Anda di halaman 1dari 12

Manakala Modal Insan yang diadaptasi dari bahasa Inggeris Human Capital membawa erti<!--[if !

supportFootnotes]-->[5]<!--[endif]--> yang pelbagai.Modal boleh ditakrifkan sebagai asset,simpanan atau


bekalan.Sementara insan dari perkataan arab nasi’a (lupa) dan ianya merujuk kepada manusia,kerana sifat
manusia itu mudah lupa.

Insan disifatkan oleh Allah SWT,sebagai makhluk yang paling baik penciptaannya ( Ahsani taqwim )<!--[if !
supportFootnotes]-->[6]<!--[endif]-->.Boleh berubah dari buruk kepada baik,dan baik kepada buruk.Sementara
kesempurnaan itu,dilengkapi dengan jasad yang disaluti dengan hati,nafsu dan akal.Manusia juga dapat
menggunakan segala pancainderanya untuk menjalankan tanggungjawab,fungsi dan tugas.

3.2 : Konsep Tentang Manusia

Manusia yang digambarkan dengan kata al-Insan, disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran.Perjalanan hidup
manusia,dicoret sebagai melalui 2 tahap kehidupan.Iaitu meliputi peringkat (al-Ghaib), dan (al-Zahir) iaitu
proses yang diketahui secara ilmiah .Proses al-Ghaib atau alam al-Roh, bermula dari penciptaan dari tanah
(tin),debu dan lumpur(turab).Seterusnya keperingkat al-zahir dalam alam rahim ibu,bermula dari segumpal
darah kemudian disalut tulang dan daging,seterusnya ditiup roh.

Manusia yang disifatkan sebagai penciptaan yang paling sempurna dan lengkap ( ahsani taqwin ), diberi
amanah mengurus dunia ini dan diangkat martabatnya menjadi khalifah,apabila tanggungjawab itu tidak
sanggup dipikul oleh makhluk lain.

Lantaran manusia,diberi tanggungjawab untuk mengurus dunia ini,maka sudah tentu ianya memerlukan ilmu
dan kemahiran bagi memudahkan mereka mengurus tanggungjawab itu.Oleh yang demikian,sudah menjadi
tanggungjawab warga pengurusan institutsi latihan,bagi mengatur strategi menyediakan latihan dan keperluan
itu,dengan meningkatkan psikomotor audian.Untuk itu,dalam pengisian latihan,pihak pengurusan latihan
mestilah memastikan matlamat untuk menyediakan modal insan yang bertakwa,unggul atau the towering
personality akan tercapai.

Pujangga pernah berkata,ilmu yang tidak diamal,diibaratkan sepohon pokok yang rendang dan indah,tetapi
tiada berbuah.Justeru dari kata pujangga itu,dapatlah digambarkan bahawa amalan merupakan natijah akhir
kepada sesuatu keberkesanan latihan yang diberikan kepada audian.

5. KEPENTINGAN LATIHAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN HADHARI

Latihan menjadi penting apabila dunia dan persekitarannya mula berubah dengan pesat.Kepesatan
ini,memerlukan barisan modal insan yang hadhari untuk menghadapi dan menyelesaikannya.Ditambah dengan
persaingan dan cabaran intelektual yang hebat.Kompetensi yang sentiasa dihadapi manusia kini,menjadikan
pencapaian melalui latihan sebagai pemisah diantara satu sama lain.Kepentingan latihan ini juga dapat
ditegaskan lagi oleh Hadis Nabi SAW :-

5.1 : Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu dan Latihan.Dalam Islam,menimba ilmu dan latihan adalah
wajib bagi setiap lelaki dan perempuan.

“Menuntut ilmu wajib bagi Muslimin lelaki dan perempuan…”<!--[if !supportFootnotes]-->[10]<!--


[endif]-->

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina

Kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang Islam


Secara ringkasnya,kepentingan latihan itu meliputi :-

5.2 : Profesionalisme Pengurusan Dalam kehidupan Harian : Memimpin diri dan manusia hari ini menjadi
semakin kompleks berikutan dengan perubahan senario politik,ekonomi,teknologi dan sosial yang semakin
sukar dijangka dan tidak menentu.Justeru itu,manusia perlu mempunyai bukan sahaja pengalaman,tetapi juga
ilmu pengetahuan dan latihan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan supaya dapat menggunakan
secara maksimum sumber-sumber yang ada,terutamanya sumber manusia untuk kepentingan diri dan juga
masyarakat.

5.3 : Cabaran Globalisasi : Dunia kini sedang mengalami perubahan pesat akibat daripada globalisasi serta
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.Setiap pencapaian atau kemajuan memerlukan tahap latihan,
pengetahuann, inovasi dan kreativiti yang lebih tinggi.Apa yang perlu ialah persiapan untuk menerima dan
melibatkan diri sepenuhnya dengan peraturan baru ini. Manusia perlu melengkapkan diri dengan latihan dan
ilmu pengetahuan yang sesuai untuk menghadapi persaingan itu.Dengan latihan manusia boleh melibatkan diri
secara aktif dan bermakna dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi,politik dan sosial di
peringkat antarabangsa. Antara latihan dan kemahiran yang perlu ialah fasih berbahasa inggeris dan bahasa-
bahasa utama lain,bujak berkomunikasi, mahir berunding,cekap membuat keputusan dan sebagainya.

5.4 : Menggalak K-Based : Dalam era K-Ekonomi,ilmu dan latihan adalah penjana utama pertumbuhan
ekonomi.Penggunaan ilmu yang cekap dan berkesan akan menjurus kepada pertambahan pengeluaran dengan
kualiti yang lebih baik dan kos yang lebih rendah dan dengan itu memperolehi untung yang lebih tinggi.

5.5 : Ledakan pesat ICT : Perkembangan pesat dalam bidang ICT menjadikan kos kuminkasi dan
pengangkutan lebih murah serta dapat bergerak dengan pantas. Internet, e-mail,laman web dan alat komunikasi
lain seperti telefon selular,mesin faksimili dan setelit merupakan keperluan harian yang membolehkan manusia
berkomunikasi dengan warga dunia secara mudah,cekap dan segera.Manusia perlu meningkatkan keupayaannya
untuk menerima dan menyerapkan teknologi yang sentiasa berubah ini untuk sentiasa berada di hadapan,dan
menerima kenyataan bahawa ianya tidak dapat lari daripada ledakan ICT ini. Dengan itu manusia perlu
lengkapkan diri dengan latihan,ilmu dan kemahiran.

6. CIRI-CIRI MODAL INSAN HADHARI

Ciri-ciri modal insan hadhari tidak mustahil untuk dilahirkan apabila individu itu mengikuti proses
latihan.Proses latihan melibatkan input,proses dan output.

6.1 : Akidah Yang Sempurna ( Salim al-A’kidah )<!--[if !supportFootnotes]-->[12]<!--[endif]-->.

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran penyelewengan keaslian ajaran Islam.Maka akidah yang
sempurna,mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang.
Dalam ertikata lain,kemampuan seseorang individu dalam merujuk dua sumber warisan peninggalan Allah dan
al-Rasul,menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akidahnya.

Segala kekalutan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kini,adalah berpunca dari rapuhnya akidah yang
dianuti.Justeru itulah,ulamak Islam mengambarkan kepentingan akidah sebagai “ Awaludin ma’rifatullah “
(Awal agama adalah mengenal Allah ).

Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia.Ciri-ciri manusia yang bertaqwa adalah
bagi mereka yang sentiasa beriman dengan bukan sahaja perkara-perkara zahir,tetapi meliputi perkara
ghaib,mendirikan solat,membayar zakat,beramal dengan ayat al-quran dan kitab-kitab sebelumnya serta
beriman dengan hari akhirat.<!--[if !supportFootnotes]-->[13]<!--[endif]-->
6.2 : Ibadah Yang Betul ( Sahih al-I’badah ).<!--[if !supportFootnotes]-->[14]<!--[endif]-->

Ibadah dalam islam ,meliputi semua perkara dan pekerjaan yang disandarkan niatnya kepada Allah SWT.Seperti
apa yang disabdakan oleh nabi SAW “Setiap pekerjaan bermula dengan niat…..”.

Justeru itu,modal insan hadhari yang perlu disediakan oleh pelaksana program latihan adalah memberi
kefahaman tentang konsep ibadah yang betul menurut islam,bermula dari niat yang hanya untuk Allah SWT
seterusnya diikuti dengan gerak laku mengikut syarat dan rukun.

6.3 : Akhlak Yang Utuh. ( khuluk al-Matin )<!--[if !supportFootnotes]-->[15]<!--[endif]-->

Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur agama,selepas akidah dan syariah.Serta menjadi missi
penting pengutusan Rasulullah SAW.Seperti sabdanya…”Tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurna
kan akhlak yang baik…”<!--[if !supportFootnotes]-->[16]<!--[endif]-->Justeru itu,modal insan hadhari
sewajibnya mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti menyantuni manusia,bertimbangrasa,ikhlas,jujur dan
segala macam penampilan integriti yang lain.Sementara akhlak mazmumah seperti khianat,hasad
dengki,derhaka kepada ibu-bapa dan pemerintah serta segala macam sifat negatif yang lain,perlulah dijauhkan.

6.4 : Kuat Fizikal ( Qawiey al-Jisim )<!--[if !supportFootnotes]-->[17]<!--[endif]-->

Pujangga arab pernah berkata,” al-A’qlu al-Salim fi al-Jism al-Salim….”(Akal yang sejahtera datangnya dari
badan yang sihat…).Oleh yang demikian,insan hadahari mestilah mempunyai kesihatan dan badan yang
sihat,supaya dengan itu,akan memberikan rangsangan idea yang bernas ketika berfikir dan memeberi pendapat.

6.5 : Pemikiran Intelek ( Mushaqafah al-fikri )<!--[if !supportFootnotes]-->[18]<!--[endif]-->

Modal insan yang hadhari adalah mereka yang dapat menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan.Dunia
globalisasi kini,memerlukan sumber tenaga manusia yang mahir berteraskan ilmu pengetahuan.Saranan
seumpama ini bukanlah merupakan saranan baru,sebaliknya disuarakan semenjak zaman Yunani lagi,ketika
mana Aristotale berkata :-

“Knowledge is more useful than wealth,as knowledge

Could protect man from disaster,whilst wealth need

To be protected against disaster…”<!--[if !supportFootnotes]-->[19]<!--[endif]-->

Lantaran itu,kejayaan sesebuah bangsa dan negara bergantung sejauh mana mereka dapat menguasai dan
melonjak ilmu pengetahuan.Malah lebih gemilang lagi,apabila mereka dapat menjadikan ilmu sebagai budaya
kehidupan.Budaya ilmu bermaksud,”keadaan di mana setiap lapisan anggota masyarakat melibatkan diri baik
secara langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan”.

6.6 : Bermujahadah terhadap nafsunya ( Mujahadah al-Nafs )<!--[if !supportFootnotes]-->[20]<!--[endif]-->

Nafsu merupakan kompenan dalaman manusia,yang perlu dilatih secara agrasif atau mujahadah.Menurut ilmu
tasawuf,<!--[if !supportFootnotes]-->[21]<!--[endif]-->Nafsu terbahagi kepada beberapa tingkatan.Tiga nafsu
yang terkeji seperti nafs al-Ammarah ,nafs al-Lauwammah dan nafs al-Mulhamah, perlulah
dihindari.Sementara empat lagi adalah nafsu terpuji,seperti nafs al-Mutmainnah,nafs al-Radhiah,nafs al-
Mardhiah dan nafs al-Kamilah,kesemua ini hendaklah dituruti dan dicari.
Gagal mengawal nafsu,akan mengundang musibah kepada diri manusia.Apabila mereka tidak segan
silu,melakukan dosa dan maksiat.Jadi,segala kerjalaku dosa dan maksiat adalah berpunca dari kegagalan
individu itu,mengawal nafsunya.

