Anda di halaman 1dari 14

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

MINGGU 5 - Mengumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi dan pembangunan ekonomi Malaysia dan luar negara . Globalisasi dan Modenisasi Budaya dalam Peradaban Melayu

Pembinaan sesuatu peradaban tidak dapat dipisahkan daripada perubahan budaya. Apabila budaya itu statik atau tidak berubah, maka itu turut mempengaruhi kedudukan sesuatu peradaban. Tetapi pencapaian peradaban itu, melibatkan perubahan atau kemajuan dalam berbagai-bagai bidang, seperti pembangunan politik, ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya. Walau bagaimanapun perubahan atau kemajuan dalam sesuatu aspek atau sistem itu turut mempengaruhi aspek atau sistem yang lain. Dalam konteks ini, perubahan budaya atau dinamika budaya itu saling mempengaruhi perubahan yang berlaku dalam berbagai-bagai bidang, yang memberikan kesan kepada kedudukan peradaban. Dalam pengertian yang luas, konsep budaya itu boleh juga diteliti dalam konteks berbagai aspek dan sistem dalam sesuatu masyarakat itu yang mempengaruhi dan membina keseluruhan cara hidup.

Perubahan budaya itu boleh berlaku secara proses evolusi berasaskan pengalaman anggota-anggota masyarakat dalam menyesuaikan dengan alam sekitar dan keperluan semasa. Perubahan yang berlaku dalam konteks ini agak perlahan, dan mengambil masa yang lama. Pembinaan asas dalam peradaban manusia pada peringkat awal adalah melalui proses perubahan secara evolusi itu. Asas yang dibina itu merupakan kekuatan jatidiri yang kemudian menjadi tradisi dan mengalami proses penyesuaian peringkat demi peringkat sehingga ke tahap suatu peradaban yang kukuh kemudian.

Berasaskan kemantapan budaya Melayu, yang dapat dikesan sejak zaman prasejarah, dapat dibuktikan bahawa peradaban Melayu itu telah mempunyai asas pembinaannya yang kukuh dan mantap. Dalam jangka masa yang lama, melalui proses evolusi budaya, penduduk asal rantau ini telah berusaha menyesuaikan kehidupan atau budaya mereka dengan suasana alam sekitar. Usaha itu telah membolehkan mereka membina tradisi budaya tersendiri. Walaupun segalanya

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

dalam konteks kesederhanaan, namun asas peradaban yang telah terbina itu amat penting, dan daripada asas itu seterusnya anggota-anggota masyarakat sentiasa melakukan penyesuaian dan berusaha meningkatkan kemajuan berasaskan pengalaman hidup mereka dengan alam persekitaran.

Untuk meneliti asas pembinaan tradisi budaya itu, bukti-bukti yang ditemui oleh para pengkaji arkeologi menyatakan bahawa penduduk asal rantau ini, iaitu keturunan kelompok Melayu hari ini melalui pengalaman telah membina asas peradaban Melayu itu. Baik budaya material mahupun budaya bukan material yang telah dibina dan diwarisi itu merupakan asas penting dalam proses pembinaan peradaban Melayu. Berasaskan bukti-bukti yang ditemui itu dengan jelas menerangkan budaya yang dibina sejak awal itu adalah sebagai asas tradisi yang menyatakan jati diri penduduk asal rantau ini.

Apabila penduduk tempatan bertembung dengan peradaban asing, seperti peradaban India dan peradaban China, tradisi budaya Melayu itu telah mantap yang menyatakan peradaban Melayu semakin kukuh. Pengaruh budaya asing itu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi peradaban Melayu, terutama di kalangan golongan memerintah. Pengaruh peradaban India dalam peradaban Melayu misalnya, adalah kesan daripada penyebaran agama Hindu-Buddha, khususnya di kalangan kelompok yang memerintah. Walaupun penyebaran agama itu tidak meluas di kalangan rakyat jelata, tetapi kesannya turut mempengaruhi dalam pembinaan peradaban Melayu itu. Pengaruh mempengaruhi adalah perkara yang lumrah, tetapi penyebaran pengaruh sesuatu peradaban itu tidak pula melenyapkan kekuatan jati diri yang merupakan asas sesuatu peradaban itu. Walaupun pengaruh peradaban asing pesat mempengaruhi peradaban Melayu, tetapi peradaban Melayu yang mewarisi tradisi budaya sekian lama itu tetap menyatakan jati diri tersendiri. Pengaruh asing itu hanya sebagai memberi warna warni kepada peradaban Melayu. Peradaban Melayu itu diperkukuhkan dengan proses penyesuaian berbagai unsur budaya asing dengan keperluan atau kepentingan tempatan. Bijak pandai tempatan memainkan peranan penting dalam pembinaan peradaban Melayu itu. Pembinaan asas tradisi budaya Melayu itu sebagai kekuatan peradaban Melayu amat penting dalam mempertahankan jati diri Melayu, di samping budaya Melayu dinamiks menyesuaikan dengan keperluan

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

semasa. Apabila pengaruh budaya asing disesuaikan dengan keperluan tempatan, maka itu menyatakan jati diri Melayu dan ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan peradaban Melayu.

Nasionalism dan Budaya Melayu Perubahan dalam konteks pembangunan dan modenisasi yang dibawa oleh kolonial disedari orang Melayu membawa kesan dan menjejaskan kedudukan peradaban Melayu. Perubahan itu membawa kesan kepada kedudukan jati diri Melayu. Tekanan terhadap tradisi budaya Melayu dan Islam itu mendorongkan bersemaraknya kesedaran semangat nasionalism di kalangan orang Melayu. Mereka mahu kembalikan kegemilangan peradaban Melayu, iaitu untuk menyatakan jati diri sebagaimana peradaban yang dibina sekian lama.

Semangat nasionalism Melayu tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan memperjuangkan kekuatan dan jati diri Melayu sebagaimana peradaban Melayu yang telah dibina sekian lama. Apabila negara mencapai kemerdekaan, perkara-perkara tentang bahasa, budaya dan Islam merupakan kepentingan utama yang perlu dikembalikan setelah sekian lama diketepikan oleh pemerintah kolonial.

Walau bagaimanapun orang Melayu menyedari bahawa perubahan pesat yang berlaku semasa pemerintahan kolonial turut mempengaruhi budaya Melayu. Kekuatan peradaban Melayu masa lalu perlu mengalami perubahan. Bahasa dan budaya Melayu turut mengalami proses modenisasi. Bahasa dan budaya Melayu yang sejak dahulu amat dinamiks, amat perlu menyesuaikan dengan keperluan dan kepentingan baru sebagaimana yang dilalui masyarakat itu sendiri.

Bahasa Melayu diperakui kerajaan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa Malaysia dan diterima penduduk Malaysia sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu pesat berkembang, terutama bahasa itu menjadi medium pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan dan seterusnya kemudian menjadi bahasa ilmu di institusi-institusi pendidikan tinggi. Budaya kebangsaan pula sebagai budaya Malaysia yang berteraskan tradisi budaya penduduk asal negara ini dan Islam telah diterima secara rasmi oleh kerajaan sejak tahun 1970. Perlaksanaan rancangan

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

pembangunan luar bandar dan Dasar Ekonomi Baru adalah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu. Dengan itu juga mendorongkan orang Melayu turut mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Orang Melayu yang berpindah ke bandar semakin meningkat dan mereka yang tinggal di luar bandar juga turut mengalami perubahan, melalui proses modenisasi dan urbanisasi, berikutan dengan pesat pembangunan yang dilakukan di luar bandar serta meningkatnya kemudahan-kemudahan asas.

Dalam masyarakat Melayu mengalami pembangunan dan perubahan yang pesat itu, turut mempengaruhi perubahan budaya. Budaya Melayu turut mengalami proses modenisasi dan urbanisasi menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam berbagai lapangan. Di samping itu, orang Melayu juga berusaha mempertahankan tradisi yang diwarisi sebagai menyatakan jati diri Melayu. Dalam keadaan ini, berbagai amalan dan kegiatan tradisi, seperti dalam seni dan mainan, adat resam dan berbagai warisan tradisi lain digalakkan terus dipertahankan. Selama ini orang Melayu yang majoriti tinggal di kampung mempertahankan amalan tradisi, dan ini menyatakan tradisi budaya rakyat Melayu. Dan kini orang Melayu yang ramai berhijrah ke bandar itu berusaha pula membawa amalan tradisi budaya mereka dari kampung ke bandar. Proses ini berlaku secara berterusan, di samping anggota-anggota masyarakat mengalami proses modenisasi dan urbanisasi yang pesat.

Modenisasi dan Globalisasi Budaya Dalam proses modenisasi budaya yang berlaku sejak pemerintahan kolonial meresap dalam mempengaruhi pemikiran dan nilai-nilai sosial penduduk tempatan, termasuk orang Melayu. Unsur-unsur budaya yang dibawa dari barat, sebagai pusat kemajuan dan kemodenan itu selalu dianggap tinggi dan bermutu. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan semangat nasionalism bersemarak, pemikiran dan nilai-nilai tentang modenisasi itu tidak dapat dikikis, yang mempengaruhi pemikiran orang Melayu, termasuk golongan elit bahawa tradisi budaya Melayu itu seolah-olah budaya pinggiran. Walaupun berbagai usaha dan dorongan untuk membina jatidiri, iaitu membawa budaya Melayu di tempat sewajarnya tetapi pencapaiannya kurang memuaskan.

ISL WAJ 3106

MINGGU 5 Negara barat yang maju dalam pencapaian ekonomi, teknologi dan ilmu

pengetahuan terus mempertahan kedudukan yang tinggi pada pandangan atau penilaian penduduk tempatan selepas berakhirnya politik penjajahan. Peradaban barat memperkukuhkan kedudukan dalam berbagai lapangan dan seterusnya memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya negara-negara yang sedang membangun. Kuasa ekonomi barat sebagai negara maju terus mempengaruhi dan menentukan kedudukan ekonomi, politik dan budaya negara-negara bekas tanah jajahannya. Perkembangan ini juga dikenali sebagai kuasa imperialis terhadap negara-negara yang kurang maju.

Perkembangan ekonomi negara-negara maju semakin ketara apabila ideologi kapitalis dan sosialis tidak lagi menjadi asas pemisahan blok politik dunia. Perkembangan ekonomi global itu yang dikatakan proses globalisasi ekonomi, yang menerangkan peranan negara-negara maju dalam mempengaruhi ekonomi dunia didapati semakin penting. Hakikatnya, negara-negara maju yang terbina sejak pemerintahan kolonial dahulu terus menerus memainkan peranan dalam mempengaruhi dan menentukan kedudukan ekonomi negara-negara yang sedang membangun.

Dalam pesatnya perkembangan proses globalisasi itu jelas menerangkan kemajuan ekonomi, teknologi dan ilmu pengetahuan negara-negara maju itu berkembang luas secara global yang turut memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan politik dan budaya global dan seterusnya meningkatkan peradaban di peringkat global. Bahan-bahan budaya barat, terutama bahan-bahan budaya popular yang tersebar luas di peringkat global memainkan peranan dalam memberikan kekuatan ekonomi barat. Seterusnya bahan-bahan budaya itu juga turut menyebarkan ideologi barat secara global. Dengan kemudahan teknologi dan ilmu pengetahuan moden yang dikuasai barat memudahkan lagi penawaran dan penyebaran bahan-bahan budaya mereka ke seluruh dunia. Dan kesannya amat dirasai penduduk di negara-negara yang sedang membangun, seperti Malaysia.

Proses modenisasi dan globalisasi budaya itu hakikatnya memperkukuhkan kedudukan negara-negara maju, seperti barat dalam usahanya

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

untuk menguasai ekonomi dan seterusnya menyalurkan ideologi politiknya di peringkat global. Konsep dan pemikiran tentang kemodenan yang dipupuk selama ini merupakan pemangkin kepada proses modenisasi dan globalisasi itu. Pesatnya pembangunan yang dialami orang Melayu bermakna mereka semakin terdedah kepada kemodenan di peringkat global itu dan seterusnya amat berkesan dalam mempengaruhi pemikirannya tentang kemajuan dan kemodenan.

