Anda di halaman 1dari 24

BML 3063 - SINTAKSIS

QGU 3013: KURIKULUM TEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

JENIS BINAAN AYAT DAN PERATUSAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Kod Kursus Nama Kursus Nama Pelajar No. Matriks

: BML 3063 : SINTAKSIS : NIK ZUBAIDAH BT NIK MAT : D20102042939

Nama Pensyarah : PROFESOR MADYA DR SANAT BIN MD NASIR Nama Kumpulan : UPSI 07 Tarikh Hantar : 3 MEI 2013

BML 3063 - SINTAKSIS

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT ..

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0

Pendahuluan Tujuan Bidang Bahan Kaedah Konsep Analisa Penutup Lampiran 1 Lampiran 2 Bibliografi

3 3 3 4 4 4 - 8 8 - 14 14 - 15 16 - 20 21 - 22 23 - 24

BML 3063 - SINTAKSIS 1.0 Pendahuluan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumusrumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini. Sintaksis juga merupakan ilmu yang mempelajari kata, frasa, klausa. Menurut Ramlan, ruang lingkup sintaksis hanya kajian tentang frasa, klausa, wacana, sedangkan menurut Soetarmo ruang lingkup sintaksis hanya frasa dan ayat. Matthewa juga berpendapat bahawa sintaksis adalah hubungan antara kata dalam unit ayat (kata, frasa, klausa dan kalimat). Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Apa yang perlu dilakukan pada tugasan kali ini ialah kajian mengenai binaan ayat tunggal dan binaan ayat majmuk berdasarkan teks yang telah dipilih. Teks tersebut perlulah dikeluarkan pada tahun 2013. Mana-mana teks selain tahun 2013 adalah tidak dibenarkan. Bagi melakukan tugasan ini saya perlu merujuk buku-buku rujukan berkenaan tajuk Sintaksis Bahasa Melayu kerana bukan mudah untuk membuat kajian jika kita tidak dapat memahami dan pakar dalam binaan sesuatu ayat. Hal ini juga bertujuan untuk memastikan saya tidak melakukan kesilapan dalam proses kajian binaan ayat. 2.0 Tujuan i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk dan subjenis masing-masing. 3.0 Bidang Bidang kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis, iaitu jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenis masing-masing.

BML 3063 - SINTAKSIS 4.0 Bahan Bahan kajian ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB : 07/04/2013 dengan tajuk : Bahasa Melayu Wahana Perpaduan OLEH DR AMINUDIN MANSOR dan alamat artikel penuh : (amimasra@gmail.com) http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayuwahana-perpaduan atau Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd).

5.0

Kaedah Bahan kajian untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk diambil daripada Utusan Online. Ayat yang telah dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis melibatkan tiga jadual utama, iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Majmuk. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masingmasing telah dilakukan dalam Lampiran 1.

6.0

Konsep 6.1 Ayat Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. Konklusinya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru. 6.2 Ayat Dasar Ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat.

BML 3063 - SINTAKSIS Selain itu, ayat inti didefinisikan sebagai ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal iaitu terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Tambahan lagi, ayat inti atau ayat dasar adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumus-rumus struktur frasa. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya. Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. Rumusan yang dapat dibuat ialah ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk. Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. Contoh: Dia jururawat. Arif sedang belajar. Kakak ke kedai. Abang pandai. 6.3 Ayat Tunggal Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unitunit tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa, frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu, bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. Selain itu, ayat tunggal juga merupakan ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan subjek dan predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. 5

BML 3063 - SINTAKSIS Seterusnya, terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya. Oleh itu, ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar.

6.4 Ayat Majmuk Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat. Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam konteks yang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat majmuk. Boleh juga kita mendefinisikan ayat menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan ayat majmuk dan

menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia mendokong maksud dan fungsi yang sama. Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Kesimpulannya, ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. 6

BML 3063 - SINTAKSIS 6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya. a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan i) Beliau memandang saya sambil tersenyum. ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Selain itu, tanda koma akan digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua iaitu : (i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan

menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,lalu, lagi serta dan sambil. (ii) Gabungan yang susunan fakta-fakta membawa maksud yang bertentangan, dengan menggunakan kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan 6.4.2 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. 7

BML 3063 - SINTAKSIS 6.4.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. 7.0 Analisis Semua jenis dapatan dan analisis sepenuhnya telah dinyatakan dalam Lampiran 1. Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk di Lampiran 1, terdapat 8 (28 %) ayat tunggal yang telah dikenal pasti dalam petikan yang diambil manakala ayat majmuk berjumlah 21 ( 72 % ). Ini bermakna berdasarkan teks kajian, penulis telah menggunakan ayat majmuk secara khususnya dalam penulisannya. Akan tetapi terdapat juga ayat tunggal yang jumlahnya sedikit sahaja dalam penulisan teks tersebut. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] 1. BAHASA Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini.

2. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.

4. Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah dimulakan perancangannya sejak sebelum merdeka lagi. Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja [ FN + FK ]

BML 3063 - SINTAKSIS Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja [ FN + FK ]

1. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam membentuk perpaduan di negara ini.

2. Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia.

3. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik kegemilangan terutama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4. Para pelajar juga harus difahamkan secara mendalam.

Berdasarkan contoh ayat tunggal di atas, kesemua ayat tersebut merupakan jenis ayat tunggal yang terdiri daripada Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN ) berjumlah 4 ( 50 %) dan juga Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ) berjumlah 4 (50%). Manakala jenis ayat tunggal FN + FA dan FN + FS tidak dijumpai dalam teks yang dikaji. Kesemua ayat tunggal tersebut adalah

sebanyak 8 ayat sahaja dan peratusan bagi ayat ini ialah sebanyak (28 %).

BML 3063 - SINTAKSIS

Lihat carta pai di bawah untuk lebih memahami peratusan ayat tunggal yang terdiri daripada dua jenis ayat tunggal iaitu FN + FN dan FN + FK.

Dalam Jadual Analisis Ayat Majmuk dalam Lampiran 1 pula menunjukkan terdapat 21 (72 % ) ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam teks dikaji. Terdapat sebanyak 13 (62 %) ayat majmuk jenis gabungan yang digunakan dalam penulisan teks tersebut. Contoh bagi ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam teks ialah :

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. 2. Ini mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di sekolah dan di universiti tidak mengira apa juga peringkat dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan. 3. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah membabitkan para pelajar dan guru-guru sahaja.

4. Bahasa Melayu turut berkembang apabila terdapatnya pelbagai suku


kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka, Arab Saudi, China dan Afrika Selatan. 10

BML 3063 - SINTAKSIS

5. Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-16, "Bahasa mereka bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali atau di Levent." 6. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi penghubung dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu. 7. Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan. 8. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta. 9. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah, maktab dan universiti. 10. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum, Penyata Razak telah mengesyorkan beberapa perkara antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah. 11. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan. 12. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu telah diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996. 13. Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua peringkat persekolahan.

11

BML 3063 - SINTAKSIS Manakala sebanyak 3 ( 14%) menunjukkan jenis ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam teks. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat pula subjenisnya iaitu hanya 1 (33%) ayat majmuk pancangan relatif yang dan 2 (67 %) ayat majmuk jenis pancangan keterangan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat ayat majmuk jenis pancangan komplemen dalam teks tersebut. Hal ini kerana kebanyakan ayat adalah terdiri daripada ayat majmuk gabungan. Contoh bagi ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam teks ialah :

i)

Ayat Majmuk Pancang Relatif 1. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan mampu hidup selamalamanya jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi.

ii)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1. Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat pengajian Melayu di pelbagai universiti luar negara. 2. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Di samping itu, terdapat juga sebanyak 5 (24 %) jenis ayat majmuk campuran

yang telah dikenal pasti penggunaannya dalam teks dikaji. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang gabungan daripada beberapa jenis ayat majmuk yang lain seperti gabungan ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

12

BML 3063 - SINTAKSIS Contoh bagi ayat majmuk campuran yang terdapat dalam teks ialah :

1. Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang berbunyi, "Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina". 2. Di Malaysia, kedudukan bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. 3. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang digunapakai di seluruh dunia. 4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi membuktikan yang bahasa ini juga berupaya menjadi bahasa ilmu selain penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. 5. Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang bernasib baik mendapat pelajaran tinggi di universiti, gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin, mengajar anak bangsa kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan pengajian Melayu. dapat diterima dan

13

BML 3063 - SINTAKSIS Lihat carta pai di bawah untuk lebih memahami peratusan ayat majmuk yang terdiri daripada tiga jenis ayat majmuk iaitu Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.

8.0

Penutup Tugasan ini hanya mempunyai dua tujuan yang telah ditetapkan, iaitu untuk menganalisis ayat dan membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk serta jenis-jenisnya. Disebabkan saya hanya mengkaji satu teks sahaja, jadi tiada perbandingan teks yang dapat dibuat dalam kajian ini. Kedua-dua jenis ayat ini iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk wujud dalam petikan yang dikaji. Terdapat sedikit sahaja ayat tunggal iaitu sebanyak sembilan ayat. Ayat ini terdiri daripada jenis pola ayat frasa nama + frasa nama dan pola frasa nama + frasa kerja. Manakala, pola ayat frasa nama + frasa adjektif dan pola ayat frasa nama + frasa sendi nama tidak digunakan dalam petikan tersebut. Bagi ayat majmuk pula, terdapat dua puluh ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam petikan tersebut. Kebanyakkan ayat ini terdiri daripada tiga jenis ayat majmuk seperti ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang menggunakan kata hubung 14

BML 3063 - SINTAKSIS sebagai penyambung ayat, ayat majmuk pancangan iaitu terdiri daripada pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan. Selain itu, terdapat juga ayat majmuk gabungan, iaitu ayat yang terhasil daripada gabungan beberapa ayat majmuk yang lain. Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambah teks yang sama genre atau genre yang lain, atau cakupan yang luas seperti mengkaji juga aspek bunyi iaitu intonasi yang perlu digayakan semasa membaca teks tersebut. Contohnya, ayat tunggal yang berintonasi pantun atau sajak. Sama juga dengan ayat majmuk, boleh juga dikaji dari aspek intonasi dan sebutannya.

15

BML 3063 - SINTAKSIS Lampiran 1 Jadual Analisis AT Bil A Senarai Ayat Tunggal AT 1234 1. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini. 2. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam membentuk perpaduan di negara ini. 3. Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia. 4. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik kegemilangan terutama Melaka. 5. 6. Para pelajar juga harus difahamkan secara mendalam. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem 1000 0100 pada zaman Kesultanan Melayu 0100 0100 0100 1000

pendidikan di Malaysia. 7. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. 8. Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah dimulakan perancangannya sejak sebelum merdeka lagi.

1000

1000

AT 1 2 3 4 : : : : 4 ( 50 % ) 4 ( 50 % ) 0 0

Jumlah Jenis Pembinaan AT : 8 (28 %)

16

BML 3063 - SINTAKSIS

Jadual Analisis AM Bil Ayat Majmuk AM 1 2 2.1 2.2 2.3 3 1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. 2. Ini mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di sekolah dan di universiti tidak mengira apa juga peringkat 1 0 dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan. 3. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah membabitkan para pelajar dan guru-guru sahaja. 4. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan mampu hidup selama-lamanya jika bahasa Melayu 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0

mempunyai kuasa ekonomi. 5. Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang berbunyi, "Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja 0 0 0 0 0 1

dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina". 6. Bahasa Melayu turut berkembang apabila terdapatnya pelbagai suku kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka, Arab Saudi, China dan Afrika Selatan. 7. Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke16, "Bahasa mereka bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali atau di Levent." 8. Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0

17

BML 3063 - SINTAKSIS pengajian Melayu di pelbagai universiti luar Negara. 9. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi penghubung dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu. 10. Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan. 11. Di Malaysia, kedudukan bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai kebangsaan. 12. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan. 13. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunapakai di seluruh dunia. 14. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi membuktikan yang bahasa ini juga berupaya menjadi bahasa ilmu selain penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. 15. Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 bahasa rasmi dan bahasa 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0

bernasib baik mendapat pelajaran tinggi di universiti, gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin, mengajar anak bangsa kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan pengajian Melayu. 16. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta. 17. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah, maktab dan universiti. 18. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum, Penyata Razak telah mengesyorkan beberapa

1 0

1 0

1 0

0 18

BML 3063 - SINTAKSIS perkara antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah. 19. Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua peringkat persekolahan. 20. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan dicadangkan diwajibkan. 21 Seterusnya penggunaan bahasa Melayu telah 1 0 0 0 0 0 supaya bahasa Melayu dan Inggeris 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0

diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996.

AM 1 : 13 ( 62 % )

: 2.1 2. 2 2.3 1 ( 33 %) 0 ( 0.00%) 2 ( 67 % )

5 ( 24 % )

Jumlah AM 2 : 3 (100%)

19

BML 3063 - SINTAKSIS

3 ( 14 % )

Jumlah Jenis Pembinaan AM :

21 ( 71 % )

Singkatan dan Kod Analisis Bil A AT = Bilangan = Ayat = Ayat Tunggal AT 1 = Ayat Tunggal FN + FN AT 2 = Ayat Tunggal FN + FK AT 3 = Ayat Tunggal FN + FA AT 4 = Ayat Tunggal FN + FS AM = Ayat Majmuk AM 1 = Ayat Majmuk Gabungan AM 2 = Ayat Majmuk Pancangan AM 2.1 = Ayat Majmuk Pancangan Relatif AM 2.2 = Ayat Majmuk Pancangan Komplemen AM 2.3 = Ayat Majmuk Pancangan Keterangan AM 3 = Ayat Majmuk Campuran

20

BML 3063 - SINTAKSIS

Lampiran 2 ARKIB : 07/04/2013 Bahasa Melayu Wahana Perpaduan OLEH DR AMINUDIN MANSOR amimasra@gmail.com BAHASA Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. Ini mestilah menjadi agenda semua pihak terutama di sekolah dan di universiti tidak mengira apa juga peringkat dari rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin atasan. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam membentuk perpaduan di negara ini. Usaha ini sepatutnya tidak berhenti setakat di sekolah membabitkan para pelajar dan guru-guru sahaja. Bahasa Melayu antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang, malahan mampu hidup selama-lamanya jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Hal ini terbukti melalui kata-kata cendekiawan silam yang berbunyi, "Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina". Bahasa Melayu digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia. Bahasa Melayu turut berkembang apabila terdapatnya pelbagai suku kaum Melayu menjalar hingga ke Sri Lanka, Arab Saudi, China dan Afrika Selatan. Menurut Sarjana Belanda, Francois Valentijn pada abad ke-16, "Bahasa mereka bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur; sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali atau di Levent." Dari sehari ke sehari, peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia Melayu dan di luar dunia Melayu kian ketara sehingga wujud banyak pusat pengajian Melayu di pelbagai universiti luar Negara. Sejarah membuktikan betapa bahasa Melayu telah melalui detik kegemilangan terutama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika itu, peranan bahasa Melayu menjadi penghubung dalam kalangan pedagang dan sebagai wahana budaya serantau untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.

21

BML 3063 - SINTAKSIS Lantaran itu, tidak hairanlah bahasa Melayu turut termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan. Di Malaysia, kedudukan bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Para pelajar juga harus difahamkan secara mendalam. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Melalui pendidikan, bahasa Melayu mampu merentasi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunapakai di seluruh dunia. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan termasuklah di institusi pengajian tinggi membuktikan yang bahasa ini juga berupaya menjadi bahasa ilmu selain penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. Za'ba menyatakan kepada anak-anak Melayu yang bernasib baik mendapat pelajaran tinggi di universiti, gunakan pengalaman dan pengajian yang diperoleh itu untuk memimpin, mengajar anak bangsa kita untuk mengembang dan mempertingkatkan taraf pelajaran dan pengajian Melayu. Bahasa Melayu di negara ini juga dapat dipertahankan dan diperkembangkan berdasarkan pelbagai akta. Ringkasnya, pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dasar bahasa Melayu melalui sistem pendidikan jelas terlihat dalam pelaksanaan dasar bahasa di sekolah, maktab dan universiti. Cabaran besar bahasa Melayu pada hari ini ialah kemampuan untuk memupuk perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum, Penyata Razak telah mengesyorkan beberapa perkara antaranya Bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah dan dijadikan satu syarat untuk menerima sebarang bantuan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah. Satu lagi, di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan dicadangkan supaya bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan Selepas Penyata Razak, Laporan Rahman Talib 1960 menegaskan semula syor untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum di semua peringkat persekolahan. Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah telah dimulakan perancangannya sejak sebelum merdeka lagi. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu telah diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan menerusi Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan Akta Pendidikan 1996. (Artikel penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayuwahana-perpaduan Utusan Melayu (M) Bhd)

22

BML 3063 - SINTAKSIS

Bibliografi Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani & Razali Ayob. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Azahari Bahari. (2009). Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Alias Mohammad Yatim (2007). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd. Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Teori Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Che Ibrahim Salleh (2008). BBM 3203 Tatabahasa Melayu. Serdang: Penerbitan UPM. Hashim Hj.Musa. (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Agensi Penerbitan. Kamus Dewan (Edisi ketiga) Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lufti Abas (1985). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

BML 3063 - SINTAKSIS Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1980). Nahu Melayu Terakhir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaharani Ahmad (2008). Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

24

Anda mungkin juga menyukai