Anda di halaman 1dari 3

ULASAN VIDEO

NAMA: MIFLINE KIMIL


NO. MATRIK: BA14110275
Srivijaya ialah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang,
Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia muncul
sebagai empayar selepas kejatuhan kerajaan Funan pada abad ke-7
Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur
Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta
Hyang pada tahun 683 masihi. Pada zaman kegemilangannya, ia telah
berjaya menakluk kerajaan- kerajaan lain sehingga membentuk
empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara
kerajaan- kerajaan yang pernah ditakluk oleh Srivijaya ialah Kerajaan
Ligor di Selatan Thai, Semenanjung Melayu termasuk Kedah Tua, Jambi,
Jawa Barat dan Borneo Barat.
Kerajaan Srivijaya dikenali dalam teks China sebagai Shih-li-fo-shih,
ataupun dalam transliterasi Arab sebagai Sharbazah atau Sribuza.
Srivijaya bukanlah sebuah kerajaan yang dikenali ramai sehinggalah
George

Coedes

mempersembahkan

karya

monumentalnya,

Le

royaume de Crivijaya ( Kerajaan Srivijaya ) pada tahun 1918. Kemudian


pada tahun 1919 muncul Johan Philippus Vogel dan Nicholas Johannes
Krom mempopularkan kerajaan Srivijaya. Diikuti oleh tulisan Charles
Otto Blagden pada tahun 1920 dan Gabriel Ferrand pada tahun 1922.
Dalam

dunia

perdagangan,

Srivijaya

adalah

empayar

yang

mengawal dua laluan utama antara India dan China iaitu Selat Sunda
dari

Palembang

dan

Selat

Melaka

dari

Kedah.

Catatan

Arab

menyatakan yang empayar Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan


kapal paling laju pada masa itu tidak mampu belayar mengelilingi
semua pulau-pulaunya selama dua tahun. Menurut I- Tsing, Raja

Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan perdagangan.


Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, kayu
manis, cengkih, minyak cendana, buah pala, buah pegaga, buah
pinang, buah kelapa, kemukus, gading, emas, timah dan sebagainya
telah menjadikan kekayaan rajanya setanding dengan mana- mana
raja di India. Selain itu, kerajaan ini juga kaya dengan emas, bahkan ITsing pernah menggelarnya sebagai Chin- Chou atau kepulauan
emas. Sebagai pusat perdagangan, Srivijaya membeli barang- barang
dari pedagang Barat kemudian dijualnya kepada pedagang dari Timur
atau sebaliknya. Srivijaya juga mendapatkan pajak dari kapal- kapal
yang berlabuh di pelabuhannya.
Selain sebagai pusat perdagangan, Srivijaya juga sebagai pusat
ilmu pengetahuan dan pusat pengembangan agama Buddha. Para
pendeta yang berasal dari wilayah sebelah timur Srivijaya seperti
China dan Tibet banyak yang menetap di Srivijaya. Tujuan mereka
adalah belajar ajaran Buddha sebelum mereka belajar di tanah asal
lahirnya ajaran agama tersebut ( India ). Musafir I- Tsing sendiri pernah
tinggal di Srivijaya selama tujuh tahun untuk mempelajari Bahasa
Melayu. Beliau kemudian menterjemahkan teks- teks agama Buddha
daripada Sanskrit ke bahasa China.
Kerana keunggulan Srivijaya sebagai pusat ilmu Buddha, terdapat
lebih 1000 pendeta Buddha yang mempelajari ajaran Buddha, setaraf
dengan apa yang dipelajari di India. Antara guru atau pendeta yang
terkenal dari India yang turut mengajar di Srivijaya ialah Sakyakirti.
Sedangkan

dari

China

pula

terdapat

dua

orang

pendeta

iaitu

Wajrabodhi dan Amogawajra yang membawa ajaran Wajrayana dari


China. Menurut I- Tsing, pelajar asing yang akan belajar agama Buddha
ke India harus belajar agama Buddha di Srivijaya terlebih dahulu. Hal
ini memperlihatkan bahawa Kerajaan Srivijaya bukan sahaja sebagai

pusat perdagangan malah merupakan sebuah empayar yang menjadi


pusat ilmu Buddha yang termasyur pada ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai