Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Realiti Tv merupakan satu program televisyen yang popular sejak akhir-akhir ini. Oleh
itu kerap kali program seperti program dakwah islamik telah muncul di kaca TV. Hal ini
menunjukkan inisiatif penerbit yang menggunakan pendekatan berkonsep nilai islam melalui
realiti program hari ini dilihat selari dengan konsep islam Hadhari. Untuk makluman
penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an iaitu melalui kemunculan Radio Amatur
Kuala Lumpur yang ke udara selama tiga kali seminggu dan setiap siaran berlangsung selama
dua jam. Kerajaan kolonial British kemudiannya menubuhkan British Malayan Broadcasting
Corporation pada tahun 1937 berpusat di Singapura dan apabila berlaku peperangan Dunia
Kedua, stesen penyiaran berkenaan menjadi medium utama propaganda bagi menyokong
British dan sekutunya. Semasa penaklukan Jepun antara tahun 1941-1945, penyiaran
beroperasi dalam skala kecil iaitu siarannya dipancarkan di antara Pulau Pinang, Melaka dan
Seremban1 dan pada tahun 28 Disember 1963 Televisyen Malaysia telah dilancarkan secara
rasmi2 [ CITATION Pro10 \l 1086 ]. Jadi, apabila pengaruh televisyen yang meluas sehingga
setiap isi rumah di Malaysia kini mesti mempunyai sebuah televisyen, maka rancangan-
rancangan di televisyen seperti program dakwah islamik akan dapat ditontoni oleh masyarakat
di Malaysia. Antara rancangan program agama di TV yang telah disiarkan adalah Forum
Perdana Ehwal Islam, Al Kuliyyah, Semanis Kurma, Da`i Pendakwah milenia dan banyak
lagi. Dan kami telah memilih program Da`i Pendakwah milenia sebagai pilihan program
realiti TV. Program Da`i Pendakwah milenia ini antara rancangan yang paling popular di TV
kerana sering mendapat sambutan penonton yang melepasi jumlah 1.7 juta orang setiap
minggu apabila bersiaran. Hal ini menunjukkan program dakwah yang mempunyai nilai
agama mendapat rating yang tinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Secara
umumnya, konsep dakwah adalah suatu gagasan atau idea yang dituangkan untuk menyeru
manusia patuh dan taat pada peraturan yang sah pada tingkat abstrak dan kompleks 3. Dakwah
juga adalah suatu cara atau jalan pengaturan atau pemeriksaan sesuatu secara benar sesuai
dengan aturannya4. Manakala maksud Da’i secara Etimologis berasal dari bahasa Arab, iaitu

1
Asiah Sarji, “The Historical Development of Broadcasting in Malaya (1930-1957) and Its Social and Political
Significant”, Media Asia, vol 9, 1982, hal. 151.
2
Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia, Penyiaran 4 Dekad Bersama Anda, Kuala Lumpur:
Penyiar, 1987, hal 80-81.
3
Pratmana, Sukses Menuju Pilar Kemenangan, Cet. XII, (Jakarta: Fuji Raya, 2003), h. 556
4
Husein Umar, Metode Penelitian Untuk Skripsi dan Tesis Bisnis, Ed. Baru, (Jakarta: Raja Grafindo Persada,
2007), h. 5
dari kata da’a yang merupakan bentuk kata yang menunjukan pelaku yang bermaksud orang
melakukan dakwah. Sedangkan secara terminologis da'i ialah setiap muslim yang berakal
Mukallaf (aqil baligh) dengan kewajipan melakukan kerja dakwah5. Oleh itu, menjadi seorang
Da`i adalah suatu tugas yang amat mulia kerana semua yang didakwahkannya terus
diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia.

5
Ismah Ismail, Strategi Dakwah di Era Millenium, Cet. II, (Jakarta: Pustaka Setia, 2009), h.2
2.0 Keberhasilan Program Dakwah Kepada Perkembangan Dakwah Islam.

Islam dan dakwah adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan. Islam tidak mungkin maju
dan berkembang tanpa adanya upaya dakwah. Semakin banyak upaya dakwah dilaksanakan
semakin tersebar ajaran Islam, semakin kurang upaya dakwah semakin malaplah cahaya Islam
dalam diri masyarakat. Oleh itu, antara keberhasilan program dakwah adalah :

