Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1 SJHK3033 PENSEJARAHAN MALAYSIA

Umum mengetahui bahawa terdapat penulis tempatan dan penulis kolonial


yang menulis sejarah berkenaan dengan Tanah Melayu. Sekiranya kita mengkaji
tentang karya-karya mereka, kita akan mendapati bahawa penulis tempatan dan
penulis kolonial masing-masing mempunyai pemikiran yang tersendiri dan cara
penulisan yang berbeza. Maka, terdapat beberapa aspek yang penting dalam
penulisan mereka dan telah menarik minat para pembaca membaca karya-karya
tersebut. Dalam hal ini, penulis-penulis ini telah memberi sumbangan yang sangat
besar kepada generasi baru dan para pengkaji sejarah. Hal ini kerana penulis-
penulis ini membolehkan kita mengetahui sejarah di Tanah Melayu ini serta
memperkayakan sumber sejarah Tanah Melayu. Persoalannya, apakah perbezaan
dan persamaan yang terdapat dalam karya-karya penulis tempatan dan penulis
kolonial ini?

Menurut Noresah (2007), pensejarahan bermaksud karya atau penulisan


yang berkaitan dengan sejarah, sumber sejarah, dokumen atau rekod sama ada
dalam bentuk tulis mahupun bercetak.1 Encyclopaedia Britannia telah
mendefinisikannya sebagai “it was only in comparatively modern times that the
meaning of the world was extended to include the phemnomena that form their
subject”.2 Dalam pada itu, semua permasalahan dan fenomena yang berkaitan
dengan aktiviti manusia itu merangkumi pengertian pensejarahan. Pada masa yang
sama, pensejarahan Malaysia pula merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai
keseluruhan Malaysia atau satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik
Malaysia.3 Contohnya, karya Tun Sri Lanang iaitu Sulalatus Salatin yang diselenggar
oleh Ahmad, telah menceritakan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
kesulatan Melaka yang mengenai Tanah Melayu zaman dulu itu. Sebaliknya,
pensejarahan barat membawa maksud penulisan sejarah yang dilakukan oleh
penulis barat berdasarkan konteks pensejarahan Malaysia. Misalnya, seorang British
iaitu W.G. Shellabear dalam karyanya Sejarah Melayu telah mengkaji naskah
kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Seri
Rama dan sebagainya.

1
Noresah Baharom, Kamus Dewan edisi ke-4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 2007.
2
Encyclopaedia Britannica, Vol. II, William Benton Publisher, Chicago, London, Toronto, etc., 1970, hlm.
529, 530-544.
3
Muhammad Yusof Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang tradisi sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1992.
Jika kita mengkaji tentang tujuan penulisan antara penulis kolonial dan
penulis tempatan, kita juga akan mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam
aspek ini. Setiap karya mestilah mempunyai tujuan penulisannya masing-masing. A
History of Malay Literature oleh penulis kolonial R. O. Winstedt adalah bertujuan
untuk mengkaji masyarakat dari segi sejarah khususnya yang berkaitan dengan
agama Islam di Tanah Melayu.4 Buktinya, Winstedt (1961) dalam karyanya iaitu The
Malays: A Cultural History yang jelas memperkecilkan undang-undang Islam iaitu:
“There are Malay translations of orthodox Muslim works of the school of Shafi’i,
especially treatises on the law of marriage, divorce and the legitimacy of children, the
only branch of Muslim canon law that Malays have adopted practically unchanged.”5
Selain itu, tujuan karya Frank Swetteham dalam British Malaya adalah untuk
mengangkat martabat penjajahan kolonial di Tanah Melayu. Beliau dalam karyanya
menggambarkan beliau cuba menunjukkan kemampuan pentadbiran kolonial. Bagi
penulis tempatan pula, tujuan mereka juga berbeza dengan penulis kolonial.
Contohnya, karya Tun Sri Lanang iaitu Sulalatus Salatin yang diselenggar oleh
Ahmad adalah ditulis atas tujuan yang rasmi. Beliau menyelenggara Sulalatus
Salatin adalah atas perintah Yang Dipertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat
Syah Ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah setelah dibawa oleh Orang Kaya Suguh dari Goa.6

Bukan itu sahaja, terdapat persamaan antara corak penulisan penulis


tempatan dan kolonial. Dalam hal ini, terdapat unsur bias dan berat sebelah dalam
karya kolonial. Maryam (1971) menyatakan karya kolonial jelas mengangkat
ketamadunan Barat sebagai hebat dan agung berbanding masyarakat Timur. 7
Contohnya, dalam karya The Malays: A Cultural History, Winstedt (1961)
menyatakan: “For many reasons the lessons of history are neglected in the modern
world. Darwin turned the eyes of the sanguine away from the past to the future, and
those who in spite of 11Jurnal Peradaban – Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
12 war and atrocotoes still believe in progress towards some mundane paradise
prefer the doubtful promise of science to the record of man’s puerilities, errors and
crimes.”8 Pandangan ini jelas menunjukkan karya kolonial mengangkat bangsa
Eropah sebagai hebat dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam membina sebuah

4
Mohd Farhan Abd Rahman, Rohailin Zainon, & Nor Adina Abdul Kadir, Sebuah Analisis Tentang
Pendekatan Kajian R. O. Winstedt Terhadap Islam Di Tanah Melayu, Jurnal Peradaban, 8, 1-
18, 2015.
5
Winstedt, R. O., The Malay: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul Ltd, 1961, hlm. 92.
6
Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah, Pensejarahan Malaysia. Sasbadi Sdn. Bhd.,
2016, hlm. 134.
7
Maryam, J, Islam and Orientalism. Lahore: Ashraf Publication, 1971.

8
Winstedt, R. O., The Malay: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul Ltd, 1961, hlm. 176.
tamadun yang agung. Pada masa yang sama, karya tempatan juga mempunyai
unsur bias dan berat sebelah terhadap pihak sendiri. Misalnya, dalam karya Raja Ali
Haji iaitu Tuhfat al-Nafis juga jelas mengagung-agungkan bangsa Bugis. Beliau
memuliakan pahlawan Bugis termasuklah sifat orang Bugis yang mempunyai darah
kepahlawanan, kesetiaan, kekuasaan dan kecekapan dalam berperang. Raja Ali Haji
juga menerangkan bahawa Hang Tuah adalah keturunan Bugis. Jelaslah penulis
tempatan dan kolonial mempunyai persamaan iaitu mempunyai unsur bias dan berat
sebelah terhadap pihak sendiri dalam karya mereka.

Namun, terdapat perbezaan dalam corak penulisan antara kalangan penulis


tersebut dari aspek unsur mitos. Bagi karya-karya penulis tempatan, kita boleh
mendapati banyak penulis yang menerapkan unsur mitos ke dalamnya. Dalam
sebuah karya iaitu Sulalatus salatin yang diselenggar oleh Ahmad, telah menerapkan
banyak unsur mitos seperti peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu. Peristiwa ini
menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja iskandar Syah
selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang
memalukan dirinya. Peristiwa manusia menjadi batu jelas memaparkan unsur mitos
yang kuat dalam karya Tun Sri Lanang itu. Selain itu, dalam karya Merong
Mahawangsa, unsur mitos jelas terdapat dalam pemerian asal-usul orang erong
Mahawangsa iaitu berasal daripada dewa keinderaan.9 Sebaliknya, unsur mitos
jarang diterapkan dalam karya-karya kolonial. Hal ini demikian kerana penulisan
pensejarahan barat lebih berfokus kepada fakta sejarah dan pembuktian yang
dikemukakannya. Pihak kolonial ini menolak penulisan yang mempunyai unsur mitos
dan legenda terutamanya dalam golongan sejarawan yang menulis sejarah.

Dalam membuat perbandingan gaya penulisan penulis kolonial dan


tempatan, timbulnya isu kebolehpercayaan terhadap fakta yang dikemukakan itu.
Pada pendapat saya, isu kebolehpercayaan penulisan ini adalah bergantung kepada
keobjektifan seseorang penulis itu sendiri dalam melakukan penulisannya. Bagi
penulis kolonial iaitu R.O. Winstedt, Muhammad Salleh (1989) telah mengkritik
penulisannya dengan mengatakan terdapat beberapa kekurangan iaitu persediaan
sumber kurang mencukupi, pendekatan yang tidak menyeluruh, tidak berlaku adil
kepada objek kajiannya dan pada peringkat ini, yang dikajinya adalah bahagian-
bahagian atau cebisan dari suatu sastera yang cukup kaya, tersebar luas dan
berwatak lebih penuh daripada apa yang dikenalinya. 10 Rahman, Zainon dan Adina
9
Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan, Unsur Mitos Berdasarkan Teks Sastera Melayu Tradisional, 2019.
10
Mohd Farhan Abd Rahman, Rohailin Zainon, & Nor Adina Abdul Kadir, Sebuah Analisis Tentang
Pendekatan Kajian R. O. Winstedt Terhadap Islam Di Tanah Melayu. Jurnal Peradaban, 8, 1-
(2015) juga menjelaskan bahawa penulisan kolonial mengenai sejarah Tanah
Melayu memperlihatkan banyak kelemahan metodologi, di samping sarat dengan
prasangka hingga kesimpulannya tidak menepati kenyataan. Ia dimanipulasi
sedemikian rupa untuk menonjolkan peranan dan pengaruh Barat kononnya
golongan ini yang membawa kemajuan kepada tamadun Melayu. Namun, hal ini
bergantung kepada penulis tersebut. Pada pendapat saya, penulisan Frank
Swetteham tetap boleh dipercayai kerana beliau menulis fakta bergantung kepada
sumber. Dalam karyanya British Malaya itu yang menceritakan kemasukan pengaruh
kolonial dan pentadbirannya di Tanah Melayu, sumbernya diambil daripada rekod-
rekod kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bagi
penulisan tempatan pula, karya Raja Ali Haji iaitu Tuhfat al-Nafis mementingkan
penggunaan tarikh dalam penulisan. Ini secara langsungnya meningkatkan
kebolehpercayaan karya ini. Dengan adanya maklumat yang berkaitan dengan tarikh
sesuatu kejadian, maka penulisan berkenaan akan lebih diyakini.11

