Anda di halaman 1dari 3

MASALAH SEMASA WAWANCARA DAN CARA MENGATASINYA

Interviewee Memulakan Wawancara Dengan Membaca Keterangan


Yang Sedia Tertulis Dengan Panjang Lebar

Masalah seperti ini sering berlaku di mana interviewee telah menulis dalam bentuk
rencana tentang pengalamannya dalam tajuk yang dikaji. Interviewer hendaklah
membiarkan interviewee membacaranya seketika dan kemudiannya
memberhentikan rakaman dengan cara diplomasi. Apa juga cara yang digunakan
jangan sekali-kali menyinggung perasaan interviewee.

Mungkin interviewer boleh memberi pujian atas usaha interviewee dan lantas
meminta naratif yang ditulis itu untuk dilihat. Sekiranya didapati bahawa naratif
berkenaan tidak menepati seperti yang dikehendaki gunakan masa berkenaan untk
menjalankan wawancara seperti yang kehendaki. Sebaliknya jika interviewer
berpuashati atas naratif yang disediakan oleh interviewee gunakan masa berkenaan
untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut yang telah terdapat.

Interviewee Memberikan Keterangan Yang Terkeluar Dari Tajuk

Interviewer harus tidak tergesa-gesa cuba membawa interviewee keluar dari tajuk.
Kadangkala terdapat maklumat-maklumat penting yang mana pandangan
interviewee peerlu dijelaskan. Interviewee mungkin tersinggung sekiranya
interviewer memberhentikan wawancara berkenaan. Biarkan interviewee
meneruskan keterangannya sehingga ia selesai.

Bahagian yang tidak berkaitan boleh disunting semasa membuat transkrip nanti.
Sekiranya interviewer masih merasakan perlu membawa interviewee kembali kepada
tajuk ini hendaklah dilakukan dengan mengemuakan soalan pendek yang menjurus
kepada pengakhiran ayat. Dengan demikian akan dapat mengelakkan rasa
tersinggung pihak interviewee.

Interviewee Bangun Untuk Mencari Sesuatu Seperti Gambar Dan


Sebagainya Semasa Ia Sedang Memberi Keterangan

Jika keadaan seperti ini berlaku, perjalanan wawancara berkenaan terganggu dan
mungkin akan menjejaskan sesi berkenaan. Interviewer perlu jangan membiarkan
interviewee berbuat demikian. Interviewer perlu tunjukkan sikap ingin melihat
objek-objek berkenaan tetapi pada akhir sesi nanti.

Interviewee Memberi Keterangan Yang Kurang Jelas

Sekiranya ini berlaku semasa lima belas minit pertama perjalanan sesi interviewer h
endaklah membuat catatan untuk dikemukakan kemudian. Sebaliknya jika ini
berlaku selepas masa berkenaan soalan kejelasan boleh dikemukakan ketika
berkenaan.
Terdapat Keterangan Interviewee Yang Bertentangan Dengan Sumber
Lain
Tindakan interviewer haruslah sama seperti di atas. Soalan boleh diajukan untuk
mendapatkan keterangan yang sebenarnya.

Terdapat Tajuk Yang Begitu Berkaitan Dengan Wawancara, Tetapi Tajuk


Berkenaan Difikirkan Begitu Sensitif Dan Boleh Menyinggung Perasaan
Interviewee. Contohnya Perkaitan Dengan Rasuah

Inverviewer haruslah sabar menunggu sehingga pada akhir sesi kerana seringkali
interviewee sendiri yang membangkitkan isu tersebut apabila wawancara itu telah
berjalan dengan lama. Sekiranya isu itu masih tidak ditimbulkan interviewer boleh
membangkitkan pada masa yang sesuai di mana dirasakan interviewee telah
mempunyai keyakinan terhadap interviewer dan ini merasakan perlu menjelaskan
peranannya dalam perkara tersebut. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah
berbentuk ‘indirect’.

Berlaku Situasi Di Mana Pada Ketika Tertentu Interviewee Meminta Pita


Rakaman Diberhentikan

Situasi seperti ini sering berlaku kerana interviewee memikirkan bahawa rakaman
keterangannya itu boleh meninggalkan kesan negatif sama ada kepada dirinya atau
orang lain. Interviewer hendaklah akur kepada kehendak interviewee. Pada bahagian
di mana keterangan itu tidak dibenarkan dirakam interviewer hendaklah membuat
catatan tertulis tentang apa yang diterangkan oleh interviewee untuk diisi di dlaam
kekosongan yang terdapat di dalam rakam.

Interviewee Menanyakan Reaksi Atau Perasaan Interviewer Tentang


Sesuatu Tajuk Yang Kontroversi Dibincangkan Dalam Wawancara

Interviewer perlu ingat bahawa tugas yang diusahakan adalah untuk mendapatkan
keterangan interviewee tentang apa yang telah dialami atau disaksikannya dalam
sesuatu peristiwa sejarah berkenaan. Interviewer boleh melahirkan fahaman
terhadap perkara berkenaan akan tetapi haruslah tidak menunjukkan sikap berat
sebelah ‘bias’.

Sepatutnyalah Interviewer Berpura-Pura Berkongsi Pendapat Menyetujui


Pandangan Atau Pendapat Interviewee Terhadap Sesuatu?

Seorang interviewer tidak perlu bersikap berpura-pura sekadar utnuk menjaga


hubungan dengan interviewee. Dengan bersikap demikian interviewer melahirkan
imej hipokritikal, manipulatif atau menghampakan. Yang penting bukanlah
pandangan atau pendapat interviewer tetapi pengalaman, peranan dan apa yang
telah disaksikan oleh interviewee.

Anda mungkin juga menyukai