2.1 Dapat Menguatkan Akidah Umat Islam

Akidah merupakan tunggak keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Akidah
yang utuh bagi seorang Muslim ialah yang melibatkan kepercayaan dengan rukun Iman. Pada
hari ini, ancaman ke atas akidah umat Islam semakin bertambah apabila dunia menjadi
semakin terbuka melalui hubungan sosial yang meluas, kemajuan internet dan kemudahan
maklumat. Oleh itu, dengan adanya program dakwah seperti da`i milenia ini dapat dan
mampu untuk melahirkan seorang muslim yang mempunyai akidah yang utuh dan mungkin
dapat menarik orang yang bukan islam untuk menganut agama islam seperti bangsa cina dan
india di Malaysia ini. Hal ini demikian kerana akidah merupakan asas utama dalam
menentukan tahap keimanan seseorang muslim itu. Seorang yang rosak akidah boleh
membawa kepada kesyirikan dan gugur imannya. Jadi dengan pendedahan dakwah islamik
yang dibawa oleh program da`i pendakwah milenia ini dapat mengelakkan daripada pengaruh
ajaran yang bertentangan dengan islam dalam konteks membasmi ajaran sesat. Melalui
program dakwah da`i ini juga telah banyak menerangkan perkara yang baik dan digalakkan
dalam islam yang telah banyak memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia betapa
pentingnya akidah seseorang. Barisan pendakwah dalam program da`i milenia juga sering kali
memberi peringatan kepada masyarakat yang menonton program realiti TV itu mengenai soal
agama dan penjagaan iman6. Keimanan dan akidah seseorang perlulah dipupuk dari semasa ke
semasa bagi memastikan kelestarian akidah Islam dalam kehidupan seseorang muslim. Oleh
itu, dengan adanya saluran dakwah di dalam realiti TV sudah pasti dapat melahirkan
masyarakat yang kuat akidahnya yang mampu memberi perkembangan dalam dakwah islam
hari ini.

6
Sa`id Hawwa, al-Asas fi al-Tafsir (Kaherah: Dar al-Salam, 1985), (10) 122.
2.2 Dapat Memupuk Semangat Perpaduan, Muhibbah Dan Toleransi Dalam
Konteks Islam Agama Untuk Kesejahteraan.

Program realiti TV iaitu da`i pendakwah milenia mampu untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sebagai agama yang bersifat rahmat
kepada sekalian alam (rahmatanlil ‘alamin), hubungan yang baik sesama individu, keluarga,
masyarakat mahupun negara amat dititik beratkan. Hal ini demikian kerana hubungan
persaudaraan, perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umat Islam amat penting agar dapat
hidup secara bersatu-padu, berkasih-sayang, mengambil berat antara satu sama lain dan dapat
mengelakkan pertelingkahan serta perpecahan sesama umat islam. Secara fitrahnya setiap
manusia tidak boleh hidup bersendirian tetapi sentiasa memerlukan orang lain demi
kelangsungan hidup yang sempurna dan bahagia. Penyatuan ummah yang mapan dalam
kalangan masyarakat di Malaysia mampu melahirkan sikap toleransi dan saling tolong-
menolong serta lengkap-melengkapi sesama umat manusia. Jadi, apabila program dakwah ini
sering disiarkan, maka hal ini akan mendorong lagi umat Islam kuat berusaha, berdikari agar
mereka dapat mencapai kesejahteraan hidup. Hal ini telah memberi satu kelebihan dan
memperkuatkan lagi perkembangan dakwah islam iaitu dapat menerapkan nilai-nilai
kerohanian yang murni dalam setiap diri manusia supaya tidak dipesongkan oleh nilai-nilai
yang bertentangan dengan Islam dalam konteks kesempurnaan ajaran Islam. Oleh itu, jelaslah
bahawa program dakwah ini menunjukkan keberhasilannya dalam melahirkan sikap semangat
perpaduan dan toleransi yang mampu mengukuhkan lagi perkembangan agama Islam.
Bibliografi
Budihardjo. 2007. "KONSEP DAKWAH DALAM ISLAM." SUHUF, Vol. 19, No. 2 89-113.
Drs.Afifi Fauzi Abbas. 1988. "Dakwah Islam dan Masyarakat Indonesia." Jakarta.

Muhammad Su’ud Zhariff Bin Zaharin. 2014. "Da’i Pendakwah Melinia." Permodenan Imej Dakwah
Islam.

Noor Hafiz Bin Abd. Jalil. 2011. "Scribd.com." Scribd.com. April 24.
https://www.scribd.com/doc/53707904/Program-Realiti-Antara-Kebaikan-Dan-Keburukan.

PROF. DR. H. AHMAD M. SEWANG, PROF. DR. H. M. SATTU ALANG. 2005. "METODE DAKWAH DALAM
MENGATASI."

Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani. 2010. "Penyebaran Dakwah Melalui Media Penyiaran Di
Malaysia." Januari 8.

Amin, H. M. Mansyur. Dakwah Islam dan Pesan Moral. Cet. I;Yogyakarta: al-Amin Press, 1997.

Anda mungkin juga menyukai