 1

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

dalam aspek penulisan kerana ia dapat menjadikan sesebuah karya itu lebih menarik dan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif. Malah, gaya bahasa yang digunakan dapat membezakan penulisan yang biasa dengan penulisan luar biasa. Selain itu, ia juga merupakan penentu samada sesebuah penulisan itu menjadi satu nukilan yang cantik dan indah atau hanya sekadar bacaan di waktu santai. 1.1 Analisis Gaya Bahasa Dalam Cerpen Gaya bahasa didalam cerpen adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh penulis untuk menimbulkan mood dalam penceritaan. Contoh penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis Webah Salleh dalam cerpen Menanti Fajar Menyingsing adalah seperti berikut: i) Metafora:

Metafora ialah kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata perbandingan yang lain daripadamakna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. Ia juga disebut perumpamaan. Penggunaan dalam cerpen adalah seperti berikut: ii) Cahaya yang akan menyuluh jalan yang akan dilaluinya. (halaman 10) Simile:

Simile ialah bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara suatuobjek atau konsep dengan objek atau konsep lain yang sebenarnya tidak dianggap sama. sama tetapimempunyai aspek-aspek ini bersifat imaginatif tertentu yang dan dianggap Perbandingan

perbandingan peringkat termudah kerana kata-kataperbandingan digunakan. Contoh di dalam cerpen adalah seperti berikut: Sewaktu mereka sampai ke pasar, orang ramai kelihatan berpusu pusu seperti lalat. (halaman 2) iii) Personifikasi: Ab. Rahman Ab. Rashid (2003), menjelaskan personifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

atau benda-benda yang tidak bernyawa, seolah-olah hidup, boleh bergerak dan bertindak sebagai manusia. Personifikasi digunakan dalam cerpen Menanti Fajar Menyingsing agar penceritaannya lebih kukuh dan serta menyampaikan pesanan dalam imej yang boleh dibayangkan oleh pembaca. Contoh yang dapat dikesan adalah: iv) Di sana sini sudah mula berderap bunyi mercun. (halaman 5) Mata itu bercahaya, cahaya yang memberi harapan. (halaman 9) Hatinya sentiasa berdoa dan berharap matanya tidak akan cacat. (halaman 10) Dan esok fajar akan menyingsing. (halaman 10) Hiperbola: Faizah Shuib dan Nozah Jaafar ( 2000 ) memberikan definisi hiperbolasebagai suatu bentuk gaya bahasa perbandingan yang melampau. Hiperbola ialah penyataan yang berlebih-lebihan, selalunya untuk tujuan menekankan sesuatu pandangan atau idea. Hiperbola tidak boleh diterima secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan itu. Swee Lan terkejut mendengar jeritan adiknya yang luar biasa bunyinya. (halaman 6) v) Sinkope: Ab. Rahman Ab. Rashid (2003) menjelaskan penggunaan sinkope sebagai singkatan bagi sesuatu perkataan. Dalam penulisan cerpen, sinkope digunakan untuk menjadikan gaya bahasa didalam penceritaan lebih bersahaja, kurang formal dan lebih dekat kepada pembaca dari segi struktur pembinaan ayat dan dialog yang digunakan oleh penulis dalam cerpen. Webah Salleh dalam cerpen ini menggunakan sinkope dalam situasi berikut: Aku pun tak ke mana-mana petang ini. (halaman 2) Cantik tak, mama? (halaman 3) Ramaikah kawan kamu yang nak datang besok? (halaman 5) Aduh, tolong kak! (halaman 6) Kim Chong! Apa kena matamu, Kim Chong! (halaman 6)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

vi)

Imejan: Imejan digunakan oleh Webah Salleh untuk membawa para pembaca

menyelami dengan lebih mendalam akan suasana dan persekitaran yang dibawanya dalam cerpen Menanti Fajar Menyisingsing. Dalam cerpen ini, imejan digunakan untuk menunjukkan latar belakang cerita, status ekonomi serta vii) hubungan kemasyarakatan watak watak dalam plot yang dipersembahkan. Antara gaya imejan yang dibawa adalah: ... dulu sudah lusuh benar, sudah koyak tapaknya. (halaman 1) Eh, banyak telur ayam kamu ni Kim Chong... (halaman 1) ... Cuma kuih kering saja. (halaman 2) ... sehelai baju kemeja... (halaman 3) ... tangkap seekor bapak ayam. (halaman 5) Tentu mata itu tertikam kayu... (halaman 6) Perulangan: Dalam bidang penulisan, pengulangan dalam struktur ayat sering dilakukan oleh penulis untuk mewujudkan efek yang lebih menarik dalam penceritaan. Gaya pengulangan juga digunakan oleh Webah Salleh dalam cerpen ini untuk memberikan penekanan kepada mesej yang ingin disampaikan. Antaranya ialah: .. mereka bercerita, entah apa yang mereka ceritakan.. (halaman 3) ... saya belikan baju. Ha, ini bajunya. (halaman 3) ... habiskan wang itu, siapa hendak mencarikan wang untuk membayar wang periksa nanti? (halaman 4) ... pada tuhan. Tuhanlah tempat kita berharap. (halaman 9) Mata itu bercahaya, cahaya yang memberi harapan. (halaman 9)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

2.0

Definisi Kesantunan Bahasa Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ), kesantunan diertikan sebagai

perihal ( sifat ) santun, kesopanan, kehalusan ( budi bahasa dan budipekerti ) manakala bahasa pula ialah percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Selain definisi diatas, Lakoff (1975) mentafsirkan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi, manakala Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan. Berdasarkan definisi diatas, kesantunan merupakan tatacara, adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Ia adalah perilaku yang ditetapkan bersama sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam kehidupan sehari-hari. 2.1 Analisis Kesantunan Bahasa Dalam Cerpen Setiap bahasa mempunyai nilai nilai santun yang unik serta berbeza antara satu dengan yang lain. Nilai nilai kesantunan dalam bahasa khasnya bahasa melayu merupakan aspek penting yang perlu dipatuhi oleh penutur untuk menzahirkan rasa hormat kepada orang lain serta merupakan bukti bahawa bahasa melayu mempunyai ciri ciri estetika yang indah. Nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041 5

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan melalui dua aspek, iaitu verbal (lisan) dan non verbal (ekspresi dan bahasa tubuh). Dalam cerpen ini, nilai nilai kesantunan dipersembahkan dengan baik menerusi hubungan kekeluargaan serta latar belakang sosial watak watak yang terdiri daripada bangsa Cina dan Melayu. Penggunaan kesantunan berbahasa dalam cerpen ini boleh dihuraikan seperti berikut: i) a) b) c) Kesantunan Verbal (Lisan) Memberikan kata kata nasihat: Kamu patut bersyukur kerana ibumu masih ada. (halaman 2) Kita orang miskin, jadi biarlah (halaman 4) yang penting, kita mesti belajar bersungguh- sungguh. (halaman 4) Kalau kamu sudah berjaya, kamu boleh ... (halaman 4) Kamu jangan susah hati, Kim Chong. (halaman 8) Tahun ni kamu tak berhari raya dengan gembira, mungkin tahun depan kamu akan bergembira sepuas-puasnya (halaman 8) Kamu janganlah lekas putus asa, Kim Chong. (halaman 9) Kata kata pujian: Kamu memang seorang kawan yang baik Fauzi. (halaman 9) Aku tak akan lupa budi baikmu. (halaman 9) Kata kata panggilan yang sesuai: Pak Samad kiralah lagi. (halaman 1) Harapkan kasih sayang abangku saja. (halaman 2) Cantik tak, mama? (halaman 3) Tapi kakak, saya tak ada baju (halaman 4) Maafkan kakak kalau menyinggung perasaanmu. (halaman 4) Minta Pak Dolah tolong sembelihkan. (halaman 5)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

ii) a) b) c)

Kesantunan non verbal (Ekspresi dan bahasa tubuh) Empati: Swee Lan sedar kesedihan yang dirasakan oleh adiknya. (halaman 4) Kata kata kakaknya tersemat di hati Kim Chong. (halaman 4) Dia berasa menyesal kerana tidak memberitahu (halaman 4) Dia meluru cemas kearah Kim Chong (halaman 6) hatinya menjadi tenang dan damai. (halaman 9) Kata kata Fauzi benar benar meresap ke dalam jiwa Kim Chong. (halaman 9) Kim Chong ingin cepat sembuh. (halaman 10) Ekspresi (Air muka): Kim Chong menyambut wang itu dengan perasaan gembira. (halaman 2) kemudian terdengar suara hilai ketawa (halaman 3) Ibu dan kakaknya murung sahaja sepanjang hari (halaman 8) Perlakuan (Bahasa tubuh): Dia menghampiri Kim Chong, dan dengan mesra diusap usap rambut Kim Chong dengan jarinya. (halaman 4) Masing masing mengarah dan diarah untuk (halaman 6) Walaupun mereka telah letih, tapi digagahi juga untuk menangkap ayam itu. (halaman 6) Sebentar kemudian rumah Kim Chong riuh rendah dengan jiran yang datang apabila mendengar berita kemalangan itu. (halaman 8) Beberapa orang menghantarkannya ke hospital (halaman 8) masing masing pulang menemui ibu bapa dan saudara mara untuk bersama sama meraikan hari yang besar itu. (halaman 8) Ramai kawan kawan Kim Chong datang menziarahinya di hospital (halaman 8) Fauzi juga tidak ketinggalan datang berziarah. (halaman 8)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

