Anda di halaman 1dari 43

Isi Kandungan: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1: Pengenalan 1.2: Tujuan Kajian 1.3: Bidang Kajian 1.

4: Bahan Kajian ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KONSEP 2.1: Morfologi 2.2: Sintaksis

SINOPSIS

ALIH BENTUK BAHASA

ANALISIS TATABAHASA 5.1: Morfologi 5.1.1: Kata Berimbuhan Terbitan Akhiran 5.1.2: Kata Hubung Gabungan

5.2: Sintaksis

5.2.1: Ayat Majmuk 5.2.2: Susunan Ayat 5.2.3: Ragum Ayat

PENUTUP Rujukan/ Bibliografi Lampiran I (Petikan Cerpen) Lampiran II (Jadual Analisis: Morfologi) Lampiran III (Jadual Analisis: Sintaksis)

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturanperaturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul ayng tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah. Bidang tatabahasa biasanya ditinjau dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataanperkataan ini disusun menjadi ayat. Dalam istilah ilmu linguistik, bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi sementara bidang huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian petikan cerpen ini dihasilkan berdasarkan kepada tiga tujuan yang utama. Tujuan yang pertama, meringkaskan petikan cerpen ini menjadi sebuah sinopsis lengkap dengan anggaran 200 patah perkataan. Seterusnya sebuah perenggan telah dipilih untuk ditukar bentuknya iaitu daripada bentuk dialog atau cakap ajuk kepada bentuk laporan iaitu cakap pindah. Tujuan yang terakhir adalah menganalisis beberapa aspek tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

1.3 Bidang Kajian Bidang yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah morfologi dan sintaksis. Dalam kajian morfologi, elemen yang menjadi fokus ialah bentuk kata berimbuhan apitan akhiran dan golongan kata hubungan gabungan. Morfologi ialah cabang linguistik yang mengidentifikasi satuan-satuan dasar bahasa sebagai satuan gramatikal. Morfologi mempelajari seluk-beluk bentuk kata serta pengaruh perubahan-perubahan bentuk kata terhadap golongan dan arti kata. Atau dengan kata lain dapat dikatakan bahwa morfologi mempelajari seluk-beluk bentuk kata serta fungsi perubahan-perubahan bentuk kata itu, baik fungsi gramatik mahupun fungsi semantik. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

1.4 Bahan kajian

Bahan yang dipilih bagi tujuan kajian tatabahasa ini ialah sebuah cerpen bertajuk Mencari Bahagia yang ditulis oleh Tanne Hadihaz dan dipetik daripada majalah Remaja edisi 15 Januari 2010.

BAB 2: KONSEP 2.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata. Morfologi boleh dibahagiakan kepada dua jenis, iaitu morfem dan aspek-aspeknya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan ialah morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Contoh perkataan ialah jalan, manusia dan sebagainya. Morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya ialah ber-, kean, meN- dan sebagainya. Kesimpulannya, perkataan-perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Alomorf ialah kelainan-kelainan bagi sesuatu morfem terikat yang hadir bardasarkan bunyi awal sesuatu perkataan yang diimbuhkan kepadanya. Terdapat dua bentuk alomorf iaitu meN- (me-, mem-, men-, meng-, meny-) dan peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, peny-). Aspek pertama dalam kajian morfologi ialah struktur kata iaitu susunan bunyi bahasa atau lambingan yang menjadi unit bahasa yang bermaksud. Sebagai contoh perkataan bangku yang terdiri daripada dua suku kata iaitu bangku (kvkk) + ku (kv).

Aspek kedua dalam kajian morfologi ialah bentuk kata iaitu unit bahasa yang berbentuk tunggal atau dihasilkan melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Kata tunggul terdapat dua jenis kata tunggul yang hanya terdiri daripada hanya satu suku kata dan kata tunggul yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih. Contoh bagi kata tunggal yang hanya satu suku kata ialah am, ru, dan tin serta contoh bagi kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih ialah keluarga, aku, jauh, dan university. Akronim ialah kata singkat yang tergolong dalam kata tunggal. Akronim terbentuk melalui, gabungan huruf awal, gabuangan huruf awal dan/ atau suku kata serta gabuangan hufur awal dan/ atau suku kata dan menjadi kata nama khas. Contoh bagi gabungan huruf awal ialah TNB (Tenaga Nasional Berhad) manakala contoh bagi gabuangan huruf awal dan/ atau suku kata ialah tabika. Selain itu, contoh bagi gabuangan hufur awal dan/ atau suku kata dan menjadi kata nama khas ialah Intan (Institut Tadbiran Awam Negara). Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui process pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar (morfem terikat + morfem bebas ). Kata terbitan terdapat empat jenis imbuhan, iaitu imbuhan awalan ( peN-, meN-), imbuhan akhriran (-an, -wan), imbuhan apitan ( peN-...an, meN...an ) dan imbuhan sisipan ( -el, -er ). Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu dan lazimnya dieja

