Anda di halaman 1dari 11

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1-3

2 MODEL RASIONAL 3-5

3 KELEBIHAN MODEL 9-11

4 KELEMAHAN MODEL 12 - 16

5 RUMUSAN 17-18

6 RUJUKAN 19

1
PENGENALAN

Model rasional dalam pengambilan keputusan terkait dengan pemikiran Simon (1957)
tentang bagaimana seharusnya sebuah organisasi mengambil keputusan. Simon berpendapat
bahawa pilihan rasional melibatkan pemilihan diantara pilihan ‐ pilihan berlaku yang paling
memungkinkan dalam pencapaian tujuan atau objektif yang ditentukan. Oleh itu, untuk mencapai
hasil yang diinginkan, para pengambil keputusan harus melalui beberapa langkah dalam
rangkaian yang logik. Model rasional adalah model yang mana di dalam pengambilan keputusan
melalui prosedurnya akan mengajak pada pilihan alternatif yang paling efisien dari pencapaian
tujuan kebajikan, yang ditekankan pada penerapan rasional dan positif.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan model rasional sebagai suatu model yang dibina
oleh kerajaan untuk mengatasi atau menangani sesuatu masalah yang timbul, pada suatu keadaan
yang berbeza pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isu. Model rasional dapat
memaksimumkan kepuasan orang ramai serta dapat menyelesaikan masalah yang wujud pada
masa itu dengan aman dan damai. Walaupun, terdapat sedikit kekurangan dalam pelaksanaannya,
namun model ini tetap menjaga kebajikan rakyat dengan tidak mementingan kos perbelajaannya.
Malahan, ia hanya tertumpu kepada faedah maksimum yang diterima oleh rakyatnya.
Dasar awam berlandaskan model rasional mengutamakan rakyat dan mempunyai faedah
yang maksimum. Model rasional ini sentiasa memberi kepuasan yang maksimum kepada
pengguna. Sehubungan itu, model ini dianggap rasional jika ia memenuhi cita rasa majoriti dan
ia tidak memerlukan pengorbanan nilai yang dipegang.Pada situasi, kerajaan mempunyai dua
jenis dasar yang berbeza untuk perkara yang sama, kerajaan akan memilih dasar yang lebih
rasional dan mempunyai faedah yang paling banyak berbanding kos,tenaga, masa dan
sebagainya. Rasionalisme bermaksud dasar yang dipilih oleh ramai selepas menimbangkan
semua alternatif yang ada.

Model rasional ini merupakan satu pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan
berdasarkan prinsip-prinsip kajian dan penyelesaian masalah secara saintifik. Kerajaan
menggubal dasar yang baru kerana kekurangan yang berlaku dalam dasar sebelumnya. Semasa
proses memilih dasar yang rasional penggubal dasar mesti tahu nilai keistimewaan dan
kepentingan masyarakat.

2
Dasar awam bertujuan untuk mencapai kepuasan sosial yang maksimum dengan dasar
yang memaksimumkan manfaat melalui kos yang minimum merupakan dasar yang terbaik dari
segi rasional.Ini merupakan salah sebahagian teori pilihan rasional. Cara analisis langkah demi
langkah ini mempunyai batasan sendiri. Tatacara pemikiran yang linear ini boleh menimbulkan
kesukaran dalam penyelesaian masalah-masalah yang luar biasa atau yang tidak mempunyai
urutan kejadian yang tertentu.Dasar rasional adalah sebuah konsep yang menjelaskan bagaimana
memilih tindakan yang dapat memaksimumkan kegunaan atau yang dapat memuaskan keinginan
rakyat.