3.0

Sebelum berpisah, Fauzi menghulurkan tangannya. (halaman 10) Definisi Sistem Sapaan Sistem sapaan merupakan suatu rujukan yang digunakan oleh penutur

kepada pendengar dalam sesebuah situasi serta konteks yang sesuai. Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain. Oleh itu, setiap penuturnya mesti menguasai dan menggunakannya dengan laras yang betul mengikut konteks yang sesuai dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaan sapaan dan rujukan ini boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi, iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, kebiasaannya penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan pendengar. Dalam sistem sapaan, penggunaan bahasa formal adalah lebih mesra dan tinggi sifatnya berbanding dengan bahasa tidak formal. Secara lazimnya, penggunaan bahasa tidak formal mempunyai ragam bahasa yang bebas iaitu tidak mementingkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu, dan sebagainya. Bahasa tidak formal terdiri daripada bahasa slanga, kolokial, bahasa pasar, dan sebagainya. Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal. Dalam situasi formal, kebiasaannya pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap pendengar mereka. 3.1 Analisis dan Ulasan Sistem Sapaan Sistem sapaan dan pertuturan sehari hari memang tidak dapat dipisahkan. Hubungan ini juga tidak dapat dikecualikan daripada bidang penulisan dan penghasilan karya kreatif. Dalam cerpen ini, Webah Saleh menggunakan sistem sapaan dalam konteks berikut:

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

i)

Kata Ganti Diri Dalam Keluarga

Bil. 1. 2. 3.

Watak Cerpen Kim Chong Ibu Swee Lan

Panggilan Dalam Cerpen Kim Chong (Tiada kata ganti) Mama Kakak

Contoh penggunaan kata ganti diri dalam cerpen: ii) Ha, kamu dah balik Kim Chong? (halaman 3) Enam ringgit tujuh puluh lima sen, mama. (halaman 3) Tapi kakak, saya tak ada baju untuk hari besar ini. (halaman 4) Maafkan kakak kalau menyinggung perasaanmu. (halaman 4) Kata Ganti Diri Dalam Masyarakat Bil. 1. 2. 3. Watak Cerpen Pak Samad Fauzi Pak Dolah Hubungan Dengan Watak Utama Peraih telur ayam Kawan baik Jiran

Contoh dialog menggunakan sistem sapaan dan panggilan mengikut cerpen: Pak Samad kiralah lagi. (halaman 1) Oh, Fauzi. Aku ingat siapa tadi. (halaman 1) Jangan risaulah Kim Chong. Kalau fasal makan ... (halaman 3)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

iii)

Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua Katan Ganti Diri Kedua (Sapaan oleh watak lain) Kamu / Kau / Kim Chong Kakak / Kak Mama Kamu / Fauzi

Bil.

Watak Cerpen

Kata Ganti Diri Pertama Aku / Saya Kakak Mama Aku

1. 2. 3. 4.

Kim Chong Swee Lan Ibu Fauzi

Contoh bahasa sapaan berdasarkan watak watak diatas: Eh, kamu jangan cakap macam itu Kim Chong. (halaman 2) Boleh kamu (Fauzi) temankan aku pergi ke bandar? (halaman 2) Jangan lupa datang ke rumah aku (Kim Chong) esok tau! (halaman 3) Wangnya sudah saya (Kim Chong) belikan baju. (halaman 3) Kamu habiskan duit itu, Kim Chong? (halaman 3) Kamu boleh tolong mama dan kakak (Swee Lan). (halaman 4) Ya, mama. (halaman 5) Kamu memang seorang kawan yang baik Fauzi. (halaman 9) Aku (Kim Chong) tak akan lupakan budi baikmu. (halaman 9)

