Anda di halaman 1dari 12

GEJALA SOSIAL

PENGENALAN

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat


diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral
individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan
dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif


anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara.

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun,
oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris
negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan
mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa
seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja
yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka
ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan
pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang
sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.

Contoh berita gejala sosial yang disiarkan oleh media massa

DEFINISI GEJALA SOSIAL


Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau
petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang
padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa
masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang
bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal
(istilah perubatan).

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat
dan kemasyarakatan

Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau
hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa
lapang.

MASALAH GEJALA SOSIAL

Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di
negara kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic
hangat yang diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi
yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
STATISTIK LAPORAN GEJALA SOSIAL

STATISTIK LUMBA HARAM BAGI TAHUN 2001 - 2004

NEGERI BILANGAN %
Perlis 27 0.5
Kedah 112 2.0
PulauPinang 431 8.0
Perak 635 12.0
Selangor 1,041 20.0
Kuala Lumpur 255 5.0
Negeri Sembilan 469 9.0
Melaka 81 1.0
Johor 925 17.0
Pahang 477 8.9
Kelantan 141 3.0
Terengganu 201 4.0
Sabah 240 4.5
Sarawak 292 5.0
Labuan 5 0.1
Jumlah 5,332 100.0

Penyalahgunaan Dadah di Malaysia

Etnik Bilangan %
Melayu 191,141 65.9
Cina 53,210 18.4
India 29,134 10.1
Bumiputera Sabah & Sarawak 11,795 4.0
Lain-lain 4,483 1.6
Jumlah 289,763 100.0

Kes Pembuangan Bayi 2000-2006


Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya:

Ponteng sekolah
Merokok dan menghisap dadah
Seks bebas dan jenayah seksual
Samseng dan gengtarisme
Vendalisme
Memeras ugut
Mencuri dan menyamun
Balck metal
Lumba haram
PUNCA GEJALA SOSIAL

Punca punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah


globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional
berlaku kerana perubahan padaarus global yang digelar globalisasi.

Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasiekonomi tetapi ia


merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture)
menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan
adanyateknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat
berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai
manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy,
yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruhdan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan
belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau
tattoo bahkan sampai kepada hal-halyang sangat teruk seperti
pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang bolehmenjurus
kepada masalah masalah gejala sosial yang lebih serius.

Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan


kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan
materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,masyarakat moden
mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggapsaudara-
mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional
sepertimemuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini
berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada
tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang
amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat
mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim
Bentuk-bentuk Manifestasi globalisasi dan modenisasi

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara


dengan bantuan berbagaialat media-massa yang serba canggih. Media
massa merupakan sumber maklumat ygcukup berkesan dalam penyebaran
berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakincanggih ini, golongan
belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua
maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini
menjadimasalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan
mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan
negatif dari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan ingin cuba
sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang


kepada pemaparangejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu
penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet
umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurangsehat dengan mudahnya
boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus kearah
pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan


gejala sosial. Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak-anak
mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap
pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca
gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap
kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan
membuatanak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil
mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang.
Selain daripada itu, rumahtanggayang bermasalah juga, seperti perceraian
dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini


cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara
pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian
yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah
untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju.Mereka
takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan
berfikiransempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat
bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes
rogol dan seks bebas. Walaupun BruneiDarussalam sebuah negara MIB, kita
tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalahdengan aturan dan garis
panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan


yang bukan mahramtelah dilihat sebagai satu kemajuan dalam
pembentukan masyarakat yang lebih majutetapi bukan sebagai
pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi
sekiranya perasaanini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan
gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan
sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang
tidak percaya akan cintakepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan
golongan manusia yang rugi. Islamsendiri menggalakkan umatnya saling
kenal mengenali antara satu sama lain tanpamengira jantina, bangsa dan
agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja
diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang
telahdigariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan
pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa


kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian
masa lapang yang kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan
aktiviti yang tidak bermanfaatseperti perbuatan negatif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan


yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap
memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang
buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,
kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain.
Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan
lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang
dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala
boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.

Dahagakan Keseronokkan

Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-


benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan
sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan
sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan
bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang
terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat
perbuatan mereka itu kelak.

KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan
memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu,
masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan
sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang.
Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya
remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk
menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan
pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat
kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang
individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk,
maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang
mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu

Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang
mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan
tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-
perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak
yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada
hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan
agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial
ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi


kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat.
Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada
sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu,
keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan
yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam
kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya
penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan
tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.
Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya
lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan
akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya
hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh
pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang
paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak
dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-
peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan
buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-
mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila
berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar
jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal
ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin
meningkat.

Kesan Ke atas Negara

Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera
akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan
pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan
negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap
kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di
kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara
juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara
sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak
remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap
agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk
CARA MENANGANI MASALAH GEJALA
SOSIAL

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu


pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan
pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan
setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak
mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka
dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu
ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-


anak

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-


aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di


peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak
sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang


kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah
dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan


seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah
adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT
TINGGI-TINGGI

Anda mungkin juga menyukai