terpisah. Terdapat tiga jenis kata majmuk, iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus dan simpulan bahasa atau kiasan. Contoh rangkai kata bebas ialah terima kasih, guru besar dan sebagainya. Contoh istilah kursus ialah deria rasa, segi tiga dan sebagainya. Contoh simpulan bahasa atau kiasan ialah rabon ayam, anak emas dan sebagainya. Selain itu, terdapat perkataan-perkataan yang telah mantap bentuknya dan dieja sebagai satu prekataan seperti antarabangsa, tanggungjawab, beritahu, dan sebagainya. Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan, seperti peribadi, apabila, dukacita, dan sebagainya. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar. Terdapat tiga bentuk kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Contoh kata ganda penuh ialah rumah- rumah. Contoh kata ganda separa ialah jejari dan lelangit. Kata ganda berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pengulangan vocal, pengulangan konsonan dan berentak bebas. Contoh pengulangan vocal ialah sayur-mayur, contoh pengulangan konsonan ialah tanah-tanih dan contoh berentak bebas ialah lintang-pukang. Aspek ketiga dalam kajian morfologi ialah golongan kata. Dalam bahasa Melayu, goloangan kata dibahagikan kepada empat jenis, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berdasarkan ciri-ciri makna (semantik), golongan kata nama dapat dikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama am (binatang, manusia), kata nama khas (UTAR,PROTON) dan kata ganti nama (saya, awak, mereka).

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja transitif yang bermakna tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya seperti beransur baik dan menyanyi dengan merdu serta kata kerja transitif yang bermakna mengandungi objek yang terdiri kata atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya seperti menternak ayam, menjalani kursus. Berdasarkan criteria makna, kata adjektif dapat dikategorikan kepada lapan jenis iaitu kata adjektif keadaan seperti cantik, gemuk, kata adjektif warna seperti merah, hijau, kata adjektif ukuran seperti panjang, pendek, kata adjektif bentuk seperti bulat, segi, kata adjektif waktu seperti lama, lambat, kata adjektif jarak seperti jauh, dekat, kata adjektif cara seperti masak, goring dan kata adjektif perasaan seperti suka, marah. Kata tugas mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kata tugas terdapat enam belas jenis kata tugas. Seumpamanya, kata hubung seperti dan, atau, kata seru seperti amboi, syabas, kata tanya seperti mengapa, bagaimana, kata naf seperti bukan, tidak, kata perintah seperti permintaan, larangan. Selain daripada itu, kata pangkal ayat seperti maka, adapun, kata pembenar seperti ya, benar, kata pemeri seperti ialah, adalah, kata penguat seperti terlalu, sekali,dan kata bantu seperti telah, baru, juga termasuk dalam golongan kata tugas. Jenis-jenis kata tugas yang tertinggal dalam senarai di atas ialah kata sendi nama seperti kepada, pada, kata penegas seperti kah, -lah, kata arah seperti di atas, ke tepi, kata bilangan seperti tiga, beberapa, kata penekan seperti sesungguhnya, nampaknya, dan kata pembenda seperti sakitnya, baiknya.

2.2 Sintaksis Sintaksis ialah ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat tersusun dalam dua bahagian, iaitu subjek dan predikat dan terdiri daripada dua golongan ayat iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. POLAR AYAT DASAR Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar:-

(A) Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) Frasa Nama + Frasa Nama ialah ayat yang subjek dan predikatnya terdiri daripada frasa nama. Contohnya: Buku tebal (FN) itu buku kesayangan saya (FN).

(B) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) Frasa Nama + Frasa Nama ialah subjek yang terdiri daripada kata nama dan predikat terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja boleh disertai dengan kata bantu. Contohnya, masih, belum, sedang, telah, pernah, mesti dan sebagainya. Contoh ayat: Ali (FN) belum makan dari semalam (FK).

(C) Frasa Nama + Frasa Adjetif (FN+FD)

Frasa Nama + Frasa Adjetif ialah ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya terdiri daripada frasa adjektif. Frasa kerja boleh disertai dengan kata penguat. Contohnya, amat, sangat, nian, sungguh dan sebagainya. Contoh ayat: Buah tarap ini (FN) sangat manis (FD).

(D) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama(FN+FS) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ialah ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa Sendi Nama. Frasa nama terbentuk daripada kata sendi nama seperti di, ke, dalam dan kepada. Contoh ayat: Tolong berikan buku rujukan ini (FN) kepada Abu (FS).

JENIS AYAT Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan. Ayat penyata: ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan. Ia juga bertujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Contoh ayat penyata yang adalah berikut:

Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

Ayat Tanya: ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat Tanya ditandai dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat itu dan menggunakan

kata tanya seperti siapa, bila dan sebagainya. Contoh Ayat Tanya yang adalah berikut: Di manakah Cikgu Nasreen bertugas. Ayat Perintah: ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menyuruh, mengharap, melarang dan mengajak. Contoh Ayat Perintah yang adalah berikut: Tolong padamkan lampu itu. Ayat Seruan: ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti marah, takut, sakit, kagum dan sebagainya. Ia selalu disertai kata seru seperti amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya . Contoh Ayat Perintah yang adalah berikut:

Amboi, cantiknya jam tangan awak !

BAB 3: SINOPSIS Nadyne merupakan seorang pelajar yang berasal dari keluarga yang tidak bahagia. Dia benci akan lelaki kerana dia mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayahnya bercerai dengan emaknya dan menghalau mereka keluar dari rumah selepas bergaul dengan setiausahanya. Nadyne terpaksa berpindah ke rumah Mak Nab bersama kakak dan emaknya. Nadyne sering diganggu oleh seorang lelaki yang melepak di kedai kopi ketika dia turun dari bas sekolah. Pada masa yang sama, Nadyne sering menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dianya sebagai Irshad. Nadyne tidak mengenal Irshad dan Nadyne juga tidak yakin sekiranya Afzal yang menyemer sebagai Irshad. Nadyne telah melupakan Afzal, lelaki yang tidak setia pada cinta. Irshad sukakan Nadyne dan ingin mengenalnya dengan lebih dekat. Nadyne pernah ditegur akan penampilannya yang tidak bertudung oleh lelaki yang selalu mengganggunya itu. Perasaan geramnya dilemparkan kepada Irshad ketika menerima panggilan telefon sesampainya di rumah. Pada suatu hari, Mak Nab mengajak Nadyne menghadiri majlis kenduri kahwin, semasa menunggu giliran mendapt tempat duduk, mereka disapa olah lelaki yang menganggu Nadyne. Mereka diberi layaan yang sangat istimewa. Tiba-tiba Nadyne dihadiahkan sehelai selendang berwarna biru dan lelaki berjanji tidak akan mmengganggu Nadyne lagi. Sebulan telah terlalu, Nadyne tidak lagi mendengar suara usikan. Ini menyebabkan Nadyne berasa rindu, Nadyne ke kedai kopi untuk mendapatkan kepastian

akan kehilangan lelaki itu. Nadyne diberitahu bahawa lelaki tersebut ialah Irshad yang telah kembali ke Jermen untuk meneruskan pengajiannya. Kehidupan Nadyne kembali bercahaya apabila papanya telah kembali ke pangkuan keluarga. Surat dari Jermen diterima olah Nadyne mengharapkan jawapan terhadap perasaan Irshad terhadapnya.

BAB 4: ALIH BENTUK BAHASA 4.1 Cakap Ajuk Maafkan saya. Tak semua lelaki sama. Saya boleh buktikan. Awak ada masalah ke? Saya sedia mendengar luahan hati awak. Saya tak kenal awak. Awak ada masalah ke? Dugaan awak memang tepat, Irshad. Aku ada masalah dengan insan bernama lelaki. Awak jangan hubungi saya lagi. Kenapa Aku terus matikan panggilan sebelum Irshad sempat menghabiskan kata-katanya. Insan bernama lelaki hanya menyusahkan hidup aku, menyakitkan hati aku!

4.2 Cakap Pindah Nadyne meminta maaf daripada Irshad. Irshad memberitahu Nadyne bahawa dia boleh membuktikan bukanlah semua lelaki adalah sama. Irshad bertanya kepada Nadyne sama ada Nadyne bermasalah dan berkata bahawa dia sudah bersedia untuk mendengar masalah Nadyne. Nadyne menolak permintaan Irshad dengan menyatakan bahawa dia tidak mengenali Irshad. Apabila Irshad menanyakan sekali lagi sama ada Nadyne mempunyai masalah, Nadyne berdiam diri sambil hatinya berkata-kata bahawa sangkaan Irshad memang tepat kerana dia memang mempunyai masalah dengan insan bernama lelaki. Nadyne meminta agar Irshad tidak menelefonnya lagi selepas itu. Apabila Irshad ingin meneruskan pertanyaannya dengan Nadyne, Nadyne terus mematikan talian sebelum Irshad sempat menghasilkan kata-katanya. Nadyne seterusnya bermonolog lagi tentang insane bernama lelaki yang banyak menyusahkan dan menyatikan hatinya.

