Anda di halaman 1dari 18

PELAJARAN 5

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan proses pengimbuhan


dalam perkataan, pemilihan kata dalam pembinaan ayat, struktur ayat, dan
penghubung ayat.

2.0 Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajian, pelajar akan:

2.1 Memahami contoh-contoh dan sistem pengimbuhan yang


membentuk kata dasar menjadi kata terbitan.
2.2 Memahami pemilihan kata-kata dalam pembinaan ayat.
2.3 Memahami struktur ayat iaitu pembinaan ayat yang betul.
2.4 Memahami kata-kata penghubung dalam ayat iaitu kata-kata
yang menghubungkan dua ayat menjadi satu ayat.

3.0 Senarai Tajuk

3.1 Pengimbuhan
3.2 Pemilihan Kata
3.3 Struktur Ayat
3.4 Penghubung Ayat

4.0 Istilah

4.1 Pengimbuhan
Penambahan kata awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Pengimbuhan pada kata dasar akan menghasilkan kata terbitan.

4.2 Kata Dasar


Perkataan asal yang bukan kata terbitan. Tidak menerima apa-
apa imbuhan, atau digandakan, atau dijamakkan.
4.3 Kata Terbitan
Perkataan baru yang terbit apabila kata dasar menerima
imbuhan di pangkal kata, di hujung kata, di kiri dan kanan kata,
atau di tengah-tengah kata. Kata Terbitan mempunyai makna
yang berbeza dari kata dasar.

5.0 Tajuk

5.1 Pengimbuhan

5.1.2 Persembahan

Imbuhan bermakna tambahan. Dalam bahasa Melayu


Kata Nama yang menerima imbuhan akan membentuk
Kata Terbitan. Kata Nama menerima empat jenis
imbuhan ialah

(a) Awalan
(b)Sisipan
(c) Apitan, dan
(d)Akhiran

Imbuhan awalan berada di hadapan kata dasar. Imbuhan


akhiran terletak di akhir kata dasar. Imbuhan apitan
terletak di pangkal dan hujung kata dasar seperti
‘mengepit’ kata dasar itu dari kini dan kanan. Imbuhan
sisipan pula tersisip di celah-celah kata dasar.

Semua imbuhan ditulis rapat dengan kata dasarnya. Kata


dasar yang menerima imbuhan akan menjadi kata
terbitan.
Contoh imbuhan awalan:

Imbuhan Kata dasar Kata terbitan


awalan
pe- Makan Pemakan
ber- Akal Berakal
be- Raja Beraja
meng- Garu Menggaru
mem- Beri Memberi

Contoh imbuhan akhiran:

Imbuhan Kata dasar Kata terbitan


akhiran
-an Makan Makanan
-i Ikut Ikuti
-kan Beri Berikan
-man Seni Seniman
-ita Biduan Biduanita

Contoh imbuhan apitan:

Imbuhan apitan Kata dasar Kata terbitan


ber- -an Pandang Berpandangan
ber- -kan Bekal Berbekalkan
di- -kan Heboh Dihebohkan
di- -i Kasar Dikasari
Mem- -kan Beri Memberikan

Contoh imbuhan sisipan:


Imbuhan Kata dasar Kata terbitan
sisipan
-el- Tunjuk Telunjul
-em- Kuning Kemuning
-in- Sambung Sinambung
-er- Gigi Gerigi

Dari keempat-empat jenis imbuhan, imbuhan awalan


adalah yang paling banyak dan paling kerap digunakan
dalam kata-kata Melayu.

Contoh lain imbuhan awalan:

anti- contoh: antiklimaks


auto- contoh: autobiografi
be- contoh: beraja
ber- contoh: berakal
eka- contoh: ekafungsi
di- contoh: didakwa
dwi- contoh: dwibahasa
juru- contoh: juruterbang
ke- contoh: kekasih
maha- contoh: mahasiswa
me- contoh: menyanyi
men- contoh: mendengar
meng- contoh: menggaru
menge- contoh: mengepam
memper- contoh: memperdalam
panca- contoh: pancasuara
pe- contoh: petugas
pel- contoh: pelajar
pem- contoh: pembuka
pen- contoh: penjilid
peng- contoh: penghasut
poli- contoh: politeknik
pra- contoh: prauniversiti
pro- contoh: prokerajaan
se- contoh: sesaat
sub- contoh: subtopik
supra- contoh: supragolongan
tata- contoh: tatacara
te- contoh: terasa

5.1.1 Aktiviti

Sila masuk ke laman web ini,


http://malaysiapedia.net/forum/index.php?topic=3.0
dan cari sebanyak mungkin kata terbitan dalam artikel
berkenaan.

5.2 Pemilihan Kata

5.2.1 Persembahan

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu dibina dari empat bentuk kata


iaitu:

a) Kata Tunggal
b) Kata Terbitan
c) Kata Majmuk
d) Kata Ganda

Kata Terbitan, Kata Majmuk dan Kata Ganda adalah


bukan Kata Tunggal. Kata Tunggal yang menerima
imbuhan menjadi Kata Terbitan. Kata Tunggal yang
digandakan (diulang) menjadi Kata Ganda. Kata Tunggal
yang digabungkan menjadi Kata Majmuk.

Sila lihat rajah di bawah

Menerima imbuhan
menjadi Kata
Terbitan
Kata Tunggal

Digandakan
menjadi Kata
Ganda

Digabungkan
menjadi Kata
Majmuk

KATA TUNGGAL:

Kata Tunggal ialah kata dasar atau kata akar yang tidak
mengalami sebarang bentuk pengimbuhan, penggandaan
atau pemajmukan.

Akronim adalah Kata Tunggal walaupun merupakan


gabungan beberapa perkataan.

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk hasil


gabungan huruf awal, gabungan suku kata atau
gabungan huruf awal dan suku kata.

Gabungan huruf awal


ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
JKR Jabatan Kerja Raya
TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia

Gabungan suku kata


Cer-pen Cerpen pendek
Pu-ra-ta Pukul rata
Ta-di-ka Taman didikan kanak-kanak
Pa-wa-gam Panggung wayang gambar
Ku-g-iran Kumpulan gitar rancak
Ber-na-ma Berita Nasional Malaysia

Gabungan huruf awal dan suku kata


Intan Institut Tadbiran Awam Negara
Mara Majlis Amanah Rakyat

KATA TERBITAN:

Kata terbitan ialah kata yang berasal dari kata dasar, dan
terbentuk melalui proses pengimbuhan. Bentuk imbuhan
adalah awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Imbuhan
dirapatkan dengan kata dasarnya.

Contoh-contoh boleh dilihat pada tajuk 5.1.

KATA MAJMUK:

Kata Majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses


merangkaikan dua kata dasar. Gabungan dua kata dasar
yang berbeza melahirkan kata majmuk yang mempunyai
makna yang berbeza dari kata dasar pertama dan kedua.

Kata majmuk dianggap sebagai satu unit, namun dieja


secara terpisah. Kata majmuk tidak boleh disisipkan unsur
lain antara unit-unitnya. Penggadaan kata majmuk
melibatkan unsur pertama sahaja (kecuali kata majmuk
mantap – digandakan seluruhnya).

Kata majmuk terbahagi kepada tiga kelompok:


a) Kata Majmuk Bebas
Contoh:

air hujan bandar raya jam tangan


bom tangan gambar rajah luar biasa
merah muda campur aduk ambil alih
jalan raya daya serap tunjuk ajar
nasi minyak terima kasih tengah hari
kuning langsat meja tulis biru laut

b) Kata Majmuk Istilah Khusus


Contoh:

duta besar ketua menteri polis trafik


perdana menteri profesor madya raja muda
atur cara cari gali kertas kerja
hak milik lut sinar kanta tangan

c) Kata Majmuk Kiasan


Contoh:
anak emas durian runtuh kaki bangku
buah tangan cakar ayam makan angin
kaki botol ambil hati jatuh hati
buah hati hati emas busuk hati
kaki ayam duit kopi pilih kasih
bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
atas pagar batu api besar kepala
kepala batu kepala angin gelap mata
hidung tinggi kera sumbang naik darah
telinga kuali dalam tangan cahaya mata
Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur
pertama. Lihat contoh di bawah:

Perkara Kata Majmuk Salah


yang betul
Beberapa alat tulis Alat-alat tulis Alat tulis-tulis
Beberapa orang Ketua-ketua Ketua menteri-
Ketua Menteri menteri menteri
Sekumpulan Budak-budak Budak jahat-jahat
budak yang jahat jahat

Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya


melibatkan seluruh kata majmuk tersebut.
Contoh:

anak emas-anak emas dan bukan anak-anak emas /


anak emas-emas

buah hati-buah hati dan bukan buah-buah hati / buah hati-


hati

KATA GANDA:

Kata ganda ialah kata-kata yang terhasil akibat dari


penggandaan atau pengulangan kata dasar. Kata ganda
dipisahkan oleh sempang, kecuali jenis kata ganda
separa.

Kata ganda terbahagi empat iaitu kata ganda penuh, kata


ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda
bebas.

a) Kata Ganda Penuh


Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar
sama ada yang berimbuhan atau tidak. Kata dasar yang
sama diulang sebutannya.

Contoh:

gila-gila babi-babi mata-mata


hati-hati buku-buku tiba-tiba
b) Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata
dasar sahaja.

Contoh:
jari digandakan separa menjadi jejari

kuda digandakan separa menjadi kekuda


baling digandakan separa menjadi bebalang
laki digandakan separa menjadi lelaki
sungut digandakan separa menjadi sesungut

bawang digandakan separa menjadi bebawang


bola digandakan separa menjadi bebola
buli digandakan separa menjadi bebuli

cair digandakan separa menjadi cecair


daun digandakan separa menjadi dedaun

gendang digandakan separa menjadi gegendang

kacang digandakan separa menjadi kekacang

c) Kata Ganda Berentak


Kata ganda berentak ialah kata ganda yang seolah-olah
mempunyai rentak apabila kata dasar digandakan.
Seolah-olah terdapat persamaan ritma pada kata-kata
yang digandakan itu.

Contoh:

hingar-bingar lauk-pauk sayur-mayur


kuih-muih papa-kedana selok-belok
cerai-berai tungkus-lumus hina-dina
asal-usul bukit-bukau gunung-ganang
mundar-mandir kayu-kayan mandi-manda
bolak-balik batu-batan

5.2.2 Aktiviti
Tuliskan 10 kata ganda berentak, dan 10 kata ganda separa.

5.3 Struktur Ayat

5.3.1 Persembahan

Ayat ialah kumpulan perkataan yang mengandungi makna


yang lengkap. Ayat bermula dan berakhir dengan kesenyapan.
Ayat terdiri dari satu hingga beberapa perkataan, mempunyai
intonasi yang sempurna.

Ayat mengandungi subjek dan predikat. Subjek ialah perkara


yang ingin diterangkan dalam ayat manakala predikat pula
ialah penerangan tentang subjek tadi. Sila lihat keterangan di
bawah:

SUBJEK PREDIKAT
Perkara yang ingin Penerangan tentang
diterangkan dalam ayat subjek
Kereta ayah saya berwarna hitam
Pelajar lelaki itu sedang tersenyum
Kasut yang emak pakai dibeli semalam
Pen yang saya pakai dihadiahkan oleh dia

Selain dari terdiri daripada subjek dan predikat, ayat juga


dibina dalam satu pola. Ada empat pola ayat dasar. Semua pola
ayat ini masih mengekalkan gabungan unsure subjek dan
predikat.

Pola Subjek Predikat


Pola 1 (FN) Frasa Nama (FN) Frasa Nama
Pola 2 (FN) Frasa Nama (FK) Frasa Kerja
Pola 3 (FN) Frasa Nama (FA) Frasa Adjektif
Pola 4 (FN) Frasa Nama (S) Frasa Sendi Nama

Contoh ayat:

Frasa Nama Frasa Nama


Dia pensyarah
Ali seorang pelajar
Ayat:
Dia pensyarah.
Ali seorang pelajar.

Frasa Nama Frasa Kerja


Pelajar itu berlari dengan pantas
Kakak saya sedang menjahit baju
Ayat:
Pelajar itu berlari dengan pantas.
Kakak saya sedang menjahit baju.

Frasa Nama Frasa Adjektif


Kawan saya comel orangnya
Gadis itu sungguh cantik
Ayat:
Kawan saya comel orangnya.
Gadis itu sungguh cantik.

Frasa Nama Frasa Sendi Nama


Dia ke sekolah
Buku itu di dalam laci

Ayat:
Dia ke sekolah.
Buku itu di dalam laci.

5.3.2 Aktiviti
Bina 10 ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat.

5.4 Penghubung Ayat

5.4.1 Persembahan

Dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu, beberapa ayat


tunggal boleh digabungkan atau dihubungkan dengan
menggunakan kata hubung iaitu:

Dan Serta Atau Tetapi Lalu

Contoh-contoh di bawah menunjukkan penggunaan kata


hubung ‘dan’, ‘serta’, ‘atau’, ‘tetapi’, dan ‘lalu’.

Contoh kata hubung dan:

Kata Ayat komponen Ayat gabungan


hubung

Dan Abu amat rajin Abu amat rajin


bekerja bekerja dan
majikan
Majikan menaikkan menaikkan
gajinya. gajinya.

Contoh kata hubung serta:

Kata Ayat komponen Ayat gabungan


hubung

Serta Ramlah pergi ke Ramlah serta


kedai. Minah pergi ke
kedai.
Minah pergi ke kedai.

Contoh kata hubung atau:

Kata Ayat komponen Ayat gabungan


hubung

Atau Sila pilih aku. Sila pilih aku atau


dia.
Sila pilih dia.

Contoh kata hubung tetapi:

Kata Ayat komponen Ayat gabungan


hubung

Tetapi Saya ingin pergi ke Saya ingin pergi


kedai. ke kedai tetapi
saya berasa takut.
Saya berasa takut
pergi ke kedai.