Sistem Pendidikan pada zaman penjajah tidak memelihara kebajikan rakyat malah terus
berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Selepas kemerdekaan, kerajaan mula mengambil tindakan
yang bernas untuk menggubal dasar pendidikan negara yang rasional. Dasar-dasar awam yang
digubal selepas kemerdekaan mempunyai rasional dan objektif yang tersendiri. Semua dasar
pendidikan yang lama hingga kini mempunyai rasional utama yang sama. Iaitu menjaga
kebajikan murid dengan menyediakan suasana pendidikan yang sesuai dengan tahap kemahiran
murid. Rasional pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) selaras dengan melahirkan
modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek seperti
yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Model Keputusan Rasional dibentuk daripada penyerapan input-input untuk menjadi


output. Gambar rajah di bawah menerangkan proses pembentukan model rasional dalam
penggubal sesuatu dasar awam.

3
Rajah 1.1 Model Keputusan Rasional

INPUT
T

Segala punca
1. Matlamat
keluaran yang
beroperasi
diperlukan.

 Segala data- 4.
3. Penyediaan
Penyediaan
data yang ramalan-
Dasar-dasar
diperlukan alternatif yang ramalan 5. 6.
untuk proses lengkap lengkap Perhintungan Bandingan
mengenai jangka bersih jangkaan
rasionaliti
untung dan bagi tiap-tiap dan
2. Inventor dan kos-kos alternatif indentifka-
nilai-nilai yang bagi tiap- si
lengkap dan tiap alternatif-
sumber. alternatif alternatif

OUTPUT

Mengikut model rasional pembentukan dasar awam sentiasa meningkatkan kecekapan,


meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengurusan , mengurangkan jurang perbezaan
ekonomi antara rakyat, mendorong untuk mencapai matlamat dan menggalakkan rakyat
mempraktikkan amalan baik dalam hidupan harian. Dasar rasional mendorong kerajaan membuat
pilihan yang bernas dalam pembentukan dasar awam. Kerajaan memperkenalkan dasar-dasar
awam mengikut model rasional untuk mencapai objektif –objektif sosioekonomi negara seperti
pembangunan ekonomi, pengagihan pendapatan , perkhidmatan awam , kestabilan atau
keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat. Tambahan pula, matlamat negara untuk
menjadi sebuah negara yang makmur dan bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam
suasana pembangunan yang aman dan stabil turut menjadi rasional pembentukan dasar.

4
KELEBIHAN MODEL

Berdasarkan model rasional faedah yang maksimum dapat dihayati oleh masyarat pada
kos yang minimum. Ini kerana kerajaan membuat dasarnya dengan memiliki citarasa majoriti
yang mempunyai faedah yang paling banyak berbandingg dengan kos, tenaga, ,masa, siapa yang
terlibat dan sebagainya. Model rasional juga merupakan pilihan yang rasional dalam dasar awam,
iaitu yang dipilih selepas menimbangkan semua alternatif yang sedia ada.

Dalam dasar awam model rasional membantu membuat analisis dasar. Analisis dasar
boleh diertikan sebagai penilaian rasional atau teknikal tentang kelebihan bersih hasil daripada
pelbagai pilihan dasar. Analisis dasar ini dilakukan oleh kerajaan sebelum mengubal dan
melaksanakan sesebuah dasarnya. Asas analisis dasar adalah seperti menganalisis kebaikan yang
diperolehi oleh masyarakat daripada kos yang rendah dan ia melibatkan kepentingan semua
masyarakat tak kira bangsa dan agama.

Model rasional turut menjadi polisi pencapaian matlamat yang cekap. Hal ini kerana,
dasar awam digubal dan dilaksanakan setelah mengambil kira kepentingan dan pertimbangan
semua pihak. Jelas merupakan satu pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan
berdasarkan prinsip-prinsip kajian dan penyelesaian masalah secara saintifik. Dalam memilih
dasar yang rasional, pembuat dasar mesti tahu semua nilai keistimewaan dan kepentingan
masyarakat.

Pembuat polisi juga perlu mengambil kira beberapa perkara untuk membuat dasar yang
rasional. Antaranya ialah pembuat polisi mengetahui semua nilaian dan pemilihan-pemilihan
masyarakat dan juga pertimbangan-pertimbangan yang relatif. Kedua Mengetahui semua
alternatif dasar yang tersedia. Ketiga mengetahui semua kesan bagi setiap dasar alternatif
tersebut dan keempat pula memilih dasar yang paling cekap sebagai satu keseluruhan yang boleh
diketahui dan dipertimbangkan. Semua dasar awam di Malaysia sentiasa membincangkan
rasional yang terdapat dalam polisi berkenaan.

Seterusnya kelebihan model rasional dapat dilihat dalam Dasar Pendidikan Negara.
Terutamanya, Dasar Pendidikan Negara mempunyai rasional tersendiri yang mementingkan
semua rakyat negara. Sistem Pendidikan pada zaman penjajah tidak memelihara kebajikan rakyat

5
malah terus berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Selepas kemerdekaan, kerajaan menggubal dasar
pendidikan negara yang rasional. Dasar-dasar awam yang digubal selepas kemerdekaan
mempunyai rasional dan objektif yang tersendiri. Mengikut model rasional pembentukan dasar
awam sentiasa meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos
pengurusan , mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara rakyat, mendorong untuk
mencapai matlamat dan menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan baik dalam hidupan
harian.

KELEMAHAN MODEL

Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, pelbagai perubahan telah dibuat bagi
memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Namun begitu, sejak
kebelakangan ini isu pendidikan hangat diperkatakan setelah rakyat dan pemimpin masyarakat
terutamanya pejuang bangsa melihat sistem pendidikan kendalian kerajaan semakin huru-hara.
Tidak dinafikan sistem yang sedia ada telah banyak melahirkan golongan yang berintelektual,
tetapi mutakhir ini akibat campur tangan politik dan ‘orang berkepentingan’ dalam sistem dan
dasar pendidikan negara, kelesuan terserlah malah satu persatu kelemahan pentadbiran
Kementerian Pelajaran diperlihatkan dengan isu-isu yang timbul. Hakikat ini diperakui
kebanyakan ahli Parlimen tidak kira pembangkang mahupun daripada kerajaan yang berbahas
mengenai Kementerian Pelajaran hari ini di Dewan Rakyat.

Pembuat dasar mesti tahu semua nilai keistimewaan dan kepentingan masyarakat. Jika
kita lihat dari segi pendidikan kebangsaan , dasar yang digubal oleh kerajaan adalah untuk
menghasilkan insan berpendidikan dan produk Malaysia yang berkualiti untuk masa hadapan
negaran. Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan dasar - dasar tersebut dalam melihat
rasional yang menitik beratkan kelebihan yang maksimum.

Keciciran Membimbangkan Dan Kelesuan Dalam Pendidikan Negara

Isu keciciran dan kelesuan dalam pendidikan negara bukanlah suatu isu yang asing sejak
dari dahulu sampai sekarang. Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada
bulan November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau(BN) iaitu Teng Boon Soon mendedahkan
bahawa kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun kini meningkat kepada 37% dan kini

6
berada pada situasi amat membimbangkan. Menurut Teng, ramai di kalangan pelajar yang tidak
dapat menyempurnakan pelajaran mereka hingga kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan hanya mampu pada tahap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR).Beliau berkata, pada tahun 2006 terdapat 120,000 murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran 3M dan malah ia menyumbang kepada keciciran yang amat serius.

Tahap keciciran pelajar sebanyak 37% ini amatlah membimbangkan dan nilainya yang
dilihat semakin meningkat saban tahun dijangka akan memberi kesan yang besar kepada soal
masa depan pendidikan negara. Baru-baru ini juga ada dipaparkan di dalam sebuah akbar
mingguan perdana pada Februari 2009 juga mendedahkan bahawa hampir 300000 pelajar akan
menghadapi risiko keciciran sekiranya pelaksanaan PPSMI tetap diteruskan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, sistem pendidikan di negara hari ini sebenarnya terlalu mementingkan aspek
peperiksaan dan belajar secara menghafal dengan mengabaikan pemikiran kreatif di samping
mengenepikan aspek kebudayaan telah mengakibatkan masalah kelesuan yang teruk dalam
sistem pendidikan negara. Pelajar dimomokkan dengan igauan kecemerlangan dalam
peperiksaan tanpa menghiraukan dan menggunakan sepenuhnya potensi sebenar yang ada pada
diri seseorang pelajar. Hal ini berbeza sekali dengan kaedah pendidikan di luar negara terutama
di negara maju yang sangat menekankan kepada pembudayaan aplikasi seharian dan penonjolan
terhadap potensi diri terhadap sesuatu bidang.

Selain itu, penekanan kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan
pendidik mahupun rakyat lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik
sahaja dengan sedikit sahaja perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hari
ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan dan masing-
masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan keputusan
peperiksaan sebagai ukuran. Guru-guru cemerlang banyak ditempatkan di sekolah elit dan
terbaik contohnya di sekolah berasrama penuh dan sekolah di kawasan bandar sahaja.

Manakala di sekolah-sekolah yang mungkin lebih rendah tarafnya dan jauh di


pendalaman di mana keputusan peperiksaannya agak rendah dan para pelajarnya banyak terdiri
dari pelajar yang lemah dibiarkan tanpa diberi penekanan dan bantuan yang sewajarnya. Sistem
pendidikan yang ‘rigid’ ini serta sikap tidak prihatin pihak berwajib pada masalah ini telah

7
menampakkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan negara. Hasilnya, pelajar yang lemah
mulai hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran.

Pendidikan dijadikan bahan perniagaan

Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan dan isu yang sentiasa berkembang
mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini malangnya telah menyebabkan ia telah
dieksploitasi bagi tujuan keuntungan sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar
Timur Tengah ke IPT-IPT di Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001
kerajaan tidak mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak
memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket pihak tertentu untuk
mendapatkan keuntungan

Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan telah meminggirkan pelajar bumiputera yang
mempunyai advanced diploma atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah, katanya
tegas. Selain itu, dalam isu sekolah kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran sekolah
swasta yang akhirnya mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengenepikan
kualiti pendidikan itu sendiri. Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang melihat
bahawa cadangan tersebut akan mewujudkan kasta-kasta (pemeringkatan yang mewujudkan
jurang antara yang miskin dan kaya) dalam sistem pendidikan Negara.

Selain itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui dengan
bebanan yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan pelajar. Contohnya,
pada pembentangan Budget Kewangan pada tahun 2008 yang lalu, mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran Sekolah mulai tahun 2008.

Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran
Tambahan yang mencecah hingga RM 500. Yuran pelbagai dan banyak lagi. Yuran PIBG pula
dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan satu lagi melalui akaun ibubapa.
Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu menjelaskan bahawa
Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja.
Ditambah pula dengan masalah kemudahan dan kualiti pembelajaran yang terus tidak seperti
diharapkan membuatkan para penjaga tertanya-tanya kemanakah sebenarnya menghilang wang

8
yang dibayar kepada pihak sekolah. Hal seperti ini tidak akan berlaku seandainya pihak-pihak
yang bertanggungjawab tidak menjadikan ia sebagai sumber untuk menjana keuntungan.
Ditambah pula masalah social yang mula menular menyebabkan ibu bapa mula beralih arah
dengan mencari alternatif yang lebih baik dalam soal pendidikan anak-anak mereka.

Menghadapi era baru memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa.
Pelbagai isu yang melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak
untuk sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina
generasi yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk mana-mana
pihak berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama
semua pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat yang lebih
tertinggi.

