Anda di halaman 1dari 3

Karya Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung yang dikarang oleh

Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi iaitu seorang intelektual pada zaman Kolonial Inggeris di
Tanah Melayu. Karya ini merupakan sebuah karya agung hasil daripada peninggalan
masyarakat Melayu terdahulu. Hal ini kerana karya ini merujuk kepada hasil coretan dan
pemikiran Abdullah sendiri. Gaya penulisan beliau sangat berbeza dengan karya-karya
pensejarahan Melayu yang lain seperti Sulalatus Salatin, Misa Melayu dan Tuhfat Al-Nafis
kerana kesemua karya-karya tersebut menyatakan kehebatan, kemuliaan dan kesaktian
para pemerintah namun, Abdullah dengan beraninya mengulas dan menceritakan tentang
pemerintahan beraja yang mana terdapat beberapa elemen yang kurang disenanginya
menyebabkan wujudnya pembabaharuan dalam gaya penulisan beliau. Sebagai contoh,

“...sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya karena sentiasa tabiat raja
Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolah-olah pada pemandangannya akan rakyat
itu seperti binatang, adanya. Maka sebab itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia
dapat tiada hendaklah duduk di tanah , baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila raja-
raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu harta benda rakyatnya,
diambil sahaja tiada menjadi suatu kesusahan atau, takut kepada Allah”.
                                     (Hikayat Abdullah, 2007: 344-345)
Dalam petikan ini, dapat dilihat bahawa pemikiran Abdullah telah dipengaruhi oleh pemikiran
humanis Barat yang mana lebih mementingkan kebebasan. Pemikiran Abdullah ini penuh
dengan pembaharuan kerana mengkritik secara terbuka ke atas raja-raja Melayu yang
dianggap sebagai bodoh dan malas. Karya ini dikatan lebih jujur dan telus kerana berani
menceritakan kebenaran tentang keburukan sikap golongan pemerintah jika dibandingkan
dengan karya lain yang hanya meriwayatkan kehidupan seseorang pemerintah bagi
memenuhi tugasan atau arahan (Yusof Ibrahim, 1988).

Dari satu sudut yang lain, walaupun Abdullah telah mengkritik pemimpin, beliau juga telah
berusaha menyampaikan mesej kepada para pembaca agar sentiasa menyanyangi
pemimpin. Buktinya,

“Lalu naiklah ia ke kapal. Maka segala perahu itu pun berhimpunlah di kapal. maka orang
yang menghantar itu pun masing-masing naiklah memberi tabik…mereka itu dan mengajar
mereka itu dengan berbagi-bagai perkataan. maka adalah kelakuannya kepada segala
orang-orang itu seperti anak dengan bapa. Demikianlah sehingga menangislah masing-
masing...”.

(Hikayat Abdullah, 2007:212)


Dalam petikan ini, beliau menyatakan bahawa penduduk Singapura tanpa mengira bangsa
sangat menghormati Tuan Farguhar (Tuan Raffles) kerana nilai budi bahasanya yang tinggi.
Penduduk Singapura berasa sangat sedih untuk melepaskan Tuan Raffles pulang ke
Eropah.  Nilai ini sangat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini memandangkan
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Justeru itu, melalui petikan ini, beliau cuba
untuk melakarkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin dalam diri para pembaca.

Abdullah bukan sahaja telah mengkritik golongan pemerintah, malah turut mengkritik
golongan masyarakat terutama dari segi pendidikan kerana terkilan dengan sikap orang-
orang Melayu yang seolah-olah mengabaikan pendidikan ketika itu. Buktinya,

“shahadan adapun dari-hal anak muda-muda yang pada zaman itu, tiadalah sa’orang pun
yang ingin dengan suka-hatinya hendak belajar akan pekerjaan dari-hal tulis menulis dan
bacha surat Melayu itu melainkan akulah sahaja orang yang hina lagi miskin dan bodoh ;
hendak berniaga pun, mak bapa-ku oarang miskin, tiada berharta sebab itula ku tuntut
benar-benar,  sehingga aku menerima-lah pusaka serta mewarithi akan kalam tuan-tuan
yang tersebut nama-nya di-atas tadi. (Munsyi Abdullah 1960:31-32).

Dalam petikan ini, Abdullah sangat terkilan dengan masyarakat ketika itu kerana tidak
berminat untuk mendalami Bahasa Melayu kerana menganggap bahawa Bahasa Melayu
hanya untuk keduniaan sahaja. Ini bertentangan dengan pandangan Abdullah kerana beliau
beranggapan bahawa masyarakat Melayu tidak akan maju sekiranya berada ditakuk lama.

Beliau bukan sahaja mengkritik dari sudut pendidikan, malahan dari sudut agama dan
kepercayaan. Menurut Abdullah,

“…Dan lagi kebanyakan orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya “ Pawang ini
terlalu pandai hikmat gajah, dan lagi banyak-banyak do’a dibacakannya, sampai gajah
dihutan semuanya takut akan dia. Maka adalah pada fikiranku bahawa sekalian tu bohong,
dan bodoh orang percaya demikian ; maka adalah perkara sekalian yang dibuatnya itu
dengan akal sahaja, bukannya ubat atau hikmat ...”

(Hikayat Abdullah, 1975: 64) 

Dalam petikan ini, Abdullah secara terang menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan
kepercayaan karut lain yang sebati dalam pemikiran orang-orang Melayu pada ketika itu
namun, beliau tidak berjaya menggambarkan kesenian untuk menyampaikan mesej kerana
pembaca berasa tidak puas hati dengan gaya penulisan yang digunakan. Buktinya, ramai
golongan nasionalis berasa tersinggung dan marah akan perkataan ‘bodoh’ yang Abdullah
gunakan (Azhar, 2014). Bagi mereka, Abdullah telah menghina kaum melayu dan
menganggungkan penjajah Inggeris.

Kesimpulannya, Abdullah Munsyi bukanlah tokoh sembarangan yang boleh disamakan


dengan tokoh-tokoh kesusateraan yang lain. Abdullah Munsyi berjaya mencipta identitinya
yang tersendiri apabila beliau berani membuka pintu baru dan membawa pembaharuan
dalam penghasilan karya kesusasteraan di alam Melayu. Malahan beliau turut berani
menentang dan menyuarakan dengan lantang seandainya ada sesuatu perkara itu
dirasakan tidak betul.

Anda mungkin juga menyukai