Anda di halaman 1dari 5

Tatabahasa bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nahu bahasa Melayu


Morfologi

Golongan kata Bentuk kata Pembentukan kata

Golongan kata

Kata nama

Kata kerja Kata adjektif

Kata tugas

Sintaksis

Ayat dasar

Frasa Susunan ayat Jenis ayat

Penerbitan ayat

Jenis frasa

Nama

Kerja

Adjektif

Sendi nama

Susunan ayat

Biasa

Songsang

Jenis ayat

Penyata

Tanya

Perintah

Seruan

Bentuk ayat

Tunggal

Majmuk

Penerbitan ayat

Pengguguran Penyusunan semula Peluasan

Lain-lain

Penjodoh bilangan Hukum D-M

Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:[1]

Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Morfologi

1.1 Morfem

o o

1.1.1 Morfem terikat/imbuhan

1.2 Proses pembentukan kata 1.3 Golongan kata

2 Sintaksis

o o

2.1 Ayat 2.2 Frasa

3 Lihat juga 4 Rujukan

[sunting]Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

[sunting]Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Bebas Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa

Morfem terikat/imbuhan Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

Mempunyai maksud sendiri.

[sunting]Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:

Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.

Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "undian, minuman" Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak) Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

[sunting]Proses

pembentukan kata

Maklumat selanjutnya: Pembentukan kata

[sunting]Golongan

kata

Maklumat selanjutnya: Golongan kata (bahasa Melayu) Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kata kumpulan, iaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula ialah kumpulan kata tertutup contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya.

[sunting]Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

[sunting]Ayat
Untuk rencana lanjutan, lihat Jenis Jenis Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

[sunting]Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

[sunting]Lihat

juga

Bahasa Melayu Singkatan Kata Frasa

[sunting]Rujukan

Bahasa Melayu STPM


1. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kategori:

Bahasa

Anda mungkin juga menyukai