RUMUSAN

Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi


dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar
kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa
ke semasa. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal
tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara. Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020
sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang
tahun 2020. Namun prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang
beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.
Peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti
kepada orang ramai adalah berat dan ini tidak membenarkan pegawai awam setakat menjalankan
tugas atau melaksanakan dengan cara yang sedia ada, sebaliknya perlu memikirkan cara-cara
baru untuk memperbaikinya. Langkah-langkah yang telah diambil sebagaimana yang telah
diterangkan di atas adalah merupakan sebahagian dari tindakan Kerajaan untuk memperbaiki
perkhidmatannya. Ia mencerminkan pemikiran bahawa pembentukan peribadi dan permodenan
sistem haruslah berjalan seiring jika kemajuan dan pembangunan negara ingin dicapai. Agensi-
agensi Kerajaan terpaksalah membuat kerja lebih dengan cara yang lebih baik dan lebih dekat
kepada pengguna. Walaupun perubahan-perubahan dan pembaikan secara menyeluruh adalah

9
sukar kerana saiz perkhidmatan awam yang besar, fungsi yang luas dan peraturan-peraturan yang
menyeluruh, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak mencuba atau menjalankan
perubahan-perubahan tersebut.
Model rasional membicarakan perspektif pemikiran dan teori yang berlandaskan ciri dan
pembangunan manusia untuk menyelesaikan masalah dalam pengurusan organisasi.
Walaupun terdapat kelemahan, namun perspektif model rasional ini telah digunakan dengan
meluas dalam pembentukan dan pembangunan pengurusan organisasi menerusi pembentukan
dasar. Model rasional mencari penyesuaian antara kehendak individu dengan struktur organisasi
(Kerajaan) . Apabila penyesuaian ini lemah, maka kepercayaan rakyat akan kurang dan
seterusnya dapat menimbulkan kehampaan, konflik atau rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
Sebagai akibat, Simon menyatakan bahawa para pengambil keputusan dengan sengaja
menjadi rasional, tapi dunia nyata membatasi kemampuan mereka untuk membuat pilihan
rasional yang sempurna. Teori pilihan rasional telah memicu beberapa perdebatan paling sengit
dalam kontroversi di dalam pembentukan dasar. Model rasional (khususnya aplikasi formalnya)
bukan hanya menyelesaikan masalah tetapi juga kemampuannya menghasilkan proposisi secara
logikal, dapat diuji secara empiris. Contohnya jika terdapat 3 pilihan, A, B atau C kerajaan perlu
memilih yang mana satu mempunyai faedah yang paling banyak berbandingg dengan kos,
tenaga, ,masa, siapa yang terlibat dan sebagainya. Secara rasionalnya dasar awam merupakan
pilihan yang rasional, iaitu yang dipilih selepas menimbangkan semua alternatif yang ada.
Dalam Dasar Pendidikan Negara kerajaan telah menyediakan Kurikulum yang sama bagi
semua masyarakat disamping menjaga kebajikan murid dengan menyediakan suasana pendidikan
yang sesuai dengan tahap kemahiran murid. Rasional pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS) selaras dengan melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani,
emosi , rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

10
RUJUKAN

Argyris, C., 1970. Intervention Theory and Method. Reading, Mass.:Addison-Wesley. 

Benis, W.G., 1996. Changing Organizations. New York: McGraw-Hill. 

Bolman, L. dan Deal, T., 1984. Modern Approaches to Understanding and Managing.

Herzberg, F., 1996. Work and The Nature of Man. Cleveland, Ohio: World. 

Maslow, A.H., 1970. Motivation and Personality. New York: Harper and Row (edisi kedua) 
 
http://www.slideshare.net/NurulHoney/dasar-awam-15868388

http://www.slideshare.net/juraimijaparudin/teoriteori-dasar-awam

www.slideshare.net/.../teoriteori-dasar-awam

studentsrepo.um.edu.my/456/3/BAB2.pdf

Dasar pendidikan Kebangsaan

Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Sistem Pentaksiran Berasaskan sekolah(PBS)

Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan (MTT2353)

11

Anda mungkin juga menyukai