Anda di halaman 1dari 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/342923894

Sejauhmanakah Sejarah Lisan penting dan diperlukan dalam penyelidikan


dan penulisan sejarah ?

Presentation · July 2020


DOI: 10.13140/RG.2.2.27531.31527

CITATIONS READS

0 21,693

1 author:

Seow Han Lin


University of Malaya
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Seow Han Lin on 14 July 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


AIL1005 : TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

SEJAUHMANAKAH SEJARAH LISAN ( ORAL HISTORY )

PENTING DAN DIPERLUKAN DALAM PENYELIDIKAN

DAN PENULISAN SEJARAH ?

SEOW HAN LIN

AIL190056

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2019 / 2020
PENDAHULUAN

Dalam membuat penyelidikan dan pengkajian sejarah , para sejarawan pasti akan

menggunakan sejarah lisan , bukannya hanya merujuk kepada sumber primer ataupun

sumber bertulis yang sedia ada sahaja. Adalah amat mustahil dalam membuat pengkajian

dan penyelidikan dalam bidang sejarah , tiada satu pun penggunaan sejarah lisan. Andai

kata keadaan ini berlaku , sudah tentunya penghasilan sejarah tersebut akan berlaku berat

sebelah dan tidak objektiviti. Oleh hal yang demikian , kita boleh melihat betapa

pentingnya sejarah lisan dalam bidang sejarah.

Sejarah lisan biasanya merujuk kepada metadologi , bukannya teori. Tetapi semasa

beberapa dekad yang lepas , para sejarawan lisan telah membangunkan beberapa teori

interpretif tentang memori dan subjektiviti , serta struktur naratif yang menyediakan

rangka kerja untuk cerita-cerita lisan tentang masa lalu. Walaupun ia belum wujud dalam

konsep teorikal yang jelas , namun pemahaman kita terhadap memori individu dan

kolektif masih jelas dan meningkat. Walaupun begitu, sejarah lisan masih dianggap oleh

majoriti ahli sejarah sebagai satu metadologi. Sejarah lisan sering muncul untuk menjadi

proses teknikal yang lebih atau kurang dalam mencatat jawapan informal serta seterusnya

ia direkodkan dalam mesin pita dan transkip.1

Bidang sejarah lisan telah dipelopori oleh Herodotus yang menjalankan proses temu

ramah individu untuk mendapatkan peristiwa-peristiwa sejarah yang dianggap penting

pada masa lampau. Beliau telah dianggap sebagai ‘Bapa Sejarah’ dan perintis dalam

bidang ini (Starr, 1984). Kemudian , ianya dipelopori oleh Thucydides yang menulis

menggunakan pengalaman tentera-tentera yang terlibat dalam peperangan Peloponnesian

(Morrison, 1998). Beliau menyatakan adalah sukar untuk menyatakan kebenaran secara

1
Anna Green and Kathleen Troup, The Houses of History: A Critical Reader in Twentieth-Century History
and Theory , Manchester: Manchester University Press, 1999, hlm. 230.
1
keseluruhan peristiwa kerana sebahagian saksi sukar untuk mengekalkan pengalaman

tersebut.

Kajian sejarah lisan dikatakan sangat menarik kerana setiap individu yang

menjalankan kajian tersebut akan bertemu dengan pelbagai pengalaman baharu , melihat

sejarah daripada aspek yang pelbagai , serta mengenali lebih banyak personality manusia.

Ia merupakan satu bidang kajian yang amat luas dengan meliputi pelbagai golongan

masyarakat , seperti orang biasa , pemimpin masyarakat , gabenor , menteri kabinet ,

penulis terkenal , pengarang , korporat dan sebagainya (Rozeman, 2004).2 Berbalik

kepada perbincangan asal , apakah itu sejarah lisan ?