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

10

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

4.0

Kepentingan Gaya Bahasa, Kesantunan Bahasa dan Sistem Sapaan Konsep gaya bahasa dalam cerpen ini digunakan untuk

menggambarkan suasana perkampungan pada zaman 70an yang di diami bersama-sama oleh dua bangsa iaitu Melayu dan Cina. Ia juga menceritakan perihal kehidupan masyarakat berbagai kaum dalam rukun yang harmoni serta status sosial yang rendah. Secara keseluruhan penceritaan bertemakan ikatan keluargaan yang prihatin tentang keselamatan dan kebajikan setiap anggotanya. Kemiskinan menjadikan mereka lebih menghargai perhubungan sesama mereka dan juga masyarakat di sekeliling. Di samping itu, gaya bahasa turut berperanan untuk menimbulkan kesan yang mendalam kepada pembaca melalui beberapa gabungan gaya bahasa seperti yang telah dibincangkan diatas. Pelbagai bentuk gaya bahasa ini digabung dan digunakan agar penceritaan lebih kreatif serta mencipta mood yang menarik minat pembaca. Selain menggunakan pelbagai gaya bahasa, cerpen ini juga

memaparkan kesantunan berbahasa melalui pertembungan antara watak wataknya iaitu Kim Chong, Fauzi, Swee Lan serta penduduk Kampung Ketam Batu. Seperti yang dibincangkan diatas, kesantunan berbahasa wujud dalam dua bentuk. Kesantunan verbal merujuk kepada perlakuan lisan iaitu dialog antara watak dan juga kesantunan non verbal yang merujuk kepada bahasa tubuh, memek muka serta apa jua ekspresi fizikal yang dizahirkan oleh penutur kepada pendengar. Antara kepentingan kesantunan berbahasa seperti yang dinyatakan oleh Dr. Zaitul Azma (2008) dalam kajiannya adalah keupayaan pertuturan dalam mewujudkan komunikasi berkesan yang berektika antara penutur serta pendengar. Melalui komunikasi, masyarakat akan berusaha untuk memahami konteks perbualan serta menunjukkan rasa hormat kepada individu lain mengikut kesesuaian konteks dan situasi.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041 11

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Selain itu, kesantunan juga penting untuk memastikan integrasi budaya dan pemantapan amalan dalam aspek kesopanan dan kelakuan terpuji. Kesantunan juga merangkumi sebahagian besar aspek kehidupan samada perhubungan dalam sesebuah komuniti yang kecil sehinggalah ke kelompok masyarakat yang lebih luas yang mempunyai sosiobudaya yang pelbagai. Selain gaya bahasa dan kesantunan, penulis Webah Saleh juga turut memasukkan penggunaan sistem sapaan dalam nukilan beliau. Sistem sapaan merupakan kaedah yang dipersetujui oleh masyarakat berkenaan tatacara memanggil pendengar kepada sesebuah perbualan. Ada pelbagai jenis bahasa sapaan yang diperbincangkan dikalangan pengkaji bahasa. Setiap bahasa panggilan bertujuan untuk menunjukkan perbezaan taraf, umur serta perhubungan antara penutur dan pendengarnya. Dalam Menanti Fajar Menyingsing, sistem sapaan yang digunakan adalah lebih mudah dan ringkas kerana penceritaan yang berlatar belakangkan kehidupan sebuah keluarga cina yang daif serta perhubungan mereka dengan masyarkat setempat. Bahasa sapaan yang digunakan hanya untuk menunjukkan ikatan perhubungan dalam keluarga Kim Chong seperti mama dan kakak serta perhubungannya dengan watak watak lain seperti Fauzi, Pak Dolah dan Pak Samad. Kata ganti diri seperti aku, saya, kamu dan kau digunakan untuk memberikan mood bersahaja dalam cerpen dan agar bahasa yang digunakan lebih dekat kepada pembaca. Manakala panggilan untuk orang yang lebih tua seperti Pak Samad dan Pak Dolah digunakan untuk menunjukkan rasa hormat Kim Chong dan keluarganya kepada masyarakat.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

12

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Tugasan 2: 1. Pemerhatian dan Bahan Sumber Kesantunan Berbahasa (Rujuk Lampiran) 2. Konsep Kesantunan Berbahasa, Verbal dan Non Verbal Bahasa membentuk keperibadian sesebuah kaum. Kamus Dewan: Edisi Keempat, 2006 mendefinisikan bahasa sebagai erti percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan bersopan santun. Asmah Hj. Omar, 2002 menyatakan bahawa bahasa adalah petunjuk kehidupandan gambaran dunia kita. Maka bahasa boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak lagi hal yang berkaitan dengan kita, samada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Bahasa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa kerana ia melambangkan identiti, adat resam serta norma norma kehidupan masyarakat berbilang kaum. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan keindahan lenggok dan santun kerana seing diperlihatkan dalam pertuturan. Kesantunan penutur kepada pendengar lebih terserlah melalui komunikasi yang beretika, kecekapan dalam pragmatik bahasa, pemahaman tentang konteks dan situasi perbualan serta praktikaliti terhadap kandungan budaya setempat. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering dilihat dalam interaksi antara individu individu yang berkomunikasi. Asmah Hj. Omar, 2002 sekali lagi menyatakan kesantunan itu khusus. Apa yang dianggap sopan dalam sesuatu masyarakat mungkin dianggap sebaliknya oleh bahasa atau masyarakat lain. Ini kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

13

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Seperti yang telah dibincangkan diatas, kesantunan berbahasa dipecahkan kepada dua konsep. Kedua dua konsep ini memberikan tanggapan positif atau negatif kepada pihak pihak yang terlibat dalam perbualan. Ini kerana kedua dua konsep berperanan besar dalam menunjukkan samada pendengar benar benar mendengar dan samada penutur benar benar memahami apa yang diujarkan serta makna tersirat yang disampaikannya. i) Konsep Kesantunan Berbahasa Verbal Istilah verbal merujuk kepada komunikasi lisan yang belaku antara dua atau lebih penutur. Kesantunan berbahasa juga meliputi bahasa sapaan iaitu cara bagaimana penutur memanggil pendengar mengikut kesesuaian umur, taraf atau perhubungan. Kesilapan dalam memanggil pendengar mungkin mengakibatkan konflik yang tidak diduga oleh penutur. Dalam aspek ini, kesantunan verbal bukan sahaja berfungsi untuk merujuk seseorang tetapi juga mendukung fungsi yang mempamerkan kesopanan penutur kepada pendengarnya. Sebagai contoh, seorang pelajar univerisiti memanggil pensyarahnya sebagai makcik atau pakcik. Sungguhpun benar mengikut tingkatan umur, tetapi panggilan yang digunakan tidak sesuai mengikut situasi dan konteks pada ketika itu. Kesantunan verbal akan menjadikan proses komunikasi lebih menarik serta lancar bahkan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Berikut adalah situasi kesantunan verbal bagi seorang pelajar dan persekitarannya: Kesantunan kepada Pensyarah Menggunakan kata sapaan yang bersesuaian ketika membuat rujukan kepada pensyarah. Menggunakan tepat. Contoh: Assalamualaikum tuan haji. Bole saya tahu ... nada suara yang sopan dan ramah ketika berkomunikasi supaya maklumat yang disampaikan dan diterima

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

14

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Selamat pagi encik. Boleh saya bantu? Selamat pagi puan. Apa khabar? Terima kasih encik.

Kesantunan kepada rakan Menggunakan kata sapaan yang sesuai mengikut perbezaan umur. Berkongsi maklumat dengan rakan. Mengadakan perbincangan dalam menyelesaikan tugasan dalam situasi yang baik agar kreativiti lebih menonjol. Contoh: Apa khabar .... ? Bagaimana dengan tugasan kumpulan? Maafkan saya .... Saya rasa lebih baik sekiranya ... Terima kasih ...

Kesantunan semasa berada di kantin Menggunakan bahasa sapaan yang sesuai. Beratur ketika membeli makanan agar tidak menimbulkan kemarahan pelajar pelajar lain. Bercakap dengan suara yang sopan dan ramah supaya servis yang diberikan dapat lebih dipertingkatkan. Contoh: Assalamualaikum Pak Abu. Apa menu ...? Apa khabar ... Saya nak ... Terima kasih ...

ii)

Konsep Kesantunan Berbahasa Non Verbal Kesantunan berkait rapat dengan cara seseorang menggunakan

bahasa, dan penggunaannya mencerminkan keperibadian penuturnya. Kesantunan berbahasa non verbal ialah perkara yang tidak melibatkan pertuturan tetapi melibatkan gerak tubuh, memek muka mahupun apa jua pergerakan fizikal yang boleh mencerminkan pandangan pendengar terhadap penutur ataupun sebaliknya. Kesantunan non verbal merupakan antara ciri estetika bahasa yang menjadikannya unik. Contohnya, ketika seseorang
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041 15

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

berjalan dihadapan orang yang lebih tua, dia akan menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Komunikasi non verbal sangat penting dalam membina kesefahaman diantara penutur kerana keupayaanya untuk menyampaikan mesej tersembunyi, yang sememangnya sukar untuk diungkapkan samada melalui pertuturan mahupun penulisan. Ia bertujuan untuk menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang individu. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1999 menyatakan bahawa apa yang disebut bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak geri, raut muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Secara keseluruhannya, terdapat empat jenis kesantunan non verbal yang sering diperkatakan oleh ahli ahli bahasa. Jenis jenis komunikasi bukan lisan ini dapat menyampaikan mesej samada positif atau negatif mengikut kepada cara ia disampaikan oleh penutur. Gerak anggota badan Gerakan badan atau bahasa tubuh penting dalam kesantunan non verbal. Gerakan gerakan ini boleh menyampaikan maksud yang berkesan kerana ia dapat menyampaikan keadaan emosi seseorang dengan cepat, nyata dan tepat. Untuk menjadikan komunikasi lebih berkesan, penggunaan gerakan bahasa tubuh perlulah menggunakan gerakan gerakan yang difahami oleh semua orang. Contohnya: o Menggeleng geleng kepala sebagai tanda setuju atau tidak. o Membeliakkan mata sebagai tanda marah atau protes. o Menghentak kaki sebagai tanda penegasan atau larangan. o Mengangkat bahu untuk menunjukkan keadaan tidak tahu. o Menundukkan badan ketika berjalan dihadapan orang tua.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

16

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Gerakan mata Gerakan mata dapat mencerminkan emosi dengan baik. Gerakan mata membantu menyampaikan mesej tersirat sebagai tambahan kepada mesej lisan yang disampaikan seperti: o Mata yang bergrak ke sana ke mari menunjukkan rasa tidak berminat. o Mata dan dahi berkerut untuk menunjukkan minat tetapi masih memerlukan kepastian. o Berkelip lebih cepat dari biasa tanda berbohong. o Mengalihkan pandangan atau tidak memandang mata penutur sebagai tanda berminat, malu atau tidak selesa. Gerakan tangan Gerakan tangan mempunyai maksud universal dan diterima oleh hampir semua masyarakat didunia. Gerakan tangan yang disertakan bersama lisan mengukuhkan pemahaman dan menjadikan komunikasi lebih berkesan. Contohnya: o Bersalaman sebagai tanda menghormati orang lain. o Melambaikan tangan sebagai ucapan selamat tinggal. o Meletakkan jari telunjuk di bibir sebagi tanda diam. o Penggunaan tangan sebagai isyarat tambahan dalam penceritaan penutur.

Memek muka Memek muka atau ekspresi wajah mempunyai maksud yang subjektif dalam perbualan. Walaupun begitu, kesantunan non verbal ini dapat menyuarakan emosi, kehendak dan harapan penutur. Melalui riak wajah yang disertakan emosi, pendengar akan lebih responsif dan berminat untuk meneruskan perbualan. Contohnya: o Memek muka dapat menyampaikan samada maksud tersirat atau tersurat penutur.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

17

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

o Menggambarkan keperibadiaan seseorang samada seorang yang penyayang, pemarah atau lemah lembut. o Memek muka memberikan ruang kepada pendengar untuk memahami emosi sebenar penutur samada sedih, gembira, marah dan sebagainya.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

18

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

3.

Fenomena Kesantunan Berbahasa Di Kalangan Generasi Muda dan Faktor yang Mempengaruhi Melentur buluh biarlah dari rebungnya, satu pepatah melayu yang

selayaknya menggambarkan isu yang diperkatakan. George Yule, 1985 dalam satu kajian mengatakan bahawa bahasa membentuk identiti sesebuah kaum secara sedar ataupun tidak. Petikan daripada Majalah Dewan Bahasa, sedar atau tidak, tahap budi bahasa dan kesantunan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia dalam keadaan yang amat membimbangkan. Malah, Akhbar Utusan tulisan Nurul Izzah Sidek pada 17 Februari 2011 pernah membuat laporan tentang isu remaja dan kesantunan. Kesantunan dalam konteks remaja bermakna sifat dan pekerti yang tinggi, berbudi bahasa dan tabiat yang beradab. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Berita Harian, 14 Mei 2011 melaporkan bahawa remaja yang berusia 15 tahun kebawah mewakili 30% daripada keseluruhan 28 juta rakyat Malaysia. Ditambah dengan remaja 18 tahun dan kebwah, secara kasarnya remaja mewakili hampir 9 juta daripada populasi rakyat Malaysia. Justeru, tidak hairan lah sekiranya fenomena kesantunan berbahasa dikalangan remaja merupakan isu panas kerana ia menggambarkan status akhlak sebahagian besar daripada rakyat Malaysia serta cara asuhan yang diterima mereka semasa membesar. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja dalam kepincangan ini. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Hal ini boleh jadi disengajakan untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, ia menaikkan ego mereka dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi.
MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041 19

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat apabila bersama rakan - rakannya. Sebagai contoh, perkataan seperti sial sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun, perkataan sedemikian dan banyak lagi yang berbaur kesat, makian serta mencarut adalah amat tidak elok didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Ia mencacatkan kesantunan berbahasa dan menghilangkan kesopanan dalam budaya kemelayuan. Pertuturan seharian kita juga mampu mempengaruhi minda separa sedar lalu mewujudkan tabiat berfikir yang menjurus samada ke arah pemikiran yang positif atau negatif. Apabila kita sentiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal membentuk tingkah laku dan emosi yang negatif pula.Hal ini seterusnya akan mencorakkan sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Sekiranya, asuhan minda remaja telah mendapat pengaruh negatif, ia sekaligus menyumbang kearah kepincangan dalam kesopanan pertuturan dan kesantunan berbahasa. Sejajar dengan itu, Dr. Zaitul Azma, 2008 menggariskan tatacara dalam pergaulan supaya kita dapat mempraktikkan kandungan budaya dan menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi. Selain daripada dua faktor yang dibincangkan diatas, keruntuhan dalam kesantunan berbahasa remaja juga dipengaruhi oleh penggunaan bahasa kasar serta tidak berlapik di dalam SMS dan blog. Kadang kala, akibat terlalu mengambil mudah serta terlalu lantang menyuarakan pendapat, sensitiviti orang lain dianggap kecil dan tidak dijaga. Secara keseluruhannya, kita tidak dapat menfikan penglibatan media massa dalam perkara ini. Penggunaan perkataan yang tidak sopan dan sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

20

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

seharian, bahkan kelakuan dan penampilan turut diubah semata mata kerana ingin kelihatan seperti idola mereka. Sikap serta gerak geri ketika berbicara juga merupakan salah satu aspek fenomena kesantunan berbahasa. Riak wajah, bahasa badan serta apa jua gerakan fizikal semasa berkomunikasi semuanya mempengaruhi kesantunan berbahasa. Apabila berbicara, kita seharusnya menunjukkan muka yang manis dan menerima kritikan orang dengan hati yang terbuka. Ramai dalam kalangan generasi muda hari ini menunjukkan muka yang masam apabila dimarahi atau dikritik dan ada sesetengahnya yang membalas dendam. Hal ini mungkin disebabkan pemikiran yang tidak matang, selain daripada asuhan di rumah. Mereka seharusnya belajar menerima kritikan orang lain, bukan hanya tahu mengkritik sahaja. Remaja seharusnya belajar untuk bertoleransi dan berfikiran matang. Generasi muda ini haruslan diajar sejak kecil supaya mereka dapat hidup dalam komuniti dalam keadaan yang harmoni dan bukannya huru-hara Secara keseluruhannya, kesantunan berbahasa dikalangan remaja khasnya di Malaysia mencerminkan kebudayaan yang bukan hanya dianjurkan oleh adat resam bangsa Melayu tetapi juga merupakan suruhan agama. Sabda Rasulullah S.A.W, Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara. Justeru, dengan berpegang kepada ajaran Islam, seluruh lapisan masyarakat khasnya remaja perlu mempraktikkan kesantunan dan adab yang sopan setiap masa. Kemelut ini memerlukan ketrampilan generasi muda yang berpotensi untuk mendukung kewibawaan Bahasa Melayu sebagai warisan seluruh rakyat Malaysia.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

21

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

4.

Refleksi Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan

kesempatan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan jayanya. Membuat analisis dan ulasan cerpen merupakan perkara yang amat baru kepada saya, kerana kesusasteraan melayu sememangnya merupakan subjek yang asing semenjak di sekolah menengah lagi. Namun, berkat dorongan dan bantuan keluarga serta rakan rakan akhirnya tugasan ini berjaya juga disiapkan. Seperti pelajar pelajar lain dalam mod PJJ ini, saya juga masih lagi terkapai kapai dalam menyesuaikan diri lebih lebih lagi dengan perubahan besar dalam pengisian jadual harian. Pembahagian masa merupakan halangan utama yang perlu saya atasi rentetan bebanan tugas yang tidak pernah berkurangan, malah kini ditambah pula dengan pelbagai bentuk tugasan yang sememangnya suatu bentuk cabaran dan pengalaman baru. Perkara pertama yang saya lakukan sebelum menyiapkan tugasan ini ialah merangka jadual semak tugasan. Ia amat membantu dalam aspek pembahagian masa yang lebih efektif. Berpandukan jadual inilah saya mencari bahan, menjalankan kolaborasi serta berusaha menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Mencari cerpen mengikut kehendak soalan bukanlah perkara yang mudah. Saya terpaksa bergerak ke beberapa buah perpustakaan termasuklah perpustakaan sekolah sekolah berhampiran untuk mencari material daripada era 70an 90an. Bukan itu sahaja, cerpen yang dipilih pula mestilah cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Carian melalui Google dan Yahoo hanya memberikan senarai cerpen daripada Sasterawan Negara. Usaha mencari cerpen yang sesuai seolah olah mencari sebatang jarum di lantai. Alhamdulillah, setelah hampir 1 minggu mencari, akhirnya saya bertemu cerpen nukilan Webah Saleh yang berjudul Menanti Fajar Menyingsing. Bertitik tolak dari itu, bermula usaha saya untuk mengumpulkan bahan - bahan bacaan ilmiah untuk dijadikan rujukan dalam pembinaan tugasan seterusnya.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

22

WAJ 3115:

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Selesai tugas mencari bahan, saya menemui tiga orang guru Bahasa Melayu yang amat berpengalaman di sekolah. Sungguhpun semua guru pada masa tersebut sibuk dengan tugas masing masing, namun atas budi bicara mereka telah melapangkan hampir 30 minit bersama saya bagi setiap sesi kolaborasi. Semoga Allah membalasa jasa dan budi baik yang mereka hulurkan. Kolaborasi ini saya manfaatkan sebaik mungkin untuk meneliti kehendak soalan, khususnya aspek gaya bahasa. Oleh kerana cerpen yang saya pilih terbitan tahun 70an, saya mempunyai masalah untuk mengenal jenis gaya bahasa terutamanya perbezaan antara simile dan metafora. Apabila tiba masa untuk menyiapkan tugasan, saya berpeluang untuk mengamati bentuk kesantunan bahasa dan sistem sapaan yang digunakan pada era tersebut. Melalui pengamatan, saya berpendapat penulis mencipta karyanya mengikut apa yang berlaku di sekelilingnya. Dari cerpen ini, dapat dilihat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum serta sikap prihatin dalam masyarakat yang tidak pernah saya alami. Watak watak dalam cerita ini hidup dalam kesepakatan dan harmoni sungguhpun tahap ekonomi yang rendah dan sosiobudaya yang berlainan. Hal ini sedikit sebanyak berbeza dengan apa yang dialami oleh kita sekarang. Kesantunan dan sapaan dalam berbahasa semakin dipandang sepi dan hanya dipraktikkan semasa kelas Bahasa Melayu berjalan. Sungguhpun saya hanya membuat analisis dan ulasan tentang sebuah cerpen, banyak juga saya pelajari khususnya daripada pembacaan tentang kepincangan dalam berbahasa khususnya di era moden ini. Kesantunan yang menjadi adat resam kita semakin hilang malah bahasa sapaan juga semakin kasar dan tidak menunjukkan ciri ciri kemelayuan yang unik. Tidak dapat dinafikan, bahawa penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi setiap hari amat penting untuk membentuk generasi muda yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Justeru itu, berbekalkan pengetahuan serta kemahiran pragmatik dalam berbahasa, nilai nilai ini perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber serta selari dengan cabaran globalisasi negara.

MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA 821225-12-6041

23

Anda mungkin juga menyukai