Anda di halaman 1dari 11

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

SESI PENGAJIAN : PROGRAM : KURSUS : NAMA PELAJAR : SEMESTER 5 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOD : BML3063

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA MELAYU NO KAD PENGENALAN : NO MATRIK :

NOOR AZLINA BINTI RAMLI

750805-08-6052

PPG/23438/12

TUGASAN :

INDIVIDU

SOALAN 1 : PILIH SATU ARTIKEL (RENCANA/ CERPEN/ NOVEL, DAN LAIN-LAIN) DALAM BAHASA MELAYU. KENAL PASTI DAN TAJUK NYATAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN DAN BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI (YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL) BAGI SETIAP SATU. NAMA PENSYARAH : TARIKH HANTAR : DR. ABDUL JALIL B ALI 3 MEI 2014 MARKAH :

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya,tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah, Dr. Abdul Jalil b Ali yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

TAJUK TUGASAN

SOALAN 1 : PILIH SATU ARTIKEL (RENCANA/ CERPEN/ NOVEL, DLL) DALAM BAHASA MELAYU. KENAL PASTI DAN NYATAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN DAN BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI (YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL) BAGI SETIAP SATU : 1. 10 FRASA NAMA 2. 10 FRASA KERJA 3. 10 FRASA SENDI NAMA 4. 10 FRASA ADJEKTIF 5. 10 KATA KERJA DAN KEMUDIAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA NAMA 6. 10 KATA NAMA DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA KERJA 7. 10 KATA ADJEKTIF DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA KERJA 8. 10 KATA ADJEKTIF DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA NAMA 9. PILIH 4 AYAT DALAM ARTIKEL BERDASARKAN EMPAT [4] BERDASARKAN POLA AYAT DASAR BAHASA MELAYU. LUKISKAN SATU[1] RAJAH POHON BAGI MEWAKILI SETIAP POLA AYAT TERSEBUT.

PENGENALAN : Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, sementara sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat.

Sintaksis Bahasa Melayu merupakan salah satu kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar yang terlibat dalam Program Pensiswazahan Guru ini. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Binaan ayat Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenangwenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat. Subjek dan predikat Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari subjeknya. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Frasa[sunting | sunting sumber] Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Hal ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti bagi setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru adalah frasa nama (FN). Inti frasa ini ialah mata (kata nama).

Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke kedai dan di pejabat . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Sebagai contohnya, (bagi contoh frasa)

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi (FS).

Ayat[sunting | sunting sumber] Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsurunsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu AYAT, KLAUSA, FRASA, KATA Definisi Pola ayat dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Melalui buku-buku tatabahasa lama, frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata. Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak katakata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing.

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna. Jika dahulu, Pendeta Zaba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada dua perkataan atau lebih. Tetapi,sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa. Contohnya, kereta.

Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpontesi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa boleh hanya mengandungi subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Sebagai contohnya ,i. Burung merpati terbang melayang. ii. Anak kecil itu sedang tidur iii.Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

STRUKTUR http://www.scribd.com/doc/35941904/SINTAKSIS Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata buku ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah buku, buku laporan, sebuah buku laporan, dan sebagainya.

Tugas Frasa Dalam Ayat: Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituenutama, iaitu sebagai subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat dibawah, frasa nama berfungsi sebagai subjek bagi semua pola ayat. Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat dalam pola FN +FN sahaja. Empat pola binaan ayat dasar: FN + FN, FN + FK, FN + FA, FN + FSN Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskanbahawa frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna. Dalam tugasan BML 3063 ini, saya telah memilih soalan satu untuk menghuraikan perkara-perkara seperti dinyatakan dalam soalan. Novel yang saya pilih adalah novel Komsas Tingkatan Satu bertajuk Hikmah. Novel ini terdiri daripada 10 bab dan terdapat 82 halaman semuanya.

1. 10 Frasa Nama Frasa nama (FN) ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Amri melangkah masuk ke dalam kelasnya. Mukanya selamba. Tidak ada sebarang reaksi yang ditunjukkan olehnya. Murid-murid yang lain langsung tidak berani mengangkat muka seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Mereka takut kalau-kalau Amri bertindak agresif terhadap mereka pula.

Amri menarik kerusi kayu lalu melabuhkan punggung. Siva yang duduk di sebelahnya mencuit tubuh Amri. Apa yang Cikgu Salman buat kepada engkau? tanya Siva. Hanya Siva yang berani berbual-bual dengan Amri ketika itu kerana Siva merupakan salah seorang daripada rakan-rakan baik Amri. Amri mempunyai ramai kawan yang nakal sepertinya. Mereka menganggap Amri sebagai ketua mereka kerana keberanian serta kenakalan Amri yang tidak ada tandingannya. Semua murid dan guru di sekolah itu mengenali Amri. Biasalah. Selain membebel, dia menghadiahkan aku roti panjang pada punggung aku, jawab Amri. Tidak sakitkah? Engkau kelihatan seperti biasa sahaja? tanya Siva. Ala, biasalah. Bukan engkau tidak tahu. Awal-awal lagi aku dah bersedia, terang Amri sedikit tersenyum. Siva kelihatan tercengang-cengang. Dia langsung tidak dapat mengagak apa yang dimaksudkan oleh Amri. Apalah lembab sangat engkau ni! ujar Amri. Siva hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Rujukan : Petikan novel Hikmah, Bab 1. Halaman 1 dan 2

2. 10 Frasa Kerja : Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif Mengangguk-angguk, tanya, merotan, menggenggam, meminta, menggeleng-geleng, membuli, menumbuk-numbuk, memandang, memberi. Amri mengangguk-angguk. Dia berbangga kerana dipuji begitu. Aku masih belum puas hati lagi. Tambah Amri. Maksud engkau? tanya Siva tidak memahaminya. Aku mesti balas dendam kepada Sapura. Kalau tidak kerana dia, pasti Cikgu Salman tidak merotan aku, ujar Amri. Dia menggenggam penumbuknya erat-erat.

Engkau ini dah gilakah? Dia perempuan. Tambahan pula dia itu pengawas di sekolah ini, kata Siva sedikit bimbang. Dia tahu bahawa Amri benar-benar maksudkan perkara tersebut. Bukankah dia hanya menjalankan tugasnya? Sepatutnya Saleh, budak junior itu yang patut kamu salahkan. Jika bukan kerana dia membuat kecoh sewaktu kita meminta wang tadi, pasti Sapura tidak akan campur tangan. Tentu kamu terlepas daripada hukuman Cikgu Salman, terang Siva. Itu aku tahu. Tentang Saleh, aku akan uruskan nanti tetapi Sapura tidak akan kulepaskan begitu sahaja., tegas Amri. Nada suaranya kedengaran bersungguhsungguh. Siva hanya menggeleng-geleng. Dia tidak sanggup hendak mengenakan Sapura memandangkan murid itu perempuan. Siva juga tidak mahu dirinya tertangkap memandangkan Sapura juga merupakan seorang pengawas sekolah.

Rujukan : halaman 3 dan 4 3. 10 FRASA SENDI NAMA Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem ataua kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Contoh kata sendi nama yang sering digunakan dala bahasa Melayu termasuklah : di, ke, dari, daripada, pada, kepada,untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu.

4. 10 FRASA ADJEKTIF Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif berfungsi sebagai sama ada sebagai predikat atau sebagai unsur keterangan dalam sesuatu ayat. Contohnya : 1. Kakaknya Subjek 2. Dia Subjek sangat cantik. predikat(FA) menyanyi frasa kerja sangat merdu. unsur keterangan(FA)

5. 10 KATA KERJA DAN KEMUDIAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA NAMA Kata kerja boleh mengalami perubahan bentuk kepada kata nama.

6. 10 KATA NAMA DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA KERJA 7. 10 KATA ADJEKTIF DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA KERJA 8. 10 KATA ADJEKTIF DAN BENTUKKANNYA MENJADI KATA NAMA 9. PILIH 4 AYAT DALAM ARTIKEL BERDASARKAN EMPAT [4] BERDASARKAN POLA AYAT DASAR BAHASA MELAYU. LUKISKAN SATU[1] RAJAH POHON BAGI MEWAKILI SETIAP POLA AYAT TERSEBUT.

Anda mungkin juga menyukai