Anda di halaman 1dari 19

KONSEP ASAS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Tajuk 1
KONSEP ASAS
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Mengapa mempelajari Kaedah Penyelidikan?

Apakah tujuan kita mempelajari subjek kaedah penyelidikan?
Tujuan kita mempelajari subjek kaedah penyelidikan adalah dengan ilmu pengethuan
penyelidikan membolehkan kita;
1. Menghasilkan projek sarjana muda, melaksanakan penyelidikan diperingkat sarjana atau
PhD.
2. Menghasilkan penemuan baru yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara
sesuai dalam bidang tertentu
3. Memperkembangkan ilmu pengetahuan
4. Membantu meningkatkan R&D diperingkat negara

Pengenalan

Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini ada masalahnya sendiri. Tidak kira dalam apa
keadaan sekalipun masalah tetap akan dihadapi.
Menurut Majid (1998) masalah itu boleh terdiri daripada banyak bidang seperti masalah
disiplin, masalah ponteng sekolah, masalah dalam pembelajaran dan sebagainya.
Maka, setiap masalah ini perlu kepada langkah penyelesaiannya dengan segera. Justeru
itu, dengan penyelesaian masalah itu membolehkan kita membuat keputusan.
Mengapa Kita Menyelidik?
Najib (2002) menjelaskan sesuatu penyelidikan perlu dilakukan kerana;
1. Mencari kebenaran daripada masalah yang tinbul
2. Menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik
3. Meramalkan kejadian pada masa akan datang berdasarkan fungsi dan jenis
sesuatu penyelidikan itu.
Menurut Najib (2002) manusia mendapat kebenaran melalui 3 cara iaitu;
1. Pengalaman sendiri
2. Pandangan pakar, norma masyarakat dan undang-undang negara
3. Perbincangan berdasarkan akal logik
Ketiga-tiga proses ini digabung oleh penyelidik dan ia dikenali sebagai penyelidikan saintifik.
Manakala menurut Azizi (2004) penyelidikan perlu dilakukan kerana;
1. Menambah dan memperluaskan maklumat
2. Mengesahkan sesuatu fakta
3. Menyelesaikan sesuatu masalah dan sekaligus mendapat keputusan
4. Menghasilkan ilmu baru, menyebar dan meningkatkan ilmu

Memahami Konsep Pendidikan

Menurut Najib (2002) bidang pendidikan merupakan campuran interaksi daripada 2 bidang
ilmu iaitu psikologi dan sosiologi. Menurutnya lagi, penyelidikan pendidikan merupakan
sesuatu yang kompleks kerana mengambilkira teori dan prinsip yang berkaitan dengan
tingkah laku manusia.
Pendidikan berada dalam bidang sains sosial. Menurut Najib (2002) bidang sains sosial
bersifat komples dan oleh yang demikian ia mengkehendaki kita menyelidik semua aspek
kegiatan manusia. Antara penyelidikan bidang sains sosial adalah seperti penyelidikan
pensejarahan, penyelidikan sosiologi dan antropologi, penyelidikan sains politik dan
sebagainya. Maka jika kita berada dalam bidang pendidikan, kita sebenarnya mengkaji
masalah-masalah dalam pendidikan.
Hal ini berbeza dengan bidang sains. Ini kerana bidang sains bersifat objektif. Penyelidikan
sains tulen dikaji dari 3 bidang iaitu biologi, fizik dan kimia.
Menurut Najib (2002) perolehan penerangan daripada masalah yang dihadapi oleh
manusia itu terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang bersifat akal logik dan kaedah saintifik.

Definisi Penyelidikan Dalam Pendidikan

Menurut Azizi (2002) penyelidikan bermaksud suatu perlaksanaan kegiatan yang dilakukan
secara sistematik untuk mengumpul, mengolah dan menyimpan data dengan menggunakan
metod tertentu dalam membuat perangkaan dan perincian bagi mencari jawapan terhadap
permasalaan yang dihadapi.
Memahami Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan
1. Penyelidikan Asas Menurut Majid (1998) penyelidikan asas menumpukan kepada
penyelidikan-penyelidikan teori. Tujuan penyelidikan asas adalah untuk memperoleh data
empiric yang boleh digunakan untuk membentuk, mengembang dan menilai teori.
Penyelidikan ini kurang menekankan cara-cara menyelesaikan masalah.
2. Penyelidikan Gunaan Penyelidikan gunaan dilakukan ke atas masalah sebenar dan di
lakukan di dalam situasi dimana masalah ditemui. Tujuan untuk menyelesaikan masalah
secara praktis.
Menurut Majid (1998) kedua jenis penyelidikan ini tidak boleh digunakan berasingan dan
saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam penyelidikan gunaan, kita menggunakan
teori yang diperolehi daripada penyelidikan asas. Pada masa yang sama, penyelidikan asas
juga bergantung kepada hasil penyelidikan penyelidikan gunaan untuk melengkapkan
pembentukan teori. Oleh itu, kedua jenis penyelidikan ini memainkan peranan penting dalam
usaha melengkapkan pengetahuan manusia dalam bidang pendidikan.
Kaedah Induktif Penyelidik membuat kesimpulan penyelidikan berdasarkan pada sesuatu
skop yang kecil kepada yang umum.
Kaedah Deduktif Penyelidik membuat kesimpulan penyelidikan berdasarkan pada skop
yang umum kepada sesuatu yang kecil.
Secara amnya, seseorang yang ingin melakukan penyelidikan dalam bidang pendidikan
harus mengalami 5 bab berikut;

Bab 1
1. Pengenalan
2. Latarbelakang masalah
3. Pernyataan masalah
4. Objektif penyelidikan
5. Persoalan penyelidikan
6. Hipotesis penyelidikan
7. Batasan penyelidikan
8. Definisi Operational
9. Rumusan

Bab 2
1. Pengenalan
2. Sorotan berdasarkan pembolehubah-pembolehubah penyelidikan
3. Rumusan

Bab 3
1. Pengenalan
2. Sampel penyelidikan
3. Tempat penyelidikan
4. Instrumen penyelidikan
5. Prosedur penyelidikan
6. Kaedah analisa data
7. Rumusan

Bab 4
1. Pengenalan
2. Hasil penyelidikan berdasarkan objektif-objektif yang dibuat.
3. Rumusan
Bab 5
1. Pengenalan
2. Hasil penyelidikan disokong penyelidikan-penyelidikan lepas.
3. Cadangan penyelidikan lanjutan.
4. Rumusan.