Sejarah lisan merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam penyelidikan

sejarah bagi mendapatkan dan mengesahkan kebenaran sesuatu fakta sejarah yang

diperolehi serta seterusnya amat penting dalam mencatat kejadian lepas yang pernah

dilalui oleh seseorang. Menurut The Society of American Archives , sejarah lisan

membawa maksud :

“An interview that records an individual’s personal recollections of the past and

historical events and the audio or video recordings , transcripts , and other materials that

capture and are associated with such an interview.”

Selain itu , sejarah lisan boleh didefinisikan sebagai satu kaedah inkuiri untuk

mendapatkan maklumat kepada sejarah bertulis3 dan ia juga merupakan suatu kajian yang

dapat menyimpan data data masa lampau walaupun tempoh masa dan peristiwa telah

berlalu. Sejarah lisan wujud dalam waktu berlakunya penemuan-penemuan baharu dan

2
Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”, Jurnal PPM, Vol.
16, Oktober 2012, hlm. 63-76
3
Rahilah Omar dan Siti Fathihah Abd Latif, “Kepentingan Sejarah Lisan dalam Penulisan Kembali
Historiografi Malaysia”, dalam Maslida Yusof, et al., Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah, Politik dan
Keselamatan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm. 34-49.
2
teknologi moden yang bersesuaian dengan perkara-perkara yang semakin kompleks ,

seperti politik , kewangan , perniagaan , sastera dan kehidupan manusia.

Menurut Ahmad (1987) , sejarah lisan merupakan satu kaedah atau teknik

penyelidikan moden yang bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah

melalui pengkisahan. Kaedah ini melibatkan proses wawancara dan merakam ke dalam

pita tentang keterangan-keterangan orang yang mengetahui sesuatu peristiwa sejarah ,

sama ada melalui penglibatannya secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar

menyaksikannya sahaja.

Ia turut disokong oleh Starr (1984) , yang menyatakan sejarah lisan merupakan kaedah

pengumpulan fakta-fakta sejarah yang masih belum lagi dikaji dan dirakam semula serta

merupakan penerus kepada proses pengumpulan data sejarah setelah hilangnya tradisi

penulisan sejarah. Ianya dikatakan bermula sejak bermulanya sesuatu peristiwa sejarah

itu berlaku.

Sejarah lisan turut boleh didefinisikan sebagai satu proses yang melibatkan orang

menceritakan peristiwa dengan pengumpul maklumat yang memperkatakan peristiwa

yang lepas dan dirujuk daripada ingatan seseorang , kertas , diari , surat , gambar dan

sebagainya. Sumber sejarah lisan dianggap sebagai sumber primer yang didapati daripada

hasil rakaman perbualan yang dibuat melalui temu ramah yang telah dirancang dan

direkodkan oleh para penyelidik dan informan. Fakta sejarah lisan dikatakan mempunyai

kekuatan tersendiri yang dapat menjelaskan peristiwa masa lampau yang telah berlaku.

Ianya terdiri daripada berbagai-bagi jenis sastera rakyat (folklore) seperti mitos , lagenda

, cerita asal-usul dan sebagainya (Abdul Rahman, 1996).4

Persidangan pertama sejarah lisan yang diadakan di Lake Arrowhead pada tahun 1966

telah gagal dalam membuat definisi dan pentakrifan sejarah lisan yang eksklusif , kerana

4
Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”, hlm. 66.
3
keterangan sejarah lisan itu mestilah mengenai sejarah dan haruslah dalam bentuk lisan.

Namun begitu , ahli-ahli sejarah yang bersidang pada ketika itu bersetuju bahawa sejarah

lisan adalah satu cara bagi mendapatkan keterangan sejarah dalam bentuk lisan untuk

menambah pengetahuan sejarah dan bukannya menggantikan sumber-sumber bertulis

yang berkaitan atau yang telah dihasilkan dalam jangka waktu berkenaan. Mereka juga

bersetuju menerima definisi sejarah lisan sebagai satu cara untuk memperolehi maklumat

