Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH SAINTIFIK

Kaedah saintifik merupakan kaedah pengajaran yang melibatkan proses penyiasatan sesuatu fenomena, pemerolehan ilmu pengetahuan yang baru daripada alam semulajadi dan penyepaduan ilmu terdahulu. Kaedah saintifik juga melibatkan pembetulan dan

mengintegrasikan ilmu pengetahuan sebelum ini dengan pemerhatian, dan mendapatkan bukti dari pengukuran empirikal dan tertakluk kepada hukum yang taakulan. Kaedah saintifik meliputi pengumpulan data melalui pencerapan dan pengujikajian, serta perumusan dan pengujian hipotesis. Semasa menjalankan penyiasatan, kemahiran berfikir, kemahiran sains, dan kemahiran manipulatif digunakan untuk mengumpulkan data. Kaedah saintifik bukan resipi tetapi ia

memerlukan kepintaran, imaginasi dan kreativiti. Selain itu, kaedah saintifik adalah kitaran yang berterusan, sentiasa membina model yang lebih berguna, tepat dan menyeluruh.

Dalam kaedah pengajaran, kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan.Walau bagaimanapun guru berperanan untuk menjelaskan setiap kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran saitifik pelajar.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SAINTIFIK MELALUI (DISCOVERY LEARNING)

Pembelajaran melalui penerokaan atau Discovery learning adalah salah satu kaedah mengajar yang melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah dalam mendapat ilmu atau kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini guru akan menyelia pelajarnya dalam proses menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah saintifik. Jadi dalam pembelajaran melalui penerokaan, perancangan serta penyeliaan diperlukan. Di samping itu, pengajar perlu memastikan pelajarnya mengaplikasikan Kaedah Saintifik seperti dalam Rajah 1. Pembelajaran dengan kaedah saintifik boleh diaplikasikan dalam banyak subjek, termasuklah sains, sosiologi, matematik, seni lukisan dan sebagainya.

Mengenalpasti masalah

1. Peka terhadap masalah yang wujud 2. Tulis penyataan masalah 1. Membuat hipotesis yang boleh diuji

Mengkemukaan penyelesaian

Mengumpul data

1. Kumpul bukti 2. Membuat eksperiment 3. Meninjau satu sample. 1. 2. 3. 4. Menghasilkan kenyataan yang disokong oleh data Uji Hipotesis Mewujudkan hubungan Membuat anggapan umum.

Analisis dan mentafsirkan data Uji Kesimpulan

1. Mendapatkan data yang baru. 2. Menyemak semula kesimpulan.

Model Umum Penyelidikan Saintifik (Moore, K.D. 2005)

Keberkesanan pembelajaran secara penerokaan bergantung kepada kebolehan pengajar merancang dan melaksanakan proses penyelesaian masalah dengan berkesan. Tugas seorang pengajar adalah menyediakan satu keadaan supaya pelajar dapat mengesan masalah atau sesuatu pengetahuan yang mereka belum tahu, dan membimbing mereka dalam mencari hubung kait antara pengetahuan yang mereka tahu dengan yang baru.

Masalah yang sesuai sangat penting dalam proses pembelajaran ini. Seorang pengajar memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar memahami apa persoalan mereka. Setelah mengenalpasti pelajar dapat memberikan satu gambaran yang umum, pengajar perlu membantu dalam menyatakan masalah dengan jelas dan tepat dengan memberi pandangan atau menanya soalan yang dapat supaya pelajar sedar apa yang sebenarnya persoalan mereka. Soalan yang ditanya perlu merangsang pelajar untuk berfikir. Ini kerana pelajar biasanya menghadapi masalah dalam mengetahui dengan jelas apa sebenar permasalahan mereka.

Selepas dapat mengenalpasti masalah dengan jelas, hipotesis dan penyelesaian perlu dibuat. Pada peringkat ini, Pada peringkat ini, pengumpulan data dan analisis diperlukan untuk membuat hipotesis dan penyelesian. Tugas pengajar adalah untuk menyediakan bahan atau mengeluarkan cadangan tentang dimana lokasi yang boleh menyediakan sumber berkaitan dengan permasalahan.

Semasa pelajar mengemukaan penyelesaian yang mungkin boleh digunakan, pengajar perlu memberi galakan kepada pelajar untuk teka dan berfikir mengikut gerak hati. Selain itu, pengajar juga perlu memberi dorongan kepada sikap ragu-ragu yang sihat dan latih pelajar supaya berpendapat. Secara ringkasnya, pengajar perlu menyediakan satu persekitaran yang selesa untuk pelajar meluahkan pendapat dan idea mereka.

Sebelum proses mengumpul data, penyelesaian dan hipotesis perlu diuji kesahihan (sah atau tidak). Hipotesis ialah satu idea satu ramalan berkenaan perkaitan antara dua atau lebih variabel(Ainon Mohd et.al, 1999). Variabel ialah keadaan-keadaan, peristiwa-peristiwa atau tingkah laku yang dapat diperhatikan. Contohnya, pokok boleh melakukan fotosintesis. Dalam contoh ini, pokok ialah variable pertama dan fotosintesis adalah variabel kedua. Fungsi hipotesis ialah untuk mencipta cadangan-cadangan baru atau ujikaji dan pemerhatian.

Selepas itu, ujikaji dan pemerhatian dilakukan bagi membuktikan hipotesis betul atau salah. Hipotesis adalah mencari cara penyelesaian. Namun begitu untuk sesetengah cara penyelesaian pelajar perlukan kemahiran untuk mengumpul data atau buat tinjauan. Bagi sesetengah masalah pula pelajar perlu belajar untuk mengambil data yang betul dan sah. Jadi sebagai seorang pengajar, cara untuk mengendalikan instrumen atau alatan perlu diajar. Selain itu, proses untuk mengumpul data juga perlu dirancang oleh pelajar. Untuk semua perancangan dan pengendaian alat ini, pengajar diperlukan.

Setelah segala data yang berkaitan dikumpulkan, ujikaji dibuat dan berterusan dengan proses analisis. Kriteria mesti dibina melalui proses data analisis. Kriteria perlu sahkannya dengan membuat penilaian berdasarkan hipotesis. Untuk membuat penilai pengajar perlu membantu pelajar. Data-data tersebut seterusnya ditafsir dan satu keputusan dibuat keatasnya. Ujikaji dan permerhatian adalah untuk menghasilkan kenyataan yang disokong oleh data. Jika tidak, pelajar perlu berulang kembali proses mengenalpasti masalah.

Membuat kesimpulan daripada hasil eksperimen adalah langkah terakhir. Di sini teori dikemukaan. Teori adalah penting dan diperlukan oleh pakar-pakar lain bagi memastikan ia tidak mengandungi apa-apa kesilapan dari segi saintifik. Jika tidak, pelajar perlu berulang kembali proses mengenalpasti masalah. Akhirnya, satu hukum dapat dibentuk. Jika tidak, pelajar perlu mengulang kembali proses mengenalpasti masalah. Ringkasan dapat ditunjukkan dalam Rajah dibawah.

Mengenalpasti masalah Mengkemukaan penyelesaian Mengumpul data

Lulus

Analisis dan mentafsirkan data (Uji Hipotesis) Lulus banyak kali Hipotesis Teori

Gagal

Lulus

Uji Teori

Gagal

Lulus banyak kali Teori Hukum Gagal

Kaedah saintifik (Greg Anderson)

Pembelajaran melalui penerokaan boleh berlaku dalam 3 tahap, bergantung kepada tahap masalah yang perlu diselesaikan seperti dalam Rajah 3. Dalam tahap I, pembelajaran melalui penerokaan adalah pembelajaran berpandu atau membimbing dengan hati-hati (Penerokaan berpandu). Pada tahap II, pengawasan adalah berbentuk pentadbiran (Penerokaan secara pengubahsuaian). Pada peringkat III, penyeliaan sambilan (Penerokaan secara terbuka). Pengajar perlu sesuaikan setiap tahap mengikut kesediaan pelajar. Bermula pada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah biasanya tahap satu masih digunakan. Namun diperingkat Ijazah sarjana muda pengajar boleh mengaplikasikan tahap II. Tahap Sarjana dan seterusnya tahap III

boleh diaplikasikan. Jadual di bawah menunjukkan perbezaaan tahap penyelesaian masalah di mana kaedah saintifik diaplikasikan.

Tahap Kenalpasti masalah Proses menyelesaikan masalah Membina tentative penyelesaian untuk masalah

I Dijanakan oleh guru atau buku teks. Guru atau buku teks yang memutuskan cara penyelesaian. Pelajar yang menentukan.

II Dijanakan oleh guru atau buku teks. Pelajar yang memutuskan cara penyelesaian. Pelajar yang menentukan.

III Dijanakan oleh pelajar. Pelajar yang memutuskan cara penyelesaian. Pelajar yang menentukan.

Tahap Penyelesaian Masalah (Moore, K.D. 2005)

KEMAHIRAN PROSES SAINS

PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi (Zainon Abd Majid et al, 2003). Istilah sains berasal daripada perkataan Latin iaitu scientia, yang bermaksud pengetahuan. Justeru itu sains merupakan salah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Kombinasi diantara ketiga-tiga elemen ini amat penting dalam menjamin mutu pendidikan sains.

Menurut Ziman (1984), seorang ahli sejarah sains telah memberikan takrif sains yang berlainan mengikut aspek tertentu. Jika sains ditakrifkan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah, ia memain peranan sebagai alat yang berhubung rapat dengan teknologi. Jika sains ditakrifkan sebagai pengetahuan yang terancang ia memperlihatkan ciri keilmiahan yang mana fenomena alam yang dikaji dan ditemui melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku atau jurnal

untuk bacaan umum. Pengetahuan ini mempunyai pengaruh yang kuat melalui penggunaannya dalam teknologi (Ziman, 1984).

