Anda di halaman 1dari 21

Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Akronim

Pemajmukan

Penggandaan

Proses Pengimbuhan
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.

Bentuk awalan penKaedah pembentukan kata terbitan

Contoh

Kata dasar

Kata Terbitan

Pe-

Diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r dan w.

Ragut Warna Main

Peragut Pewarna Pemain

Imbuhan ini juga diletakkan didepan kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut digugurkan dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang pertama. Iaitu ;

Kunci Pegang

Pengunci Pemegang

Tampar Soal

Penampar Penyoal

ng = k m=p n=t ny = s

Pem-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.

Beli Fitnah Varnis Proses

Pembeli Pemfitnah Pemvarnis Pemproses

Pen-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.

Cedok Jemput Syarah Zina

Pencedok Penjemput Pensyarah Penzina

Peng-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.

Gigit Hantar Khayal Olah Intip

Penggigit Penghantar Pengkhayal Pengolah Pengintip

Penge-

Awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang berekasuku kata.

Bom Cat

Pengebom Pengecat

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna makna tersebut ialah ;

Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu. Orang yang menjawat tugas. Orang yang suka akan sesuatu. Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Alat untuk melakukan sesuatu. Ukuran hasil daripada melakukan

Contoh Pembaca, Pemburu, Penyamun Pengawas, Pengarah, Pelakon Penzina, Penjudi, Pemikir Pemarah, pemabuk, penyabar

Penyapu, Pengelap, Pemadam Pelaung, Penanak, Pelontar

sesuatu. Makna abstrak Penunjuk, pendapat

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .

Akhiran Kata Nama Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;

Maksud Hasil daripada melakukan maksud

Contoh Ejekan = hasil ejekan Ulasan = hasil ulasan Darat = daratan Hamparan = hamparan Longgok = longgokan Timbun = timbunan

yang terkandung dalam kata dasar. Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas. Sesuatu yang banyak

Membawa maksud alat

Acuan = alat untuk mengacu Usung = alat untuk mengusung

Membawa maksud orang atau haiwan atau benda yang menjadi penderita kerja. Membawa maksud sesuatu yang

Buru = buruan Tawan = tawanan Rampas = Rampasan Asinan = sesuatu yang masin Bulatan = sesuatu yang bulat Manisan = sesuatu yang manis Kurung = kurungan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu

mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar. Tempat melakukan sesuatu Ukuran atau kiraan

Apitan Kata Nama Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an. Apitan Kata Nama pen- ... an. Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah. Me- (merundingkan) Mem- (membiayai) Men- (mendahulukan) Meng- (menguruskan) Menge- (mengesahkan) Pe- (perundingan) Pem- (pembiayaan) Pen- (pendahuluan) Peng- (pengurusan) Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut. Contoh Makna Kata dasar Dalam Proses atau perbuatan maksu yang Kilang Kata terbitan Pendalaman (proses mendalamkan) Pengilangan (perbuatan mengilang) Alam Hasil perbuatan Tahu Pengalaman (sesuatu dialami) Pengetahuan (hasil diketahui) yang yang

mengerjakan

terkandung dalam kata dasar.

Darat Tempat perbuatan Inap

Pendaratan (tempat mendarat) Penginapan (tempat menginap) untuk

Apitan Kata Nama pe- ... an Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Maksud Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus. Menunjukkan makna hal

Contoh Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.) yang Peperangan (hal berperang)

terkandung dalam kata dasar. Apitan Kat Nama per- ... an Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ; Beralih Bekerja Belajar Peralihan Pekerjaan Pelajaran

Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar.

Apitan Kata Nama ke-...-an. Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini

mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu. Sisipan Kata Nama Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ; -elGembung Saput Gelembung Selaput

-emGuntur Kuncup Gemuntur Kemuncup

-erCucuk Gigi Cerucuk Gerigi

Proses Pemajmukan
Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu

perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ; endosentrik eksosentrik

Endosentrik Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum DM. Hukum D M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;

Anakanda Ketua menteri

Baja butir Padang ragut

Menteri besar Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;

Bumiputera

Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap. Contohnya ; Kajibumi Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)

Proses Penggandaan
Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan

penggandaan berentak.

Penggandaan Kata Nama Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.

Penggandaan penuh Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu; penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan. penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.

Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat alat tulis.

Penggandaan Separa Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong dalam kata nama dan kata kerja.

Penggandaan Berentak Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong sebagai kata nama.

Makna Kata Nama Ganda Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis jenis kata nama ganda.

Makna Penanda jamak Penanda nama haiwan Makna kesamaan atau keserupaan Penanda kepelbagaian jenis Penanda tidak tahu

Contoh Kata Ganda Buku buku, meja meja Labi labi, kura kura Orang = Orang orang Kuih = Kuih muih Mana = Mana - mana

Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Proses Penggolongan Kata


Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996).

KATA NAMA

KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM

KATA KERJA KATA KATA ADJEKTIF

TIDAK TRANSITIF SIFAT/KEADAAN WARNA UKURAN BENTUK PANCAINDERA WAKTU CARA PERASAAN

KATA TUGAS

Terdapat empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, Institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006).

Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan mekan, me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat.

ii) Pengarang itu menulis buku. iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-, ber-, ber-an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i) ii) iii) iv) v)

Pegawai itu berkereta ke pejabat. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning. Pemuda itu sedang berbual.

Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu

(i) (ii)

Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai

(iii) Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan

Kata Adjektif
Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,dan sudah lama sungguh. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) kata adjektif sifatan atau keadaan kata adjektif warna kata adjektif ukuran kata adjektif bentuk kata adjektif waktu kata adjektif jarak kata adjektif cara kata adjektif perasaan kata adjektif pancaindera

Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama.

Contoh: i. ii. iii. kuat. bijak cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna.

Contoh: i. ii. iii. hijau. putih. biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran.

Contoh: i. ii. iii. tebal. Kecil kurus.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.

Contoh: i. ii. leper tajam

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa.

Contoh: i. lewat ii. silam iii. awal.

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang.

Contoh:

i.

jauh

ii. dekat iii. hampir

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam.

Contoh :

i. Laju ii. Cepat iii. Ligat

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan.

Contoh : i. kasih

ii. takut iii. malu

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa.

Indera sentuh Contoh : Lembik, Kasar, Licin

Indera dengar Contoh : Nyaring, Lembut, Garau

Indera pandang Contoh : Comel, Hodoh, Molek

Indera bau Contoh : Wangi, Hanyir, Harum

Indera rasa Contoh : Manis, Kelat, Masam

Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. (Ali Mahmood et.al.2010)

Kata Hubung Gabungan

Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. Contoh : Dan, Atau, Tetapi, Serta, Lalu, Malahan, Sambil, Kemudian

Kata Hubung Pancangan

Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pencangan pada klausa utama atau klausa induk. Terbahagi kepada tiga iaitu ; relative, komplemen dan keterangan. Contoh :

Relatif

: yang

Komplemen : bahawa Keterangan : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, akalu, andaikata,

Kata Praklausa

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Contoh : Kata seru : aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh

Kata tanya : berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana Kata perintah : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,

Kata pembenar : ya, benar, betul Kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan, alkisah, kalakian, peristiwa, arakian

Kata Prafrasa

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Sebagai contoh kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata naf, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan.

Kata Pascakata

-nya yang hadir selepas perkataan Berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan member penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.