Contoh kata hubung lalu:

Kata Ayat komponen Ayat gabungan


hubung

Lalu Ahmad berasa Ahmad berasa


marah. marah lalu
menghempuk
Ahmad meja.
menghempuk meja.

5.4.2 Aktiviti

Bina 10 contoh ayat gabungan yang telah digabungkan dengan


menggunakan kata hubung lalu.

6.0 Ringkasan

6.1 Terdapat empat jenis pengimbuhan iaitu imbuhan


awalan, imbuhan sisipan, imbuhan apitan dan imbuhan
akhiran.
6.2 Semua imbuhan ditulis rapat dengan kata dasarnya.
6.3 Ayat-ayat dalam bahasa Melayu dibina dari empat jenis
kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan
kata ganda.
6.4 Semua kata yang tidak digandakan, tidak menerima
imbuhan dan tidak digabungkan dinamakan kata
tunggal.
6.5 Akronim adalah sejenis kata tunggal.
6.6 Kata majmuk dihasilkan melalui proses menggabungkan
dua kata dasar.
6.7 Kata majmuk terbahagi kepada kata majmuk bebas, kata
majmuk kiasan, dan kata majmuk istilah khusus.
6.8 Kata ganda ialah kata yang diulang sebutannya.
6.9 Kata ganda terbahagi kepada kata ganda penuh, kata
ganda separa dan kata ganda berentak.
6.10 Ayat terdiri dari gabungan subjek dan predikat.
6.11 Subjek ialah perkara yang ingin diterangkan dalam ayat,
manakala predikat ialah keterangan tentang subjek tadi.
6.12 Semua subjek terdiri dari Frasa Nama. Sebaliknya,
predikat terdiri dari sama ada Frasa Nama, Frasa Kerja,
Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
6.13 Dua ayat boleh jadikan satu ayat melalui kata hubung.
Lima kata hubung ialah 'dan', 'serta', 'atau', 'tetapi', dan
'lalu'. Pola-pola ayat ialah gabungan Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi
Nama (FS).

7.0 Latihan Kendiri

1. Bina ayat dengan menggunakan awalan ter- yang bermakna:


(a) Tak sengaja
(b)Keupayaan
(c) Keadaan tersedia
(d)Keadaan paling
(e) Keadaan berterusan

2. Berikan perkataan penuh bagi gabungan suku kata berikut:

1 Cer-pen
2 Pu-ra-ta
3 Ta-di-ka
4 Pa-wa-gam
5 Ku-gi-ran
6 Ber-na-ma

3. Berikan contoh kata terbitan yang mengalami imbuhan sisipan


berikut:

-el- Tunjuk
-em- Kuning
-in- Sambung
-er- Gigi

4. Tuliskan kata ganda separa bagi kata-kata berikut:

jari menjadi …………………………


kuda menjadi …………………………
baling menjadi …………………………
laki menjadi …………………………
sungut menjadi …………………………
bawang menjadi …………………………
bola menjadi …………………………
buli menjadi …………………………
cair menjadi …………………………
daun menjadi …………………………
gendang menjadi …………………………
kacang menjadi …………………………

JAWAPAN

1. Bina ayat dengan menggunakan awalan terR- yang bermakna:


(a) Tak sengaja
Ali terbuka pintu pejabat sekolah itu tanpa disedarinya.

(b)Keupayaan
Emak terbaca surat khabar yang tebal itu walaupun dia
sudah lewat ke pejabat.

(c) Keadaan tersedia


Makanan yang sedap itu sudah terhidang di atas meja
sejak 10 minit yang lalu.

(d)Keadaan paling
Hercules ialah pemuda Yunani yang terkuat di kalangan
mereka.

(e) Keadaan berterusan


Mustafa terpinga-pinga apabila disuruh membasuh
pinggan pada malam hari.

2. Maksud gabungan suku kata:

1 Cer-pen Cerita pendek


2 Pu-ra-ta Pukul rata
3 Ta-di-ka Taman didikan kanak-kanak
4 Pa-wa-gam Panggung wayang gambar
5 Ku-gi-ran Kumpulan gitar rancak
6 Ber-na-ma Berita Nasional Malaysia

3. Kata terbitan yang mengalami imbuhan sisipan:

-el- Tunjuk Telunjul


-em- Kuning Kemuning
-in- Sambung Sinambung
-er- Gigi Gerigi

4. Kata ganda separa:

jari menjadi jejari


kuda menjadi kekuda
baling menjadi bebalang
laki menjadi lelaki
sungut menjadi sesungut
bawang menjadi bebawang
bola menjadi bebola
buli menjadi bebuli
cair menjadi cecair
daun digandakan separa menjadi dedaun

gendang digandakan separa menjadi gegendang

kacang digandakan separa menjadi kekacang

Anda mungkin juga menyukai