TAJUK 2
MASALAH DAN OBJEKTIF PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Pengenalan

Menurut Majid (1998) penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dikaji. Masalah
yang ingin dikaji mestilah masalah yang jitu, konkrit dan wujud dalam alam semesta.
Penyelidikan saintifik memerlukan sesuatu masalah yang ingin dikaji itu haruslah bersifat
nyata. Sebagai contohnya, penyelidikan pelajar dalam kelas pra sekolah.
Saintifik membawa maksud sesuatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian
secara sistematik. Fakta itu dibuktikan melalui langkah-langkah tertentu. Fakta atau teori itu
boleh dibuktikan melalui kaedah induktif atau deduktif.

Latar belakang Masalah

Menurut Azizi (2004) latarbelakang melibatkan;
Masalah yang ingin dikaji.
Huraikan suasana masalah.
Terangkan idea dan bagaimana ia timbul?

Bagaimana mahu Mengenalpasti Masalah?

Menurut Azizi (2004) untuk mendapatkan masalah bagi membuat penyelidikan adalah
dengan;
1. Pengalaman penyelidik atau orang lain
2. Ilmu pengetahuan penyelidik atau orang lain
3. Pemikiran spontan
4. mencipta masalah berdasarkan pengalaman dalam hidup

Menulis Penyataan Masalah

Penyataan masalah merupakan nadi kepada keseluruhan penyelidikan. Pernyataan
masalah juga dapat mengambarkan penting atau tidaknya sesuatu penyelidikan yang kita
akan kaji itu.
Menurut Alias Baba (1997) terdapat sesetengah penyelidikan yang tidak perlu dikaji lagi.
Penyelidikan itu telah pun kita ketahui keputusannnya. Ini kerana sebagai manusia kita boleh
berfikir secara logik tanpa membuat sebarang penyelidikan.
Contohnya,
Tajuk penyelidikan 1
Penyelidikan pencapaian akademik yang cemerlang dikalangan pelajar kelas pemulihan.

Tajuk penyelidikan 2
Perbandingan pencapaian akademik dikalangan pelajar MRSM dan pelajar kelas pemulihan.

Kedua hal ini tidak perlu dikaji kerana tidak rasional dan kita tentu sudah dapat
membayangkan keputusannya kelak.
Penulisan pernyataan masalah yang baik dapat mengambarkan kepada pembaca tentang
masalah sebenar penyelidikan penyelidik ingin melakukan penyelidikan.
Pernyataan masalah juga mengambarkan kepada pembaca betrapa seriusnya tahap dan
jenis penyelidikan itu perlu dilakukan dengan seberapa segera atau penyelidikan itu perlu di
tinggalkan sahaja kerana tidak lagi relevan pada masa sekarang atau kurang penting.
Pernyataan masalah yang baik juga membolehkan usaha dan kaedah yang betul dan tepat
perlu dilakukan demi menangani masalah yang dihadapi dengan segera oleh penyelidik.

Objektif Penyelidikan/ Objektif Penyelidikan
Menurut Azizi (2004) objektif penyelidikan harus ditulis dengan;
1. Tepat supaya dapat mengambarkan maksud penyelidikan.
2. Tidak terlalu umum dan luas.
Berdasarkan pengalaman penulis, 7 elemen dalam penyelidikan harus difahami oleh
penyelidik sebelum menulis. 7 elemen bersifat selari dan mempunyai perkaitan antara satu
sama lain.
1. Pernyataan masalah
2. Tajuk penyelidikan
3. Objektif penyelidikan / Tujuan penyelidikan
4. Persoalan penyelidikan
5. Hipotesis penyelidikan
6. Analisa penyelidikan
7. Hasil keputusan/ Perbincangan penyelidikan
PM Tajuk Objektif Persoalan Hipotesis Analisa Keputusan
Selari Selari Selari Selari

Contoh;
Pernyataan masalah penyelidikan (Bab 1)
Persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling di pusat serenti Dengkil,
Selangor.
Pernyataan masalah merupakan sesuatu masalah yang menjadi isu untuk dikaji.
pengkaji percaya bahawa masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sukar
dibanteras. Walaupun pihak kerajaaan banyak melaksanakan program pemulihan terhadap
penagih dadah namun langkah tersebut tidak berkesan. Pengkaji turut berasakan bahawa
masih wujud permasalahan yang dihadapi oleh penagih dadah terhadap perkhidmatan
kaunseling khususnya dari segi penerimaan dan keberkesanan mereka terhadap program
kaunseling yang dijalakan disitu.
Oleh yang demikian, pengkaji berpandangan satu penyelidikan perlu dijalankan di pusat
serenti ini bagi mengenalpasti permasalah utama yang dihadapi oleh penagih dadah dari
segi persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling dipusat berkenaan. Dengan
adanya penyelidikan ini, maka sudah tentu segala permasalahan yang dihadapi oleh
penagih dadah di pusat ini dapat dibantu dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan
keberkesanan perkhidmatan kaunseling dikalangan penagih dadah di pusat berkenaan.

Tajuk penyelidikan (Bab 1)
Persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling di Pusat Serenti Dengkil,
Selangor.

Objektif penyelidikan (Bab 1)
1. Mengenalpasti perbezaan persepsi pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap
perkhidmatan kaunseling?
Persoalan penyelidikan (Bab 1)
1. Adakah wujud perbezaan persepsi pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap
perkhidmatan kaunseling?
Hipotesis penyelidikan (Bab 1)
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan pelatih mengikut kumpulan bangsa
terhadap perkhidmatan kaunseling.
Analisa keputusan (Bab 4)
1. Hasil dapatan perbezaan pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan
kaunseling.
Hasil keputusan (Bab 5)
1. Hasil keputusan perbezaan pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan
kaunseling.

Rumusan
Oleh yang demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa penulisan bagi objektif penyelidikan,
persoalan penyelidikan dan hipotesis penyelidikan mempunyai perkaitan antara satu sama
lain dan perlu ditulis dengan isi yang sama cuma cara menulis sahaja bergantung pada
tujuannya yang berbeza. Ini bermaksud untuk persoalan harus ditulis dalam bentuk soalan,
objektif bersifat tujuan dan hipoteis yang bersifat andaian.



TAJUK 3

PERSOALAN DAN HIPOTESIS PENYELIDIKAN

Pengenalan
Penyelidik harus memahami cara penulisannya. Nama pun persoalan, maka harus ditulis
dengan simbol ?
Menurut Azizi (2004) persoalan penyelidikan harus mengandungi elemen-elemen berikut;
1. Apakah yang mungkin dicapai?
2. Boleh dijawab dalam soal selidik.
3. Mengaitkan dua pemboleh ubah dalam masalah penyelidikan jika ditulis sebelum objektif.
4. Cadangan kepada jawapan kepada masalah yang ingin dikaji.
5. Pernyataan yang boleh diuji kebenarannya.
Dalam penulisan ini, penulis tidak memasukkan elemen hipotesis penyelidikan kerana cara
ditulis ada perkaitan dengan penulisan objektif dan persoalan penyelidikan.
Kepentingan Penyelidikan
Menurut Azizi (2004) kepentingan penyelidikan bermaksud;
1. Apa pentingnya dan kepada siapa?
2. Huraikan daripada berbagai aspek seperti tabii, teori, sumbangan kandungan dan
sebagainya.

Batasan Penyelidikan
Setiap penyelidikan harus mempunyai skop penyelidikan atau limitasi penyelidikan. Ini
bermakna tidak semua elemen termasuk dalam penyelidikan.
Menurut Najib (2002) kita mungkin menyelesaikan semua masalah tetapi terhad dari segi
usaha, masa, tenaga, dan wang. Had sesuatu penyelidikan dilaksanakan disebabkan terhad
maka ia perlu dikekang.
Kekangan ini perlu dinyatakan seperti
- kekangan pembolehubah
- kekangan sample dan populasi
- kekangan instrumentasi
- kekangan generalisasi dan lain-lain.
Tentukan perkara yang penting dan dapat menjawab permalahan penyelidikan sahaja yang
termasuk dalam penyelidikan ini.
Definisi Operational
Menurut Najib (2004) beberapa perkara penting definisi istilah
1. Istilah penting yang terlibat dalam penyelidikan terutama konsep dan pemboleh ubah perlu
dinyatakan dengan jelas.
2. Ini disebabkan pembaca mungkin mempunyai takrifan yang berbeza dengan pengkaji.
3. Definisi istilah boleh menggunakan kaedah analisis konsep
Manakala Azizi (2004) pula menjelaskan
1. Perkataan yang perlu diberi penjelasan.
2. Beri penghuraian kepada setiap sebutan atau konsep yang digunakan dalam
penyelidikan.


TAJUK 4
SOROTAN LITERATUR PENYELIDIKAN

Pengenalan
Tujuan utama seseorang penyelidik melakukan pembacaan dan tinjauan bagi penyelidikan-
penyelidikan lepas adalah;
Mengenalpasti sejauhmana penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik
terdahulu
Memberi pemahaman kepada penyelidik dengan lebih mendalam tentang sesuatu bidang
yang akan di kajinya itu.
Memberi tafsiran kepada penyelidik tentang penyelidikan yang akan dilakukan itu dengan
lebih bermakna dan berkesan.
Menurut Najib (2002) dalam bidang pendidikan, bidang penyelidikan yang dikaji adalah;
1. kurikulum dan prestasi
2. interaksi dan komunikasi
3. psikolgi dan bimbingan dan kaunseling
4. pendidikan liberal dan vokasional
5. sistem dan kualiti dalam pendidikan
6. kepimpinan dan motivasi

Manakala Bahrin (2002) isu-isu dalam pendidikan yang perlu dibuat penyelidikan adalah;
1. Isu sekolah bestari
2. Isu pendidikan swasta
3. Isu pendidikan tinggi (awam dan swasta)
4. Isu disiplin, sosial dan moral
5. Isu pengajaran dan pembelajaran sekolah
6. Isu teknologi dalam pendidikan dan pembangunan ilmu
7. Isu profesionalisma perguruan
8. Isu pelajar bumiputera, bukan bumiputera dan meritokrasi
9. Isu pendidikan dalam pembangunan negara
10. Isu pendidikan dalam pembangunan sumber manusia
11. Isu latihan dalam perkhidmatan
12. Isu kualiti pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran)
13. Isu knowledge economy and technology
14. Isu pendidikan sepanjang hayat, era globalisasi dan teknologi maklumat
15. Isu bahasa (Melayu dan Inggeris)
16. Isu pengurusan pendidikan, organisasi dan sekolah
17. Isu psikologi dan motivasi dalam pendidikan
18. Isu stress dan kepuasan kerja
19. Isu bimbingan dan kaunseling
20. Isu kemahiran berfikir, kreatif dan manipulatif dalam pengajaran pembelajaran
21. Isu lain berkaitan sistem dan pengurusan pendidikan di Malaysia

Menurut Najib (2002) terdapat beberapa sumber sorotan literatur iaitu;
1. Pusat sumber perpustakaan
2. Buku, jurnal, kertas seminar, kertas prosiding, kertas bengkel dan lain.
3. Periodikal, almanak, dokumen kerajaan, penerbitan persatuan, penerbitan institusi
4. Indeks, bibliografi, abstrak, ensiklopedia khusus
5. Kamus rujukan, rujukan khusus, rujukan otobiografi, direktori
6. CD ROM, internet, halaman web
7. Panduan dari perpustakawan

Kaedah Sorotan Idea
Menurut Najib (2004) bagi penulis Islam, dahulukan namanya seperti
(Awang Had Salleh, 2004) = (SALAH) -------------- (Awang, 2004) (BETUL)
Bagi penulis bukan Islam, dahulukan nama keluarga seperti
(Stoven Covey, 2004) --- Steven ialah nama penulis
--- Covey ialah nama keluarga
(Steven Covey, 2004) = (SALAH) -------- (Covey, 2004) (BETUL)
Jika terdapat beberapa penulis, maka penyelidik perlu mencatatkan semua nama seperti
(Ahmad, 1970, Ali 2004)
Manakala jika berlaku lebih dari 2 orang penulis, maka gunakanlah et al)
Contoh (Ali et al)


Menulis Rujukan Buku
1. Nama penulis (tahun) Tajuk buku (edisi) Tempat dan penerbit.
Contoh : Najib Abdul Ghafar (2004) Pendidikan Tinggi. Skudai. Penerbit UTM.
3. Nama organisasi (tahun) Tajuk. (edisi) Tempat. Penerbit.

Artikel Jurnal atau Majalah
1. Nama penulis (tahun) tajuk artikel. Nama jurnal. Jilid nombor.muka surat
Akhbar
Contoh : Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2004) Bimbingan Kerjaya menurut
Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 8, ms 63- 70.
1. Tajuk berita (tarikh) tajuk, nama akhbar, muka surat.


TAJUK 5

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Pengenalan
Dalam bab metodologi ini, ia mengandungi beberapa kandungan iaitu;
1. Rekabentuk penyelidikan
2. Sampel dan populasi penyelidikan
3. Tempat penyelidikan
4. Alat ukur penyelidikan atau Instrumentasi penyelidikan
5. Prosedur penyelidikan
6. Analisa data
7. Jangkamasa penyelidikan
Menurut Najib (2004) dalam memilih rekabentuk penyelidikan perkara utama yang perlu
diberi perhatian adalah kesahan dalaman dan kesahan luaran.
Kesahan dalaman merupakan peristiwa atau objek sama ada yang berlaku dalam
melaksanakan penyelidikan
Kesahan luaran merupakan kesan yang berlaku diluar kawalan penyelidik dan ia
mempengaruhi keputusan penyelidikan.
Menurut Najib (2002) kesahan dalaman dipengaruhi oleh faktor-faktor;
1. Sejarah Peristiwa lepas memberi kesan pada keputusan penyelidikan. Contoh, masalah
disiplin pelajar memberi kesan pada keputusan.
2. Pemilihan Hasil disebabkan pemilihan ahli kumpulan. Contoh, perubahan prestasi
pelajar disebabkan oleh bantuan pejabat pendidikan.
3. Kematangan Responden matang dalam masa penyelidikan. Contoh, semasa tempoh
penyelidikan responden semakin matang kerana hormon, fikiran, sikap, fizikal.
4. Instrumentasi Perubahan kandungan atau penggunaan alat sekolah menghasil
perubahan sedangkan ia tidak. Contoh, responden telah mengenalpasti tujuan item dalam
alat dan melakukan tindakbalas yang bukan disebabkan oleh penyelidikan.
5. Regresi statistik skor ekstrim sesuatu kumpulan menyebabkan perubahan berlaku
sedangkan ia tidak.
6. Keciciran keciciran responden menyebabkan komposisi kumpulan berubah dan
menyebabkan perubahan berlaku.
7. Ujian pre hasil ujian pre menyebabkan perubahan skor sedangkan perlaksanaan
sebenar tidak.
8. Ketidakstabilan- skor ujian tidak stabil menyebabkan perubahan kelihatan berlaku yang
sebenarnya tidak.
9. Harapan- responden mengharapkan perubahan dan dengan itu berlaku perubahan yang
sebenarnya tidak disebakan penyelidikan.
10. Interaksi pelbagai faktor menyebabkan perubahan berlaku sedangkan ia tidak dikaji,
penyelidikan hanya mengukur perubahan satu faktor sahaja.

Mengurangkan ancaman kesahan dalaman
Mengurangkan kawalan terhadap faktor atau pemboleh ubah yang tidak dikaji tetapi boleh
mempengaruhi penyelidikan.
Memilih sampel secara rawak
Untuk mengurangkan kesan keciciran atau kematangan, usaha dilaksanakan untuk memilih
kumpulan yang mempunyai ciri yang sama atau mengubahsuai ciri kumpulan merujuk
kepada hasil ujian pre (ujian sebelum).
Kesahan Luaran
Kesahan luaran merujuk kepada kesan diluar konteks, masa dan rekabentuk penyelidikan ke
atas keputusan penyelidikan dalam situasi yang berbeza.

1. Kesan interaksi dengan individu
2. Kesan interaksi dengan persekitaran penyelidikan
3. Kesan interaksi dengan sejarah

Kawalan
Kawalan penyelidikan boleh dibuat dengan memilih responden secara rawak, membuat
kawalan pemboleh ubah dan melaksanakan penyelidikan yang hampir sama dengan situasi
luar.




TAJUK 6

JENIS PENYELIDIKAN DAN REKABENTUK PENYELIDIKAN

Pengenalan

Terdapat beberapa jenis penyelidikan dan rekabentuk penyelidikan
1. PENYELIDIKAN SEJARAH
Paling rendah darjah ketepatan jawapan.
Mengumpul fakta dan membuat kesimpulan daripada peristiwa lepas.
Penyelidik mencari fakta, menilai dan menafsirkan fakta yang diperoleh secara sistematik
bagi memahami masa lampau.
Penemuan bahan masa lampau dijadikan bahan pada masa sekarang dan ramalan pada
masa akan datang
Kesulitan yang dihadapi dalam penyelidikan ini lebih banyak daripada penyelidikan
eksperimen, ex post facto dan penyelidikan deskriptif.
Ini disebabkan penyelidikan ini tidak boleh di kawal dan tidak boleh direplikasi.
2. PENYELIDIKAN EXPLORATIF

Aspek yang anggap relatif lebih luas daripada penyelidikan sejarah.
Oleh kerana sifatnya, penjagan penyelidik sering memberikan batasan terhadap ruang
lingkup penyelidikannya.

3. PENYELIDIKAN DESKRIPTIF
Penyelidikan menerangkan sesuatu gejala, peristiwa, dan kejadian pada masa sekarang.
Fokus kepada masalah.
Berfungsi untuk pemecahan masalah amalan pendidikan.
Tidak ada hipotesis.
Pemboleh ubah yang dikaji biasa tunggal, dan juga lebih dari satu pemboleh ubah, bahkan
biasa mendeskripsikan hubungan antara pemboleh ubah.
Misalnya, guru ingin mengetahui cara belajar pelajar dalam kelompok. Melalui pengamatan
langsung secara intensif dapat diperoleh mengenai cara yang dilakukan setiap pelajar dalam
kelompoknya.
Jenis-jenis Penyelidikan Deskriptif
a. Penyelidikan Kes
Mempelajari secara intensif seseorang individu yang dipandang mengalami suatu kes
tertentu.
Misalnya, mempelajari secara khusus anak nakal, anak yang tidak biasa bergaul dengan
orang lain, anak yang selalu gagal belajar, atau anak pandal, anak yang paling disukai
teman-teinannya dan lain-lain.
Kelebihan
Penyelidik dapat mengkaji subjek secara mendalam dan penyelidikan kes bukan untuk
menguji hipotesis
Kaedah:
Pemerhatian penyertaan pengkaji menyertai aktiviti
Pemerhatian tanpa penyertaan dari jauh
b. Penyelidikan Perkembangan
Penyelidikan perkembangan mengkaji bagaimana individu mengalami pertumbuhan.

Ciri-ciri individu mencakupi intelektual, emosional, sosial dan keperibadian individu.
Penyelidikan ini dapat dilakukan kepada kelompok individu pada usia tertentu atau seorang
individu sahaja.
Penyelidikan Perkembangan terbahagi 2 iaitu;
(i) Penyelidikan longitudinal dan
(ii) Penyelidikan cross sectional/ Kaedah silang
i) Penyelidikan longitudinal ialah;
- Menggunakan sampel yang sama untuk jangka waktu yang panjang. Contoh penyelidik
mengkaji perkembangan bahasa pelajar tahun satu sehingga mereka berada dalam tahun
enam.
Penyelidikan Perkembangan
Keratan Rentas
ii) Penyelidikan cross-sectional
Di laksanakan dalam waktu singkat berbeza penyelidikan longitudinal.
Ia mengkaji semua individu yang berbeza taraf umur dalam waktu yang sama.
Beza sampel-sampel tersebut merupakan dasar penyelidikan ini.
c. Penyelidikan Tindakan lanjutan (Follow up)
Penyelidikan ini hampir sama dengan penyelidikan longitudinal
Ia mempelajari perkembangan subjek selepas subjek diberikan perlakuan khusus atan
keadaan tertentu dalam kurun waktu tertentu sampai selesai.
Penyelidikan ini tepat untuk menilai keberkesanan suatu program tertentu.
d. Penyelidikan Kecenderungan (Ramalan)
Penyelidikan kecenderungan meramalkan keadaan pada masa depan berdasarkan
keadaan, gejala, dan data yang ada pada masa sekarang.
Penyelidik menggunakan data daripada penyelidikan kes atau survey untuk membuat
ramalan pada masa depan.
e. Penyelidikan Survey (Tinjauan)
Di gunakan untuk pemecahan masalah pendidikan dan mencari kepentingan pendidikan,
tetapi bukan untuk pengembangan ilmu pendidikan.
Tujuan untuk mengumpulkan maklumat tentang pemboleh ubah, bukan maklumat individu
yang dikaji. Data yang dikumpulkan dari kes atau subjek yang relatif besar.

Tidak untuk menguji hipotesis.
Survey kebiasaan berkisar pada pertanyaan apa?, bagaimana?, berapa?, tetapi bukan
pertanyaan mengapa?
Suatu survey mencakupi seluruh populasi menjadi objek penyelidikan disebut kes.
Sedangkan survey yang mempelajari sebahagian populasi dinamakan sampel survey.
Survey tidak hanya terbatas pada data kuantitatif, tapi juga dilakukan untuk data kualitatif,
dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah abstrak seperti pendapat, persepsi, sikap, prestasi,
motivasi, dan lain-lain.
f. Penyelidikan Korelasi
Mengukur hubungkait antara dua pemboleh ubah.
Hanya menerangkan kekuatan dan signifikan.
Tidak menunjukkan sebab dan akibat.
Perlukan dua set data daripada setiap satu sampel.
Data nominal atau ordinal sukar diproses kecuali guna statistik.
Contoh
Kaitan antara berat dan ketinggian seseorang.
Kaitan antara jumlah penduduk dan jumlah kilang.
Kaitan antara prestasi dan status sosio ekonomi.
Kaitan antara minat dan kepuasan bekerja.
Diterangkan melalui indeks korelasi melalui ujian statistik.
Ujian yang sesuai ialah Spearman dan Pearson.
Nilai indeks daripada 1.0 hingga +1.0.
Nilai hampir 1.0 menandakan hubungan hampir sempurna.
Nilai 0 menandakan tiada kaitan.
Nilai n0,00 - 0,20 hampir tiada hubungan (rendah sekali)
0,20 - 0,40 hubungan rendah atau kecil
0,40 - 0,70 hubungan sederhana
0,70 - 0,90 hubungan tinggi atau kuat
0,90 - ke atas hubungan tinggi atau sangat kuat.
Negatif menandakan hubungan songsang.
g. Penyelidikan Ex Post factor
Ertinya sesudah fakta. Penyelidikan menunjukkan kepada pemboleh ubah bebas X telah
terjadi sebelumnya sehingga penyelidik tidak perlu memberikan perlakuan lagi, melihat
kesannya pada pemboleh ubah bergantung.
Perbezaan utama dengan reka bentuk eksperimen terletak dalam perlakuan pemboleh
ubah bebas.
Pada eksperimen, penyelidik dituntut memberikan perlakuan pemboleh ubah bebas,
sedangkan ex post facto penyelidik tidak
Reka bentuk ex post facto dapat dilakukan apabila penyelidik telah yakin bahawa
perlakuan pemboleh ubah bebas telah terjadi sebelumnya.
Eks-pos-fakto
Membawa maksud selepas fakta.
Peristiwa berlaku dan dengan ini tidak dapat dimanipulasikan.
Tujuan utama untuk mencari sebab dan akibat.
Risiko kerana fakta lepas perlukan bukti utama.
Penyelidikan melihat punca dan akibat sesuatu perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa
yang telah berlaku.
Selalunya bersifat kuantitatif dan menyerupai penyelidikan persejarahan dari segi data
yang diperolehi hasil peristiwa yang lepas.
Cabaran utama ialah mengawal pemboleh ubah luar supaya tidak mempengaruhi data.
Contoh: penyelidikan tentang faktor yang mempengaruhi prestasi sukar dimanipulasikan
faktor seperti responden tukar sekolah atau kelas.
h. Penyelidikan Eksperimen
Penyelidikan yang paling tinggi darjah ketepatan.
Eksperimen bersifat prediktif. Semua keadaan diatur penyelidik.
Tingkahlaku subjek dikawal dan akibat daripada perlakuan diukur dengan cermat,
Faktor luar yang berpengaruh dikawal bagi mendapatkan darjah ketepatan jawapan yang
tepat.
Eksperimen merupakan penyelidikan yang paling baik dan dilakukan untuk menguji
hipotesis.
Penyelidik secara sistematik memanipulasi pemboleh ubah dan kemudian melihat kesan
perlakuan subjek dan hasil penyelidikan itu.
Reka bentuk penyelidikan yang tepat digunakan dalam penyelidikan berkisar pada
rekabentuk eksperimen, ex-post facto, deskriptif dan sebahagian kecil reka bentuk sejarah
Eksperimental
Penyelidikan melihat punca dan akibat fenomena dengan mengatur peristiwa untuk berlaku
dan membuat kesimpulan.
Berbeza dengan kaedah pensejarahan kerana kaedah eksperimental mengatur peristiwa
supaya berlaku sementara pensejarahan mengkaji peristiwa yang telah berlaku.
Mengadakan kawalan atau manipulasi pada pembolehubah.
Menerangkan dengan lebih jelas sebab dan akibat.
Dengan mengawal sesuatu ciri, andaian bahawa yang menyebabkan perlakuan adalah ciri
yang dikaji atau yang tidak dikawal dapat dibuat.
Contoh
penggunaan komputer: laksanakan penggunaan berkomputer pada satu kumpulan dan
tidak pada kumpulan lain.
Sebarang perbezaan adalah disebabkan oleh penggunaan komputer.
Boleh dibahagikan kepada 5 rekabentuk ringkas :
Satu kumpulan diperhati untuk menentukan ciri kaitan.
Satu kumpulan diperhati dan kemudian diuji pos sahaja.
Satu kumpulan diuji pre dan pos.
Dua atau lebih kumpulan diuji secara setara, pos sahaja atau pre dan pos.
Satu kumpulan diuji dan diulang uji.
Menggunakan satu kumpulan yang sama tetapi menguji ciri yang berlainan.
Dua kaedah dilaksanakan pada pelajar yang sama. Perbandingan dibuat untuk
mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan prestasi yang mengandaikan keberkesanan
pengajaran. Kelemahan utama ialah hasil tidak dapat ditentukan dengan mutlak.
Tindakan
Usaha bersifat diagnostik dengan modifikasi yang sentiasa berlaku sehingga kesimpulan
yang ideal dan terbaik berlaku.
Bersifat praktikal dan teori dan biasanya terbahagi kepada dua gelungan penyelidikan.

Gelungan Penyelidikan Pertama
Langkah 1: Mengenal pasti isu, masalah dan situasi penyelidikan.
Langkah 2: Merancang
Langkah 3: Bertindak
Langkah 4: Memerhati dan menganalisis
Langkah 5: Mengimbas dan menilai
Gelungan Penyelidikan Kedua
Langkah 1: Merancang semula.
Langkah 2: Tindakan semula.
Langkah 3: Memerhati dan menganalisis tindakan susulan.
Langkah 4: Mengimbas dan menilai tindakan susulan.

TAJUK 7

KAEDAH PERSAMPELAN

1. POPULASI
Merupakan subjek/ objek yang dikaji. Ia juga dikenali sebagai responden.
Terdapat dua bentuk Populasi.
1.Populasi Terhad (finite)
2.Populasi Tidak Terhad (infinite)
Ujian rintis atau Pilot Rest
Penggunaan sampel sebanyak 30 unit. Mohd Majid (1990) menyatakan penggunaan saiz
sampel perlud digalakkan melebihi 30 unit dengan andaian bahawa taburan normal biasanya
dipenuhi sekiranya saiz sampel melebihi 30 unit.
Mohd Majid (1990) menyatakan saiz sampel perlu sekuarng-kurangnya 30 peratus atau lebih
daripada jumlah populasi dan bergantung keada kesesuaian sesuatu populasi itu. Ini kerana
yang penting jumlah sampel dapat mengambarkan sesuatu popualsi yang ingin dikaji oleh
pengkaji.
Menurut Tuckman (1978) pengkaji digalakkan menggunakan sebanyak mana sampoel yang
boleh diperolehiu kerana pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan
mengurangkan ralat persampelan.
Mohd Majid (1990) menyatakan penggunaan keseluruhan ahli populasi dalam penyelidikan
dapat mengukur ketepatan penuh bagi menganggar populasi pada aras keyakinan 100%
supaya ralat persampelan tidak berlaku. Rujuk jadual Krejie dan Morgan (1970).

2. PERSAMPELAN
Persampelan adalah proses mendapat sampel daripada populasi.
Sampel
Merupakan satu kumpulan subjek yang dipilih daripada populasi.
Sampel sebahagian daripada populasi.
Kaedah memilih sampel mestilah betul supaya sampel boleh mewakili populasi sebenar.
Penggunaan sampel dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.
Persampelan boleh dibahagikan kepada dua:
1.Rawak /Probabiliti (kebarangkalian)
2.Tidak Rawak / Non probability
4 Jenis Persempalan Rawak / Probability
a) Persampelan Rawak Mudah
Setiap subjek yang dipilih mempunyai peluang yang sama untuk dicabut tanpa mengambil
kira daripada kumpulan mana mereka berada.
Boleh menggunakan jadual nombor rawak.
b)Persampelan Rawak Berlapis / Berstrata
Populasi dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan pemboleh ubah yang dipilih.
Sampel diambil mestilah berkadar dengan % subjek dalam populasi yang diwakili strata.
Persampelan ini membolehkan perbandingan dibuat antara strata.
Contoh:
Jika saiz sampel 60 % orang yang mempunyai pendapatan di atas RM 1000 dan 40%
berpendapatan di bawah RM 1000, maka sampel rawak berlapis haruslah 60 orang yang
berpendapatan ke atas RM1000 dan 40 orang di bawah aras RM 1000
c) Persampelan Kelompok (Cluster)
Unit persampelan secara rawak mudah berdasarkan kelompok.
Contoh: Sikap Pelajar UTM terhadap etika berpakaian.
Sampel pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam yang mewakali pelajar
UTM.
Sampel Kelompok Atas Kelompok (Multi kelompok)
Pemilihan sama peluang untuk memenuhi kehendak pengkaji.
Contoh:
Pilihan rawak mengikut negeri, daerah, sekolah, darjah / tingkatan (semuanya) seterusnya
akhir sekali pelajar dalam kelas.
d) Persampelan Sistematik
Persampelan begini menggunakan faktor peluang dan sistem dalam memilih sampel.
Menggunakan nombor rawak.
Pilih satu nombor, campurkannya dengan N/n (N = populasi, dan n = sampel), k= angkubah
malar).
Pilih satu nombor (eg. J ).
Responden yang dipilih adalah j, j+k, j+2k, j+3k.,j+(n-1)k.

4 Jenis Persampelan Tidak Rawak
a) Accidental (Sukarela)
Subjek diberi kebebasan untuk menjawab atau tidak menjawab instrumen penyelidikan.
b)Purposive (Bertujuan / Sengaja)
Penyelidik memilih responden berdasarkan tujuan-tujuan tertentu.
c) Kuota / Tapisan
Responden ditentukan mengikut sifat tertentu.
Penentuan kuota dilakukan terlebih dahulu kerana ada faktor-faktor penting.
d) Persampelan snowball
Bermula dengan beberapa kes kecil sahaja.
Saiz sempel dibesarkan dengan tujuan tertentu.
ALAT PENYELIDIKAN
Cara yang digunakan untuk mengumpulkan data.
Soalan-soalan / kenyataan - kenyataan yang dibentuk khas untuk memperoleh maklumat
penyelidikan.
5 kaedah mendapatkan data
Kaedah Soalselidik
Soalselidik Bentuk Terbuka
Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab.
Contohnya: Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, Sejauhmanakah
Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik.
Responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu dikemukakan.

