Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SEJARAH

LISAN
Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman
lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di
mana manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau
bertemu muka, tradisi menulis surat-surat yang panjang, penyimpanan catatan-
catatan harian dan persediaan memo yang lengkap sudah menjadi kurang
mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak
semua perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah.
Satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah
Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah
negeri-negeri Melayu. Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-
sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi
itupun hanya terhadap kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius
kerana di Malaysia tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis
dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah
Lisan boleh memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan
sumber-sumber yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini.

Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya


penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama
yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak
boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat
biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu
diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat
biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi
bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang utnuk merakamkan
warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.

Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan
sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan kepada kenang-kenangan seseorang yang
terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang penting dan maklumat-maklumat ini sungguh
bernlai di dalam memahami perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang
luas. Sejarah Lisan adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu
dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah.
Pita rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di
sekolah-sekolah dan di institusi-institusi lain. Muzium misalnya memberikan
gambaran tambahan kepada penuntut-penuntut melalui pameran, bahan-bahan
yang dipetik dari buku-buku dan filem-filem. Cara ini tidak dinafikan sebagai satu
cara pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau bagaimanapun, nilainya
terhad kepada keadaan pameran yang statik.

Di sebaliknya pita-pita rakaman wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu yang


pernah memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat boleh memberi
suatu gambaran yang berkesan untuk memahami masa yang lalu itu. Rakaman-
rakaman ini boleh menggambarkan perkara-perkara bersejarah yang telah berlaku di
samping ianya dapat menggambarkan aspek-aspek masyarakat yang sukar untuk
dipamerkan.
Peranan dan kegiatan persatuan-persatuan sejarah negeri di Malaysia akan dapat
diperkembangkan lagi sekiranya persatuan-persatuan tersebut menjalankan projek-
projek sejarah lisan. Persatuan-persatuan Sejarah yang ditubuhkan bukan sahaja
untuk menggalakkan pengajian dan menambahkan minat orang ramai terhadap
tempatan tetapi juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesan-kesan
sejarah negeri-negeri masing. Di dalam hal ini mereka terlibat dalam pengumpulan,
pemeliharaan dan penyediaan bahan-bahan tersebut untuk penyelidik. Persatuan-
persatuan sejarah patut memelihara alat-alat dan gambar-gambar mengenai
kehidupan masyarakat di masa yang lalu dan muzium negeri yang telah lama
tertubuh itu boleh mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada orang ramai. Begitu
juga bagi tapak-tapak bersejarah yang patut dipelihara dan dibina semula dan
dikekalkan untuk dilawati oleh orang ramai. Persatuan Sejarah akan dapat
menggiatkan lagi penyelidikan yang telah dijalankan. Sejarah lisan pula boleh
menambahkan rancangan-rancangan persatuan sejarah khasnya di dalam
memenuhi jurang-jurang yang terdapat dalam sejarah tempatan. Jadi melalui cara ini
maklumat yang tidak selalunya dimasukkan ke dalam rekod-rekod tertulis akan
dapat diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai