Anda di halaman 1dari 22

BML 3053 MORFOLOFI BAHASA MELAYU.

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN NAHU MELAYU MODEN
BML 3053 MORFOLOFI BAHASA MELAYU.

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN NAHU MELAYU MODEN DISEDIAKAN OLEH: ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN CATATAN

1.

PENDAHULUAN

2.

KONSEP DAN DEFINISI GOLONGAN KATA NAMA

3.

CIRI GOLONGAN KATA NAMA

4.

JENIS/ BENTUK/ GOLONGAN KATA NAMA

5.

PERBANDINGAN/ DAPATAN/ PERBINCANGAN

6.

KESIMPULAN

7.

RUJUKAN

1.0 1.1

PENDAHULUAN. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta

proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. 1.2 Morfologi ialah bidang binaan perkataan manakala sintaksis merupakan

bidang tentang binaan ayat. Morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan golongan kata.

1.3

Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang

dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

1.4

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. fologi. Mungkin ramai yang masih tidak memahami dengan mendalam konsep ilmu ini tetapi sedarkah kita bahawa kita sentiasa mengggunaan morfologi untuk bertutur , menulis , membaca atau untuk menyatakan perasaan kita.

1.5

Definsi morfologi menurut pakar bahasa seperti di bawah:

a.

Asmah Hj Omar (1999) menyatkan morfologi sebagai peninjauan

linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. b. John T. Jensen(1995) mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang

struktur, bentuk dan golongan kata. c. Abdullah Hassan (2005)mentakrifkan morfologi sebagai biadng lingiustik

yang mengkaji bagaomana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan yang dihasilkan. e. Nik Safiah Karim ( 2008 ) menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu

bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. bahasa yang mesra . Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas , jelaslah ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.

1.6

Oleh itu, terhasilah jenis jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata,

ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis kelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan

1.7

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,

morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang

bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya. 1.8 Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu

kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna. 1.9 Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui bahawa

Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukan dan struktur ayat.

2.0

KONSEP DAN DEFINISI GOLONGAN KATA NAMA.

2.1

Menurut Mohd Rain Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof (

2009) menyatakan penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam

kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

2.2

Seterusnya, Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa

Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari.

2.3

Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) menyatakan

perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia struktur fonologi atau bunyi , kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

2.4

Selain itu menurut Ahmad Khair (2012) menyatakan bahawa perkataan

digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

2.5

Penggolongan kata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori kata

dan jenis kata. Kesimpulannnya penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungi tatabahasa. Tentunya apabila beribu kata malahan ada yang berjuta kata mengikut bahasa bahasa tertentu apabila digolongkan dan dikategorikan akan menjadikan sistem kata itu lebih sistematik untuk ditutur dan dipelajari.

2.6

Menurut Nik Safiah et.al ( Tatabahasa Dewan Edisi ketiga) perkataan

digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan

yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataaan satu bentuk bebas yang menjadi unsur binaan sintaksis iaitu frasa,klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. 2.7 Dengan hal demikian,perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk

yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan frasa mengandungi 2 konstituen utama iaitu frasa subjek dan frasa prediket. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa prediket pula dibentuk oleh 4 jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama. 2.8 Kata nama,kata kerja dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata

utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa nama. Oleh itu, perkataan selain 3 golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif yang disebut kata tugas yang bersifat heterogen. 2.9 Kesimpulannya,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4,

iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 2.10 Manakala menurut Asmah Haji Omar ( Nahu Melayu Mutakhir) kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan paradigmatiknya. Ciri sintagmatik sesuatu kata itu memperlihatkan:

a. b.

Fungsi kata itu dalam struktur tertentu Hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama.

Dalam penggunaan bahasa, adakalanya sesuatu kata nama itu dapat digantikan dengan kata nama sahaja dan ada kalanya tidak. Contoh di atas menunjukkan ciri- ciri persamaan dan perbezaan antara kata-kata yang boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat.Ciri-ciri yang sama menimbulkan golongan . Maksudnya memasukkan kata-kata itu dalam golongan yang sama, sedangkan ciri-ciri perbezaan menghasilkan beberapa subgolongan dari golongan tadi. Maka kata sempurna dalam bahasa Melayu dibahagikan ke dalam golongangolongan berikut: i. ii. Benda dengan subgolongan nama,ganti nama dan bilangan. Karyaan dengan subgolongan kerja dan sifat serta subgolongan masing-

masing. iii. Adverba dengan subgolongannya.

3.0

CIRI-CIRI GOLONGAN KATA NAMA.