Proses modenisasi dan globalisasi budaya yang mempengaruhi orang Melayu ada kesan baiknya dan ada kesan buruknya. Proses itu memperluaskan pemikiran dan world-view orang Melayu tentang kemodenan di peringkat global. Proses itu membawa orang Melayu mengalami kemajuan dalam berbagai bidang, seperti ekonomi, pendidikan, dan penguasaan teknologi dan ilmu pengetahuan moden. Proses itu membawa perubahan nilai dan sikap orang Melayu yang seterusnya mendorongkan mereka bersaing dengan kumpulan-kumpulan ethnik lain untuk turut maju dan berjaya dalam berbagai lapangan. Persaingan dengan kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju dapat mendorongkan perkembangan pesat budaya tempatan, misalnya dapat meningkatkan mutu kegiatan budaya tempatan.

Proses modenisasi dan globalisasi itu amat berkesan dalam mendorongkan budaya Melayu itu amat dinamiks. Perubahan dan pembangunan yang dilalui budaya itu, di samping kemajuan dan pembangunan dalam bidangbidang lain telah meningkatkan peradaban Melayu. Peningkatan peradaban Melayu itu dapat dikesan daripada perlibatan masyarakat Melayu membangunkan budaya Melayu, yang seterusnya mempengaruhi pencapaian mereka dalam berbagai-bagai bidang, selaras dengan peradaban-peradaban lain di peringkat global. Kesan buruknya dalam peningkatan proses itu, penyebaran bahan-bahan budaya barat mempengaruhi pembangunan sosial dan budaya tempatan, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Golongan muda mudah dipengaruhi bahan-bahan popular barat dan ini kerapkali pula boleh menimbulkan kesan sosial, misalnya nilainilai sosial yang bercanggah dengan nilai-nilai Melayu. Perkembangan budaya popular di negara-negara maju turut mempengaruhi perkembangan bahan-bahan budaya Melayu. Usaha untuk menonjolkan atau mengekalkan unsur-unsur budaya Melayu tradisional yang bertujuan untuk mengukuhkan jatidiri Melayu didapati

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

kurang berjaya. Unsur-unsur budaya tradisional tidak mampu bersaing dengan bahan-bahan budaya popular yang amat pesat perkembangannya kini.

Peradaban Melayu dalam menyatakan jati diri Melayu yang membezakan dengan peradaban-peradaban lain perlu menonjolkan tradisi yang diwarisi., di samping turut membangun dalam berbagai lapangan. Sedangkan tradisi budaya Melayu itu kurang mendapat perhatian ramai, memandangkan tradisi itu selalu dianggap tidak sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa. Suasana ini meletakkan tradisi budaya Melayu kerapkali menghadapi permasalahan dalam persaingan dengan dinamiknya budaya Melayu itu.

TEORI MODENISASI Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya. Disamping itu terdapat juga kenyataan-kenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya: " modernization theory presumes that all countries had similar starting points and follow similar paths to "development," which just happens to look exactly like contemporary 1st world societies." ( --http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/depe...) Dari kenyataan diatas kalau dilihat ia menunjukkan bahawa modenisasi itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari beberapa aspek, termasuklah kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain-lain lagi. Implikasi Modenisasi

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

Selain itu Modenisasi, telah mengujudkan 2 bentuk masyarakat iaitu moden dan tradisional . a.Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang teguh kepada keagamaan dan struktur sosial yang telah diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya maju serta tidak cekap . Manakala sistem politik lebih tertumpu kepada bentuk yang lama. Manakala ekonomi bergantung kepada pertanian didalam menjalani kehidupan semasa. b."Masyarakat moden pada asalnya merupakan masyarakat tradisi yang telah mengalami pembangunan secara komplek . Ini merupakan kesan dari kehendak semasa yang mana melibatkan perkembangan sains dan teknologi dan seterusnya memberikan satu bentuk pulangan yang lumayan dari hasil yang di

