Anda di halaman 1dari 12

BAB 2 PEMAJMUKAN

PERKARA KETERANGAN
Kata Majmuk Kata majmuk merupakan kata yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk ini dieja
terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit tanpa boleh menerima sebarang
penyisipan di antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk tersebut.
Memandangkan kata majmuk terlalu besar jumlahnya, kata majmuk
dapatdipisahkan kepada kata majmuk yang berbentuk rangkai kata bebas,
berbentuk istilah khusus dan mendokong maksud kiasan yang hadir sebagai
simpulan bahasa.
Daripada ketiga-tiga bentuk tersebut, kata majmuk dapat dikelaskan
kepada:-
Kata Majmuk

Kata Nama Majmuk Kata Adjektif Majmuk Kata Kerja


Majmuk

2.2.1 Kata nama majmuk merupakan kata yang terhasil danpada proses
Kata Nama merangkaikan dua kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri
Majmuk danpada kata nama manakala unsur kata dasar yang lain boleh terdiri daripada kata
nama atau kata-kata lain. Kehadiran kata nama majmuk boleh terdiri daripada:
KATA MAJMUK
RANGKAI KATA BEBAS ISTILAH KHUSUS MAKSUD KIASAN
(SIMPULAN BAHASA)

PERKARA CONTOH

RANGKAI KATA BEBAS


jalan alat rukun ular
raya sol tetang saw
ek ga a
jam seg ruma rum
tang i h batu ah
an tiga tang
ga
keru bili meja ruan
si k maka g
mala tidu n tamu
s r

PERKARA contoh
ISTILAH KHUSUS DALAM BIDANG ILMIAH
mogo deria hukum
k rasa alam
umum
graf medan analisi
lurus sinara s teks
n
PERKARA contoh
MAKSUD
KIASAN anak kaki bulan buku
(SIMPULAN BAHASA)
emas bangku madu lima
buah jalan hati berat
mulut tengah batu tangan

2.2.2 KATA KERJA MAJMUK


PERKARA KETERANGAN
KATA KERJA Kata kerja majmuk terdiri daripada dua morfem bebas atau lebih tetapi unsur
MAJMUK kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata kerja dan unsur kata dasar
berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contoh
tolak ansur ubah suai lipat ganda kenal pasti
terima kasih campur aduk ambil alih tunjuk ajar
angkat diri pilih kasih angkat kaki angkat bakul

2.2.3 KATA ADJEKTIF MAJMUK


PERKARA KETERANGAN
KATA Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses
ADJEKTIF rnerangkaikan dua katadasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri
MAJMUK daripada kata adjektif dan kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata
lain.
Contoh
merah jambu muda remaja biru laut ringan tulang
rabun ayam panjang tangan berat hati jauh hati
rindu dendam sakit jiwa besar hati tinggi diri

Secara umumnya semua kata majmuk ditentukan jenisnya berdasarkan hukum


DM. Namunterdapat beberapa contoh kata majmuk yang tidak mematuhi
hukum DM dan dianggapsebagai suatu kekecualian khususnya bagi kata
majmuk yang digunakan sebagai gelaran.Contoh:
Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana jika berdasarkan Hukum DM)
Ketua Menteri (sepatutnya Menteri Ketua jika berdasarkan Hukum DM)

Peringatan:
Walaupun dijelaskan bahawa kata majmuk dieja secara berangkai dan bertindak sebagai
satu unit, namun terdapat sebilangan kata majmuk yang telah mantap dan dieja sebagai
satu perkataan. (Rujuk Tatabahasa Dewan, hhn. 35 - 2.2.3.1)
Kata-kata tersebut ialah:-
apakala antarabangsa apabila apahal
beritahu apalagi bagaimana barangkali
dukacita bumiputera darihal daripada
jawatankuasa kakitangan kepada kerjasama
manakala manalagi olahmga padahal
pesuruhjaya sediakala setiausaha sukacita
sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab
warganegara matahari kadangkala

2.2.4 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK


PERKARA KETERANGAN
PENGIMBUHAN Kata majmuk boleh menerima imbuhan bagi membentuk kata terbitan. Proses
KATA MAJMUK pengimbuhan boleh terdiri daripada awalan, akhiran, dan apitan. Bagi
pengimbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk masih dieja secara
berasingan. Bagi proses imbuhan apitan kata majmuk perlulah dieja
secara bercantum.
Contoh
Kata Majmuk
rumah tangga
hati batu
temu ramah
hutang budi
daya serap
lipat ganda
kuat kuasa
Kata Terbitan
berumah tangga
berhati batu
menemu ramah
terhutang budi
daya serapan
melipatgandakan menguatkuasakan penguatkuasaan
2.2.5 PENGANDAAN KATA MAJMUK
PERKARA KETERANGAN
PENGGANDAAN Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Kata majmuk yang dieja terpisah
KATA MAJMUK mengalami penggandaan pads bahagian awal sahaja dan tidak pads bahagian akhirnya.
Bagi kata majmuk yang dieja secara bercantum, maka seluruh perkataan digandakan, iaitu
sama seperti proses penggandaan bagi perkataan-perkataan lain.
Contoh
Betul Salah
anak-anak kapal anak kapal-anak kapal/anak kapal-kapal
orang-orang tua orang tua-orang tua/orang tua-tua
mata-mata pelajaran mata pelajaran mata pelajaran / mata pelajaran pelajaran
setiausaha-setiausaha setia-setia usaha/setia usaha-usaha
warganegara-warganegara warga-warganegara/warga negara-negara

KONSEP KATA MAJMUK


Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu (Nik Safiah Karim et al, 2011:54). Pendapat
ini turut disokong oleh Asraf (2007:187) yang mana menurutnya kata majmuk ialah apabila
dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata
baharu yang padu atau sebati maknanya. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk
mempunyai makna sendiri-sendiri. Sebagai contoh, kata 'air' dan 'tangan' yang menjadi
komponen kata majmuk 'air tangan' yang mempunyai makna masing-masing tetapi apabila
digabungkan menghasilkan makna baharu iaitu hasil kerja tangan seseorang.
Menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994:158) pula, kata majmuk ialah
gabungan yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan perkataan lain terutamanya kata 'yang'
di tengah-tengahnya. Sebagai contoh, 'rumah sakit' dan 'kedai makan' adalah kata majmuk
kerana kita tidak boleh mengatakannya sebagai rumah yang sakit mahupun kedai yang
makan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kata majmuk adalah gabungan kata yang tidak
boleh dipisahkan atau disisipkan dengan kata lain dalam pembentukannya.
Selain itu, kata majmuk adalah kata yang bersifat atributif, iaitu menerangkan dan
bukannya bersifat predikatif, iaitu menjadi sebahagian daripada ayat (Liaw Yock Fang &
Abdullah Hassan, 1994:159). Buktinya, kita tidak boleh mengatakan maksud kata 'bilik tidur'
sebagai bilik itu tidur, tetapi kata 'bilik tidur' itu menerangkan tentang bilik itu sebagai tempat
untuk tidur. Bukti ini jelas sekali membuktikan bahawa kata majmuk adalah kata yang bersifat
menerangkan.
Kesimpulannya, kata majmuk adalah kata yang terhasil daripada dua rangkai kata
dasar dan seterusnya menghasil makna-makna tertentu. Kata yang terhasil ini tidak boleh
dipisahkan mahupun disisipkan dengan kata lain selain kata dasar yang dirangkaikan itu. Kata
majmuk juga berperanan untuk menerangkan tentang sesuatu.
Bentuk Kata Majmuk

Menurut tatabahasa dewan proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata

dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil yang membawa makna yang khusus. Ia dieja

terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sisipan unsur

lain. Contohnya seperti perkataan kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat

menerima sisipan unsur lain seperti yang. Bagi perkataan pinggan mangkuk bukan kata

majmuk kerana dapat menerima unsur sisipan seperti dan iaitu kata hubung. Manakala

menurut linguistik am kata majmuk binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua

perkataan. Setiap perkataan itu boleh terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk

yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kesatuan seperti satu patah perkataan mempunyai satu

makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.Dalam linguistik

am kata majmuk ada dua pertama kata majmuk sintaktik dan kata majmuk bukan sintaktik.

Kata majmuk sintaktik apabila kata-kata itu bergabung menurut hukum binaan sintaksis

bahasa Melayu iaitu yang diterangkan adalah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya.

Kata majmuk bukan sintaktik pula ialah apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak

mengikut hukum diterang menerang (DM). Antara contoh ialah bumiputera, mahasiswa,

perdana menteri, dan lain-lain lagi.Perkataan bumi ialah menerang dan putera ialah inti yang

diterang.

Kategori Bentuk Kata Majmuk

Kata majmuk boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Dalam tatabahasa dewan kata

majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok.Pertama ialah kata majmuk yang terdiri daripada

rangkaian kata bebas. Kata majmuk ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai

gelaran.Kedua ialah kata majmuk yang terbentuk istilah khusus, dan yang ketiga kata majmuk

yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Di bawah disenaraikan contoh-

contoh perkataan dalam kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dan bentuk

kata yang digunakan sebagai gelaran contoh gambar rajah, alat tulis,bandar raya, jam tangan,

nasi minyak dan lain lain lagi. Untuk gelaran contoh perkataannya ialah Perdana Menteri, Raja
Muda, Naib Canselor dan lain-lain lagi.Contoh perkataan kata majmuk berbentuk istilah

khusus ialah kanta tangan, kertasa kerja, batu kapur, atur cara, kemas kini dan lain lain lagi.

Contoh perkataan kata majmuk yang berbentuk kiasan ialah kaki ayam, pilih kasih bulan ,

manis umlaut dan lan-lain lagi.Bagi linguistik am pula kata majmuk menerangkan perbezaan

kata majmuk daripada frasa nama. Linguistik am mengatakan kata majmuk ialah bukan frasa.

Kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah sintaksis oleh itu ia bukan frasa nama.

. Terdapat tiga kategori yang menerangkan kata majmuk itu adalah bukan frasa, Pertama

kata majmuk mempunyai makana khas sebagai satu perkataan. Kedua kata majamuj

mempunyai cirri kesatuan sebagai satu kata. Ia tdak dapat dipisahkan tanpa mengubah

makna. Ketiga, Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup. Contoh perkataan kata

majmuk yang mempunyai banyak makna guru besar bermakna guru ketua pentadbiran

sekolah dan bukan guru bersaiz besar. Contoh perkataan kata majmuk yang yang tidak dapat

dipisahkan oleh bentuk lain olahraga. Oleh sebab itu olah dan raga tidak dapat dipisahkan.

Tetapi bagi frasa perkataan dapat dipisahkan contohnya seperti perkataan meja tulis. Meja

dapat membawa maksud meja bagi menulis dengan tidak mengubah maknanya. Olahraga

ialah kata majmuk dan meja tulis ialah frasa.Contoh perkataan kata majmuk tertutup yang

menghasilkan satu kumpulan tertutup. Kata majmuk jenis ini tidak banyak. Binaan frasa

adalah golongan terbuka. Ini bermakna bilingannya tdak terhad banyaknya. Ada juga kata

majmuk yang terbina daripada kata nama dan bilangan kata nama majmuk ini tidak banyak.

Frasa yang mempunyai perkataan rumah sebagai inti tidak terhad bilangannya. Contoh kata

nama majmuk itu hanya ada beberapa seperti rumah sakit menerangkan hospital,dan rumah

pasung menerangkan balai polis Bagi frasa terbuka, bilangan frasa yang dibentuk banyak

dengan menggunakan perkataan rumah. Contohnya rumah besar yang menerangkan rumah

yang besar, rumah kecil yang menerangkan rumah yang kecil dan rumah merah yang

menerangkan rumah yang berwarna merah. Ia dapat ditambahkan bilangannya hanya dengan

menambah kata adjektif selepas kata inti.

Pembentukan Kata Majmuk


Menurut kamus dewan terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya

sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Tetapi bentuk kata tersebut

ternyata mengandungi dua kata dasar.Perkataan itu boleh dieja bercantum sebagai satu

perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, suruhanjaya, warganegara,

matahari dan lain-lain lagi. Selain daripada pertkataan yang dibagi terdapat juaga pertkataan

yang dieja bercantum tetapi ia bukan di dalam golongan kata majmuk. Antaranya

(i) Kata nama : peribadi dinihari

(ii) Kata adjektif : sukacita dukacita

(iii) Kata sendi nama: kepada daripada

(iv) Kata tanya: bagaimana kenapa

Linguistik am pula menerangkan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada

yang dieja bergabung dan terpisah. Penerangan yang diberikan oleh penulis adalah

ringkas.Contoh perkataan yang diberi yang dieja terpisah kereta api, kapal terbang dan

padang tembak. Kata majmuk yang dieja bergabung penulis mengambil contoh perkataan

di dalam buku Tatabahasa Dewan yang ada 30 perkataan majmuk yang dieja bergabung.

Penggandaan Kata Majmuk

Dalam Tatabahasa Dewan penggandaan kata majmuk melbatkan penggandaan unsure

pertama kata sahaja.Contoh alat-alat tulis, gambar-gambar rajah balai-balai polis,suku-

suku kata, Menteri-Menteri Besar dan kapal-kapal terbang. Terdapat juga penggandaan

yang melibatkan bentuk yang telah dimantapkan, penggandaan melibatkan keseluruhan

unsur. Contohnya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-

jawatankuasa, setiausaha-setiausaha dan pesuruhjaya-pesuruhjaya. Linguistik Am


menyatakan kata majmuk digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang

banyak. Contohnya ganti rugi gantirugi-gantirugi

kakitangan kakitangan-kakitangan

rekacipta rekacipta-rekacipta

Ini membuktikan bahawa kata majmuk ialah dua perkataan yang bertabiat sebagai satu

perkataan, oleh itu kata majmuk terpaksa diulang seluruhnya.Tetapi tidak begitu dengan

frasa nama. Contoh penggandaan frasa nama

Alat kerja alat-alat kerja

Jam dinding jam-jam dinding

Kapal laut kapal-kapal laut

Menurut Linguitik Am simpulan bahasa bukan kata majmuk kerana apabila hendak

digandakan simpulan bahasa itu, bukan seluruh simpulan bahasa itu perlu diulang tetapi

perkataan pertama sahaja yang diulang. Contoh

buah hati buah-buah hati,

makan angin makan-makan angin .