3.1 Ciri-ciri Penggolongan Kata Nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu: i) Kata Nama Am ii) Kata Nama Khas iii) Kata Ganti Nama 3.2 Kata Nama Am: a. Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). b. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Contohnya:

Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan. Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai. 3.3. Kata Nama Khas: a. Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. b. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. c. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).

Binatang Tempat burung pasar Kata Nama Am kucing padang Kata nama khas Kata nama khas Kata nama khas tak hidup bukan hidup manusia hidup manusia Ahmad Lassie Pahang Kata Nama Edelina Si Belang Pulau Pinang Khas Chandran Sang Kancil Gunung Tahan 3.4 Kata Ganti Nama: a. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88). i) Kata ganti nama tunjuk ii) Kata ganti nama diri b. Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Manusia Murid Pekebun

3.5 Kata Ganti Nama Tunjuk: a. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). b. Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh. 3.6 Kata Ganti Nama: a. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Kata Ganti Nama Diri Pertama Aku Beta Hamba Kita

Penggunaan Merujuk kepada diri sendiri Digunakan oleh kerabat diraja Merujuk kepada diri sendiri Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua Merujuk diri sendiri Penggunaan

Contoh Ayat Aku hendak pergi ke perpustakaan Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. Contoh Ayat

Kami

Saya

Kata Ganti

Nama Diri Kedua Anda Awak Engkau Kamu Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. Awak disuruh membersihkan bilik darjah. Engkau hendak pergi ke kedai buku? Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga Beliau Baginda Dia Mereka

Penggunaan Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Digunaan untuk kerabat diraja Digunakan untuk diri orang ketiga Bilangan orang lebih daripada seorang

Contoh Ayat Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. Baginda telah berangkat ke luar negeri. Dia datang awal ke pejabat sekolah Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

4.0 4.1

JENIS/ BENTUK/ GOLONGAN KATA NAMA. Kata nama adalah merujuk kepada nama bagi sesuatu atau kata benda

seperti kuda, kerusi, pelajar, saya dan lain-lain lagi. 4.2 Kata nama terbahagi kepada 3 iaitu kata nama khas, kata nama am dan

kata ganti nama. 4.2.1 Kata nama khas a. Kata nama khas hidup terbahagi kepada:

i.

Manusia (Asraf, Dr. Norli, Megat Khalid, Mazlan Osman, Arief

Muzzafar) ii. b. i. ii. iii. iv. v. bukan manusia (Sang Kancil, Tompok, Pak Belang) Kata nama khas tak hidup terbahagi kepada: Benda ( Proton, Panasonic, Exora Bold) Bangsa ( Melayu, Iban) Negeri atau Negara. ( Perak, Sabah, Malaysia, Brazil) Tempat ( Sungai Siput, Kampung Kionsom) Institusi ( Universiti Pendidikan Sultan Idris, Sekolah Kebangsaan

Kionsom Inanam) vi. vii. Undang-undang / akta ( Akta Syarikat, Akta Pelajaran 1961, Ordinan 25) Agama ( Islam, Buddha, Kristian, Hindu)

viii. Gelaran ( Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Tan Sri, Encik)

4.2.2 Kata nama am a. i. ii. b. i. Kata nama am hidup hidup manusia ( bapa, polis, hartawan, menteri, pekerja) hidup bukan manusia ( kuda, pokok, jin, syaitan, ulat) Kata nama tak hidup tak hidup institusi adalah menggunakan perkataan kepada dan daripada

sebelum nama institusi ( kementerian, sekolah, perpustakaan, masjid, pejabat pos ) ii. iii. tak hidup bukan institusi tak hidup bukan institusi konkrit adalah menggunakan kata sendi ke dan

dari sebelum tempat . ( kedai, rumah, laut, langit, bandar, negeri, sekolah). iv. tak hidup bukan institusi abstrak.

Tak hidup bukan institusi abstrak berbilang adalah elemen yang boleh dihitung, disertai kata bilangan di depannya tanpa disertai penjodoh bilangan. (pendapat, cadangan, rancangan, gangguan, permintaan)

Tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang. ( hasrat, sejahtera, cuaca, keinginan, kemunculan, ketibaan)

4.3

Kata ganti nama adalah berfungsi menggantikan sesuatu nama. Kata

ganti nama ada 3 bahagian iaitu: a. i. ii. iii. b. i. Kata ganti nama tunjuk yang merangkumi elemen: tunjuk umum - ini, itu tunjuk tempat - di sini, ke sana, dari situ tunjuk hal - begini, begitu, demikian Kata ganti nama diri pula merangkumi elemen: kata ganti nama diri orang adalah elemen yang merujuk kepada diri

orang tertentu sama ada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. ii. Kata ganti nama diri orang pertama melibatkan unsur :

tunggal (saya, aku, beta, hamba, patik) dan jamak (kami, kita, kami semua, kita semua) iii. iv. v. Kata ganti nama diri orang kedua (anda, awak, kamu, engkau, dikau) Kata ganti nama diri orang ketiga ( ia, dia, beliau, mereka) Kata ganti nama diri tanya memperlihatkan unsur

siapa ( menanyakan orang), apa (menanyakan benda, binatang, keterangan tentang sesuatu) mana ( menanyakan semua benda, hal dan orang).

c.

Kata ganti nama tak tentu adalah hadir secara tak tentu. Elemen ini wujud

dari kata tanya yang diulang. Contohnya siapa-siapa, mana-mana dan apa-apa. 4.4 Pembentukan kata terdapat empat elemen utama iaitu kata nama tunggal,

kata nama terbitan, kata nama ganda dan kata nama majmuk. 4.4.1 Kata nama tunggal meliputi elemen: a. b. Kata nama tunggal jenis akronim. Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan (dua pintu kedai, lima

orang guru) 4.4.2 Kata nama terbitan meliputi elemen yang mengandungi imbuhan. 4.4.3 Kata nama ganda meliputi 4 elemen iaitu a. b. c. d. penggandaan penuh penggandaan semu penggandaan separa penggandaan berentak

4.4.3 Kata nama majmuk adalah elemen yang melibatkan gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain. Contohnya adalah seperti balai raya, cakar ayam, Menteri Besar, matahari, pesuruhjaya, bumiputera, suruhanjaya. a. i. ii. iii. b. Jenis kata majmuk pula melibatkan unsur rangkai kata bebas - sapu tangan, padang tembak, tengah hari istilah khusus - garis pusat, kerjas kerja, mata pelajaran simpulan bahasa - anak emas, duit kopi, kaki bangku Fungsi kata majmuk adalah untuk membentuk kata nama majmuk yang

berfungsi sebagai satu perkataan baru.

5.0

PERBANDINGAN/ DAPATAN/ PERBINCANGAN BERKAITAN

GOLONGAN KATA NAMA.

5.1

Pememilih untuk membandingkan jenis penggolongan kata nama adalah

berdasarkan buku Nahu Melayu Moden (NMM) yang ditulis oleh dua orang pakar bahasa Melayu iaitu Liaw Yock Fang dan Abdullah yangditerbitkan pada tahun 1993 oleh penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd dan perlu dibandingkan secara terperinci dengan Tatabahasa Dewan (TD) Edisi Ketiga yang diterbitkan pada tahun 2011 oleh gabungan beberapa orang pakar bahasa Melayu iaitu Nik Safiah Karim. Farid Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood.

5.2

Berdasarkan buku TD ini penggolongan perkataan adalah berdasarkan

kriteria semantik kerana cara ataupun kaedah penggolongan ini lebih selaras dengan status perkataan bagi satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis , iaitu klausa, frasa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstuksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa, dan frasa.

5.3

TD ini mengandungi penambahan dan pindaan pada bahagian-bahagian

tertentu dengan tujuan memantapkan lagi buku TD sebagai buku tatabahasa bahasa Melayu yang menjadi rujukan dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi di samping menjadi sebuah buku tatabahasa pegangan bagi penggunan bahasa Melayu.

5.4 Ayat dan klausa mengandungai dua konstituen utama , iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa pridekat pula dobentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.

5.5. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataanperkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Bahkan perkataan-perkataan lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa dan ayat melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan ini, ataupun berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung.

5.6

Pengelompokkan tiga golongan kata itu adalan secara kolektif manakala

kata tugas dikelompokkan secara heteroge. Oleh itu , TD telah menggolongkan kata kepada empat bahagian iaitu: i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas

5.7

Jika dibandingkan golongan kata berdasarkan NMM yang berlandaskan

Zaba dalam buku Pelita Bahasa Melayu (1995) , R.O. Winstedt dalam buku Malay Grammar (1952) dan Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia(1980)

menyimpulkan penggolongan kata dapat dibahagikan kepada sembilan golongan.

5.7

Penulis juga menyatakan beberapa kekeliruan yang timbul apabila dibuat

sembilan penggolongan kata utama. Contohnya kata nama yang didefinisikan sebagai perkataan yang menyebut benda atau orang yang boleh juga dikategorikan sebagai kata sifat seperti merah yang boleh digolongkan sebagai kata sifat kerana merupakan sejenis warna dan boleh juga dipanggil kata nama. Selain itu , buku ini menerangkan juga cara untuk menentukan golongan kata di dalam bahasa Melayu iaitu: i. kata penanda ii. imbuhan iii.posisi atau fungsi di dalam ayat.