BAB 5: ANALISIS TATABAHASA 5.1 Morfologi Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Imbuhan terbitan akhiran ialah imbuhan yang digunakan di belakang sesuatu kata dasar. Bentuk kata berimbuhan terbitan akhiran pula mengandungi beberapa bentuk seperti -kan, -i, dan -an. Imbuhan terbitan akhiran kan digunakan dalam ayat perintah. Ayat contohnya, tolong bersihkan bilik darjah pada waktu rehat. Imbuhan terbitan akhiran i digunakan untuk mewujudkan kata kerja. Contohnya, tolong baiki radio ini. Kata yang berimbuhan terbitan akhiran an bermaksud alat, hasil perkataan, banyak, luas, besar, pelbagai jenis, tempat, tiap-tiap, benda, bahan, ataupun benda tiruan. Sebagai contohnya, Azlina mengakhiri ucapan dalam majlis itu dengan serangkap pantun. Kata hubungan gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa atau ayat yang setaraf kedudukannya, seperti dan, tetapi, sambil, kecuali, lalu, manakala, serta, malahan, sementara, melainkan, seterusnya, dan kemudian. Contoh ayatnya, Raju dan Ah Heng telah berbaik-baik semula.

5.1.1 Kata Berimbuhan Akhiran Berdasarkan kajian petikan cerpen Mencari Bahagia, dikenal pasti terdapat 82 patah perkataan yang dikelaskan sebagai kata berimbuhan akhiran. Daripada 82 patah perkataan tersebut, terdapat 31 patah perkataan iaitu bersamaan 38% yang mengalami penambahan kata berimbuhan akhiran kan seperti berikan, beranikan, bencikan, padamkan, sia-siakan, dan lepaskan. Contoh ayat penggunaan perkataan akhiran kan dalam cerpen ini seperti berikut:

Seingat aku, nombor telefon rumah Mak Nab tak pernah aku berikan kepada sesiapa pun, hatta teman sekelas sekali pun.

Mentang-metanglah aku tak pernah tinggikan suara pada kau setiap kali kau menggangguku.

Selain itu, terdapat 52% patah perkataan, iaitu 43 patah perkataan dalam cerpen ini mengalami penambahan kata berimbuhan akhiran an, seperti jeritan, bungkusan, alasan, fikiran, dan pakaian. Contoh penggunaan perkataan berimbuhan akhiran an dalam ayat cerpen ini adalah seperti berikut:

Cukuplah kawan-kawan lelaki di sekolah, aku tidak ingin menambah kenalan lagi.

Jiwaku tertekan dan aku tewas untuk menghadapi dugaan hidup.

Di samping itu, 8 patah perkataan dalam cerpen tersebut iaitu bersamaan dengan 10% yang mengalami penambahan imbuhan akhiran i seperti hubungi, hargai, dan sedari. Contoh ayat yang dapat dicari dari cerpen ini adalah seperti berikut:

Betapa hari-hari yang aku lalui terasa sepi tanpamu. Irshad insan yang aku tak pernah hargai kehadiarannya.

Selain daripada contoh-contoh perkataan seperti mana yang diterangkan di atas, terdapat juga perkataan berimbuhan akhiran dengan kata ganti nama atau kata penegas. Antaranya adalah seperti impianmu, fikiranku, kutemui, luangkanlah, dan kuluahkan. Contoh ayatnya seperti berikut:

Namun jika pencarian Nadyne itu tidak membawa sebarang erti, lupakanlah surat ini.

Nama itu terus bermain di kotak fikiranku.

Graf bawah menunjukkan peratus imbuhan akhiran dalam cerpen ini.


kan an i

10% 38%

52%

Carta 1

5.1.2 Kata Hubung Gabungan Cerpen Mencari Bahagia mengandungi 7 patah kata hubung gabungan, iaitu dan, tapi, sambil, atau, lalu, kecuali, dan sebaliknya. 7 patah kata hubung tersebut muncul sebanyak 72 kali. 60 peratus daripada 72 kata hubung gabungan ini, iaitu 43 patah ialah kata hubung gabungan dan. Contohnya, Aku benci dengan pemuda-pemuda yang suka lepak dan ganggu pelajar-pelajar sekolah. 20 peratus daripada jumlah kata hubung gabungan, iaitu 14 patah kata hubung gabungan ialah tapi. Contoh ayat dalam cerpen ini, Aku minta dia perkenalkan diri secara empat mata denganku, tapi dia enggan. 11 peratus daripada jumlah kata hubung gabungan dalam cerpen ini, iaitu 8 patah kata hubung ialah atau. Sebagai contohnya, Lelaki lain yang sebaya dengan kau tentu berada di menara gading atau sudah melangkah ke alam perkerjaan. 4 peratus daripada jumlah kata hubung gabuangan, iaitu 3 patah kata hubung gabungan ialah sambil. Contoh penggunaan sambil dalam cerpen ini ialah Lelaki, bisik kak Nadyne sambil menghulurkan gagang telefon.

2 peratus daripada jumlah kata hubung gabungan, iaitu 2 patah kata ialah lalu. Dalam cerpen ini, kata hubung gabungan lalu digunakan sebagai berikut: terasa kau sengaja mahu menyindirku, lalu aku terus menyimpan selendang itu ke dalam kotak di bawah katil. Kata hubung gabungan kecuali dan sebaliknya mempunyai 1 peratus daripada jumlah kata hubung gabungan dalam cerpen ini, iaitu hanya 1 patah kata masing-masing. Contoh ayat dalam cerpen ini adalah berikut: Begitu juga sekiranya keputusan mama adalah yang sebaliknya. Segala-segalanya yang ada di kampung memikat hatiku, kecuali satu.

Kata Hubung Gabungan dalam Cerpen mencari bahagia

50 45 40 Pengulangan 35 30 25 20 15 10 5 0 Bilangan Perkataan

Kata Hubung

Carta 2

5.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dalam kajian ini, tumpuan hanya diberikan terhadap proses pencerakinan ayat, susunan ayat dan ragam ayat sahaja.

Perkataan

Frasa

Klausa

Ayat

Ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat disebut ayat tunggal. Ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa pula disebut ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh:Encik Ahmad pengurus syarikat itu. Dia dari ibu pejabat. Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat. Ayat majmuk terdiri daripada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk gabungan mengandungi kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, sambil, kecuali dan sebagainya. Contoh ayat majmuk gabungan adalah seperti berikut: Saya dan Ali suka bermain badminton tetapi Ah Seng suka bermain ping pong

Selepas dicerakinkan, ayat majmuk gabungan di atas menjadi seperti berikut; Saya suka bermain badminton. Saya suka bermain badminton. Ah Seng suka bermain ping pong. Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil /klausa kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk. Ayat atau klausa induk dapat berdiri sendiri tetapi ayat/klausa kecil tidak. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu:- ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan adalah seperti berikut: Guru yang berbaju hijau itu memarah murid hingga hilang suaranya. Selepas dicerakinkan, ayat majmuk gabungan di atas menjadi seperti berikut; Guru itu berbaju hijau. Guru itu memarah murid. Guru itu hilang suaranya. Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Contoh: Lelaki yang berbaju biru itu memakan roti canai dan meminum air limau. Selepas dicerakinkan, ayat majmuk gabungan di atas menjadi seperti berikut;

Lelaki yang berbaju biru. Lelaki itu memakan roti canai. Lelaki itu meminum air limau Ayat tersusun dalam dua bahagian, iaitu subjek dan predikat dan terdiri daripada dua golongan ayat iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Dari segi bentuk susunan, ayat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud susunan yang subjek ayat mendahului predikatnya. Contoh ayat susunan songsang: menanam beberapa jenis pokok buah-buahan di tepi rumahnya(predikat) Penduduk kampung itu(subjek) Selepas mengalami penyusunan semula, ayat songsang tersebut berubah menjadi ayat biasa seperti berikut: Penduduk kampung itu(subjek) menanam beberapa jenis pokok buah-buahan di tepi rumahnya(predikat) Susunan songsang ialah susunan ayat yang predikatnya mendahului subjek. Tujuan ayat disongsangkan adalah untuk memberi penegasan. Proses mendepankan predikat ayat berlaku dari dua segi, iaitu mendepankan seluruh predikat dan mendepankan sebahagian daripada predikat. Contoh ayat susunan biasa:

ibubapa saya(subjek) / sedang bekerja.(predikat) Ayat ini boleh disusun dengan mendepankan seluruh predikat: Sedang bekerja(predikat)/ ibubapa saya.(subjek) Susunan mendepankan sebahagian daripada predikat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pendepanan frasa kerja, pendepanan frasa adjektif dan pendepanan frasa sendi nama. Contoh ayat susunan biasa: Gurubesar(subjek) sedang memberi ucapan(predikat) di padang sekolah. Ayat ini boleh disusun dengan Pendepanan frasa kerja: Sedang memberi ucapan(predikat) gurubesar(subjek) di Padang sekolah. Dalam bahasa Melayu terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, peredikat dan struktur ayat. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang diikuti oleh frasa nama atau kalusa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya, Contoh:

