Anda di halaman 1dari 9

PETA/GAMBAR SEJARAH SEBAGAI

SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH
Shau yhong shin
PENGENALAN
 Gambar sejarah = lukisan, foto yang berkaitan dengan peristiwa sejarah

 Peta sejarah = Sebuah peta ialah sebuah perlambangan visual untuk sesebuah


kawasan- sebuah gambaran simbolik yang memberi tumpuan terhadap hubungan
antara elemen-elemen ruang seperti objek-objek, kawasan-kawasan dan tema-tema.
KEPENTINGAN PETA /
GAMBAR SEJARAH
MERANSANG PEMIKIRAN
 Penggunaan sumber amat perlu kerana pembelajaran murid akan jauh lebih bermakna
berbanding dengan proses pembelajaran yang berlangsung tanpa sumber pengajaran
dan pembelajaran
 Contohnya, seorang guru Sejarah boleh mengajar tajuk berkaitan dengan Zaman Air
Batu dengan menunjukkan penempatan orang zaman batu sendiri. Penggunaan
sumber akan dapat membantu mereka membuat persepsi berdasarkan apa yang telah
dilihat secara realiti dan bukan satu persepsi atas dasar andaian sahaja. Bahkan murid
turut akan lebih tertarik untuk mempelajari tajuk tersebut sekiranya dia dapat melihat
yang dipelajari tadi.
MENGINTERPRETASI MAKLUMAT
DARIPADA PERISTIWA SEJARAH
 Signifikan penggunaan sumber ialah murid dapat menginterpretasi maklumat
daripada peristiwa Sejarah.
 Guru Sejarah boleh menggunakan gambar / peta semasa mengajar tajuk berkaitan
dengan Kemerdekaan Negara kita. Gambar-gambar dan peta yang berkaitan dengan
penjajah di negara kita dapat memainkan peranan sebagai tayangan peristiwa dan
pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-
peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas
MENARIK MINAT TERHADAP
MATA PELAJARAN SEJARAH
 Seorang guru akan dianggap berjaya sekiranya mampu menarik perhatian murid terhadap
pelajaran yang diajar olehnya. Jadi, penggunaan sumber sekali lagi sangat memainkan
peranan penting bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
 Seseorang guru sejarah bolehlah memulakan pengajaran dengan menyediakan set
induksi yang dapat menarik perhatian murid kepada guru dan pengajarannya. Jadi, guru
boleh membawa sumber bahan bercetak seperti gambar-gambar bangunan lama bagi set
induksi tersebut.
 Dengan ini, minat pelajar dapat ditarik seterusnya mengambil perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran.
KELEMAHAN PETA /
GAMBAR SEJARAH
TIDAK MUDAH DIPEROLEH
 Gambar-gambar dan peta bersejarah adalah sukar didapati kerana bahan-bahan
ini disimpan dalam arkib atau muzium. Ini menjadikan bahan-bahan ini tidak
mudah diperoleh dan hanya boleh dirujuk atas syarat yang tertentu.
 Selain itu, gambar dan peta juga sukar diperoleh kerana kebanyakkan bahan ini
terdapat di luar negara dan tidak mudah dirujuk
TIDAK MUDAH DIBAWA
 Gambar dan peta bersejarah adalah amat tinggi nilainya dan perlu dijaga dan
disimpan dengan cara tertentu supaya tidak mengalami kerosakkan.
 Oleh itu, guru-guru perlu mempunyai ilmu berkaitan untuk menjaga bahan
sebegini dan mengelakkan daripada kehilangan ataupun mengalami sebarang
kerosakkan.

Anda mungkin juga menyukai