Anda di halaman 1dari 23

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

BML 3063 : SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN :
PERBANDINGAN FRASA ADJEKTIF ANTARA
TATABAHASA DEWAN DENGAN TATABAHASA ASAS

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO.MATRIK

RASYIDAH BINTI MOHAMMAD KASSIM

D20102044801

PUSAT PEMBELAJARAN : EL- UPSI 09


NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. AHMAD KHIR BIN MOHD NOR
TARIKH SERAHAN : 5 MEI 2013

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

ISI KANDUNGAN

BIL.
1.

2.

PERKARA

HALAMAN

1.0 Pengenalan

3-4

1.1 Definisi Frasa

5-7

2.0 Konsep/definisi Frasa Kerja

8-9

2.1 Tatabahasa Dewan


2.2 Tatabahasa Asas
3.

3.0 Ciri Frasa Kerja

3.1 Tatabahasa Dewan


3.2 Tatabahasa Asas
4.

4.0 Binaan Frasa Kerja

10

4.1 Tatabahasa Dewan


4.2 Tatabahasa Asas
5.

5.0 Perluasan Frasa kerja

14-18

6.

6.0 Perbandingan

19-21

7.

7.0 Kesimpulan

22

8.

8.0 Rujukan

23

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

1.0 Pengenalan
Tatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada
ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita
haruslah memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan
sintaksis. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini
adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas dan
mudah.
Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan ,
pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan
klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat
lain. Oleh itu, terhasilnya jenis-jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat
perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis
kelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat
perhubungan
Tidak dapat dinafikan bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan
sesuatu maklumat sama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama pihak
kerajaan dengan wartawan

di lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi

menjayakan usaha-usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu


dan persuratan Melayu dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan
bahasa-bahasa lain di duani. Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah
dianggap sama penting dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.
Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat
difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan
pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha-usaha
ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat
antarabangsa.
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu,
bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang
mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa
atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru
menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita
negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu
linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Manakala
menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3 , sintaksis adalah suatu kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain,
beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara
mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai
susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.
Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan Sintaksis
Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk,
struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukumhukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun
dalam serangkai ayat yang bermakna.
Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu
( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses
pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa.
Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.
1.1 Definisi Frasa:
Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untukberkembang dan diperluas.Meskipun
ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripadasatu perkataan. Tetapi frasa dapat
diperkembang menjadi unityang mengandungi dua perkataan atau lebih.Sebagai contohnya,
Kambing.
Manakala menurut Asraf (2008),frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang
dapat bertugas sebagaisubjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa
Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama(FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif
(FA) Frasa Sendi (FS).

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi
sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan
perkataan yang digabungkan menurut rumustatabahasa Melayu bagi membawa makna.Jika
dahulu, Pendeta Zaba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada dua perkataan
atau lebih. Tetapi,sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
Yang pentingnya, setiap frasa mesti mempunyai inti. Inti itulah yang sebenarnya membina
struktur frasa. Sekiranya frasa itu terdiri daripada satu perkataan, maka perkataan yang
menjadi frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi lebih luas
Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah
unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang berpontesi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih.Binaan frasa boleh hanya mengandungi subjek atau predikat sahaja. Susunan
tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Sebagai contohnya,
i.Burung merpati terbang melayang.
ii. Anak kecil itusedang tidur .
iii.Di dalam gua itu tersimpan harta karun.
Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk
menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata buku ialah
frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah buku, buku laporan, sebuah buku
laporan, dan sebagainya.
Oleh itu, sebuah frasa mempunyai binaan, maksud binaan frasa ialah urutan penempatan jenis
kata atau frasa dalam frasa. Dalam bahassa Melayu, urutan kata sangat penting kerana
perbezaan urutan kata dapat menimbulkan perbezaan makna frasa. Binaan frasa juga dikenali
sebagi struktur frasa. Di dalam frasa pula terdapat inti frasa dan penerang frasa iaitu ;
Inti : unsure wajib dalam frasa dan merupakan pusat dalam satu frasa. Inti tidak boleh
digugurkan dalam binaan frasa

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Penerang : terdiri daripada satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang memberikan
maklumat lanjut tentang inti. Penerang merupakan unsure pilihan dalam binaan frasa.
Berdasarkan kehadiran inti dan penerang dalam sebuah frasa, maka terdapat dua jenis frasa
iaitu :
a) Binaan endosentrik iaitu binaan yang terdiri daripada deretan perkataan yang salah satu
daripadanya dianggap yang paling penting dan tidak boleh digugurkan. Frasa kerja dan frasa
adjektif merupakan frasa binaan endosentrik.
b) Binaan eksosentrik iaitu binaan yang etrdiri daripada dua unsure yang kedua-duanya
tidak boleh digugurkan dan diperkecilkan binaanya. Frasa sendi nama merupakan antara
binaan eksosentrik.
Terdapat empat jenis frasa ditentukan oleh perkataan yang menjadi inri frasa. Penggolongan
jenis frasa ditentukan dengan penggolongan jenis kata kerana sifat dan perilaku frasa sama
dengan sifat dan perilaku kata. Jenis-jenis frasa itu ialah :

Frasa
Nama

Frasa
Sendi
Nama

Jenis
Frasa

Frasa
Kerja

Frasa
Adjektif

Tugas Frasa Dalam Ayat Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituen
utama, iaitu sebagai subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat dibawah, frasa nama
berfungsi sebagai subjek bagi semua pola ayat. Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai
predikat dalam pola FN +FN sahaja.

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Frasa Nama + Frasa Nama

Frasa Nama + Frasa Kerja

( FN + FN )

( FN + FK )

Pola binaan
ayat dasar

Subjek Ayat

Frasa Nama + Frasa Adjektif

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

(FN + FA )

( FN + FSN )

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Rumus Pola
Ayat
FN + FK

Aminah

menjahit baju

Frasa Nama

Frasa Kerja

Arif

ke kedai

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama FN + FSN

Intan

sangat comel

Frasa Nama

Frasa Adjektif

FN + FA

Mia Aina

seorang guru

Frasa Nama

Frasa Nama

FN + FN

Frasa dapat dikenali dengan ciri-ciri yang berikut iaitu ;


a) berpotensi diperluaskan menjadi unsure yang mengandungi dua perkataan atau lebih
b) binaan frasa dapat disisipi dengan unsur tertentu
c) Tidak mengandungi subjek dan predikat
d) menjadi unsure kepada klausa atau unsure kepada frasa itu sendiri
e) tidak boleh dipisahkan daripada kesatuannya
f) pengucapannya tidak selesai.
Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa
unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari
hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang
lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi

frasa

nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa
bebas atau klausa tidak bebas.

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

2.0 Konsep / definisi Frasa Kerja


2.1 Menurut Kamus Tatabahasa Dewan edisi keenam (2011), frasa kerja ialah binaan yang
boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata kerja. Kata kerja boleh merupakan
kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contohnya frasa kerja adalah seperti :
Subjek

Predikat

1.

Sufian

bermain.

2.

Budak itu

sedang belajar.

3.

Emak

makan nasi.

4.

Dia

bekerja dengan amanah.

2.2 Menurut buku Tatabahasa Asas, maksud frasa kerja adalah sama dengan Tatabahasa
Dewan. Maksud frasa kerja dalam ayat-ayat diatas mengandungi satu perkataan atau beberapa
perkataan yang mengisi konstituen predikat. Kata kerja yang menjadi inti bagi frasa kerja
boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.
Fungsi frasa kerja dalam ayat berdasarkan buku Tatabahasa Asas ini terbahagi kepada tiga
iaitu :
a) Sebagai predikat. Contohnya :
Subjek

Predikat Frasa Kerja

1.

Perempuan itu

bertudung.

2.

Kapal terbang dari Mesir

akan mendarat tidak lama lagi.

3.

Kakak saya

akan melanjutkan pelajaran di UPSI.

4.

Budak itu

sedang mengangkat beg sekolah.

b) Sebagai subjek
Frasa kerja dapat menjadi subjek ayat apabila frasa kerja itu berfungsi sebagai frasa nama.
Hal ini selaras dengan rumus yang menetapkan bahawa apa-apa kata jika menjadi subjek
ayat, kata itu berfungsi sebagai frasa nama. Contonhnya :

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Subjek

Predikat Frasa Kerja

1.

Bermain

dapat menyihatkan badan

2.

Beradap sopan

amalan yang mulia

3.

Makan buah-buahan

mencantikkan kulit

4.

Membaca buku

menambahkan ilmu

c) Sebagai penerang
Frasa kerja juga berfungsi sebagai penerang apabila kata kerja itu mengikuti frasa nama.
Frasa ini boleh hadir dalam bahagian subjek atau predikat. Contonhnya ;
Subjek

Predikat

1.

Emosi tidak terkawal

merosakkan diri.

2.

Kedudukan mereka

dalam situasi berbahaya.

3.

Tugas mengajar

Kerja yang mulia.

3.0 Ciri Frasa Kerja


3.1 Menurut Tatabahasa Dewan binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu :

Frasa yang tidak


mempunyai
objek

kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sesuatu


frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
Frasa kerja mengandungi kata kerja tak transitif.
Contoh ayat : Mereka sedang tidur.

Frasa yang
mengandungi
objek

Frasa yang mengandungi objek, kata kerjanya


disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkan kata kerjanya.
Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja
transitif. Objek diikuti oleh bahagian keterangan.
Amira makan ayam goreng itu.

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

3.2 Manakala menurut Tatabahasa Asas, frasa terjadi dengan adanya kata kerja sebagai kata
inti. Terdapat dua jenis kata kerja yang telah membentuk dua jenis frasa kerja iaitu :

tanpa
pelengkap
tak transitif

berpelengkap

transitif

berpenerang

Frasa kerja

4.0 Binaan Frasa Kerja


4.1 Berdasarkan Tatabahasa Dewan, binaan frasa tanpa objek adalah frasa kerja yang tidak
mengandungi frasa nama sebagai objek. Ianya terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai
intinya yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja
yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
Frasa nama sebagai objek ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam
ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Terdapat tiga jenis kata kerja tak
transitif iaitu :

tanpa berpelengkap

tidak memeelukan
apa-apa unsur sebagai
pelengkap

kata adjektif sebagai


pelengkap

Frasa kerja
tanpa objek

Kata kerja tak transitif

berpelengkap

frasa sendi nama


sebagai pelengkap

kata nama sebagai


pelengkap

berpenerang

kata nama sebagai


penerang diikuti kata
kerja tak transitif.

10

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikutinya kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya. Frasa kerja yang mengandugi frasa nama sebagai objek boleh pula
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Frasa kerja
dengan objek

Kata kerja
transitif

satu objek
dua objek

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.

Frasa kerja dengan satu objek


Contoh : Saya menjawab surat itu.
: Ubat itu untuk menyihatkan badan.
: Kami mendekati bangunan itu.
Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna
adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang
mengikutinya boleh digugurkan. Contohnya :
1. Filem itu sungguh menyeramkan (kami). (boleh digugurkan)
2. Keputusannya amat menggembirakan (saya). (boleh digugurkan)
3. Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda. (tidak boleh digugurkan)

Frasa kerja dengan dua objek


Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi
dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai
fungsi yang berbeza-beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi.

4.2 Merujuk Tatabahasa Asas, frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja tak
transitif dan frasa kerja transitif.

Frasa kerja tak transitif : mengandungi kata kerja tak transitif sebagi intinya. Ianya
tidak memerlukan frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Kata kerja tak

11

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

transitif dapat hadir bersama-sama kata bantu dan unsure keterangan. Frasa kerja tak
transitif terbahagi kepada tiga, iaitu ;

i. Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja dalam ayat jenis ini boleh berdiri sendiri dalam ayat dan tidak memerlukan
pelengkap atau objek untuk menyempurnakan maksud ayat. Frasa kerja tanpa
pelengkap yang bertugas sebagai predikat dapat diperluaskan dengan menambahkan
frasa sendi nama, frasa nama atau frasa adjektif padanya. Tugas frasa lain adalah
sebagai keterangan aiaitu frasa sendi nama. Contohnya :

Subjek

Predikat
Frasa kerja tak transitif

Keterangan

1.

Budak itu

keluar dari

rumah

2.

Cikgu Siti

hendak pindah

dari sekolah ini.

3.

Buku Solusi

akan terbit

bulan depan.

Frasa kerja tak transitif jenis ini dapat diperluaskan dengan menambah frasa sendi
nama. Tanpa kata sendi nama ayat itu akan menjadi tidak gramatis. Contonhnya,
1. Kami belum tahu tentang perkara itu
Kami belum tahu perkara itu
2. Mereka bertemu dengan Ahmad
Mereka bertemu Ahmad

ii. Frasa kerja tak transitif berpelengkap


Kata kerja jenis ini memerlukan pelengkap bagi membentuk frasa kerja tak transitif.
Sekiranya unsur pelengkap tiada, kata kerja itu tidak mempunyai makna yang
lengkap. Contonhnya ;
1. Saya ada
Saya ada wang
2. Amira menjadi
Amira menjadi guru

12

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Ayat diatas tidak boleh dipasifkan kerana unsure yang boleh menjadi pelengkap terdiri
daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Unsur pelengkap ini terdiri
daripada tiga jenis iaitu :
a) Kata nama sebagai pelengkap
b) Kata adjektif sebagai pelengkap
c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap.

iii. Frasa kerja tak transitif berpenerang


Frasa jenis ini terdiri daripada binaan kata kerja tak transitif diikuti kata nama. Kata
nama itu bukanlah penerang tetapi adalah penerang. Kata nama tersbut bukalnlah
objek kerana ayat yang mengandunginya tidak dapat dipasifkan.

Frasa kerja transitif


Frasa kerja transitif yang mempunyai frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada
dua jenis, iaitu;
a) Frasa kerja dengan satu objek
Frasa dengan satu objek mengandungi kata kerja transitif dan disertai oleh frasa nama
sebagai penyambut. Contohnya :
Subjek

Predikat
(Frasa Kerja Transitif)
Kata kerja transitif

Objek

1.

Lori itu

melanggar

kucing.

2.

Petani

membajai

sawah.

3.

Murid-murid

menyiapkan

Latihan.

Dalam binaan frasa kerja transitif, antara kata kerja transitif dengan frasa nama
menjadi objeknya tidak boleh disisipkan kata atau apa-apa frasa, kerana kata kerja
transitif terikat pada objeknya. Contohnya ;
1. Bapa menatap sekejap muka adik saya. (tidak gramatis)
Bapa menatap muka adik saya sekejap. (gramatis)
2. Penulis itu menggunakan juga nama samaran.(tidak gramatis)
Penulis itu menggunakan nama samara juga.(gramatis)

13

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

b) Frasa kerja dengan dua objek


Dua objek dapat menyertai kata kerja transitif untuk membentuk frasa kerja transitif
yang bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contonhnya :
Subjek

Predikat
(Frasa Kerja Transitif)
Kata kerja transitif

Objek tepat

Objek sipi

1.

Ayah

memberi

adik

wang saku.

2.

Kamal

membelikan

isterinya

baju.

Dalam ayat diatas, kata kerja transitif disertai oleh dua frasa nama yang menjadi
objek. Ayat-ayat tersebut dikatakan mempunyai dua objek, iaitu objek tepat iaitu
objek yang menjadi penyambut dan objek sipi pula ialah tidak menjadi penyambut
lansung kepada kata kerja dan hadir selepas objek tepat.

Subjek

Predikat
(Frasa Kerja Transitif)
Kata kerja transitif

Objek

Keterangan

1.

Ayah

memberi

wang saku

kepada adik.

2.

Kamal

membelikan

baju

untuk isterinya.

Berdasarkan ayat diatas, frasa nama yang merupakan objek tepat dalam ayat menjadi
frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan dalam ayat. Ini menunjukkan
bahawa ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek boleh ditukar kepada
ayat yang mengandungi frasa kerja dengan satu objek.

5.0 Perluasan Frasa Kata Kerja


5.1 Mengikut Tatabahasa Dewan, kedua-dua bentuk frasa kerja boleh mengandungi unsurunsur lain di dalam binaan iaitu kata bantu dan unsur keterangan.

14

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

aspek
Kata bantu
ragam
Unsur

-tempat/arah

Frasa Kerja

-waktu
-cara
-Tujuan/harapan
-alat

Keterangan

- penyertaan
-hal
-bagai

-frasa sendi nama


-frasa adjektif
frasa nama
-frasa adverba

Frasa Kerja dengan Kata Bantu :


Dalam ayat, unsure kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata
kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu
iaitu :

Kata bantu aspek


Menerangkan aspek waktu bagi kata kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu
akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek
terbahagi kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah,
sedang, atau belum dilakukan. Contohnya :

Kata Bantu Aspek


Sudah Dilakukan

Sedang Dilakukan

Belum Dilakukan

sudah

sedang

belum

telah

masih

akan

pernah

mula

baru

15

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Kata bantu aspek dalam ayat adalah seperti yang berikut :


1. Mereka sudah menonton wayang gambar itu.
2. Saya pernah melihat orang itu.
3. Ibu sedang memasak gulai.
4. Matahari belum terbenam lagi.

Kata bantu ragam


Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan
yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan,
misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau
berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini ialah :
hendak

boleh

mahu

dapat

harus

mesti

enggan

patut

mungkin
Contoh ayat dalam kata bantu ragam ini ialah :
1. Encik Abu hendak mengembara ke Mesir.
2. Dia mungkin tidak hadir ke majlis tersebut.
3. Awak mesti berehat dahulu.
Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara
berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. Contonhnya : Kata Bantu
Aspek + Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek.
Frasa kerja, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat
komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contonhnya :

Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen


1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
2. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.

16

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen


1. Pak Ali berkata bahawa tetamu anaknya dari kota.
2. Penceramah itu berasa bahawa tajuk itu sesuai untuk para pendengar.

Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja


Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsure yang menerangkan kata dengan
lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini dikenali sebagai frasa adverba. Dalam ayat susunan
biasa, unsure keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan
hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa
sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba.
5.2 Mengikut Tatabahasa Asas, predikat frasa kerja dalam ayat tunggal boleh diperluaskan
dengan menambah :

aspek

kata bantu
ragam

Frasa kerja

keterangan

-frasa sendi nama


- frasa adjektif
-frasa nama

Kata bantu aspek


Menerangkan aspek waktu atau kala bagi sesuatu perbuatan. Kata bantu aspek boleh
dibahagikan kepada tiga jenis aspek iaitu :
Kata Bantu Aspek
masa lampau

masa kini

masa hadapan

sudah

sedang

belum

pernah

masih

akan

telah

mula

hendak

baru

17

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Dua kata bantu aspek boleh digunakan secara serentak atau secara bergabung.
Contohnya : belum pernah, telah pernah, baru sudah, masih belum, masih sedang, dan
lain-lain. Pergabungan ini bertujuan untuk membawa makna penegasan. Contoh
kehadiran kata bantu apek dalam ayat adalah seperti yang berikut :
1. Adik sudah mandi.
2. Kami telah menyiapkan tugasan itu.
3. Siti masih belum menaip surat.
4. Mereka belum pernah melalui jalan itu.

Kata bantu ragam


Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menerangkan ragam atau perasaan bagi
sesuatu perbuatan. Yang berikut ialah kata bantu ragam mengikut maknanya.

Kata Bantu ragam


Makna

Contoh Kata Bantu Ragam

Kemestian

mesti, harus, wajib, perlu

Kehendak

hendak, mahu, ingin

Keupayaan

boleh, dapat

Kemungkinan

mungkin, barangkali

Kepastian

tentu, pasti

Keizinan

boleh, enggan

Keengganan

enggan

kepatutan

patut

Kata bantu ragam juga boleh digunakan secara serentak. Selain itu, ada kata bantu
aspek ertentu dapat bergabung dengan kata bantu ragam, sama ada mendahului kata
bantu ragam tersebut. Contohnya :
1. Kamu mesti datang petang ini.
2. Orang itu enggan membantu pengemis itu.
3. Kita mesti boleh sampai esok.
4. Kita masih boleh menyertai pertandingan itu.

18

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Frasa kerja dengan keterangan

Frasa kerja boleh diperluaskan dengan keterangan. Keterangan ini berfungsi untuk
menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Dalam binaan ayat, unsure keterangan berada di
hujung ayat, iaitu di belakang kata kerja, selepas objek bagi kata kerja transitif. Unsur
keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. Contohnya :
1. Ibu menghiris sayur dengan pisau. (keterangan dalam bentuk frasa sendi nama)
2. Lelaki itu berjalan cepat sekali. (keterangan dalam bentuk frasa adjektif)
6.0 Perbandingan
Tatabahasa Dewan

Tatabasa Asas
Persamaan

Definisi : binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, dan intinya ialah kata kerja.
Kata kerja yang membina frasa kerja : kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif
Fungsi frasa kerja dalam ayat : sebagai subjek, predikat dan penerang
Perbezaan
Binaaan frasa :

Frasa kerja yang tidak mengandungi

Binaan frasa :

objek
: Frasa kerja tak transitif

Frasa kerja transitif


: frasa nama sebagai objek

Frasa kerja tak transitif

Frasa kerja yang mempunyai objek

: Frasa kerja transitif

sebagai objek

Frasa kerja dengan kata bantu aspek :

tidak memerlukan

Frasa kerja dengan kata bantu aspek :

Sudah dilakukan

Masa lampau

Sedang dilakukan

Masa kini

Belum dilakukan

Masa hadapan

Unsur keterangan dalam frasa kerja :

frasa nama

Unsur keterangan dalam frasa kerja :

Frasa nama

Frasa nama

Frasa adjektif

Frasa sendi nama

Frasa sendi nama

Frasa adjektif

Frasa adverba

19

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Frasa keterangan terbahagi kepada lapan Tiada


kumpulan :
Keterangan

tempat/arah,

waktu,

cara,

tujuan/harapan, alat, penyertaan, hal, bagai.

Unsur dalam frasa kerja :

Unsur dalam frasa kerja :

Kata bantu

Kata bantu

Kata keterangan

Kata keterangan

Ayat komplemen

Pelengkap

Daripada perbandingan dalam tajuk ini, jelas bahawa frasa kerja, seperti juga frasa nama.
Ianya merupakan satu binaan yang kompleks. Namun demikian satu kesimpulan boleh dibuat
tentang binaannya berdasarkan kedudukan unsur binaan frasa kerja yang terdapat dalam
kamus Tatabahasa Dewan.

tanpa
pelengkap
Frasa kerja
tanpa objek

Kata Kerja Tak


Transitif

berpelengkap
penerang

Binaan Frasa
Kerja
Frasa kerja
dengan objek

Kata Kerja
transitif

satu objek
dua objek

20

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

Manakala binaan frasa yang terdapat dalam buku Tatabahasa Asas adalah seperti berikut :

Kata kerja tak


transitif

tanpa pelengkap

kata nama
sebagai
pelengkap

berpelengkap

kata adjektif
sebagai
pelengkap

penerang

kata sendi nama


sebagai
pelengkap

Binaan Frasa
kerja

satu objek
Kata kerja
transitif

Objek
dua objek

Berdasarkan buku rujukan yang saya guna untuk membandingkan tentang frasa kerja ini saya
dapati penerangan melalui Tatabahasa Dewan agak kompleks berbanding Tatabahasa Asas.
Namun begitu isi yang disampaikan oleh penulis dalam buku Tatabahasa Asas agak mudah
difahami. Apabila diteliti kedua-dua buku ini mempunyai banyak persamaan dari segi binaan
frasa kerja ini tetapi cara penyampaiannya sahaja yang berbeza. Oleh itu agak sukar bagi saya
untuk mencari perbandingan antara dua buku ini. Perbacaan melalui peta konsep, jadual dan
gambarrajah diharap dapat diperbanyakkan lagi kerana melalui teknik ini pembaca lebih
mudah memahami apa yang disampaikan oleh penulis.

21

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

7.0 Kesimpulan
Secara amnya, tatabahasa ialah teori bahasa sesuatu bahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat
dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,
tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan
kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum
bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.
Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur
bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.
Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang
berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu
perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek,
keterangan dan lain-lain. Walaupun terdapat banyak buku tatabahasa yang boleh dijadikan
rujukan namun Tatabahasa Dewan (2008) telah dijadikan sebagai tatabahasa pegangan.
Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi
pendidikan Malaysia. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa
Melayu di semua institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan
sesuatu bahasa. Oleh itu, semua rumusan tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa
menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan
ini bersifat lebih kepada preskriptif.

22

TUGASAN SINTAKSIS ( BML 3063)


PERBANDINGAN FRASA KERJA

8.0 Bibliografi
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton
Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis

Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.


Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana

Enterprise.

Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn. Bhd.
Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono, 2000.
Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Zaba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://cikguhanz.blogspot.com/2011/09/perkamusan-dan-terjemahan.html

23

Anda mungkin juga menyukai