Mereka sedang membaca buku Ayat Aktif Tak Transitif ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh: Mereka sedang berbual-buaal dikedai kopi itu. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif terdiri daripada Ayat pasif dengan kata kerja pasif Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua Ayat pasif dengan perkataan kena. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja dua imbuhan kata kerja pasif ialah di-dan ter-. Contoh: Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Intan. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Contoh: Buku itu telah saya bacakan Ayat pasif dengan perkataan kena mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima imbuhan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contoh: Pencuri itu kena tangkap (oleh pihak polis).

5.2.1 Ayat Majmuk 5.2.1 Ayat Majmuk Berdasarkan petikan, tiga ayat majmuk telah ditentukan untuk dicerakinkan. Bagi ayat yang pertama: Lelaki lain yang sebaya dengan kau tentu berada di menara gading sekarang atau sudah melangkah ke alam pekerjaan. Ayat majmuk di atas merupakan ayat majmuk campuran kerana terdapat penggunaan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Yang ialah kata hubung pancangan manakala atau ialah kata hubung gabungan. Ayat majmuk ini boleh diceraikan menjadi tiga ayat tunggal seperti berikut: a) Lelaki lain tentu berada di menara gading sekarang. b) Lelaki lain sebaya dengan kau. c) Lelaki lain sudah melangkah ke alam pekerjaan.

Bagi ayat yang kedua: Aku bukanlah gadis murahan yang sekali ditegur terus boleh diusang ke sana dan ke mari. Ayat majmuk di atas merupakan ayat majmuk campuran kerana terdapat penggunaan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Yang penggunaan kata hubung pancangan manakala dan ialah kata hubung gabungan.

Ayat majmuk ini boleh dicerakinkan menjadi tiga ayat tunggal seperti berikut: a) Aku bukanlah gadis murahan. b) Aku bukanlah gadis sekali ditegur terus boleh diusang ke sana. c) Aku bukanlah gadis sekali ditegur terus boleh diusang ke mari.

Bagi ayat yang ketiga: Sekiranya kau masih di sini, pasti aku akan mancari kau untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih di atas segalanya. Ayat majmuk di atas merupakan ayat majmuk campuran kerana terdapat penggunaan kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Sekiranya dan untuk ialah kata hubung pancangan manakala dan ialah kata hubung gabungan. Ayat majmuk ini boleh dicerakinkan menjadi empat ayat tunggal seperti berikut: a) Kau masih di sini. b) Pasti aku akan mencari kau. c) Pasti aku mengucapkan selamat tinggal. d) Pasti aku megucapkan terima kasih di atas segalanya.

5.2.2 Susunan ayat Setelah kajian dibuat, ayat 5 dan 6 dalam petikan ini merupakan ayat biasa manakala ayat 4 ialah ayat songsang. Ayat 4 adalah seperti berikut: Hari-hari / kaulah orang pertama yang selalu menegurkan /sebaik sahaja aku (predikat) (subjek) (predikat)

melangkah turun dari bas sekolah. Selepas mengalami penyusunan semula, ayat songsang tersebut berubah menjadi ayat biasa seperti berikut: Kaulah orang pertama yang selalu menegurkan / hari-hari sebaik sahaja aku (subjek) (predikat) melangkah turun bas sekolah.

Ayat 5 adalah seperti berikut: Patutlah sejak aku /terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan (subjek) (predikat) dari seorang lelaki bernama Irshad.

Sebahagian daripada predikat dalam ayat ini telah didepankan untuk berubah kepada ayat songsang. Selepas mengalami penyusunan semula, ayat biasa tersebut berubah menjadi ayat songsang seperti berikut:

Patutlah sejak hadiah / darimu aku terima,/ aku turut tidak lagi menerima panggilan (predikat) (subjek) (predikat) dari seorang lelaki bernama Irshad.

Ayat 6 adalah seperti berikut: Papa /benar-benar menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang (subjek) (predikat) lalu. Sebahagian daripada predikat dalam ayat ini telah didepankan untuk berubah kepada ayat songsang. Selepas mengalami penyusunan semula, ayat biasa tersebut berubah menjadi ayat songsang seperti berikut: Benar-benar menyesal / papa / dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang (predikat) (subjek) (predikat) lalu.