perolehi.(Kapitalisme). Selain itu rasa ingin berubah yang mana dirasakan dapat memberikan kepuasan . Lebih bersifat individualistik dan kekuasaan. Dari aspek ekonomi ianya lebih bergantung kepada industri-industri pengeluaran." (-http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/mode..). Disamping itu kesan perubahan masa juga mempengaruhi teori modenisasi yang mana berlaku tranformasi dari segi makna . Jikalau dulu ianya dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas dengan mengambil kira unsur-unsur sains dan teknologi. Sebagai contoh dikalangan pemimpin negara, Perdana menteri Malaysia didalam Teks ucapan utama di kongres kebangsaan wawasan 2020 mengatakan "Pemodenan bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan, bukan Pentimuran dan bukan juga Pengasiaan tetapi mestilah merupakan bumi moden yang

tersendiri" .(1997:3). Sementara di kalangan ahli akademik pula modenisasi kini dikaitkan dengan perkembangan kerasionalan dan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat. [Al-Atas(1972) dan Shaharuddin (1992)] . TRANSFORMASI Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep dan proses yang saling berhubung kait . Berdasarkan sumber sejarahnya konsep dan proses tersebut merujuk kepada perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

penyesuaian institusi kepada fungsi yang sentiasa berubah. Pada asalnya hasrat negara-negara Barat adalah untuk mentamadunkan dunia luas dan membentuk negara-negara itu akur kepada institusi yang sediada. Proses pembaratan ini membawa implikasi transformasi budaya secara menyeluruh dan penyusunan semula semua aspek kehidupan asli anak-anak pribumi. Proses pembaratan ini telah bermula di kalangan negara Eropah sendiri apabila negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan mengatasi satu sama lain. Dalam proses mendominasi masyarakat bukan barat dan dalam usaha hendak

menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri, budaya bukan barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa institusi tradisional negara bukan barat itu membolehkan pihak penjajah

menggunakan kuasa untuk mengubah institusi yang dianggap tidak cekap, tidak berfeadah dan sebagainya. Menjelang abad ke 19 dan awal abad ke 20 kebanyakkan negara-negara bukan barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerntahan kuasa-kuasa utama Eropah, diketuai oleh Britain. Perubahan yang berasal dari Eropah Barat mula tersebar ke masyarakat lain di dunia dan menghasilkan transformasi yang membawa kesan terhadap kehidupan masyarakat tersebut. Pemodenan telah dibawa keseluruh dunia melalui persaingan sesama negara barat untuk mendominasi dunia. Sebagai suatu ideologi pembangunan pula, proses pembaratan boleh dianggap sebagai mendokong kepentingan barat, terutama dari segi ekonomi. Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah, kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal laluan perdagangan serta keuntungan. Namun, akhirnya perluasan kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bag mempertahan, mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini membekalkan kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan pasaran, yakni perkara-perkara yang genting bagi kemajuan dan pembangunan negara meraka sendiri. Bagi mengekalkan empayar pula mereka mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi, kepercayaan, ideologi, sikap, nilai dan amalan adat resam tradisional tempatan bersesuain dengan matlamat dan keperluan mereka. Proses pembaratan ini dijalankan dengan menerapkan budaya barat dan galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden. Usaha ini dilakukan samada melalui

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

paksaan atau secara lembut dan diwajarkan atas alasan untuk kebaikan orang tempatan atau kononnya untuk mengelak orang tempatan daripada menghadapi kehancuran. Dalam proses untuk membaratkan masyarakat negara-negara luar Eropah, corak pemerintahan secara tradisional negara-negara tersebut perlu dihapuskan. Sungguhpun dari satu segi, proses pembaratan itu membawa kemusnahan dan kehancuran kepada sistem dan nilai tradisional serta mengekalkan ketaksamaan, tetapi dari segi yang lain pula ia mendatangkan sumbangan positif dari segi memperbaiki keadaan kehidupan material penduduk tempatan. Selepas Perang Dunia Kedua banyak daripada negara yang dijajah mendapat kembali kebebasan politik mereka. Negara bangsa yang baru terbentuk, mendapati diri mereka meneruskan proses pembaratan bagi menyediakan atau membekalkan makanan perumahan, pengangkutan, pendidikan dan pekerjaan penduduknya disebabkan tidak mahu ketinggalan dari segi pembagunan. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini proses perubahan itu telah memasuki fasa yang berbeza dan tidak lagi diistilahkan sebagai pembaratan tapi sebaliknya istilah untuk menerangkan proses itu dianggap sebagai pengalaman pemodenan atau pembangunan yang juga merupakan istilah dan konsep barat. Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri masyarakat moden seperti perindustrian, pembandaran, pendidikan, komunikasi massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat itu boleh dianggap moden. Sesebuah masyarakat perlu memiliki ciri-ciri luaran sebelum boleh diklasifikasikan sebagai moden seperti memiliki cara-cara baru untuk berfikir, bertindak dan berperasaan. Pemodenan merupakan satu proses perubahan sosial apabila masyarakat yang membangun mendapatkan ciri-ciri yang lazim terdapat di kalangan masyarakat indurtri barat yang jauh lebih maju. Pemodenan Model Barat Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke 20, terutama selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusioner abad ke 19. Terdapat tokohtokoh pemodenan yang menerangkan peringkat-peringkat proses masyarakat praindustri berkembang sehingga menjadi masyarakat industri. Sebaliknya terdapat ramai dikalangan tokoh yang mengambarkan situasi sebelum dan selepas dengan membezakan antara satu set ciri yang dikaitkan dengan masyarakat pra-industri dengan satu set ciri masyarakat industri. Keterangan yang dikemukakan ini juga

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

menggambarkan perubahan yang sama iaitu semua masyarakat yang dianggap pernah mengalami satu siri transformasi yang selari menuju ke arah matlamat. Lantas pemodenan dianggap sebagai satu fenomena sejagat apabila matlamatnya mudah ditentukan. Dengan itu, semua teori unilinear tentang kemajuan dan perubahan masyarakat dan teori pemodenan melihat masyarakat sebagai perubahan unsur mengikut satu garisan ke arah keadaan yang lebih kompleks. Masyarakat barat yang dikatakan mempunyai ciri-ciri industri, bandar, kompleks, pengkhususan dan sebagainya itu dianggap sebagai hasilan akhir proses evolusi itu. Model eropah barat sering dijadikan rujukan memandangkan kebanyakkan keterangan yang dikemukakan tentang pemodenan telah diperkembangkan ke negara-negara maju, industri barat itu sendiri berdasarkan pengalaman mereka. Walaubagaimana pun pada akhir tahun-tahun 1960-an telah wujud penjelasan yang bertentangan yang datangnya daripada tokoh-tokoh di luar negara barat. Timur Dan Barat Pertembungan Tamadun. Hasil pertembungan antara Timur dan Barat, Timur telah terheret ke dalam apa yang dirujuk sebagai zaman moden. Impak tamadun Barat yang berpusat di Eropah ke atas masyarakat bukan-Barat dirasakan terutama bermula pada akhir abad ke 15 seterusnya iaitu apabila tamadun itu melampaui sempadan Eropah dan menjelajah ake Afrika, Asia dan Amerika Latin. Kegagahan ekonomi dan teknologi yang dimiliki Barat membolehkannya menakluk masyarakat lain dan mengenakan nilai-nilai sehinggakan kedatangan Barat ke Timur bukanlah sekadar datang ke sebuah entiti yang tidak mempunyai budaya, nilai, tamadun dan sebagainya yang tersendiri. Negara-negara di Timur adalah kaya dengan tamadun dan budaya mereka yang telah diperkayakan menerusi saling pengaruh mempengaruhi dan difusi budaya hasil kegiatana perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Hasilnya pula wujud saling kaitan dan identiti yang boleh menyatukan mereka ke satu tamadun Timur yang umum. Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun purba Timur secara perlahan-lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Sungguhpun pada akhirnya, tamadun dan budaya Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur, namun tamadun dan budaya Timur itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bahkan ia seharusnya diberikan perhatian dalam proses memahami perkembangan sesebuah masyarakat Timur. ANTROPOLOGI MALAYSIA Atropologi di tempat kelahirannya, di Barat, dikatakan menghadapi krisis pada waktu ini. Tetapi antropologi di Malaysia kelihatan subur dan sehat. Apakah di sebalik misteri ini? Sebenarnya tidak sebarang muslihat di sebalik keadaan ini kalau keduadua perkembangan yang bertentang ini diletak dan dianalisis dalam konteks sosialnya masing-masing. "Economic rationalism" di negara Anglo-Saxon telah menular kemana-mana sehingga mengesankan perjalanan universiti, termasuk hidup matinya antropologi. Inilah nampaknya pengalaman di Barat, dan juga pengalaman antropologinya, yang mungkin dihambat oleh keadaan posDAN MODENISASI: MENGUNGKAPKAN PENGALAMAN