6.7 : Berusaha dengan sendiri ( Qadirun a’la kasbi )<!--[if !supportFootnotes]-->[22]<!--[endif]-->

Modal insan yang diperlukan oleh sesebuah negara adalah bagi mereka yang dapat berusaha dengan usaha
sendiri tanpa mengharap pergantungan dari orang lain.Atau dalam aspek pembangunan negara, bukanlah
dengan hanya menhgharapkan subsidi dan bantuan dari kerajaan dan pemerintah semata-mata.

6.8 : Ambil berat dengan urusan waktunya ( Harisun a’la al-Wakt )<!--[if !supportFootnotes]-->[23]<!--
[endif]-->

Pengurusan waktu yang baik,merupakan formula kejayaan seseorang manusia.Justeru itu,banyak dalam ayat-
ayat Allah SWT dalam al-Quran menceritakan perihal penting mengenai masa.Sehinggakan diturunkan satu
surah khusus menceritakan kepentingan masa,seperti firman Allah SWT dalam surah al-A’sr..”Demi
masa!,sesungguhnya manusia dalam kerugian…”.<!--[if !supportFootnotes]-->[24]<!--[endif]-->

Masa adalah suatu amanah.Oleh kerana itu,manusia yang dapat mengurus masa mengikut
keutamaan(al-Awlawiyiat )<!--[if !supportFootnotes]-->[25]<!--[endif]-->,adalah mereka yang berjaya dalam
hidup.Lantaran itu, masa perlu diatur mengikut keutamaan, kepentingan dan kesegeraan sesuatu kerja.Pekerjaan
yang tidak penting dan tidak utama,tidak perlu disegerakan dan hendaklah ditangguhkan kemudian.

6.9 : Teratur dalam urusannya ( Munazhamun fi shuu’ni )<!--[if !supportFootnotes]-->[26]<!--[endif]-->

Insan hadhari yang perlu dibentuk dalam program latihan adalah generasi yang dapat mengatur urusan
kehidupan mereka.Faktor disiplin diri,merupakan ramuan mujarab untuk menjadikan manusia berjaya dan
teratur dalam urusan hidup.

Sebagai umat islam,kita hendaklah bersifat terbuka mengenai urusan pengurusan hidup yang berkualiti.Begitu
juga dalam pengurusan sesebuah organisasi,dengan tidak malu untuk mencontohi pihak barat dan Jepun,demi
mengujudkan pengurusan organisasi yang efision.Standart kuality yang berasaskan standart ISO oleh barat atau
kualiti 5S yang diperkenalkan oleh Jepun,hendaklah diadaptasi oleh umat islam,selagi mana ianya tidak
bercanggah dengan syariat agama.

6.10 : Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi’ lil Ghairihi )<!--[if !supportFootnotes]-->[27]<!--[endif]-->

Kejayaan yang terakhir kepada sesebuah program latihan,adalah bergantung sejauh mana audian yang telah
mengikuti program latihan itu, dapat memberi manfaat kepada orang lain,samada yang melibatkan
keluarga,masyarakat dan negaranya.

Sifat seperti pokok kelapa,yang boleh memberi manfaat kepada manusia dari akar sampai ke
pucuknya,hendaklah dijadikan contoh oleh manusia.Justeru itulah nabi SAW,pernah membuat perbandingan
pokok kurma dalam satu teka-teki yang menguji para sahabat,dengan sabdanya “Pokok apakah yang dapat
memberi manfaat kepada umat manusia…”

Ungkapan seumpama,”apakah sumbangan agama dan negara kepada anda!”,hendaklah diubah kepada “apakah
sumbangan anda kepada agama dan negara!”. Dan slogan keramat itu hendaklah sentiasa diingati dan
dipamirkan oleh setiap warganegara.Slogan seperti “Erti hidup biar memberi,daripada menerima”,hendaklah
dijadikan azimat sepanjang kehidupan.
. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Sesungguhnya,penyediaan modal insan yang hadhari hendaklah dirancang dengan sebaik-


baiknya.Pengembelingan tenaga,dari semua warga institutsi latihan hendaklah dilakukan secara
menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini,adalah tugas besar yang mesti dilakukan secara
kolektif oleh semua warga yang menjadikan latihan sebagai core-business.

Cabaran besar yang perlu dihadapi kini dan akan datang,memerlukan barisan warga insan yang hadhari dari
sudut pemikiran,penguasaan ilmu,penampilan diri,komunikasi berkesan dan sebagainya.Tetapi,yang perlu
diingatkan adalah setiap langkah untuk menyediakan modal insan yang hadhari mestilah bertunjangkan kepada
konsep beragama.Dan agama yang diiktiraf oleh Allah SWT,adalah agama Islam.

RUJUKAN

Tafsir Pimpinan al-Rahman,2000, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

‘Abd al-Baqi,Muhammad Fuad,t.t,al-Mu’jam al-Mufahrash Li Alfadz al-Quran al-Karim,Beirut,Dar Ihya’ al-


Turats al-‘Arabi.

Hadis Sahih Muslim,1988,Beirut,Maktabah al-Risalah.

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka,1989,Kuala Lumpur,DBP.

Azman Che Omar,2001,Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur,DBP.

Abdul Rahman Ahmad.Dr,t.t,Pengenalan Latihan Dalam Organisasi,Nota Kursus TOT,Kuala Lumpur,ILIM.

JAKIM, 2004,Konsep Islam Hadhari,Kuala Lumpur,JAKIM.

Ibn Khaldun,1967,al-Muqadimah,Mesir,Darul Syuruk.

Al-Attas,Prof.Dr,1977,Aims And Objectives Of Islamic Education,Luala Lumpur,ISTAC.

Wan M. Nor Wan Daud,Dr.,1989,Konsep Pengetahuan Dalam Islam,Indonesia,Pustaka Bandung.

Memperkasakan modal insan:-


Wednesday, August 31, 2005 Tulis pada: 8/31/2005 11:27:00 AM |

Negara memerlukan rakyat cemerlang berbudaya ilmu dan berakhlak mulia.


Sempena Hari Kemerdekaan Ke-48. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiap rakyat berusaha mencapai
keseimbangan pembangunan modal insan dengan kemantapan kekuatan rohani dalam menyiapkan negara menghadapi
persaingan global.
Perdana Menteri menegaskan, keseimbangan itu perlu khususnya dari aspek mengamal dan mengekalkan budi bahasa
yang tinggi, dalam usaha Malaysia bersaing dengan negara maju mahupun negara membangun.
Bagi mencapai kejayaan itu, katanya, negara berusaha menyediakan tenaga kerja yang berwibawa dengan berbekalkan
ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.“Mereka juga mesti menjadi rakyat yang cintakan negara, bersemangat, sanggup
bekerja kuat, rajin dan mengamalkan budi bahasa tinggi,” katanya dalam Perutusan Hari Kemerdekaan yang disiarkan
menerusi televisyen dan radio malam tadi.
Abdullah berkata, untuk membangunkan modal insan, kerajaan mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi
mendidik rakyat menjadi bangsa yang berpekerti mulia, berhemah tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mempunyai
kekuatan jasmani serta rohani.
Usaha membangunkan modal insan ialah harapan generasi baru yang akan menjadi tenaga penting dalam menjayakan
aspirasi kerajaan mewujudkan negara dan bangsa yang maju menjelang 2020. Beliau berkata, tiada faedahnya sesebuah
negara yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur bertaraf dunia jika rakyatnya masih berfikiran jumud dan
tertutup. Perdana Menteri juga menyatakan kesalnya dengan tindakan segelintir rakyat yang menyalah guna infrastruktur
teknologi seperti menyebar fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjatuhkan maruah seseorang atau
parti.“Penyalahgunaan teknologi seperti internet dan cakera padat video (VCD) menyebabkan generasi muda hari ini lebih
berminat untuk melayari laman web dan menonton perkara tidak bermoral.“Mereka menunjukkan minat pada VCD lucah
yang begitu banyak dijual di merata tempat dan mudah diperoleh. Ini menunjukkan keinginan kita kepada barang seperti ini
adalah tidak baik,” katanya.
Abdullah juga kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang suka merosakkan harta awam dan mempunyai kesedaran sivik
rendah selain sikap pemandu yang cuai di jalan raya.“Malaysia menjadi negara yang banyak mencatat kemalangan jalan
raya. Bukan kerana kereta atau jalan yang tidak elok, tetapi lebih 80 peratus berlaku disebabkan faktor manusia,” katanya.
Beliau juga menegur sikap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang setiap kali harga minyak
meningkat apabila gaji pegawai kerajaan ditambah serta meminta mereka lebih beretika.
Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa 14 tahun yang tinggal untuk menuju matlamat sebuah negara maju bukanlah
satu tempoh yang lama dalam merancang serta mengatur pelbagai persiapan. “Pelbagai perkara boleh berlaku dalam
tempoh berkenaan dan dengan itu, tanggungjawab memajukan bangsa mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
menerusi peningkatan serta kerjasama padu di kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, dalam mengejar matlamat mencapai taraf negara maju, kerajaan juga masih dibelenggu gejala rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda. Fenomena itu, katanya, boleh dibendung
jika semua pihak bertekad dan berazam untuk menghindari amalan tidak sihat terbabit dalam usaha membangunkan modal
insan dan menjadi bangsa yang maju. - sumber Berita Harian.
Lain-lain aktikal Kemerdekaan:

Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari
sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum
kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan
tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru
yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, tanggal 16 Mei setiap tahun, warga guru diraikan dalam sambutan hari
guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa
menjadi insan berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka
telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan olej Anas bin Malik r.a. :
‫حرِ َفِإذَا‬
ْ َ‫ِإنّ َمَثلَ اْلعُ َلمَاءِ فِي ا َلرْ ضِ َك َمَثلِ النّجُو مِ ُي ْهتَدَي بِهَا فِي ُظ ُلمَا تِ اْلَبرّ وَاْلب‬
. ُ‫ضلّ اْلهُدَاة‬
ِ َ‫اْن َط َمسَتِ النّجُومُ َأوْ َشكَ َأنْ ت‬
Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu
pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi
petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di
lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi
guru, baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima
didikan dan asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik
dan pada masa yang sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya
menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan
segenap lapisan masyarakat.

SIDANG JUMAAT YANG DI HORMATI SEKELIAN,


Tema Hari Guru pada tahun ini ialah : " GURU PENJANA MODAL INSAN
GEMILANG " ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya
menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.

Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh
pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala
sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung
daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang
menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan
cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta
rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul
tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.

SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,


Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat
yang sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah
s.w.t. Maka bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan
yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah amat diperlukan. Ianya
hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi
tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan memisahkan antara
pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akan melahirkan
sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk
modal Insan gemilang. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 18 yang
berbunyi :

Maksdunya : " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil


dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang
sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta
orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian )
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana ".

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,


Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama
dengan warga guru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan
generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa " ULUL ALBAB". Tugas
mendidik dan menangani gejala sosial sewajarnya dilakukan secara bersama
antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti kata pepatah " BERAT SAMA
DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING ". Sebagimana firman Allah yang berbunyi :
Maksudnya : ..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada
Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya ( bagi sesiapa yang
melanggar perintahnya".