Soalselidik Bentuk Tertutup
Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.
Memberikan masa yang cukup untuk menjawab.
Mudah menjawab kerana jawapan disediakan.
Jawapan mudah dianalisis
Kelebihan Soalselidik
Cara ringkas untuk mendapatkan maklumat.
Membolehkan liputan lebih luas (melalui pos).
Kelemahan Soalselidik
Masa menyedikan soalan agak lama.
Masa yang lama untuk menjawab bagi soalan selidik yang panjang.
Kurang mendapat kerjasama daripada responden untuk maklumat sebenar.
Soal sedidik yang diterima semula selalunya sedikit, jadi keputusan kurang tepat.
Ciri-ciri Soalselidik
Mudah difahami dan tidak kabur.
Memenuhi tujuan penyelidikan.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Pengistilahan mestilah tepat
Menyediakan Soalselidik
Menggunakan soalselidik yang telah sedia ada.
Membina soalselidik yang baru.

Menguruskan Soalselidik
Soalselidik diserah oleh penyelidik.
Kebaikan:
Hubungan langsung penyelidik dengan subjek.
Soalselidik dapat dijelaskan (yang perlukan penerangan).
Pemilihan sampel yang tidak bias.
Kelemahan:
Tidak praktikal terhadap bilangan sampel yang banyak.
Melibatkan banyak tenaga, masa dan kos.
2. Soalselidik diserahkan secara pos / kiriman
Kelebihan
Dapat mengukur lebih banyak subjek.
Menjimatkan, masa, belanja dan tenaga.
Kelemahan
Sukar mendapatkan kerjasama subjek menjawab dengan lengkap serta memulangkan
kembali soalselidik
Kaedah Pemerhatian
Kaedah terawal dalam penyelidikan.
Kaedah digunakan bagi penyelidikan berbentuk ujikaji, diskriptif dan historikal.
Maklumat diperolehi secara langsung oleh penyelidik.
Langkah-langkah untuk meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan kaedah pemerhatian
Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan mestilah diberi definisi yang jelas dan
boleh diukur.
Menggunakan bantuan alat teknologi moden seperti video dan perakam.
Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih baik.
Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau tingkahlaku yang seharus diperhatikanya
sahaja.
Elakkan daripada menjalankan pemerhatian tunggal.
Masa pemerhatian dibuat secara rawak.
Hasil pemerhatian elok dicatat secepat mungkin.
Kelebihan Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian terhadap sampel penyelidikan lebih terpeinci, jelas dan lebih tepat.
Maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan bahan rujukan.
Maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji.
Kekurangan Kaedah Pemerhatian
Kemungkinan bias timbul kerana kelainan ras, agama, jantina dan sebagainya
Perlakuan sampel mungkin dibuat-buat (tidak original), mungkin juga malu.
Pemerhatian yang tidak bersistematik dan tidak konsisten menjadikan dapatan kurang
tepat.
Kaedah Temuduga / Temubual
Mengumpul maklumat melalui jawapan (lisan) hasil temubual.
Penemubual sebaiknya orang yang mahir dalam bidang berkenaan.
Mengapa temubual dianggap cara terbaik untuk kumpul maklumat ?
Kebiasaannya manusia lebih mudah bertindak secara lisan daripada bertulis.
Penemubual boleh menerangkan dengan jelas maksud soalan/penyelidikan.
Dapat menggelakkan salah tafsir dan salah anggap.
Penemubual dapat menilai orang yang ditemubual melalui soalan mengesan kembali atau
melalui airmuka subjek.
Kaedah yang sesuai bagi kanak-kanak, orang yang tidak tahu menulis dan membaca dan
kurang kecerdasan.
Persediaan Untuk Penemubual
Kefahaman konsep yang jelas tentang maklumat yang diperlukan.
Senaraikan setiap soalan atau komen yang diperlukan untuk setiap tindakbalas.
Sediakan senarai semak untuk memastikan semua bidang telah ditanya.
Bentuk soalan yang bersifat terbuka memberi ruang penemubual menyelidik secara
mendalam.
Gunakan pita rakaman untuk membolehkan semua maklumat direkod.
Faktor yang membantu kesahan dan kebolehpercayaan hasil temubual
Wujudkan hubungan yang mesra dan akrab.
Elakkan faktor-faktor yang boleh mengalakkan kemiringan.
Strukturkan bidang yang hendak ditanya bagi menjaminkan kesahan.
Kebolehpercayaan dapat ditingkatkan dengan mengemukakan soalan yang sama dalam
bentuk yang berbeza / mengulang temubual pada masa yang lain / membandingkan dengan
dapatan penemubual lain.
Kelebihan Temubual
Mampu mendapatkan maklumat yang lebih tepat, lengkap dan mendalam.
Hubungan yang baik akan mendapatkan maklumat yang lebih sah dan boleh dipercayai.
Sesuai digunakan sebagai semakan maklumat.
Kelemahan Temubual
Melibatkan kos dan masa yang banyak.
Memerlukan penemuduga yang mahir dengan bahasa komunikasi.
Perlukan latihan bagi penemuduga yang ramai bagi mengelak ralat alat bias.
Subjek mungkin bersikap memuaskan hati penemubual sahaja.
Ujian
Ujian adalah satu set rangsangan yang terdiri daripada soalan / kenyataan.
Rangsangan ini diberikan kepada subjek untuk mendapatkan gerakbalas mereka
berasaskan kepada permarkahan.
Ujian digunakan bagi tujuan menentukan, kecerdasan, pencapaian dan bakat subjek.
Ujian Kecerdasan
Digunakan untuk melihat sejauhmanakah subjek mengetahui perkara-perkara yang
berkaitan dengan bidang tertentu.
Melalui ujian dapat mengukur prestasi umum mental individu / kumpulan.
Contoh:
Ujian Kelayakan Perguruan (ULKEP) untuk mengukur tahap pelajar dalam Sahsiah,
Bahasa dan Matematik.
Ujian Pencapaian
Digunakan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang-bidang
khusus.
Contoh:
Ujian Pencapaian Ujian Pencapaian Fizik untuk mengukur penguasaan pelajar dalam
matapelajaran Fizik.
Ujian Bakat
Contoh:
Ujian nada suara untuk mengukur bakat nyanyian.
Merancang Ujian
Mengenalpasti Objektif Objektif yang hendak diukur dinyatakan dengan jelas.
Menentukan Kandungan Ada kesahan Kandungan.
Menentukan Jenis Butiran Samada esei, jawapan pelbagai pilihan, soalan positif dan
soalan negatif.
Menentukan Bilangan Butiran Bergantung kepada tahap kerumitan sesuatu butir.
Menentukan Paras Kesukaran Tahap kesukaran penting dalam menjamin kesahan ujian.
Panduan Peratus Kesukaran Untuk Jawapan Betul Mengikut Jenis Butir Ujian
JENIS BUTIR PERATUS KESUKARAN
( % JAWAPAN BETUL )
Betul Salah (dua pilihan) 85
Tiga pilihan Jawapan 77
Empat Pilihan Jawapan 74
Lima Pilihan Jawapan 70
Jawapan dibina sendiri ( esei ) 50
Dokumen
Menggunakan dokumen-dokemen berkaitan sebagai sumber maklumat (data).
Biasanya dilakukan dalam Kaedah Perpustakaan
Kependudukan (etnografi)
Menggunakan pengalaman sebenar penyelidik bersama subjek penyelidikan.
Biasanya melalui cara pemerhatian, temubual, rakaman dan sebagainya.
PEMBOLEH UBAH
Penyelidikan kuantitatif memerlukan penyelidik mengenalpasti semua pemboleh ubah.
Penyelidikan yang baik mengkaji dua pemboleh ubah yang ditakrifkan secara operasi dan
mengawal pemboleh ubah lain supaya kesan adalah pada tahap minimum.
Pemboleh ubah adalah peristiwa atau objek yang nilainya berubah-ubah.
Persoalan penyelidikan bertanya tentang hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah.
Hipotesis penyelidikan menyatakan andaian jawapan kepada soalan penyelidikan
Persoalan dan hipotesis penyelidikan ringkas mengandungi sekurang-kurang satu
pemboleh ubah bebas dan satu pemboleh ubah bersandar.
Pemboleh ubah bebas (tidak bersandar) adalah tindakan atau peristiwa yang dijangka akan
menyebabkan hasil.
Pemboleh ubah bersandar adalah hasil atau produk yang dijangka daripada sesuatu
tindakan atau perubahan peristiwa. Ia bergantung kepada perubahan tindakan atau
peristiwa. Contoh: hasil perubahan kaedah pengajaran, prestasi berubah. Prestasi adalah
pemboleh ubah bergantung.
Secara ringkas, dalam penyelidikan eksperimental, pemboleh ubah bebas adalah
penyebab (cause) dan pemboleh ubah bersandar adalah kesan (effect). Hubungan ini
dipanggil sebab-akibat (cause and effect).



