Anda di halaman 1dari 3

KEPERLUAN SEJARAH LISAN

Antara keperluan sejarah lisan ialah untuk memperkayakan tradisi lisan di


Malaysia. Secara umumnya, tema penulisan sejarah bukanlah merangkumi aspek
politik dan ekonomi semata-mata malah, merangkumi aspek yang lebih meluas.
Dalam hal ini, tradisi lisan yang terkawal bolehlah dijadikan sebagai sumber sejarah
dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah masyarakat iaitu dari segi struktur politik,
sosial, ekonomi dan perundangan. Contohnya, melalui penurunan tradisi lisan adat
Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan kepada
ketua-ketua adat, para pengkaji boleh menjadikannya sebagai satu sumber sejarah
dalam kajian mengenai struktur sosio-politik masyarakat ini. Namun, tradisi ini
semakin hilang akibat daripada sikap pelapis masyarakat pada hari ini yang tidak
berminat untuk meneruskan adat ini kerana dianggap lapuk dan ketinggalan zaman.
Justeru itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah sangat penting agar ianya
tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, sejarah lisan juga diperlukan untuk memperluaskan tema atau skop
penulisan sejarah. Hal ini kerana semenjak dahulu lagi, penulisan yang ada
kebanyakkannya hanya berkisarkan mengenai aspek politik dan ekonomi. Buktinya
dapat dilihat melalui karya-karya terdahulu seperti Sulalatus Salatin yang hanya
menfokuskan keperibadian raja serta institusi politik di negeri Melaka. Jadi, dengan
adanya sejarah lisan, tema penulisan dapat diperkembangkan. Contohnya, R. O.
Winstedt telah berjaya menghasilkan karya Shaman, Saiva and Sufi: A Study of The
Evolution of Malay Magic melalui kaedah temu bual dengan beberapa orang
penduduk tempatan di negeri Perak mengenai amalan ritual dan perbomohan dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa, dengan adanya sejarah lisan, tema
penulisan dapat diperluaskan ke ruang lingkup yang lebih besar.
Seterusnya, sejarah lisan juga penting kerana para pengkaji menghadapi
masalah untuk mencari sumber bertulis yang lengkap terutama sekali sumber
bertulis menganai sejarah sebelum kemerdekaan atas beberapa faktor. Antara
faktornya ialah masyarakat terdahulu tidak mempunyai kesedaran untuk menulis
peristiwa-peristiwa yang berlaku. Oleh itu, kebanyakkan sumber-sumber bertulis
yang ada mengenai peristiwa sebelum merdeka kebanyakkannya hanyalah daripada
rekod-rekod kerjaan dan rekod istana. Walaubagaimanapun, kebanyakkan
daripadanya telah dimusnahkan oleh pihak penjajah untuk menjaga kepentingan
mereka dan selebihnya di simpan di dalam file ‘rahsia besar’ atau ‘sulit’ di arkib
negara menyebabkan tidak semua pengkaji boleh mendapatkan kebenaran untuk
menggunakan file ini. Oleh itu, pengkaji boleh mengatasi masalah ini dengan cara
mencari penulis file tersebut yang masih hidup atau mencari orang yang hidup pada
zaman penjajahan untuk menjalankan temu bual bagi mendapatkan maklumat.

Di samping itu, sejarah lisan juga berperanan untuk mengisi kekosongan dan
menjadi pelengkap kepada sumber bertulis. Hal ini kerana disamping kesukaran
untuk mendapatkan sumber bertulis, pengkaji juga menghadapi masalah di mana
sebahagian sumber bertulis ini tidak lengkap. Hal ini bermaksud sesetengah
peristiwa penting sahaja yang dicatatkan mengikut apa yang dirasakan perlu oleh
penulisnya sedangkan peristiwa yang sebenarnya adalah lebih daripada itu.
Misalnya, laporan mengenai peristiwa penentangan Malayan Union tidak ditulis
secara lengkap malah, terdapat sesetengah fakta yang disembunyikan untuk
menjaga kepentingan pihak British. Oleh itu, pengkaji bolehlah mencari orang yang
hidup semasa zaman tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan yang tiada
dalam sumber bertulis melalui kaedah wawancara.

Akhir sekali, sejarah lisan juga mempunyai kekuatan untuk memastikan


kebenaran dapat dicapai sekali gus membantu menyokong fakta-fakta dalam
sumber bertulis. Hal ini kerana sejarah lisan dapat menyediakan gambaran yang
lebih lengkap dan orang sumber juga dapat memberikan fakta tambahan tentang
sesuatu peristiwa. Apabila maklumat yang diberikan adalah selari dengan maklumat
yang terkandung dalam sumber bertulis maka, boleh dikatakan bahawa maklumat itu
benar. Jadi, maklumat-maklumat ini dapat digunakan oleh pengkaji sekali gus dapat
membantu pengkaji menghasilkan kajian yang bermutu.
Kesimpulannya, penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah haruslah
diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi kerana mendatangkan banyak manfaat.
Oleh itu, semua pihak

Anda mungkin juga menyukai