( Surah al-Maidah : 2 )

Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam


menginstitusikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah.
Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan
persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan
seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara
yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka
membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaan dadah,
amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa
akhlak mulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama.

Ingatlah pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :

ِ‫جمَالَ َجمَالُ اْلعِ ْلمِ وَاْ َلدَب‬


َ ‫إِنّ اْل‬ # ٍِ‫لَ ْيسَ اْلجَمَالُ َأنْ ُتزَّينَ ِبأَثْوَاب‬

ِ‫إِنّ الْيَتِ ْيمَ يَتِ ْيمُ اْلعِ ْلمِ وَاْ َلدَب‬ # ُ‫لَ ْيسَ الْيَتِ ْيمُ من َقدْ مَاتَ وَاِلدُه‬
Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya
kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu
seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila
ketiadaan ilmu dan adab.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha
mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna.
Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi
membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap
permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara
muhibah.

Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada
masa yang sama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti
pepatah melayu " KERANA SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA" ibu
bapa juga sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia berkorban harta benda dan
tenaga bagi mencapai kecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa
yang ditegaskan oleh Imam Al-Syafie bahawa ilmu pengetahuan tidak akan
dapat dicapai kecuali dengan 6 perkara iaitu KECERDIKAN, KESUNGGUHAN,
KEMAJUAN, PERBELANJAAN YANG CUKUP, SELALU MENDAPINGI GURU
Dan MASA YANG LAMA.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang
berilmu, maka sudah tentu kita dapat melihat dan melahirkan wajah pemimpin
negara dimasa akan datang. Sebagaimana seorang pemikir dan penyair terkenal
Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :

"‫"إِّنمَا ا ُل َممُ الَخْلَقُ مَا َب ِقيَتْ َفإِنّ هُمُ َذ َهبَتْ أَخْلَ ُقهُمْ َذ َهبُوْا‬
Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana
akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "

Maka, bertepatan dengan sambutan hari belia yang juga disambut pada bulan
MEI setiap tahun. Peranan dan tanggungjawab golongan belia mampu
melahirkan pembangunan modal insan kerana melalui sumbangan idea dan
tenaga ke arah membina sebuah negara dan bangsa yang dihormati serta
disegani di persana dunia.

Ini telah dibuktikan oleh belia kita yang telah berjaya mencatat sejarah apabila
muncul sebagai belia termuda dari negara Asia yang berjaya membuat
penerjunan di Kutub Utara pada pertengahan April yang lalu dan ini cukup
membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu belia di negara kita
terlibat dengan gejala-gejala negetif yang akhirnya merugikan diri sendiri dan
negara di masa akan datang. TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN BELIA KITA. BELIA
CEMERLANG !! MALAYSIA TERBILANG !!!

Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu
pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.

Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam
setiap insan itu yakni jasad dan roh.

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat,
adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya
Neraka.

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para
tabi'in dan wali-wali zaman berzaman.

Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek
pembinaan roh.

Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.

Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.

PEMBINAAN MODAL INSAN PERLU SELARI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Sumber : http://www.pmium.org

PEMBINAAN MODAL INSAN PERLU SELARI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK?) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi baru–baru ini yang mensasarkan pembangunan modal insan
sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020 adalah
sesuatu yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh semua pihak. Penumpuan kepada tiga
strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta
inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral merupakan langkah
bijak yang harus didokongi bersama–sama dan mahasiswa khususnya perlu menyahut seruan ini.
Ini turut bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri sendiri yang meminta seluruh rakyat
terlibat secara langsung dalam proses RMK-9 tanpa memikirkan kepentingan diri.

Namun begitu dalam kita merencanakan halatuju pembentukan insan yang diimpikan,
satu aspek yang tidak boleh dikesampingkan adalah asas atau dasar kepada pembentukan insan
itu sendiri dalam konteks pendidikan di Malaysia. Apa yang dimaksudkan di sini adalah perlunya
modal insan yang ingin dilahirkan tersebut selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia
sendiri yang merupakan batu asas kepada corak pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) yang merupakan asas kepada pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia menggambarkan
suatu impian yang cukup besar untuk melihat lahirnya dari sistem pendidikan Malaysia ini
individu–individu unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek. Ini dapat dinilai
daripada dua entiti penting yang terkandung di dalamnya iaitu wajah insan yang dihajati dan
kaedah untuk mencapai wajah insan itu.

Secara ringkas, FPN menggariskan bahawa individu yang diimpikan ialah individu yang
baik, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu meliputi aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani. 'Seimbang' disini membawa pengertian bahawa individu yang ingin dilahirkan
adalah individu yang tidak melampaui batas , dan tidak mengutamakan satu aspek dan
mengabaikan aspek yang lain. 'Harmonis' pula mengertikan bahawa keempat–empat aspek
berkenaan perlu wujud secara bersama dan saling kukuh–mengukuhkan antara satu sama lain.
Namun begitu, keseimbangan dan keharmonian dalam keempat–empat aspek berkenaan tidak
sempurna melainkan hanya bilamana ia didasari oleh ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di
sinilah kemuncak dasar FPN yang menentukan keberkesanan sistem pendidikan negara. Jelas
bahawa sistem pendidikan negara tiada kompromi dalam perkara–perkara yang bersifat
ketuhanan sebagai asas pembinaan utama seseorang individu.

Seterusnya FPN menggariskan bahawa jalan atau kaedah yang perlu dilalui ke arah
mencapai matlamat berkenaan adalah secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Ini
membawa pengertian bahawa proses pembinaan individu yang dihajati ini perlu berlaku secara
terus–menerus dan tanpa putus-putus. Ia turut membawa inspirasi bahawa proses ini perlu
berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu tanpa pemisahan dengan subjek atau
kurikulum lain. Ini bermakna ia tidak hanya berlaku dalam matapelajaran Pendidikan Islam
mahupun moral semata–mata malah turut menyerap ke dalam matapelajaran sains, matematik
dan lain–lain.

Justeru, dalam jangka masa berbaki 15 tahun ini, semua pihak perlu bekerja keras.
Proses pembinaan insan bukanlah proses yang mudah yang hanya mengambil masa dua tiga
tahun. Bahkan ia menuntut kepada gabungan tenaga seluruh pihak dalam merealisasikan impian
ini. Dalam kata lain, tanggungjawab berat ini bukan hanya terletak di atas bahu pihak sekolah,
institusi pendidikan tinggi, jabatan–jabatan pelajaran, Kementerian Pelajaran ataupun
Kementerian Pengajian tinggi sahaja malah turut tergalas bebanannya di atas bahu institusi
kekeluargaan, masyarakat sekitar, pihak media, institusi pentadbiran dan lain–lain. Dengan itu
kita mengimpikan proses pembentukan yang berlaku ini tidak hanya berlegar di sekitar tembok
pagar sekolah sahaja, akan tetapi kita turut mengimpikan satu hari nanti jaminan berani akan
diberikan kepada pelajar bahawa biarpun mereka berada di luar lingkungan pagar sekolah,
proses ini tetap berterusan berjalan dengan baik. Dalam kata lain setiap pihak akan menjadi
pendidik. Pihak media samada media cetak mahupun elektronik mendidik melalui media,
masyarakat sekitar turut mendidik melalui sumbangan membentuk persekitaran yang baik dan
selamat, manakala institusi kekeluargaan pula berjalan di atas peranannya yang asas sebagai
pembentuk peribadi insan yang mulia.

Kesimpulannya, perletakan asas pembinaan insan ini di atas tapak yang benar-benar
kukuh ditambah dengan kerjasama dan gabungan tenaga semua pihak merupakan rahsia kepada
terzahirnya impian ini 15 tahun akan

Anda mungkin juga menyukai