Kemahiran proses sains merupakan salah satu daripada cabang Kemahiran Saintifik selain daripada Kemahiran Manipulatif. Kemahiran proses sains boleh didefinisikan sebagai kemahiran yang membolehkan murid atau pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang lebih kompleks (Zainon Abd Majid et al, 2003). Selain daripada itu, Kemahiran proses sains juga merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.

KEMAHIRAN PROSES SAINS YANG TERLIBAT

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang akan dijalankan. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, pemerhatian, temubual, bancian, penyediaan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan.

i.

Pemerhatian Kaedah ini dijalankan secara langsung sama ada secara individu ataupun berkumpulan

apabila melakukan lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki.

ii.

Temubual Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara

formal melibatkan temubual secara temujanji dengan sumber utama manakala kaedah secara tidak formal pula melibatkan diskusi secara tidak rasmi tentang topik yang dikaji dengan pihak lain yang mempunyai maklumat padu berkenaan kajian.

iii.

Perbincangan kumpulan Perbincangan kumpulan adalah sangat penting dalam proses pengumpulan maklumat. Ini

kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli

kumpulan akan diteliti seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain itu idea-idea kreatif daripada setiap ahli kumpulan juga dapat diketahui.

iv.

Soal selidik Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkenaan

kajian yang dijalankan. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diwujudkan meliputi skop kajian untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Borang tersebut akan diedarkan secara rawak ataupun diberikan kepada individu atau kumpulan sasaran untuk mendapatkan data. Maklumat yang diperoleh akan dianalisis da dijana dalam bentuk yang lebih mudah dilihat.

v.

Bahan-bahan rujukan Bahan rujukan merupakan sumber tambahan yang sangat penting dalam proses

pengumpulan maklumat. Bahan rujukan boleh terdiri daripada sumber bacaan ilmiah, hasil kajian terdahulu yang diakui, individu atau kumpulan tertentu, sumber elektronik dan situasi kejadian sebenar. Sumber rujukan ini akan mengukuhkan lagi maklumat yang dikumpul.

KAEDAH PROSES SAINS

Terdapat beberapa kemahiran proses sains yang terlibat dalam kemahiran pendidikan yang boleh diperkembangkan. Penerangan bagi setiap kemahiran proses tersebut adalah seperti berikut :

i.

Memerhati Kemahiran memerhati melibatkan beberapa pancaindera seperti penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul segala maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena.

ii.

Mengelaskan Setiap organisma mempunyai kumpulan tertentu berdasarkan ciri atau sifat yang dipunyai

oleh organisma tersebut. Pengelasan terhadap kriteria tertentu melibatkan kemahiran proses sains iaitu Mengelaskan yang melibatkan ciri atau sifat sepunyanya.

iii.

Mengukur Dan Menggunakan Nombor Melalui kemahiran ini pelajar dikehendakki membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Dengan ini pengukuran yang dilakukan akan menjadi lebih jitu.

iv.

Membuat Inferens Dalam kemahiran proses sains membuat inferens melibatkan proses membuat kesimpulan

awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Secara amnya, membuat inferens menggunakan perkataan seperti sebab atau kerana semasa proses tersebut dilakukan. Inferens boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu Inferens Bebas, Inferens Terkawal dan Inferens Jitu.

a) Inferens Bebas

- Memberi penerangan yang munasabah tentang pemerhatian.

b) Inferens Terkawal - Memberi penerangan yang munasabah tentang pemerhatian berdasarkan kepada satu rangsangan yang diberi c) Inferens Jitu - Dapat menyatakan inferens yang tepat dengan menyatakan

pemerhatian tambahan.

v.

Meramalkan Kemahiran ini melibatkan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

vi.

Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi membenarkan pelajar menerima, memilih, menyusun dan

mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, atau jadual.

vii.

Menggunakan Perhubungan Ruang Dan Masa Dengan menjalankan kemahiran proses sains ini pelajar dapat memperihalkan lokasi,

arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

viii.

Mentafsir Maklumat Mentafsir maklumat dapat memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa

atau pola daripada maklumat yang terkumpul.

ix.

Mendefinisikan Secara Operasi Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu

dilakukan dan diperhatikan.

x.

Mengawal Pembolehubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan

pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

xi.

Membuat Hipotesis Kemahiran proses sains membuat hipotesis membenarkan pernyataan umum tentang

hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa itu dinyatakan. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

xii.

Mengeksperimen Kemahiran ini melibatkan pengujian terhadap sesuatu hipotesis yang telah menjalani

kemahiran proses sains yang dinyatakan. Mengeksperimen mengandungi proses merancang dan menjalanka aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada hipotesis tersebut.

Anda mungkin juga menyukai