Anda di halaman 1dari 3

PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU : SATU DISKUSISEMANTIK LEKSIKAL

Oleh Noralia Binti


RoslanBidang perkamusan merupakan elemen yang amat penting dalam bahasa kerana kamusmeru
pakan perakam bahasa, pada satu-satu masa. Menurut S. Nathesan (2001:65), bahasayang
digunakan oleh masyarakat pada satu-satu ketika, terutamanya kosa kata, dirakam didalam kamus.
Untuk tujuan tersebut, sejak zaman dahulu lagi, bermacam-macam kamus telahdisusun dan
diterbitkan. Antara kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu adalah
kamus Swettenham
yang diusahakan pada abad ke-19. Beberapa kata yang terdapat dalam
kamus Swettenham
ini telah mengalami perubahan makna, kerana mengalami penyempitanmakna, perluasan
makna atau pertambahan makna. Perubahan makna merupakan salah satufenomena bahasa yang
selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifatkedinamikannya, evolusinya dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena sepertipertembungan dengan bahasa-bahasa lain serta
faktor-faktor sosial seperti tabu iaitu unsur-unsur larangan, kemasukan idea-idea baru dan
perkembangan ilmu-ilmu baharu seperti
sainsdan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna yang sekali gusmerupaka
n topik utama perbincangan makalah
ini.Pada umumnya, bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagimanusia. Sebagai
suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati denganmenggunakan perbagai
pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapatdigunakan untuk mengkaji bahasa
ialah pendekatan makna. Bidang kajian makna ini menurutAbdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan
Ra’in Shaari (2009:31), turut melibatkan salah satucabang leksikal iaitu istilah leksikon yang merujuk
kepada kamus atau perbendaharaan katasesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Bidang makna atau
semantik, yang sebenarnya menjadisebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang
amat penting memandangkanhal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Bahasa, menurut R. H.Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu
bahagian yangpenting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna
menjadiinti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’.
Walaubagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya,menurut
Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi16 pengertian dan
erti bagi makna, antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok,

kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan demikian, kita dapatmembayangkan
betapa rumitnya maksud bagi perkataan ‘makna’.Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh
mendorong kearah perubahan
maknadalam bahasa. Ullman (1957), telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan maknaantara
nya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan
untuk kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah menyenaraikansembilan jenis perubahan
yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan
maknadalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora,meto
nimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan ameliorasi.Sehubungan dengan itu menurut S.
Nathesan lagi, didapati sejak zaman dahulu lagibahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah
mengalami perubahan dari segi struktur dankosa katanya. Dalam kajian semantik leksikal ini, kosa
kata bahasa melayu ini ditinjau darisegi diakronik, iaitu perkembangan leksikal dan makna
kata tersebut dalam Bahasa melayu.Untuk tujuan tersebut, dua buah kamus dikenalpasti iaitu
pertama,
Kamus Swettenham
(KS)yang mewakili zaman dahulu dan keduanya ialah
kamus Inggeris-Melayu Dewan EdisiRingkas
(KD) yang mewakili zaman sekarang. Selain itu, kajian semantik leksikal menurutUllman
(1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti maknaperkataan, kesignifikan
imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengankomponennya dan lain-lain. Kajian ini
berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru,
untuk tujuan ini, kosa kata Bahasa Melayu danBahasa Inggeris disusun oleh Frank Swettenham pada
tahun 1881 dijadikan asas kosa kataBahasa Melayu untuk melihat perubahan makna pada kosa kata
tersebut, diteliti pula
KamusInggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas
yang diterbitkan pada tahun 1995.
Definisi dan konteks
Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalahdefinisi
perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern(1965:163), perubahan
makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang
belum pernah dinyatakan lagi”. Seterusnya, definisi perluasanmakna menurut Mohd Ra’in Shaari
dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai prosesmeluaskan atau memperbesar komponen
makna suatu perkataan, manakala prosespenyempitan pula adalah proses mengecilkan atau
mengurangkan komponen makna suatuperkataan. Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata
taman, pada suatu masa dahulu hanya

digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’ atau ‘taman bunga’ sahaja, tetapi
maknanyasekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti ‘kawasan
perumahan’,kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’.
Demikianjuga kata datuk kini, bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa kepada ayah atau
ibuseseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa -
jasa yang telah mereka taburkan. Begitu juga dalam Bahasa Melayu, bagi kata yangmengalami
penyempitan makna, misalnya kata daging digunakan merujuk kepada ‘daginglembu’ sahaja, tetapi
bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, ataudaging arnab. Sedangkan, makna
sebenar dalam kamus bagi istilah daging adalah ‘isi padamanusia atau binatang antara kulit dan
tulang’ (Kamus Dewan, 1994). Hal ini menunjukkanwujudnya penyempitan makna pada istilah
daging dalam komunikasi sehari-harianmasyarakat Melayu.Sehubungan dengan itu, konteks
memainkan peranan untuk menghilangkankekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga
berfungsi untuk menetapkan makna bagiperkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Misalnya,
untuk membezakan golongan katauntuk menentukan makna, seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’
sebagai kata kerja dan‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amatmustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan
antara haus sebagai rasadahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada
konteks penggunaanayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus,
selepas berjalankaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunyaPhilosophical Investigations (1953), yang juga seorang
ahli falsafah yang terkenal, pernahdengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat
diketahui kecuali dilihat dalampenggunaannya, atau dalam
konteks penggunaannya. Demikian juga, Ullmann telahberhujah bahawa, makna perkataan
hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadappenggunaannya sahaja.
Analisis makna dalam kamus Swettenham
Dalam perbincangan ini, kesemua leksikon yang disenaraikan dalam
kamus Swettenham
diteliti satu persatu dan sebanyak 100 patah perkataan yang telah dikenalpasti, sudahmengalami
perubahan makna iaitu sama ada yang berubah secara keseluruhan, yangmendapat tambahan
makna atau yang mengalami penyempitan atau pengkhususan makna,disenaraikan di dalam
satu jadual. Kata-kata daripada Bahasa Inggeris yang dipadankan

Anda mungkin juga menyukai