industrialnya. Malaysia masih merupakan sebuah negara yang masih ligat mengejar modenisasi. Antropologi lahir dari suatu keadaan krisis akibat mengejar modenisasi ini. Maka antropologi telah ikut maju dan berkembang sesuai dengan kemajuan di Malaysia. Di samping itu kerencaman kandungan masyarakat Malaysia itu sendiri, dengan tradisi "every day antropologynya" yang begitu kukuh dan tersulam halus dalam perjalanan seharian anggotanya, dengan mudah menerima antropologinya yang berbentuk akademik kepangkuannya. Berkembang mekarlah antropologi jadinya di Malaysia sebuah disiplin, biarpun isi kandungan sudah banyak diubah sesuai dengan keperluan konteks sosial sezaman. Dalam "merintis jalan ke 2020", antropologi tetap penting sebagai sebuah disiplin akademik yang boleh menjadi teras pembentukan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Modenisasi Model Islam Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain, iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali dengan nama gerakan Islah dan ianya bertujuan untuk

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

kembali sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam semua aspek pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik, pendidikan dan sebagainya. Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke 20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani, Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan penerbitan dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta meninggalkan segala adat usang dan khurafat yang diwarisi daripada ajaran yang asing daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini lahir dalam bentuk yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam menolak proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat adalah terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan proses memodenkan masyarakat dan negara. Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat, maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan lebih komited kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus kebangkitan semula Islam yang melihat Islam sebagai sistem hidup yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden yang di import dari Barat. KESIMPULAN Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Modenisasi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional dan moden. Selain itu Modenisasi juga tidak dapat dipisahkan dari istilah Transformasi di mana Modenisasi tidak akan ujud tanpa berlakunya Transformasi. Inilah antara alasan mengapa Teori Modenisasi ini hanya sesuai diapplikasikan oleh negara sedang membangun. Bagi negara sedang

ISL WAJ 3106

MINGGU 5

membangun ia memerlukan satu proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan Teori Modenisasi itu sendiri. Barat telah mengelirukan masyarakat dunia dengan menggambarkan betapa pentingnya Teori Modenisasi sehingga mengenepikan soal-soal keagamaan dan kerohanian serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung akan menghasilkan masyarakat yang maju atau moden tetapi mengujudkan berbagai-bagai masalah sosial. Proses modenisasi di Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat dalam cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini berlaku. Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat amat merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya dengan hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung dengan Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Teori Modenisasi. Hasilan dari pertembungan ini maka ujudlah dua hala kesan pengaruh Budaya dan Tamadun yang secara tidak langsung telah menyerap ke dalam masyarat Barat sendiri. Nilai-nilai murni yang diperolehi dari masyarakat Timur telah sedikit sebanyak menular kedalam masyarat Barat. Inilah yang dikatakan atau diistilahkan sebagai Pertembungan Tamadun. Apapun alasannya Modenisasi Model Islam adalah yang tertua dan telah ujud sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Mementingkan Al-Quran dan Sunnah dalam membentuk kemodenan merupakan alasan yang unik dan istimewa kerana Islam itu sendiri adalah kesempurnaan. Modenisasi Model Islam menekankan bahawa kemodenan yang hendak dicapai perlukan seiring dengan perkembangan diri atau sahsiah diri yang mulia. Tidak bererti kemodenan masyarakat itu jika sekiranya keruntuhan akhlak menjadi santapannya.

Anda mungkin juga menyukai