5.2.3 Ragam Ayat Ayat7 merupakan ayat pasif dan akan dianalisis dengan menukarkannya kepada ayat aktif. Berdasarkan cerpen, ayat 7 yang ditentukan untuk diseragamkan semula ialah: Telah aku ajukan soalan itu kepada Irshad, namun jawapan Irshad memeningkan kepalaku. Selepas mengalami proses penyeragaman semula, ayat aktif bagi ayat 7 berubah menjadi seperti di bawah: Aku telah mengajukan soalan itu kepada Irshad, namun jawapan Irshad memeningkan kepalaku.

Ayat 8 merupakan ayat aktif dan akan dianalisis dengan menukarkannya kepada ayat pasif. Berdasarkan cerpen, ayat 8 yang ditentukan untuk diseragamkan semula ialah: Jangan kau harap wajahmu yang kacak akan dapat mencairkan kekerasan hatiku. Selepas mengalami proses penyeragaman semula, ayat aktif bagi ayat 8 berubah menjadi seperti di bawah: Jangan kau harap kekerasan hatiku akan dapat dicairkan oleh wajahmu yang kacak.

Ayat 9 merupakan ayat aktif dan akan dianalisis dengan menukarkannya kepada ayat pasif. Berdasarkan cerpen, ayat 9 yang ditentukan untuk diseragamkan semula ialah: Mungkin kau sudah memahami kehendak hatiku yang tidak suka diganggu. Selepas mengalami proses penyeragaman semula, ayat aktif bagi ayat 9 berubah menjadi seperti di bawah: Mungkin kehendak hatiku yang tidak suka diganggu sudah kau fahami.

BAB 6: PENUTUP Petikan ini membawa mesej kasih sayang. Selepas membaca cerpen ini, kami mengetahui bahawa ibu Nadyne ialah seorang yang bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Ibu Nadyne sering memberi pesanan kepada Nadyne untuk menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak dipengaruhi oleh soal cinta. Hal ini demikian kerana ibu Nadyne telah mengalami hal yang berkenaan. Selain itu, ibu Nadyne juga menasihati Nadyne agar menjaga diri sebab dia takut Nadyne akan kecundang di tangan lelaki. Selain itu, mesej kedua terdapat di dalam cerpen ini ialah cinta sejati. Terdapat dua karakter dalam cerpen ini, iaitu Irsahd dan Nadyne. Irshad telah mencintai Nadyne tetapi Nadyne menganggap Irshad hanya mahu mengganggu dan memalukannya. Namun, Irshad tetap tidak berputus asa dengan usahanya untuk memenang hati Nadyne sehinggalah dia pergi ke Jerman, dia masih menyurat surat untuk memikat Nadyne. Dia rela menunggu Nadyne. Nadyne juga rela menunggu Irshad balik selepas mengetahui situasi yang sebenar. Selepas Irshad pergi ke Jerman, Nadyne baru menyedari bahawa dia sudah mencintai Irshad. Mesej terakhir yang terdapat di cerpen ini ialah pengorbanan. Dalam cerpen, ibu Nadyne banyak berkorban untuk bapa Nadyne. Ibu Nadyne menolak perkahwinan yang dirancang oleh ibubapanya kerana ibu Nadyne cintakan bapa Nadyne. Oleh itu, ibu Nadyne disingkirkan oleh ibubapanya sebab kedegilan ibu Nadyne. Di samping itu, apabila ibu Nadyne berkahwin dengan bapa Nadyne, datuk nenek Nadyne tidak menerima perkahwinan mereka. Walaupun ibu Nadyne menghadapi banyak halangan, tetapi ibu Nadyne masih tetap cintakan suaminya. Selepas beberapa ketika, bapa Nadyne

memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya sehingga ibu Nadyne memaafkan dan menerima kembali bapa Nadyne.