TAJUK 10
PENGANALISAAN DATA (MIN, MOD DAN MEDIAN DAN UKURAN KECENDERUNGAN
MEMUSAT)

Ujian terbahagi pada 2 iaitu
1. Ujian parametrik- Membuat anggaran parameter taburan populasi berbentuk normal. Sifat-
sifatnya adalah mempunyai varians populasi yang seragam dan subjek dipilih secara rawak.
Contoh ujian t, z dan F. data adalah sela dan nisbah.
2. Ujian bukan parametrik Tidak membuat andaian taburan populasi dan keseragaman
varians populasi. Hanya subjek secara rawak. Contoh ujian khi, median, wilcoxon. Data
adalah bersifat data nominal dan ordinal.
3. Skala Pengukuran
Menurut Sidek Noah (1998) skala pengukuran dapat dibahagikan kepada 4 skala iaitu;
i. Norminal Peringkat paling rendah. Norminal bererti memberi nama kepada
pembolehubah. Contoh, lelaki, perempuan, hitam, biru, langsat, durian, Melayu, Cina, India,
Bandar, Luar Bandar.
ii. Ordinal Skala ini lebih tinggi dari norminal. Skala ini memeringkatkan individu kepada
beberapa dimensi. Skala ordinal mempunyai order atau susunan seperti skala likert. Contoh;
Tinggi, Sederhana, Rendah.
Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju.
iii. Sela Skala ini lebih tinggi dari sakala ordinal. Biasanya melibatkan nombor. Contoh;
60,72,90,94.
iv. Nisbah / Ratio Skala ini paling tinggi. Ia menggunakan nombor. Nilai 0 ada dalam
menentukan suhu bagi penyelidikan sains.
Rumusan Dalam sains social, pengkaji menggunakan skala norminal, ordinal dan sela.
Manakala skala nisbah dalam sains tulin, ini kerana nilai 0 dalam sains social tidak
membawa sebarang nilai.
Statistik Deskriptif/ Perihal
Fungsi mengumpul data, membuat rumusan dan mempersembahkan data dalam bentuk
taburan frekuensi seperti histogram, polygon dan kumulatif. Ada mempunyai min, mod,
median atau dikenali indeks ukuran memusat.(UKM) Indeks UKM menjelaskan taburan
normal, taburan pencong positif dan pencong negative. Ukuran kebolehubahan seperti julkat,
sisihan piawai dan varians mengambarkan sekumpulan data berubah dari min. Data dalam
statistic deskriptif hanya diparas norminal.

Statistik Infererens
Fungsi adalah membuat satu anggaran sesuatu parameter populasi menggunakan satu
sample. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan sifat sesuatu populasi. Contoh, kita ingin
mengkaji tahap pencapaian akademik pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Maka kita
memilih satu sample pelajar tingkatan 5 yang dipilih secara rawak dan mencari min.
Min sampel merupakan satu anggaran untuk mencerminkan populasi. Proses ini dikenali
sebagai inferensi induktif.
Statistik ujian
1. ujian t atau F
2. Nilai kritikal aras signifikan dan darjah kebebasan
3. Aturan keputusan

1. Hipotesis nul atau Ho
Tidak ada perbezaan antara min yang diuji. Ia tidak menunjukkan arahan untuk menguji Ho
bagi menunjukkan arahan perbezaan, ujian 2 hujung.
2. Hipotesis alternative atau Ha
Ada perbezaan antara min yang diuji. Ia menunjukkan arahan sama ada lebih atau kurang
daripada min. Memberi gambaran pencapaian baik atau tidak dalam kumpulan.
Penentuan Aras Signifikan
Dalam hipotesis, kita tidak boleh yakin seratus peratus menerima atau menolak sesuatu
hipotesis nul. Kita hanya boleh terima atau tolak hipotesis nul pada satu aras signifikan.
Simbol k bermaksud kesignifikan.
Lazimnya kita menetapkan paras singnifikan 5% atau 10% bagi sains social, manakala sains
tulin 1%. Jadi 5% = 0.05, 10% = 0.1
K 0.1, maksud kebarangkalian membuat kesilapan dalam terima hipotesis ialah 10% atau
kurang.

Darjah kebebasan Bergantung pada jenis ujian. Ini kerana setiap ujian mempunyai
Formula bagi darjah kebebasan yang berbeza. Contoh (n- 1)

Anda mungkin juga menyukai