Anda di halaman 1dari 2

Pentarikhan Yang Tidak Jelas

Antara sebab sesetengah pensejarah Melayu tidak dianggap sebagai


sumber sejarah adalah disebabkan penggunaan pentarikhan yang tidak
jelas.
Hal ini dapat dilihat dalam beberapa karya Melayu seperti Sulalatus
Salatin yang lebih banyak menggunakaan ungkapan selang beberapa
hari, tidak berapa lamanya, dan setelah empat puluh dua tahun umur
Sultan Muzaffar Syah.
Keadaan ini menyukarkan para pembaca untuk mengetahui dengan tepat
bilakah peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya tersebut berlaku.

Mempunyai Pelbagai Versi

Banyak karya Melayu tradisional yang ditulis menggunakan tangan maka


terdapat pelbagai versi sejarah Melayu yang telah dihasilkan. Tambahan
pula tiada undang-undang hak cipta ketika itu menyebabkan penyalinan
daripada karya asal bukanlah kesalahan.
Antaranya ialah Naskah Munshi Mohammad Ali dan Naskah Hj. Othman
Abdullah selain naskah asal iaitu karya Tun Sri Lanang.
Bilangan salinan manuskrip Melayu ini mempunyai pelbagai versi dan
salinanya menjangkau 32 salinan.
Kesemua salinan manuskrip ini tersimpan di beberapa perpustakaan
utama seperti di London, Belanda, Rusia dan Jakarta.
Roolvink mencatatkan bahawa 28 manuskrip Sulalatus-Salatin yang
dikajinya merupakan salinan daripada teks asal bertarikh seawal abad ke-
19.
Salinan naskah manuskrip yang tertua berada di Rusia yang telah ditulis di
Melaka pada tahun 1798. Manuskrip ini telah dibawa ke Rusia melalui
kelasi kapal yang bernama Krusenstern yang ketika itu sedang dalam
perjalanan dari India Timur ke China.
Daripada 29 manuskrip tersebut, 12 naskah berada di Netherlands, 11
naskah berada di United Kingdom, lima naskah di Lembaga Kebudayaan
Indonesia Jakarta dan senaskah lagi di Leningrad, Rusia.
Contoh lain ialah Sejarah Melayu versi R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear.

Kebanyakan karya Melayu tidak mempunyai nama pengarang

Ketiadaan nama pengarang atau penyalin dalam sesebuah karya Melayu


tradisional adalah perkara biasa.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor: 1. ) Karya tersebut tidak
dianggap sebagai hak milik perseorangan tetapi hak milik masyarakat. 2.)
Walaupun nama penulis diletakkan, karya tersebut tetap bukan hak milik
pengarang tersebut kerana pada zaman dahulu belum terdapat undang-
undang hak cipta. 3.) Sistem pemerintahan zaman dahulu dan masa kini
berbeza dimana raja mempunyai hak dan pengaruh ke atas penulisan
karya tersebut.
Selain itu, penulis-penulis Melayu tidak menulis nama mereka sebagai
nama pengarang sesebuah karya yang telah dihasilkan kerana bersikap
rendah diri di hadapan pemerintah atau Sultan.
Mereka hanya menggunakan nama gelaran bagi menggantikan nama
sebenar mereka.
Hal ini boleh dilihat dalam karya Sulalatus Salatin di mana Tun Sri Lanang
menggunakan nama gelaran begitu juga dengan Raja Chulan dalam karya
Misa Melayu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kritikan yang diarahkan kepada bahan-bahan


sejarah yang dianggap oleh mereka (sejarawan Barat) sebagai silam lapuk dan
non-historical dan menolak karya melayu sebagai bahan sumber sejarah utama.
Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa manuskrip Melayu tidak saintifik,
humanistic dan rasional sepertimana yang telah digariskan oleh ahli falsafah
sejarah Inggeris seperti R.G Collingwood. Walau bagaimanapun, pensejarahan
Melayu ini memainkan peranan penting dalam menggambarkan corak hidup
masyarakat Melayu suatu ketika dahulu selain menjadi satu aset yang penting
kepada sejarawan masa kini dalam mengkaji dan meneliti mengenai sejarah
masyarakat Melayu.

Rujukan

Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi. 2015. Kesusasteraan Melayu
Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication Jilid 31(2): 183-194.

Siti Hawa Haji Salleh. 2002. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Y.F. Liaw. (ed). 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka
Nasional.

Anda mungkin juga menyukai