LAMPIRAN I (Petikan Cerpen)

LAMPIRAN II Jadual Analisis Morfologi: Kata Berimbuhan Akhiran

NO. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

PERKATAAN kan bahkan bencikan beranikan berikan biarkan buktikan carikan cintakan endahkan fikirkan gayakan hadiahkan hidangkan hinggakan jualkan keluarkan kemaskan lakukan lepaskan maafkan matikan padamkan sedangkan sertakan sia-siakan tinggikan tumpukan tuturkan lupakanlah luangkanlah

KATA DASAR bah benci berani beri biar bukti cari cinta endah fikir gaya hadiah hidang hingga jual keluar kemas laku lepas maaf mati padam sedang serta sia-sia tinggi tumpu tutur lupa luang

KEKERAPAN 1 2 3 5 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

NO. 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64

PERKATAAN kan kuluahkan an agunan ajukan alasan bawahan bungkusan deringan dugaan fikiran gerangan hadapan halangan hubungan ingatan jeritan kasihan kenalan kenangan kicauan kutukan lambaian layanan luahan makanan murahan pakaian pandangan panggilan pangkuan pilihan rayuan senyuman sindiran soalan

KATA DASAR luah agun ajuk alas bawah bungkus dering duga fikir gerang hadap halang hubung ingat jerit kasih kenal kenang kicau kutuk lambai layan luah makan murah pakai pandang panggil pangku pilih rayu senyum sindir soal

KEKERAPAN 1 1 1 1 1 3 1 2 2 1 4 1 1 1 4 2 1 3 1 1 1 1 2 1 1 2 1 6 1 1 1 2 2 1

NO. 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82

PERKATAAN an tamparan teguran tindakan tuduhan usikan telahanku fikiranku usikanmu impianmu lamunanku i akui amati hajati hargai hubungi lalui sedari kutemui

KATA DASAR tampar tegur tinda tuduh usik lahan fikir usik impian lamun aku amat hajat harga hubung lalu sedar temu

KEKERAPAN 1 5 2 2 2 1 2 1 1 1 1 1 1 1 2 1 1 1

LAMPIRAN II Jadual Analisis Morfologi: Kata Hubungan Gabungan NO. 1 2 3 4 5 6 7 PERKATAAN dan tapi sambil atau lalu kecuali sebaliknya PENGULANGAN 43 14 3 8 2 1 1

LAMPIRAN III Jadual Analisis Sintaksis: Ayat Majmuk NO. 1 Ayat Majmuk Lelaki lain yang sebaya dengan kau tentu berada di menara gading sekarang atau sudah melangkah ke alam pekerjaan. 2 Aku bukanlah gadis murahan yang sekali ditegur terus boleh diusang ke sana dan ke mari. Ayat Majmuk Campuran Jenis Ayat Majmuk Ayat Majmuk Campuran Pencerakinan a) Lelaki lain tentu berada di menara gading sekarang. b) Lelaki lain sebaya dengan kau. c) Lelaki lain sudah melangkah ke alam pekerjaan. a) Aku bukanlah gadis murahan. b) Aku bukanlah gadis sekali ditegur terus boleh diusang ke sana. c) Aku bukanlah gadis sekali ditegur terus boleh diusang ke mari.

Sekiranya kau masih di sini, pasti aku akan mancari kau untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih di atas segalanya.

Ayat Majmuk Campuran

a) Kau masih di sini. b) Pasti aku akan mencari kau. c) Pasti aku mengucapkan selamat tinggal. d) Pasti aku megucapkan terima kasih di atas segalanya.

LAMPIRAN III Jadual Analisis Sintaksis: Susunan Ayat NO. 4 Ayat Hari-hari kaulah orang pertama yang selalu menegurkan sebaik sahaja aku melangkah turun dari bas sekolah. 5 Patutlah sejak aku terima hadiah darimu, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. 6 Papa benar-benar menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang lalu. Ayat Biasa Ayat Biasa Patutlah sejak hadiah darimu aku terima, aku turut tidak lagi menerima panggilan dari seorang lelaki bernama Irshad. (separuh predikat) Benar-benar menyesal papa dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang lalu. (separuh predikat) Jenis Susunan Ayat Songsang Penyusunan Semula Kaulah orang pertama yang selalu menegurkan hari-hari sebaik sahaja aku melangkah turun bas sekolah.

LAMPIRAN III Jadual Analisis Sintaksis: Ragam Ayat NO. Ayat Jenis Ragam Penyeragaman Semula

Telah aku ajukan soalan itu kepada Irshad, namun jawapan Irshad memeningkan kepalaku.

Ayat Pasif

Aku telah mengajukan soalan itu kepada Irshad, namun jawapan Irshad memeningkan kepalaku.

Jangan kau harap wajahmu yang kacak akan dapat mencairkan kekerasan hatiku.

Ayat Aktif

Jangan kau harap kekerasan hatiku akan dapat dicairkan oleh wajahmu yang kacak.

Mungkin kau sudah memahami kehendak hatiku yang tidak suka diganggu.

Ayat Aktif

Mungkin kehendak hatiku yang tidak suka diganggu kau sudah fahami.

Anda mungkin juga menyukai