Akhirnya, dalam mengkaji aspek perspektif penulisan kolonial dan tempatan,


terdapat perbezaan yang harus kita mengambil kiranya. Terdapat banyak penulis
kolonial ini merupakan pegawai kolonial yang menguasai Tanah Melayu itu. Karya-
karya yang dihasilkan itu telah membicarakan tentang sejarah pentadbiran British di
Tanah Melayu, sejarah yang berkaitan dengan masyarakat budaya, bahasa dan lain-
lain. Bukan itu sahaja, dalam karya kolonial juga mengkaji hal-hal tentang teks
kesusasteraan Melayu, bahasa, ilmu-ilmu, adat resam, agama, corak kehidupan
masyarakat di Tanah Melayu dan sebagainya. Contohnya, R.O. Winstedt telah
melakukan kajian-kajian berkenaan dengan kebudayaan dan adat resam kaum
Melayu di Perak seperti ritual perbomohan dalam karyanya A History of Perak.12
Selain itu, bagi penulis tempatan, mereka lebih menuju kepada membicarakan soal
salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan. 13 Contohnya, dalam karya
Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang yang diselenggar oleh Ahmad itu telah
mencatatkan ramai raja-raja pada ketika itu seperti Raja Iskandar Zul-Karnain, Raja
Suran, Wan Seri Beni dan lain-lain serta mencatat jatuh bangun kerajaan itu.

18, hlm. 1-18.


11
Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah, Pensejarahan Malaysia. Sasbadi Sdn. Bhd.,
2016, hlm. 133.
12
Badriyah Haji Salleh dan Liok Ee, Alam Pensejarahan dan Pelbagai Persepektif, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
13
Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah, Pensejarahan Malaysia. Sasbadi Sdn. Bhd.,
2016, hlm. 132.
Kesimpulannya, terdapat persamaan dan perbezaan dalam penulisan penulis
kolonial dan penulis tempatan. Kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing
dan telah menyumbang kepada sumber-sumber tentang sejarah Tanah Melayu. Kita
sebagai generasi baru haruslah bersyukur dan menghargai karya-karya tersebut
tidak kira ia daripada penulis kolonial atau penulis tempatan. Maka, peranan kita
sebagai guru sejarah perlulah menghayati pensejarahan ini dengan penuh kecintaan.

Rujukan
A. Samad Ahmad. (2003). Sulalatus Salatin Edisi Pelajar. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Badriyah Haji Salleh dan Liok Ee. (1975). Alam Pensejarahan dan Pelbagai
Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maryam, J. (1971). Islam and Orientalism. Lahore: Ashraf Publication.

Mohd Farhan Abd Rahman, Rohailin Zainon, & Nor Adina Abdul Kadir. (2015).
Sebuah Analisis Tentang Pendekatan Kajian R. O. Winstedt Terhadap Islam
Di Tanah Melayu. Jurnal Peradaban, 8, 1-18.

Muhammad Yusof Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian tentang tradisi sejarah


Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1992.

Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan. (2019). Unsur Mitos Berdasarkan Teks
Sastera Melayu Tradisional.

Raja Haji Admad dan Raja Ali Haji. (1997). Tuhfat Al-Nafis. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Shellabear, W.G., ed. 1989. Sejarah Melayu. Petaling jaya, Fajar Bakti (edisi
pertama 1896).

Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Pensejarahan
Malaysia. Sasbadi Sdn. Bhd.

Winstedtt, R. O., The Malay: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul
Ltd, 1961, hlm. 92.

Winstedt, R. O. (1934). A History of Perak. JMBRAS, 12(1).

Anda mungkin juga menyukai