Tetapi dalam Tatabahasa Dewan simpulan bahasa dikategorikan sebagai kata majmuk

yang mendukung maksud kiasan.

Pengimbuhan Kata Majmuk

Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk

menghasilkan kata terbitan. Pengimbuham kata majmuk terdapat dalam dua bentuk sahaja.

Kata majmuk boleh menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja,

ejaannya tetap terpisah Contohnya

campur aduk bercampur aduk


ambil alih mengambil alih

temu bual ditemu bual

Kata majmuk yang menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contonya

Campur aduk mencampuradukkan

Daya serap kedayaserapan

Satu padu menyatupadukan

Dalam Linguistik Am hanya menerangkan contoh-contoh perkataan kata nama majmuk iaitu

setiausaha, ketidakadilan, reka bentuk, tandatangan,kaji selidik dan pengambilalihan. Contoh

kata kerja majmuk seperti menandatangani, diketepikan memberitahu, mereka cipta, dan

bertanggungjawab. Contoh kata adjedtif majmuk seperti sukacita dan dukacipta. Kata adverba

majmuk, contoh perkataannya tidak banyak seperti acap kali, dini hari, dan tengah hari. Kata

tugas majmuk contoh perkataan seperti apabila, apahal, apakal, apalagi dan lain-lain lagi.
BENTUK KATA MAJMUK

Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang
merangkaikan duakata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu. Menurut Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan
Abdul Hamid Mahmood (2009), Proses pemajmukan didefinisikan sebagai satu
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna yang khusus. Dalam ayat yang mudah, kata majmuk merupakan
gabungan dua kata dasar yang membentuk perkataan yang membawa satu maksud.

Namun, demikian terdapat kata majmuk yang tidak membawa makna rujukan
dan kata ini digunakan sebagai kata penghubung ayat seperti barangkali. Dalam
penulisan, kata majmuk bertindak sebagai satu unit, tetapi dieja terpisah melainkan
bagi bentuk-bentuk yang telah mantap. Kata majmuk juga tidak dapat berfungsi
sebagai kata kerja dari segi penggunaan ayat.

KATA MAJMUK

RANGKAIAN KATA ISTILAH KHUSUS MENDUKUNG MAKSUD


KIASAN
BEBAS

gelak ketawa tingkah laku nafas baharu

Jadual 14 : BENTUK KATA MAJMUK

Terdapat penggunaan kata majmuk yang sudah dianggap mantap. Sebilangan


kecilnya telah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan-
perkataan tersebut sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar tapi telah menjadi satu
perkataan, di mana kedua-dua kata dasar tersebut dirapatkan menjadi satu perkataan.

antarabangsa beritahu bumiputera


kakitangan olahraga matahari
kerjasama jawatankuasa Setiausaha
matahari Tanggungjawab Sukarela
setiausaha tandatangan warganegara
Jadual 15 : PERKATAAN YANG DIMANTAPKAN

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan, terdapat sejumlah perkataan


yang secara lazimnya dieja bercantum.

KATA NAMA KATA KATA SENDI KATA KATA


ADJEKTIF NAMA HUBUNG TANYA

peribadi sukacita daripada apabila bagaimana


peribahasa dukacita kepada manakala kenapa
dinihari padahal
perikemanusiaan darihal
barangkali
kadangkala

Jadual 16 : BUKAN KATA MAJMUK YANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN KATA TERTENTU

Penggandaan kata majmuk pula melibatkan penggandaan unsur pertama kata


sahaja. Contohnya:

alat-alat tulis Ketua-Ketua menteri garis-garis pusat


gambar-gambar rajah Naib-Nain Canselor kapal-kapal terbang

Jadual 17 : PENGGANDAAN UNSUR PERTAMA KATA

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah


mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

pesuruhjaya-pesuruhjaya tandatangan-tandangan
warganegara-warganegara jawatankuasa-jawatankuasa
Jadual 18 : PENGGANDAANNYA MELIBATKAN KESELURUHAN UNSUR

Kata Majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.


Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu apabila kata majmuk
menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan, iaitu:
campur aduk bercampur aduk
litar selari berlitar selari
temu bual ditemu bual
daya serap daya serapan

Jadual 19 : APITAN KATA TERBITAN

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya


menjadi bercantum. Contohnya:

campur aduk mencampuradukkan


urus niaga diurusniagakan
satu padu menyatupadukan
daya serap kedayaserapan

Jadual 20 : APITAN BERCANTUM

Anda mungkin juga menyukai