sejarah dalam bentuk lisan yang biasanya disimpan dalam pita rakaman. 5

KEPENTINGAN SEJARAH LISAN

MEMBAWA KEPADA SUMBER SEJARAH

Sejarah lisan amatlah penting dalam menyumbang kepada penulisan historiografi

mana-mana peradaban manusia. Adalah sangat tidak masuk akal andai kata penulisan

historiografi itu tidak menggunakan sejarah lisan untuk menyumbang kepada sumber

penulisan sejarah. Jika keadaan ini berlaku , sudah pastinya penghasilan sejarah itu tidak

akan mantap dan kukuh , tidak menjadi kisah sejarah yang benar-benar sejarah. Walaupun

pelbagai tohmahan dan kritikan telah dilemparkan kepada sejarah lisan , dengan

mengatakan kononnya sejarah lisan ini sudah tidak relevan dan tidak berguna serta gagal

menjadi fungsi sebagai sumber sejarah.

Tetapi dalam hal ini , kita perlu sedar bahawa sumber bertulis yang mereka agung-

agungkan itu , yang mereka anggap kesemua itu sahih dan benar itu , juga datangnya

daripada sejarah lisan asalnya. Kita juga patut faham bahawa yang menulis terdahulu ,

majoritinya jurutulis yang dinaungi oleh pihak pemerintah dan berkuasa , sudah tentunya

penulisan sejarah itu akan munculnya kecendurungan ataupun kita sebutkannya sebagai

5
Syed Ismail Syed Mustapa, et al., Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, Kuala Lumpur: Sasbadi Sd.Bhd.,
2016, hlm. 5.
4
“centric”. Maka di sini kita boleh betapa pentingnya sejarah lisan dalam menjadi sumber

sejarah dan memastikan sejarah itu lebih objektiviti.

Sejarah Melayu , Salasilah Melayu dan Bugis , Hikayat Siak dan lain-lain umpamanya

mempunyai penggunaan sejarah lisan. Dengan penggunaan sejarah lisan inilah , para

sejarawan dapat mengkaji sejarah yang lebih mendalam dan mantap lagi , bahkan

menjumpai tinggalan sejarah yang tersembunyi. Sama juga dengan kes perjumpaan

Angkor Wat di Kemboja. Asalnya kewujudan Angkor Wat itu hanya diceritakan oleh

penduduk tempatan dari satu generasi ke satu generasi , dan penduduk tempatan tidak

tahu di manakah terletaknya lokasi Angkor Wat.

Kemudian , datanglah pasukan ekspedisi Perancis yang membuat pencarian dan

penerokaan di manakah Angkor Wat itu setelah dimaklumkan oleh penduduk tempatan

berkaitan kewujudan Angkor Wat tersebut. Dan akhirnya , kita boleh lihat tinggalan

sejarah yang penuh bermakna dalam sejarah tamadun manusia berjaya dijumpai ini

setelah pasukan ekspedisi Perancis mendapatkan maklumat daripada penduduk tempatan.

Oleh hal yang demikian , kita boleh melihat betapa pentingnya sejarah lisan dalam

memainkan peranan sebagai sumber sejarah. Amatlah mustahil dalam mengkaji dan

meneroka sesuatu sejarah , tetapi tidak merujuk kepada sejarah lisan. Jika cerita-cerita

sejarah tersebut hanya merujuk kepada sumber bertulis ataupun sumber primer sahaja ,

maka sudah pastinya kisah sejarah itu akan berat sebelah dan hanya menjadi kisah

dongeng serta mitos lagenda sahaja.

MEMBINA SEMULA PERISTIWA-PERISTIWA SEJARAH

Untuk mengkaji dan menghasilkan sebuah penulisan historiografi zaman dahulu

bukanlah satu perkara yang mudah , perjalanannya pasti penuh dengan liku dan duri.

Apatah lagi sumber-sumber itu amat terhad dan sudah luput ditelan zaman. Jadi , kita

boleh melihat bagaiman sejarah lisan itu memainkan peranan penting dalam membina
5
semula peristiwa-peristiwa sejarah. Kepentingannya sangat terserlah apabila sumber lisan

itulah adalah satu-satunya sumber yang boleh diperoleh tentang sesuatu peristiwa itu.

Ataupun dalam keadaan sumber itu datangnya daripada tokoh-tokoh, seperti Dato’Onn

Jaafar , Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj , Tun Abdul Razak dan beberapa orang yang

lain dalam hal penubuhan dan perkembangan parti UMNO (United Malay National

Organization) dari sejak tahun 1946 hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957.

Dalam hal kurangnya sumber bertulis itu juga , kita boleh mengambil contoh dariapada

daripada peristiwa pendudukan Jepun di tanah air kita , iaitu yang berlaku di antara tahun

1941 – 1945. Sumber bertulis bagi mengetahui , menganalisis serta mentafsirkan

peristiwa tersebut secara keseluruhan ataupun dari sesuatu sudut sahaja , memanglah

sangat berkurangan. Tetapi “cerita-cerita” mengenainya memang banyak didapati

daripada mulut orang-orang tua yang masih hidup dan telah menempuh zaman tersebut

dengan diri sendirinya.

Kita akan mendengar cerita-cerita mereka tentang bagaimana orang Jepun pada

mulanya menjalankan dakyah baiknya untuk memenangi dan mendapatkan sokongan

rakyat tempatan. Tetapi kemudiannya setelah Perang Dunia Kedua meletus dan tentera

Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu , maka dakyah kebaikan itu ternyata palsu

belaka. Kita seterusnya mendengar bagaimana tentera Jepun “menangani” rakyat

tempatan dengan penuh kasar , ganas dan buas. Dalam era pendudukan Jepun di Tanah

Melayu ini , ada kampung yang telah dibakar semata-mata akibat kesalahan kecil daripada

salah seorang penduduk kampung itu.

Ada juga penduduk Tanah Melayu ditampar semata-mata dengan penuh kuatnya

kerana enggan turun dari basikalnya dan mengucap hormat apabila melintasi suatu pos

kawalan tentera Jepun. Ada orang yang diberi minum air sabun sebanyak-banyaknya dan

6
kemudian perutnya dipijak-pijak , semata-mata atas syak wasangka bahawa beliau

bersuhabat dan berpakat dengan pihak musuh Jepun. Ada orang yang diancam tembak

supaya mengejar dan menangkap ayamnya sendiri untuk diserahkan kepada tentera Jepun

dan macam-macam lagi. Kezaliman yang dilakukan oleh penjajah Jepun terhadap seluruh

penduduk Tanah Melayu boleh dilihat dalam bidang politik , ekonomi , sosial dan agama. 6

Maka dalam konteks ini , peranan sejarah lisan boleh dikatakan amat penting untuk

membina semula peristiwa-peristiwa sejarah bagi menggantikan rekod-rekod yang telah

hilang atau dimusnahkan oleh pihak penjajah , seperti Jepun dan British. Ia amat berguna

untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber-sumber bertulis , untuk

menambah sumber bertulis yang sedia ada dengan keterangan-keterangan sejarah yang

telah dicatitkan , untuk menyelamatkan keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang

dan ia juga sebagai pendorong kepada para sejarawan untuk membuat penyelidikan ke

atas perkara-perkara yang telah disediakan dengan sumber-sumber lisan (Nadzan ,

1979).7

Dengan kata lain , sejarah lisan boleh menentukan supaya perkembangan-

perkembangan dan detik-detik sejarah tidak dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah yang

bermakna itu sahaja. Ia juga dapat memantapkan dan menyempurnakan lagi karya-karya

atau peristiwa sejarah yang sudah dicatat , menjadi sejarah yang benar-benar sejarah ,

bukannya dicampuri dengan cerita dongeng dan mitos lagenda.

MEMBANTU MEMBERIKAN GAMBARAN YANG LEBIH JELAS

Sejarah lisan adalah amat penting dalam membantu memberikan gambaran yang lebih

lengkap dan jelas mengenainya. Umpamanya , kita mendengar tentang pengambilan

kanak-kanak tempatan yang terbiar untuk dijadikan sebagai tentera komando Jepun yang

6
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1997, hlm. 161-164.
7
Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”, hlm. 66.
7
bersemangat “harakiri” ; kita juga mendengar tentang kekurangan makanan (beras dan

sebagainya) dan pakaian yang sangat serius sehingga ubi kayu menjadi makanan gentian

utama bagi kebanyakan penduduk luar bandar. Kain guni pula menjadi pakaian basahan

walaupun sebelum perang , orang tidak menjangka dan tidak tergamak melakukan

demikian.

Sebenarnya banyak lagi “cerita-cerita” yang boleh didapati tentang tempoh

pendudukan Jepun tersebut. Amnya , ia menggambarkan suatu zaman gelora , ganas dan

kejam yang dilakukan oleh pihak Jepun terhadap penduduk tempatan. Banyak cerita ngeri

serta menggerunkan , di samping adanya cerita keperwiraan tokoh-tokoh tempatan yang

lucu , melampau , kejam serta menakutkan8 yang boleh diperolehi dalam sejarah lisan. Di

sinilah kita dapat melihat betapa pentingnya sejarah lisan dalam memberikan gambaran

peristiwa sejarah , malah seterusnya menerangkan peristiwa pendudukan Jepun di tanah

air kita dengan penuh teliti.

Dalam konteks ini juga , sejarah lisan berdasarkan kepada kenangan tokoh-tokoh

tertentu dalam peristiwa bersejarah adalah amat penting dalam mengembalikan gambaran

detik sejarah yang lebih jelas dan teliti. Sejarah lisan adalah sangat dan cukup istimewa ,

kerana ia menghubungkaitkan zaman lepas dengan zaman kini melalui rakaman detik-

detik bersejarah , misalnya detik pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penggunaan rakaman dan transkrip dalam bidang sejarah lisan turut dapat mewujudkan

cara pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta efektif di mana-mana insitusi

pendidikan.

Penganjuran forum , wacana dan filem-filem bersejarah oleh badan kerajaan dan

badan bukan kerajaan juga dapat memberikan gambaran peristiwa sejarah yang lebih jelas

kepada seluruh anggota masyarakat. Melalui program seperti inilah , ia akan

8
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, hlm. 163.
8
menyebabkan peristiwa bersejarah terus berada dalam jiwa dan sanubari bagi setiap

anggota masyarakat dan seterusnya menjadi warganegara yang lebih patriotik.

MEMBAWA DAN MEMPERKENALKAN SEJARAH DARI LUAR KE DALAM

SESUATU MASYARAKAT ATAUPUN SEBALIKNYA

Sejarah lisan amatlah penting dalam membawa dan memperkenalkan sejarah dari luar

ke dalam sesuatu masyarakat ataupun sebaliknya. Melalui sejarah lisan inilah , orang yang

ditemubual mampu memberi pandangan baharu tentang peristiwa bersejarah kerana

informan juga boleh terdiri daripada kalangan orang biasa dan bukan daripada golongan

elit sahaja. Dengan cara ini , ia dapat membantu meningkatkan harga dan keyakinan diri

setiap lapisan masyarakat. Ia juga dapat menjadi pencetus semangat masyarakat agar

lebih menyedari sejarah mereka sendiri dan seterusnya merangsang minat mereka

terhadap penyelidikan sejarah tempatan.

Dengan pemahaman yang terjalin antara masyarakat dengan ahli sejarah , ia boleh

menimbulkan rasa kebersamaan pada sesuatu tempat (daerah atau negeri) dan masa.

Dalam masa yang sama , sejarah lisan juga mampu mencabar lagenda atau sejarah yang

telah sedia diketahui oleh masyarakat dan ini akan membuka ruang kepada perubahan

dalam pengertian sosial terhadap sejarah. 9 Dalam hal ini , peristiwa Memali yang berlaku

di Kampung Mali , Mukim Siong , Baling , Kedah pada 19 November 1985 telah

dijadikan sebagai satu contoh situasi sejarah lisan.

Peristiwa ini dipilih atas kesedaran bahawa penggunaan sejarah lisan akan

memberikan satu gambaran baharu bukan sahaja kepada pihak yang terlibat , malahan

juga kepada generasi kini yang cuba memahami di sebalik peristiwa yang berlaku.

Peristiwa Memali tersebut telah memberikan satu impak yang cukup besar dalam

9
Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”, hlm. 66-67.

9
perjalanan politik negara pada ketika itu. Serangan dan pertempuran ini dipercayai ekoran

daripada kegiatan eksploitasi agama yang semakin berleluasa serta kebimbangan akan

ketidakstabilan keselamatan yang akan tercetus sekiranya tidak dilakukan dengan

menggunakan usaha menghalang yang lebih keras.

Ibrahim Mahmood ataupun digelar sebagai Ustaz Ibrahim Libya dipercayai sebagai

individu utama di sebalik berlakunya pertembungan antara pihak kerajaan dengan pihak

penyokongnya. Bumi Memali menyaksikan pertumpahan darah yang mengorbankan 18

nyawa daripada kedua-dua pihak dengan 4 orang anggota polis dan 14 orang daripada

pihak penyokong Ibrahim Mahmood. Bagi mangsa yang cedera pula , sebanyak 23 orang

adalah anggota polis , manakala 14 orang merupakan orang awam. Kejadian tersebut yang

turut mengorbankan Ibrahim Libya juga turut sama membawa kepada penahanan

berpuluh-puluh orang pengikutnya yang terdiri daripada wanita , kanak-kanak dan lelaki

dewasa. Angka individu yang ditahan ekoran kejadian tersebut adalah kira-kira 159 orang

, iaitu 118 lelaki , 29 wanita dan 12 orang kanak-kanak.

Setelah kejadian tersebut , perhatian terus diberikan terhadap isu Memali. Dalam soal

sama ada kematian Ustaz Ibrahim Libya bersama pengikutnya adalah sebagai mati syahid

mahupun tidak , nyata wujud pandangan yang berbeza. Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia

(PAS) , kematian ahli dan juga calon bagi pembangkang ini seharusnya digelar sebagai

kematian para syuhada. Pihak kerajaan pula mempunyai pandangan yang nyata berbeza.

Melalui Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah , Ibrahim Libya dan penyokong

yang turut sama terkorban dalam kejadian itu bukan sebagai mati syahid malahan

kumpulan Ustaz Ibrahim Libya hanya lebih hampir dan menyerupai dengan bughah atau

penjenayah.

Kini , setelah 34 tahun berlalu , Peristiwa Memali masih lagi kekal menjadi peristiwa

hitam dalam liputan sejarah tanah air kita. Persoalan siapakah pihak bertanggungjawab ,

10
apakah wujud motif politik mahupun kebenaran terhadap dakwaan penyelewengan

agama oleh Ibrahim Libya masih lagi diperdebatkan dan belum mencapai

penyelesaiannya lagi sampailah ke hari ini. Justeru , penggunaan sejarah lisan dapat

dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang mampu diambil dalam usaha meninjau dan

menulis kembali Peristiwa Memali 1985.10

Secara kesimpulannya , dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan sejarah lisan akan

memberikan satu pemahaman yang berbeza dan mengelakkan rujukan dibuat hanya

kepada satu pihak sahaja. Pengetahuan sejarah yang turut diperoleh daripada keterangan

saksi , sama ada keterangan proto mahupun keterangan saksi mata ataupun juga

keterangan kata dengar akan membolehkan kajian yang dilakukan lebih seimbang dan

tidak berat sebelah. Penggunaan sejarah lisan ini turut akan memantapkan lagi

historiografi tanah air tercinta kita dan seluruh dunia , bukan sahaja untuk pengertian

semula generasi lalu , bahkan untuk tatapan genarasi kini dan yang akan datang.

MENINGKATKAN KEGIATAN PENYELIDIKAN SEJARAH

Penggunaan sejarah lisan akan memperkembangkan dan seterusnya meningkatkan

kegiatan penyelidikan sejarah yang dijalankan oleh para sejarawana. Misalnya dalam

meneroka peristiwa-peristiwa bersejarah dan menjalankan ekspedisi sejarah di negeri

Kedah Darul Aman , penggunaan sejarah lisan akan menyebabkan pengkajian sejarah

tersebut menjadi lebih menyeluruh dan menarik. Ia juga dapat dilihat apabila para

sejarawan melakukan kajian dalam salasilah raja-raja Melayu dan di manakah asal usul

Raja Kecik. Semua itu pasti dan akan meningkatkan kegiatan penyelidikan sejarah.

Sejarah lisan ini turut boleh dilihat kepentingannya dalam kegiatan penyelidikan

sesebuah tamadun ataupun pengkajian sejarah. Misalnya dalam mengkaji era penjajahan

10
Rahilah Omar dan Siti Fathihah Abd Latif, “Kepentingan Sejarah Lisan dalam Penulisan Kembali
Historiografi Malaysia”, hlm. 35-36.
11
British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu , para sejarawan haruslah merujuk

kepada sejarah lisan juga , bukannya hanya melihat kepada dokumen-dokumen dan

sumber primer semata-mata. Dengan melihat kepada sumber yang pelbagai inilah ,

barulah ia dapat menghasilkan satu kajian penyelidikan sejarah yang lebih objektif ,

eksklusif dan menyeluruh.

MEMAJUKAN PENULISAN SEJARAH

Penggunaan sejarah lisan adalah amat penting dalam memajukan penulisan sejarah.

Kisah-kisah bersejarah pasti akan lenyap dengan begitu cepat sahaja jika tanpa sebarang

rekod dan penulisan sejarah. Dalam mengkaji dan menghasilkan penulisan sejarah negeri-

negeri Melayu umpamanya , cuma terdapat beberapa buah negeri sahaja yang mempunyai

sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut , tetapi

itupun hanya terhad kepada kurun yang ke-19 sahaja.

Masalah ini sangat serius kerana tiada satu tradisi menyimpan buku catatan harian ,

penulisan dokumen-dokumen yang lain ataupun riwayat hidup pada zaman dahulu

terutamanya di Malaysia yang kita cintai ini. Maka di sinilah , kita boleh melihat

bagaimana sejarah lisan boleh memainkan peranan yang amat penting dalam

menambahbaikkan sumber sejarah yang ada pada zaman sekarang dan seterusnya

membantu para sejarawan menghasilkan penulisan sejarah yang meliputi pelbagai bidang

, yang bukannya menumpukan kepada hanya satu bidang sahaja.

Adalah tidak menjadi sebarang masalah andai kata tradisi penulisan aktiviti dan

penyimpanan detik-detik bersejarah itu menjadi amalan para manusia. Tetapi malang dan

sedihnya , ia tidak menjadi begitu itu. Harry S. Truman , Presiden Amerika Syarikat yang

ke-33 (1945-1952) pernah berkata bahawa :

12
“Jika sekiranya tiap-tiap orang (di dunia ini) dapat menyimpan suatu rekod mengenai

aktivitinya tiap-tiap hari , ini akan dapat menghindarkan wujudnya kenyataan yang salah

(misstatement) dalam sejarah.”

Presiden itu juga mengakui bahawa :

“Saya sendiri tidak pernah dapat berbuat demikian.” 11

Maka di sinilah kita dapat lihat bagaimana sejarah lisan itu amat penting dan

seterusnya dapat menghasilkan penulisan sejarah yang mantap serta merangkumi

pelbagai aspek. Oleh itu , tajuk-tajuk penulisan sejarah yang pelbagai , misalnya

penulisan bercorak sejarah tempatan , negeri dan sebagainya dapat diperkembangkan lagi.

MENGUKUHKAN SUMBER PRIMER

Sejarah lisan memainkan peranan yang sangat penting dalam memenuhi kelemahan

yang ada dalam sumber primer dan menjadi bahan tambahan untuk penghasilan suatu

kajian historiografi yang lebih mantap dan objektif. Ia turut sangat penting dalam

memantapkan dan mengukuhkan lagi sumber primer dalam historiografi Malaysia serta

seluruh dunia. Dengan penggunaan sejarah lisan inilah , ia akan menjadi bukti tambahan

dan seterusnya mensahihkan lagi sumber primer yang sedia ada.

Para sejarawan juga dapat mengkaji peristiwa bersejarah itu dengan lebih mendalam

apabila menggunakan sejarah lisan. Implikasinya , sejarah sudah pasti dan akan terus

menjadi sejarah yang benar-benar sejarah. Sepertimana sama dengan slogan yang

dipegang oleh Leoplod Von Ranke , iaitu menulis sejarah seperti sebenar-benar berlaku.

Fakta sejarah akan terus menjadi fakta sejarah. Tidak dicampuri dengan mitos lagenda

dan tidak akan terus dipersoalkan oleh mana-mana individu dan generasi akan datang.

11
Mohd. Amin Hassan, “Tradisi Lisan-Sejarah Lisan Dalam Usaha Mengkaji Sejarah Malaysia”,
Akademika, No. 4, January 1974, hlm. 35.
13
KESIMPULAN

Kesimpulannya , sejarah lisan adalah amat penting dan diperlukan dalam penyelidikan

dan penulisan sejarah. Kegunaan sejarah lisan ternyata sangat penting kepada generasi

baru , terutamanya generasi yang tidak pernah melalui zaman peperangan , penjajahan

dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Para ilmuan tidak boleh hanya bergantung

kepada sumber primer yang terdapat di arkib dan sumber sekunder di perpustakaan , tetapi

sebaliknya mereka perlu melakukan usaha-usaha mengumpul maklumat sejarah lisan

yang masih banyak terdapat pada generasi tua di Malaysia (Rozeman, 2004). Usaha

merakamkan sumber-sumber lisan adalah sangat penting , kerana dokumen sejarah akan

terus kekal selama-lamanya , tetapi mereka yang mengalami peristiwa sejarah tidak akan

kekal selama-lamanya. 12

Walaubagaimanapun , sejarah lisan mempunyai batasan-batasan tertentu yang mesti

disedari oleh semua ilmuan dan sejarawan yang menggunakannya. Sebagai hamba Tuhan

yang kerdil dan masih belajar lagi , manusia mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu

juga. Kita mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam melupakan segala pengalaman

dan kenangan yang pahit dan buruk. Tambahan pula , besar berkemungkinan bahawa

seseorang tokoh bersejarah yang pada satu ketika dahulu mempunyai ingatan yang terang

dan jelas mengenai peristiwa itu akan kehilangan ingatannya pada masa ia ditemui oleh

ahli sejarah lisan. Sungguhpun demikin , kita patutlah menggalakkan penggunaan sejarah

lisan. 13 Hal ini demikian kerana , ia membawa cukup banyak manfaat kepada para ilmuan

dan sejarawan serta adalah sangat penting dalam memantapkan penulisan dan

penyelidikan mana-mana historiografi.

12
Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”, hlm. 74.
13
Mohd. Amin Hassan, “Tradisi Lisan-Sejarah Lisan Dalam Usaha Mengkaji Sejarah Malaysia”, hlm.
41-42.

14
BIBLIOGRAFI

Anna Green and Kathleen Troup, The Houses of History: A Critical Reader in Twentieth-
Century, Manchester: Manchester University Press, 1999.

Maslida Yusof, et al., Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah, Politik dan Keselamatan,


Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016, hlm. 34-49.

Mohd. Amin Hassan, “Tradisi Lisan-Sejarah Lisan Dalam Usaha Mengkaji Sejarah
Malaysia”, Akademika, No. 4, January 1974.

Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”,
Jurnal PPM, Vol. 16, Oktober 2012.

Syed Ismail Syed Mustapa, et al., Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, Kuala Lumpur:
Sasbadi Sd.Bhd., 2016.

15

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai