Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu ( Minor ) ini telah diterima pada 3 Mac 2008 dan perlu

dihantar pada 17 Mac 2008. Pelajar-pelajar KPLI perlu menyiapkan kertas kerja mengenai kata adverba.Kertas kerja ini perlu disediakan oleh para pelajar sebagai persediaan ke arah penguasaan bahasa Melayu. Selain itu, dalam masa yang sama pelajarpelajar dapat memperkembangkan minda untuk mengetahui ,memahami dan mengaplikasi konsep-konsep penting yang berkaitan dengan jenis dan fungsi bahasa Melayu. KKP ini perlu disediakan secara individu dan pelajar-pelajar perlu mengenal pasti konsep kata adverba dan perinciannya. Selain itu, huraian dan perinciannya juga perlu dibuat beserta contoh dalam bentuk grafik. Ini untuk menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan maklumat sebagai alat bantu mengajar. Seterusnya,para menyenaraikan pelajar perlu menganalisis kata adverba teks dan yang teknologi

dalam

bentuk

jadual,berdasarkan

satu

panjangnya 300 patah perkataan daripada mana-mana majalah terbitan Dewan Bahasa dan Bahasa. Oleh yang demikian, sebuah teks yang bertajuk Menjejaki Banjaran Titiwangsa Fasa 1terbitan Dewan Siswa,10 September 1995 telah dipilih. Diharapkan melalui KKP ini,para pelajar akan dapat menguasai bidang bahasa Melayu dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada anak-anak didik kelak.

MENGENAL PASTI KONSEP KATA ADVERBA DAN PERINCIANNYA Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim (2007), persoalan yang paling kerap ditanyakan ialah, ada atau tidak ada golongan kata ini? Soalan kedua pula ialah, apakah istilah yang tepat untuknya, kerana terdapat beberapa istilah lain yang digunakan, misalnya kata keterangan dan adverb. Dalam kalangan ahli-ahli bahasa yang mengatakan ada, tidak wujud keseragaman istilah dan definisi. Istilah yang paling lazim digunakan ialah kata keterangan, tetapi bentuk-bentuk yang termasuk dalam golongan ini berbeza-beza dan selalunya merupakan golongan kata lain juga, misalnya kata komplemen yang, kata bantu dan kadang-kadang kata adjektif dan kata bilangan juga digolongkan sebagai kata adverba/kata keterangan. Buku Tatabahasa Dewan tidak mempunyai golongan kata adverba, kerana penggolongan kata yang sedia ada (kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas) dirasakan sudah cukup untuk menghuraikan ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu. Bentuk-bentuk yang digolongkan sebagai kata adverba oleh ahli-ahli bahasa lain tergolong sebagai unsur keterangan dalam Tatabahasa Dewan.Sebagai contoh, laju dalam ayat Kereta itu bergerak laju. Dalam ayat ini, laju ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur keterangan, iaitu yang menerangkan bagaimana kereta itu bergerak.

Walau bagaimanapun, atas permintaan ramai supaya diadakan golongan kata kata adverba, penulis-penulis Tatabahasa Dewan telah meninjau kembali keadaan bahasa Melayu kini dan mengambil kira perkembangan terbaharu dalam bahasa Melayu, terutama dari segi pengaruh bahasa Inggeris. Ini ditambah pula dengan kehadiran beberapa perkataan yang mengikut penggunaan dalam ayat, tidak dapat digolongkan kepada manamana golongan kata yang sedia ada. Oleh itu, keputusan telah diambil untuk memasukkan satu kategori baharu dalam golongan kata kerja iaitu kata adverba.

Mengikut pemerhatian penulis-penulis Tatabahasa Dewan, golongan kata adverba dalam bahasa Melayu ialah kata keterangan, tetapi bentuk-bentuk yang termasuk dalam golongan ini berbeza-beza dan selalunya merupakan golongan kata lain juga, misalnya kata komplemen iaitu, kata bantu dan kadang-kadang kata adjektif dan kata bilangan juga digolongkan sebagai kata adverba/kata keterangan. Buku Tatabahasa Dewan tidak mempunyai golongan kata adverba, kerana penggolongan kata yang sedia ada (kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas) dirasakan sudah cukup untuk menghuraikan ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu. Bentuk-bentuk yang digolongkan sebagai kata adverba oleh ahli-ahli bahasa lain tergolong sebagai unsur keterangan dalam Tatabahasa Dewan.

Sebagai contoh, laju dalam ayat Sungai itu mengalir laju. Dalam ayat ini, laju ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur keterangan, iaitu yang menerangkan bagaimana sungai itu mengalir. Mengikut analisis Tatabahasa Dewan, ayat ini sebenarnya berasal daripada Sungai itu mengalir dengan lajunya, iaitu lajunya tergolong sebagai kata nama, tetapi bentuk lajunya telah berubah menjadi laju sahaja disebabkan pengaruh bahasa Inggeris (The river flows quickly).

Walau bagaimanapun, atas permintaan ramai supaya diadakan golongan kata kata adverba, penulis-penulis Tatabahasa Dewan telah meninjau kembali keadaan bahasa Melayu kini dan mengambil kira perkembangan terbaharu dalam bahasa Melayu, terutama dari segi pengaruh bahasa Inggeris. Ini ditambah pula dengan kehadiran beberapa perkataan yang mengikut penggunaan dalam ayat, tidak dapat digolongkan kepada mana-mana golongan kata yang sedia ada.

Oleh itu, keputusan telah diambil untuk memasukkan satu kategori baharu dalam golongan katatugas, iaitu kata adverba. Mengikut pemerhatian penulis-penulis Tatabahasa Dewan, golong an kata adverba dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama dalam ayat. Contoh kata adverba yang menerangkan kata kerja ialah: lompat tinggi-tinggi, sering memperkatakan 3

hal kata kerja,

itu, iaitu

dan lompat,

datang memperkatakan dan

esok. datang.

Ketiga-tiga perkataan yang dicetak tebal masing-masing menerangkan tiga Contoh kata adverba yang menerangkan kata adjektif pula ialah: sentiasa sakit, ketawa besar, dan berjalan mengiring. Dalam tiga contoh ini, kata adjektif yang diterangkan oleh kata adverba ialah sihat, ketawa dan berjalan. Berikut ialah contoh kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama, iaitu: nanti ke sekolah, sempat ke pejabat, dan di rumah bersendirian. Dalam contoh-contoh ini, kata adverba hadir dalam ayat berpola FN + FS, dan frasafrasa sendi nama yang diterangkan ialah ke sekolah, ke pejabat dan di rumah. Demikianlah contoh penggunaan perkataan-perkataan yang dapat digolongkan merta; sebagai dan kata kata adverba. terbitan Bentuknya (bersendirian; berbeza-beza. tersipu-sipu). Ada yang berbentuk kata tunggal (sentiasa; panjang), kata ganda (sertadiam-diam) Persamaannya ialah perkataan-perkataan ini berfungsi sebagai unsur keterangan. Satu lagi ciri yang menarik ialah ada antara kata adverba ini yang dalam penggunaan ayat lain, boleh juga digolongkan sebagai golongan kata lain. Laju dalam mengalir laju, misalnya, dapat juga berfungsi sebagai kata adjektif, seperti dalam frasa bas laju dan kereta laju. Demikian juga, bersendirian boleh wujud sebagai kata kerja, seperti dalam ayat Dia bersendirian sepanjang hari.Kesimpulannya, golongan kata adverba ini berbeza sedikit daripada golongan-golongan kata lain. Mengikut satu laman web yang dipetik daripada Kementerian Pelajaran, kata adverba didefinisikan sebagai kata keterangan iaitu kata yang menerangkan kata kerja,kata adjektif dan kata keterangan yang lain. Kata keterangan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kata keterangan cara. Ia digunakan untuk menerangkan cara. Antara contoh ayat ialah: Jika kamu berbuat begini, tentu nama baik keluargamu akan tercemar. Dia berkata demikian untuk menyenangkan hati orang tuanya.

Kalau anda berbuat begitu,ketua kita tentu akan marah.

Seterusnya ialah kata keterangan masa. Ia digunakan untuk menerangkan masa. Antara contoh ayat ialah: Dia selalu berdusta. Kakak sedang menjemur pakaian. Dia singgah sebentar ke rumah datuknya.

Selain itu, terdapat juga terdapat juga kata keterangan tanya. Ia digunakan untuk bertanyakan cara, masa, keadaan dan sebab. Contoh ayatnya ialah: Bagaimanakah anda boleh sampai ke puncak gunung itu ? Bilakah keputusan pilihan raya itu akan diumumkan? Mengapakah kamu sebarkan surat fitnah itu? darjah. Ia digunakan untuk

Seterusnya ialah, kata keterangan Latihan Matematik itu amat sukar.

menerangkan kata adjektif. Contoh ayat bagi kata keterangan ini ialah :

Walaupun agak kecil, rumah itu cukup selesa. Perigi di belakang rumah penghulu itu sungguh dalam.

Kata keterangan tak tentu juga tergolong dalam kata adverba. Ia digunakan untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti. Contoh ayat bagi kata keterangan ini ialah : Siti belum menunaikan solat Zuhur, agaknya. Mungkin dia belum menerima warkah itu. Barangkali dialah yang mencuri wang saya.

Seterusnya ialah kata keterangan nafi. Ia digunakan untuk menafikan sesuatu. Antara contoh ayat ialah: Lelaki itu bukan pegawai polis. Saya tidak menemuinya pagi tadi.

Sebagai panduan, kata keterangan saja, juga dan lagi tidak boleh diletakkan di depan frasa nama, frasa sendi, frasa adjektif dan frasa kerja. Antara contoh ayat ialah: Contoh ayat yang salah Kakak saya juga guru. Dia juga ke Universiti Harvard. Budak itu saja menangis. Pengetua sekolah lagi datang. Kami juga gembira mendengar berita baik itu Contoh ayat yang betul Kakak saya guru juga. Dia ke Universiti Harvard juga. Budak itu menangis saja. Pengetua sekolah datang lagi. Kami gembira juga mendengar berita baik itu.

Kata adverba juga tergolong sebagai kata tugas. Ia akan menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja. Cuba kita lihat ayat-ayat berikut: 1) Kedatangan orang itu ke sini selalu benar. 2) Dia dijumpai dalam keadaan yang kusut masai setelah sesat di hutan itu. 3) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ketiga-tiga kata yang ditebalkan dikenali sebagai kata adverba, iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Selain itu, hal yang sama dapat diteliti pada perkataan seperti sering, tersipu-sipu ,tungkus - lumus, dan esok. Contoh- contoh ayat ialah: 4) Dia sering sakit. 5) Sarah malu tersipu-sipu. 6) Ali bekerja tungkus lumus di pejabat. 7) Perempuan itu akan datang esok ke hotel. Dalam ayat 4, sering menerangkan kata adjektif sihat, manakala dalam ayat 5, tersipu-sipu menerangkan kata adjektif malu. Perkataan mundar-mandir dan esok dalam ayat 6 dan 7 menerangkan frasa sendi nama di pejabat dan ke hotel. 6

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Semakan ( 2005 ),kata adverba terbahagi kepada beberapa jenis. Pertama ialah kata adverba jati. Kata adverba jati berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan farasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Antara contoh perkataan perkataan yang tergolong di dalam kata adverba jati ialah sekarang, agaknya, seringkali,acapkali, semalam, kelmarin, esok, lusa,tulat,kelak, dahulu, tadi, kemudian, barangkali, kerapkali,nanti,julung kali,sentiasa,kadang-

kadang,saling,sempat,langsung,nyaris,begitu,begini,demikian,pertama kali,serentak. Senarai perkataan yang diberi menunjukkan perkataan yang tergolong adverba jati merupakan perkataan yang menerangkan tentang masa atau cara. Misalnya perkataan seperti semalam, kelmarin, esok dan tulat. Perkataan yang menjelaskan cara pula ialah, sentiasa, kadangkadang,begitu, serentak, sekaligus dan lain-lain. Antara contoh ayat-ayat yang menggunakan kata adverba jati ialah: 1. Pelancong itu akan datang esok. 2. Murid- murid tadika menjawab soalan cikgu secara serentak. 3. Pertandingan itu diadakan buat julung kali. 4. Dia senyum sentiasa. 5. Acara penutup majlis sukan tahunan akan diadakan kemudian. 6. Dia bercakap tentang perkara yang sama acap kali. Kata adverba yang kedua ialah, kata adverba yang asalnya kata adjektif. Ia berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Antara contoh perkataan perkataan yang tergolong dalam kata adverba jenis ini ialah, berjalan laju, ketawa besar, mengalir lesu, sakit kuat, sering di pejabat,terbang tinggi, hampir terjatuh, besar panjang, kurang berhati-hati, bertiup kencang,panjang lebar,tinggi lampai,ke hospital segera, dari rumah selalu dan sebagainya. Jika kita merujuk kepada perkataan - perkataan yang diberi, kata adverba jenis ini 7

menerangkan tentang sifat kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Untuk lebih memahami fungsinya, kita lihat contoh-contoh ayat di bawah : 1. Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain basahannya. 2. Dia pulang apabila ibunya sakit kuat 3. Guru besar itu sering di pejabat. 4. Sungai itu mengalir lesu. 5. Burung helang itu terbang tinggi 6. Dia ke hospital segera. 7. Ali sudah besar panjang. Perkataan menerangkan yang ditebalkan jelas menunjukkan bahawa ia perbuatan atau kata kerja dan kata sifat dan frasa sendi

nama. Contohnya ayat 6, ke hospital, ayat frasa sendi nama itu ditambah dengan perkataan segera untuk menerangkan lagi kata kerja. Begitu juga dengan ayat 4 dan ayat 5, manakala ayat 7 menerangkan lagi kata sifat iaitu besar. Kata adverba yang seterusnya ialah kata adverba yang asalnya kata kerja. Ia berasal dari kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Antara contoh perkataanperkataannya ialah berjalan mengiring, terbang meninggi,berenang melentang,putih berseri, tinggi mengawan, hitam berkilat, merah menyala, tenang membiru, di rumah bersendirian, ke hutan menyendiri dan lain-lain lagi. Di bawah dapat kita lihat antara contohcontoh ayat bagi kata adverba ini: 1. Burung merpati putih itu terbang meninggi. 2. Wajah Sarah putih berseri. 3. Ibu di rumah bersendirian. 4. Ali ke hutan menyendiri. 5. Air laut di Pantai Cahaya Bulan tenang membiru. Daripada perkataan yang ditebalkan,dapat kita lihat bahawa kata adverba ini menerangkan lagi kata kerja dan kata adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ayat 2, ia menerangkan lagi tentang sifat putih iaitu putih 8

yang bagaimana ? Penerangannya ialah putih yang berseri. Dalam ayat 3 dan 4, dapat kita lihat kata adverba yang menerangkan lagi tentang frasa sendi nama, iaitu di rumah dan ke hutan. Perkataan bersendirian dan menyendiri menerangkan lagi ayat tersebut. Selain itu, terdapat juga kata adverba yang berbentuk gandaan. Pertama, kata adverba berbentuk gandaan penuh. Mengikut Tatabahasa Dewan (1996), penggandaan penuh ialah cara yang paling mudah , iaitu dengan menggandaakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya, besar-besar, kecil-kecil, tinggitinggi, rendah-rendah,panjang-panjang,tumpul-tumpul,bijak-bijak,hijauhijau,kuning-kuning,merah-merah,cepat-cepat,sama-sama,diam-diam dan lain-lain lagi. Antara contoh ayat ayat bagi kata adverba berbentuk gandaan penuh ialah: 1. Rumah di bandar itu besar-besar. 2. Buah pokok durian itu kecil-kecil. 3. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu. 4. Pokok di kebun itu rendah rendah . 5. Tali pengikatnya panjang-panjang. 6. Pelajar kelas itu semuanya bijak-bijak. Selain itu, terdapat juga kata adverba berbentuk gandaan separa. Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang. Terdapat dua jenis kata adverba berbentuk gandaan separa. Pertama, penggandaan separa awalan, iaitu perkataan berganda yang mempunyai imbuhan pada awal perkataan.Contohnya ialah berdikit-dikit, sekali-kali,terkesingkesing,setinggi-tinggi,sepandai-pandai,terjengketjengket,berderet-deret,seikhlas-ikhlasnya,terkedek-kedek,terkialkial,sebodoh-bodohnya. Contohnya: 1. Ahmad bekerja dengan bersungguh-sungguh.

2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 3. Siti tidak akan sekali-kali meninggalkan ibunya sendirian. 4. Ali terkial-kial menyiapkan kerja rumahnya yang belum siap. 5. Gadis itu malu tersipu-sipu. Seterusnya ialah, kata adverba yang terdiri daripada penggandaan separa tapi berakhiran,misalnya imbuhan akhiran an. Contohnya, gilagilaan,besar-besaran,mati-matian,habis-habisan, kecil-kecilan dan lainlain. Antara contoh ayat-ayatnya ialah: 1. Upacara sambutan hari sukan sekolah kali ini diadakan secara besar-besaran. 2. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga. 3. Ahmad berusaha secara habis-habisan untuk berjaya ke peringkat seterusnya. 4. Ali mati-matian tidak mengaku bahawa dia yang mencuri kereta itu. Kata adverba bentuk gandaan seterusnya ialah berbentuk penggandaan berentak. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak,seluruh kata dasar digandakan tetapi dengan perbezaan dan persamaan bunyi tertentu, iaitu sama ada persamaan pada bunyi bunyi konsonan dan vokal tertentu, atau penggandaan yang tidak mempunyai persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan. Contoh penggandaan berentak yang mempunyai persamaan bunyi konsonan ialah bolak-balik, susup-sasap dan sebagainya. Antara contoh penggandaan berentak persamaan bunyi vokal ialah cerai 10

berai, tungkus lumus dan lain-lain. Contoh penggandaan berentak bebas ialah ulang alik. Contohnya, bingar,berjalan menangis Dalam konteks kata adverba, kata ganda sedu-sedan, berbunyi tungkus hingarlumus,lari berentak juga berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja. mundar-mandir,bekerja

lintang-pukang,datang serta-merta, ulang-alik,gotong-royong dan lain-lain. Antara contoh ayat-ayat ialah: 1. Adik menangis sedu-sedan kerana lapar. 2. Ali berjalan mundar-mandir kerana risau anaknya masih belum pulang. 3. Ayah sanggup bekerja tungkus lumus demi masa depan anak-anaknya. 4. Siti datang serta-merta apabila dimaklumkan pihak hospital tentang kesihatan anaknya. 5. Orang kampung bekerja secara gotong-royong bagi membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes. 6. Salina lari lintang pukang apabila dikejar anjng liar. Kesimpulannya ialah, kata adverba merupakan penggolongan kata yang berfungsi sebagai penerang atau kata keterangan kepada golongan kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata keterangan yang dipilih dikenali sebagai kata adverba jati. Selain itu, kata adverba juga merupakan kata yang asalnya ialah kata adjektif. Kata adverba ini berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Seterusnya, ia juga berasal dari kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Kata adverba juga terdiri daripada kata ganda iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dengan imbuhan awalan dan akhiran, serta penggandaan berentak. Hasil daripada perincian yang telah dibuat, kata adverba dapat disimpulkan sebagai kata yang berfungsi sebagai penerang. 11

MENGANALIS

DAN

MENYENARAIKAN

KATA

ADVERBA

BERDASARKAN TEKS TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. TAJUK TEKS: MENJEJAKI BANJARAN TITIWANGSA FASA 1. TERBITAN:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 10 SEPTEMBER 1995 PERKATAAN 1) kira-kira perenggan pertama JENIS ADVERBA penggandaan penuh CONTOH AYAT Bas berlepas dari Ibu Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kira-kira jam 10.40 pagi selepas upacara perasmian ekspedisi yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Sukan Encik Zainal Abidin Abu Zarin. 2) sebelum perenggan kedua 3) semak-samun perenggan ketiga penggandaan berentak adverba jati Tiba di Gap,persiapan terakhir sebelum memulakan ekspedisi dilakukan. Setelah di dalam beberapa lama

mendaki bukit dan kami berada semak-samun itu,terasalah kami akan gigitan

4) lama-kelamaan perenggan ke empat

Penggandaan tapi berakhiran

agas, nyamuk dan pacat separa Alah bisa tegal biasa,lamakelamaan menyesuaikan kami diri dapat dengan

5)sering perenggan keempat

adverba jati

keadaan sedemikian. Onak dan duri sering menjadi penghalang utama dan gangguan kami selain kepada

laluan yang licin.

12

6)saling perenggan keempat

adverba jati

Pada ketika itu, kerjasama dan semangat saling membantu begitu menonjol di kalangan

7)berbual-bual perenggan keenam

penggandaan

peserta. separa Selain berehat,ada juga yang memulakan catatan penulisan dan tidak kurang juga yang berbualbual tentang apa yang dilalui oleh mereka tadi. Jurufoto akhbar dan pegawai DBP sempat merakamkan

dengan awalan ber

8)detik-detik perenggan kesembilan 9)berhati-hati perenggan ke-10 10)kemudian perenggan ke-10

penggandaan penuh

penggandaan

detik-detik keemasan kami. separa Masing-masing memberi isyarat supaya berhati-hati. Kemudian kami menemui pokok Daun Sehelai Setahun yang sejenis menurut spesies seorang yang sukar jam jurupandu,pokok itu merupakan ditemui. separa Bagaimanapun,sembilan singkat, peserta kerana yang

dengan awalan ber adverba jati

11)berkobar-kobar perenggan ke-11

penggandaan

dengan awalan ber

perjalanan pada hari itu terasa semanagat tinggi dan

12) sedemikian perenggan ke -13

adverba jati

berkobar-kobar. Di tepi sungai ini sebahagian peserta kesempatan membersihkan diri mengambil untuk kerana

ssudah tiga hari mereka tidak 13)isu-isu perenggan ke-19 penggandaan penuh berbuat sedemikian. Waktu yang terluang itu kami isi dengan memperkatakan isuisu semasa dan semangat patriotik nenek moyang pada zaman dahulu. 13

14)saling perenggan ke-19 15) tengah-tengah perenggan ke-19

adverba jati

Semua

peserta

saling dan

menyuarakan penggandaan penuh

pendapat

idea masing-masing. Di tengah-tengah kesunyian malam,diiringi suara burung hantu dan unggas hutan itu dapat diubah oleh kami menjadi keadaan ceria dengan gelak ketawa dan gurau senda. Memandangkan malam semakin tua dan kami akan menghadapi cabaran yang seterusnya pada hari esok, semua yang terlibat mengambil

16)esok perenggan ke-19

adverba jati

17) buah-buahan perenggan ke- 21 18) mandi-manda perenggan ke-21

penggandaan berakhiran an

keputusan unttuk tidur. separa Ada rumah kecil dan pondok untuk mengumpulkan buahbuahan di sekitar kawasan ini. Selepas mendirikan khemah,semua peserta mandimanda serta mengambil kesempatan untuk membasuh pakaian dan segala peralatan yang kotor di tepian air terjun yang berbatu. separa Kami memasak bersarapan pagi bergilir-gilir. Walaupun penat,

penggandaan berentak

19)bergilir-gilir perenggan ke-23 20) ) rata-rata perenggan ke-23

penggandaan

untuk secara kepuasan

dengan awalan ber penggandaan penuh

jelas terasa di hati kamitetapi rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak pernah dikenakan latihan seperti ini.

14

21) sekaligus perenggan ke-24

penggandaan penuh adverba jati

Beliau

menyampaikan

berita

buruk dan baik sekaligus

22) sebab-sebab perenggan ke-24

penggandaan penuh

Kami

terpaksa

keluar

ke dan

Bentong,

Pahang

bukannya ke destinasi asal iaitu Genting Highlands atas sebabsebab tertentu.

15

RUMUSAN
Melalui Kerja Kursus Pendek yang disediakan, satu lagi ilmu pengetahuan yang baru telah diperoleh mengenai tatabahasa dalam bahasa Melayu. Jika selama ini, kita hanya mengetahui bahawa dalam tatabahasa Melayu ada kata nama,kata adjektif,kata kerja,kata tugas,kata ganda dan sebagainya, sekarang kita dapat mengetahui bahawa adanya satu lagi komponen kata dalam tatabahasa Melayu iaitu kata adverba. Setelah perincian dan analisis yang dibuat, kata adverba dapat difahami sebagai kata yang tergolong sebagai unsur keterangan dalam Tatabahasa Dewan.Sebagai contoh, laju dalam ayat Helikopter itu terbang tinggi. Dalam ayat ini, tinggi ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur keterangan, iaitu yang menerangkan bagaimana helikopter itu terbang. Ini bermakna kata adverba merupakan kata yang menerangkan lagi sesuatu ayat. Kata adverba mempunyai empat penggolongan iaitu kata aadverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif,kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba yang berbentuk gandaan sama ada pannggandaan penuh, separa atau pun berentak. Kata adverba merupakan satu lagi aspek dalam bahasa Melayu yang memperkayakan lagi bidang tatabahasa dalam bahasa Melayu. Melalui huraian yang telah dibuat, sekaligus telah memberi pendedahan dan pemahaman mengenai jenis-jenis kata adverba dan fungsinya sebagai kata keterangan.

16

BIBLIOGRAFI Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. 1993. Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmod. 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewana Bahasa dan Pustaka. http://www1.bharian.com.my/Misc/DBP/Artikel/Bahasa/20070919135524/ArtB http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2006/ogos/bahasa/tanyacikgunaim/tanyaci kgunaim.htm members.tripod.com/upsrbm/index-ka.htm

17

Anda mungkin juga menyukai