Anda di halaman 1dari 30

KULIAH 2

 Kerajaan-kerajaan Melayu Awal


Masalah utama dalam pengkajian
sejarah Malaysia
Sumber

 Sumber sebelum kurun ke-19 sukar diperolehi


 Pergantungan pada sumber tempatan (bersifat
sasatera?)
 Pergantungan pada sumber asing (bahasa)
 Pergantungan sumber arkoelogi (masih baru/tohor)
Konsep

 Malaysia – wujud kerana imperialisme British


 Tanah Melayu – kerajaan merdeka dahulu lain –
bukan entiti spt hari ini (1) Kerajaan kecil (2)
Kerajaan besar
 Negeri/negara/kerajaan ditentukan oleh ‘kawasan
raja’ dan bukannya sempadan? (Milner)

 Kekeliruan sejarah – Sejarah Malaysia bermula


zaman Melaka/Melayu pendatang dari Sumatera
Kerajaan Srivijaya (Kurun ke-7) dan Kerajaan-
Kerajaan Melayu)
Kepentingan dunia Melayu dlm konteks
serantau
Sumber kekayaan dunia? – The golden
Khersonese

 Geografi – di tengah laluan perdagangan antarabangsa


menghubungi Laut Inida-China dan kesesuaian angin monsun
 Transit pedagang dari India sblm ke China, lama sblm
perdagangan China-India berkembang
 Jalan laut bagi eksport barangan Asia Barat
 Bandar-bandar pelabuhan dan pusat perdagangan utama dunia
Takrif Melayu/Dunia Melayu/nusantara

 Melayu – dikaitkan dengan Srivijaya & naungannya di pesisir


Selat Melaka, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan
Borneo.
 Sinonim kepada kelompok/komuniti pedagang. Tanpa merujuk
bangsa?
 Raffles/Marsden kata Melayu – merujuk penghuni di
Semenajung Tanah Melayu shj
Kemunculan Negara Kota sejak Kurun Ke3-6

 Sumber China – sebut beberapa tempat di Alam Melayu yg


menjalin hubungan dagang dengan China pelbagai lokasi dan
nama yg sesetengahnya tidak dapat dipastikan

 Cth: Qiezha/Kedah – berpusat di Lemabh Bujang (antara Gunong Jerai dan


Sg Muda). Sekurangnya telah wujud sejak kurun ke-5 atau lebih awal.
Penemuan barang seramik dinasti Song di Sungai Mas.

 Yi Qing pengembang agama Buddha singgah di Qie Zha semasa dlm


perjalanan ke India pada 671 Masihi- Qie Zha kerajaan merdeka.

 685 M – mendapati Kedah di bawah taklukan Srivijaya


Hubungan dengan India

 Sejak kurun ke-5 Masihi

 Penemuan Batu Bersurat struktur Buddha bertarikh 5 dan 6


Masehi di Guar Kepah (Seberang Perai)

 Penempatan diwujudkanuntuk persinggahan pedagang


China-India
Sungai Mas

 Ibu negeri Kedah 5-11M


 Perdagangan maritim yg meningkat di pesisir Selat Melaka
membolehkan kebangkitan perdagangan Kedah.
 7M Qie Zha (Kedah) menjadi entreport – pusat pengumpulan
hasil dari Semenanjung – dinaungi Srivijaya.
 Bebas drp Srivijaya pada kurun ke-10M apabila Srivijaya
semakin lemah akibat serangan Cola dari selatan India.
 Merosot kembali dengan kebangkitan Melaka pada kurun ke-15
Chih-Tu (The Red Earth Land)
 Dipercayai terletak di sebelah utara Sungai Kelantan (Kuala
Kelantan)
 Menurut rekod China, Chi Tu dibina oleh kit KKR (Mon-Khmer) orang-
orang yang belayar dari pantai orang Funan (selatan Indochina). Berabad-
abad kemudian, penduduk tempatan, digantikan orang Funan. "... Chi Tu
adalah bangsa terbitan Funan, bertempat di dalam laut selatan, belayar
seratus hari untuk mencapai, kawasan majoriti merah, dengan itu dinamakan
Red Earth Kingdom (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).

 Timur bersempadan Po -Lo-La, West bersempadan dengan Po-Lo-So,


Selatan bersempadan Ho Lo Tan, beribu-ribu batu persegi di kawasan tanah.
raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan memeluk agama Buddha .... ".
Chih-Tu
 Chih Tu bersama-sama dengan Langkasuka, Kedah dan lain-lain adalah pusat-pusat
perdagangan awal yang penting (kira-kira 100 SM hingga 700 CE). Dalam tempoh
ini, kapal-kapal yang datang dari China dan Funan (dari Lautan Hindi juga) berhenti
di pantai Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mendapat porter tempatan untuk
mengangkut barang-barang, menggunakan rakit, gajah dan tenaga manusia di
sepanjang routeway transpeninsular Awal dan sebahagian daripada Spice Route
purba.

 Kerajaan Chitu telah digambarkan oleh Wang Gungwu sebagai "salah satu masalah
yang paling sukar dalam geografi sejarah Asia Tenggara". Pdgn utusan kerajaan Sui
bhw sukar untuk sampai ke Chi tu dan tidak dipastikan kedudukannya.
 Pengkaji berbeza pdt - Asia dan Barat – ttg lokasi. Ada kata Chih tu terletak di
selatan India, lembah Menam Chao Phraya atau kawasan Songkla-Pattani di
Thailand, juga di lembangan Sungai Kelantan atau Kedah di utara Malaysia,
bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu, dan Palembang atau Jambi di
Sumatera.
 Sejarah bermula zaman Melaka? Jarang dipertikaikan dan
diterima meluas. Cth dalam buku teks sekolah.

 Sebab: kekurangan sumber zaman sblm Melaka, tanggapan negatif


masyarakat (majoriti Melayu-Islam) terhadap zaman Hindu-Buddha
walaupun amat berkait dengan sejarah, budaya dan peradaban
Melayu sendiri, kesan penjajahan yang memecahbelahkan entiti
politik dan menyempitkan ruang fizikal Melayu, Malaysia dari segi
politik tidak mahu dikaitkan dengan Indonesia walaupun sejarah
Melayu berasal dari Jambi-Palembang (krn Indonesia).

 Sikap ini mempengaruhi cara penerimaan berbeza terhadap Lembah


Bujang (di Kedah) berbanding Langkasuka (di Thai) dan Srivijaya
(di Indonesia) walaupun merupakan kerajaan yang sama – pernah
menjadi sbhgian drp kerajaan Melayu.
Chih Tu
 Pada 2002 artikel diterbit oleh Shen Fuwei di Cina, menghidupkan
teori lama pertama kali dicadangkan oleh Kuwata Rokuro dalam
1919-1920 - iaitu, bahawa Chih tu merupakan pendahulu Srivijaya
di Palembang.

 Teori Kuwata telah telah dicabar dalam 1920-1921 oleh Takakuwa


Komakichi, yang lebih menyokong teori bhw Chih Tu terletak di
kawasan Singora. Walaupun Kuwata terus mempertahankan
pandangan beliau dalam kerja-kerja arkeologi berikutnya pada
tahun 1936, 1938 dan akhirnya tahun 1971, majoriti pengkaji lebih
setuju anggap kawasan Segenting Kra dan Melayu Semenanjung
sebagai kawasan sebenar kerajaan Chih Tu.
Srivijaya
 Srivijaya sebagai kerajaan Melayu awal dan pemula sejarah.
Melayu asalnya Sumatera tetap Semenanjung dan Nusantara
adalah sebahagian kerajaan Melayu Srivijaya.

 Kajian ttg asal-usul Srivijaya –wujud sejak berbeza pendapat.
Ramai akui Srivijaya berpusat/terletak di Palembang (Cth: La
royaume de Crivijaya, 1918, G. Ceodes).

 Tapi ada pandangan tidak setuju mendakwa Srivijaya terletak di


Chaiya (Selatan Siam), Kelantan dan Jawa.
Srivijaya
 Kajian-kajian Srivijaya memerlukan penggunaan rekod-rekod asing dalam pelbagai
bahasa dan perlu disesuaikan dengan penemuan arkeologi. Rekod digunakan misalnya
adalah dlm bahasa Cina, India, dan Arab oleh Paul Wheatly (The Golden Khersonese)
dan Wolters (The Fall of Srivijaya). Masalah bahasa ialah sebutannya berbeza. Cth
Kalah dianggap sebagai Kedah, I-Tsing menyebut Srivijaya sebagai Shih-li-fo-shih
(atau San fo shih)

 Kajian mereka menjelaskan kawasan pesisir Selat Melaka sehingga utara Semenanjung
Tanah Melayu telah terlibat dlm kegiatan satu rangkaian perdagangan antarabangsa
antara India dan China selewat-lewatnya 100 tahun sebelum Masehi.

 Antaranya P’an-P’an Langkasuka dan Chih-tu yg merupakan unit politik kecil (negara
kota). Antara penghujung kurun ke-7 dan ke-11, Srivijaya dikatakan telah menjadi
empayar yang terkuat di Asia Tenggara. Kerajaan itu terlibat dalam hubungan mahupun
konflik dengan empayar yg berbeza budaya spt Medang, Khmer, dan Champa.
Srivijaya
 Srivijaya menjadi kaya dan kuat krn penguasaan perdagangan
antara India dan China dr zaman Dinasti Tang hingga Dinasti
Sung.

 Kajian menjelaskan Srivijaya muncul dr unit politik kecil kpd


sebuah empayar kerana kesan perdagangan dengan China melalui
sistem ufti yg menguntungkan kepada kedua-dua kuasa hingga
kurun ke-11.

 Pada 1025, Palembang dan kawasan sekitar (termasuk Kedah)


diserang oleh kerajaan Cola tetapi Srivijaya yg hancur muncul
semula dengan pusat baru di Jambi (Malayu). Namun sejak di
Jambi Srivijaya menjadi semakin merosot.
Srivijaya

 Punca – Kegagalan kerajaan wangsa Sung menghidupkan


semula sistem ufti selama 250 tahun; perubahan rentak
perdagangan apabila perpindahan ke Jambi menyebabkan
kerajaan Melayu lain tidak memberi perhatian kepada Srivijaya,
malah Srivijaya tidak lagi menjadi pusat kegiatan dan kesetiaan
Melayu.

 Peniaga asing juga semakin menyisihkan Srivijaya – berdagang


terus dgn pelabuhan entreport lain seperti Kedah dan
Terengganu.
Srivijaya
 Empayar Srivijaya dikaitkan dengan Alam Melayu –
merangkumi pesisir Melaka di Sumatera dan Semenanjung.
Termasuk juga Borneo, Filipina dan Kepulauan Indonesia lain yg
didiami pelbagai pecahan Melayu.
 Teori Melayu
 Berhijrah dari Taiwan – Nenek moyang Melayu berasal dari kelompok
Austronesia di Asia Timur yg bergerak ke arah selatan sekitar 6500 hingga
7000 tahun dahulu (zaman neolitik) hingga sampai ke Borneo, Sulawesi
Sumatera dan Tanah Melayu.
 Melayu asal dari Alam Melayu – Nik Hassan Shuhaimi – Melayu berubah
secara evolusi dari kegiatan perdagangan. Melayu pinggir pantai dan
Melayu pedalaman. (Kajian Labu Sayong)
Sistem Politik dan Corak Pemerintahan Srivijaya
 Pengasas adalah Dapunta Hiyam (berasaskan penemuan inskripsi daripada
Kedudukan Bukit di Palembang).

 Di bawah pemerintahannya – berjaya takluki Melayu-Jambi dan mengembang


ke kawa lain di sekitar Selat Melaka. Kedah Tua juga jatuh ke bawah
penguasaan Srivijaya.

 Menurut Inskripsi Ligor, Jaiya dan negeri-negeri lain di Segenting Kra


menerima pengaruh/naungan politik Srivijaya selewat-lewatnya pada 775
Maeehi.

 Politik dan corak pemerintahan – empayar (kedatuan) – dibahagi kepada


beberapa mandala (daerah). Tipa-tiap mandala terletak di bawah pemerintahan
seorang datu.
Srivijaya
 Kelayakan menjadi datu –anak raja (mandala disebut kadatuan)
atau pembesar bukan keturunan raja (disebut praddatuan). Di
Melaka digelar mandulika.

 Dua kelas politik dlm organisasi – kelas golongan diraja dan


pentadbir (senapati, nayaka, pratyaya, hajipratyaya dan
dandanayaka). Di Melaka senapati = ketua hulubalang (atau
mungkin laksamana), nayaka = Penghulu Bendahari,
hajipratyaya = Temenggung dan dandanayaka = hakim. Dan
beberapa jawatan pembesar lain.
 Amalan politik Srivijaya (Hindu-Buddha) = Melaka (Islam).
Konsep raja berdaulat (raja sebagai dewa), kesetiaan, perjanjian
kesetiaan (Melaka = waad) melalui minum air sumpah, tidak
menderhaka, dan raja sebagai bayangan Tuhan/dewaraja
(Cakravatin)

 Kerajaan-kerajaan kecil di bawah Srivijaya – Ganganegara


(Perak), Langkasuka (Kedah), P’a-P’an Chih-Tu (Hulu
Kelantan), Tan Tan, Po-li atau Po-ni (Brunei), Kantoli dan
Malay (Sumatera).

 Orang Laut, Kesungaian dan Maritim


SOSIAL EKONOMI

 Kegiatan perdagangan sebagai raison d’etre

 Sosial – pengaruh Hindu-Buddha – tetapi dari segi politik pengaruh Asia


Selatan bukanlah mutlak. Ia hanya diserapkan sebahagian dan disesuaikan
dengan sistem kerajaan yg sudah wujud sejak berkurun-kurun sblmnya. Sistem
itu diperkemas melalui proses memperibumikan pengaruh Asia Selatan untuk
bahagian ttu shj spt sistem perajaan, nama-nama jawatan (serta tugas)
pentadbiran dan adat istiadat. Sistem sama diwarisi Melaka, Johor dan Brunei.

 Agama – menganuti Hindu, buddha, atau animisme (atau campuran). Anutan


agama Hindu-Buddha hanya ketara dlm kelas atasan manakala rakyat hanya
anuti animisme sahaja.
 Berubah selepas Melaka memeluk Islam. Pemerintah dan rakyat umumnya
menerima Islam.
PENGARUH SRIVIJAYA DI ALAM MELAYU
 Sumber China – Srivijaya kuasa dominan di Asia Tenggara antara kurun
ke-7 hingga ke-12. Mempunyai kuasa kepertuanan terhadap majoriti negara
kota di Semenanjung dan Sumatera hingga Borneo.

 Kedudukan Palembang yg strategik – Srivijaya menggunakan tentera laut


yg kuat dapat mengawal lalulintas perdagangan Timur-Barat di selat Melaka
khususnya antara India-China dan Timur Tengah.

 Penguasaan Srivijaya – Sumatera, sbhgian Jawa, STM, selatan Siam,


pesisiran Barat Borneo. Ketika dlm keadaan lemah, Srivijaya yg berpusat di
Jambi meliputi negeri pantai Timur Semenanjung seperti Pahang, Terengganu,
Langkasukadan Kelantan. Persekutuan? Srivijaya adalah ‘Malaysia’ paling
awal. Konsep penyatuan Melayu.
Punca Kekuatan Srivijaya

 Perdagangan – manipulasi hubungan uftian dengan China – 1003M


utusan Srivijaya bina kuil ibadat utk Maharaja China

 Penaklukan – Utusan dihantar utk mencari uftian (vassal) yg dikawal


oleh Srivijaya dan kuasa semua sumber kekayaan perdagangan

 Penguasaan terhadap pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka-


Sumatera

 Peranan Orang Laut – (dr kepulauan Riau-Lingga-Bangka) – sebagai


benteng tentera dan pertahanan Srivijaya – kekuatan dilaut sbg satu
faktor ptg
Peranan Srivijaya: Penaung agama dan budaya

 Pusat pengajian agama Buddha hingga kurun ke-


12
 Biara & kunjungan pendita-pendita Buddha
 Proses ‘pengIndiaan’? Asia Tenggara – peranan
orang dari luar dan pengaruh di Srivijaya?
 Peranan peribumi?
Bagaimana Srivijaya boleh bertahan selama 600 tahun?
Sebab lokasi atau faktor perdagangan dgn China?
Bukit
Siguntang
Srivijaya
 Penguasaan menjadi lemah beberapa sebab yang didakwa pengkaji.

 Serangan Cola 1025. Memusnahkan Palembang. Beberapa jajahan


Srivijaya mula bebas drp cengkaman Srivijaya terutama utk
berdagang tanpa menghiraukan kptgan Srivijaya. Kerajaan kecil
meningkat naik bebas dr Srivijaya – Aru, Barus, Acheh, dan Perlak

 Perubahan pola perdagangan. Pedagang China yg mula berminat


berdagang terus dgn pelabuhan kecil sehingga kepntingan kapal-
kapal Melayu berkurangan. Menyebabkan penguasaan Melayu dlm
perdagangan antarabangsa menurun. Pelabuhan wilayah makin ptg
dan mampu menyaingi Srivijaya.
Srivijaya
 Menjelang kurun ke-12 dan ke-13, muncul beberapa kuasa baharu
mencabar Srivijaya. Cth: Kerajaan Ayudhya (Siam) menghala
minat ke selatan sehingga menguasai seluruh Semenanjung. Kuasa
kuat dan ditakuit – proses kemaraan terhenti dgn pengislaman
negeri-negeri Melayu & Sumatera.

 Di Jawa muncul kerajaan Singhasari dan kemudian Majapahit


yang yg berjaya menguasai Sumatera.
 Pada kurun ke-13 kegiatan lanun Cina menggugat Srivijaya.
Ramai bangsawan Melayu lari ke Temasik.

 Pada 1397, serangan Majapahit (Jawa) menghancurkan Srivijaya.

Anda mungkin juga menyukai