5.8

Kesimpulannya berdasarkan kedua-dua buku ini iaitu NMM dan TD ini

terdapat persamaan dari segi pembahagian ataupun pengkelasan beberapa golongan kata iaitu dibahagikan kepada iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif / sifat .

5.9

Namun perbezaan juga dapat dilihat beberapa jenis golongan lain dalam

Nahu Melayu Moden iaitu kata keterangan, kata depan, kata penghubung, kata seruan kata bilangan dan

kata ganti nama. Selain itu juga apa yang ketara ialah tiada golongan kata tugas dalam buku Nahu Melayu Moden kerana kata tugas ini telah dimasukkan ke dalam golongan kata hubung , kata depan .

5.10 Dari aspek cara untuk menggolongkan kata juga agak berbeza kerana TD menerangkan setiap perkataan dalam bahasa Melayu dikelaskan ciri struktur fonologi atau bunyi, ciri morfem, ciri sintaksis dan ciri semantik.

5.11 Penggolongan kata kepada empat golongan utama di samping subgolongan kata lain menjadikan golongan kata ini mudah difahami dan sistematik. Manakala NMM pula walaupun telah menggolongkan kepada sembilan golongan kata utama , namun masih terdapat kekeliruan untuk mengelaska sesuatu kata itu. Ini adalah kerana aspek pemilihan kata hanya berdasarkan kata penanda, imbuhan dan posisi atau fungi di dalam ayat. Sedangkan banyak kata yang perlu digolongan dengan tepat berdasarkan sudut morfologi dan semantik.

5.12 Penjelasan kata nama berdasarkan TD Berikut ialah penghuraian kata nama mengikut TD yang merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

5.13 Golongan kata nama ini dipecahakan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataaannya.

5.14 Penggolongan Kata Nama Kata nama khas membawa makna rujukan khusus pada sesuatu makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, pangkat dan seumpamanya.

5.15 Dalam tulisan , huruf pertama kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar.Setelah dibahagikan kepada 3 golongan kata nama. Iaitu: a. Penggologan Kata Nama Khas.

Dalam TD menyatakan bahawa kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Oleh itu TD telah membahagikan kata nama am pula dibahagikan kepada dua bahagian dan subgolongan.

b.

Penggolongan Kata Nama Am.

Bagi kata ganti nama pula digunakan utk menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Pembahagian kata ganti nama kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.

c.

Kata ganti nama tunjuk.

Elemen ini dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. , kata ganti nama diri pula dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

5.16 Penjelasan kata nama berdasarkan NMM Dalam buku NMM menyatakan bahawa kata nama ialah segala perkataan yang menyebut benda, tempat , orang atau binatang dan telah membahagikan kata nama ini kepada dua iaitu kata

nama am dan kata nama khas. Kata nama am digunakan menyebut benda ama, baik benda, tempat , binatang atau orang.

5.17 Manakala kata nama khas pula digunakan untuk menyebut nama orang, tempat atau nama barang tertentu yang khusus. Selain itu dalam buku juga menerangkan kata nama mempunyai berapa penanda untuk membezakan dengan golongan kata lain iaitu yang, itu , kata depan dan kata bilangan .

5.18 Di samping itu juga di bawah kata nama tergolong imbuhan untuk penanda kata nama itu sendiri antara imbuhannya ialah akhiran an, awalan pe-(pe-, pem-, pend-, peng-, peny- dan penge-), apitan pe(pe, pem, pend, peng, peny dan peng).

5.19 Perbandingan kata nama TD dengan NMM Berdasarkan keterangan di atas jelas menunujukkan perbezaan dari segi pengkelasan kata nama. Ini kerana TD lebih meluas dan lebih terperinci mengikut ciri-ciri semantik dengan mengasingkan kepada tiga bahagian iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Seterusnya setiap kata nama itu pula dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lain secara terperinci dan menyeluruh.

5.20 Pengelompokkan setiap kata nama dengan jelas dan tepat ini telah memudahkan pengguna untuk memahami dan mengaplikasi jenis kata ini dalam kehidupun seharian dengan betul .

5.21 Manakala dalam NMM hanya mengelaskan kepada dua jenis iaitu kata nama am dan kata nama khas. Ini kerana menurut penulis kata ganti nama tidak sesuai diletakkan di bawah golongan kata nama sebaliknya mereka telah meletakkan ke dalam golongan kata utama yang mengandungi sembilan jenis keseluruhannya.

6.0 6.1

KESIMPULAN. Perbandingan golongan kata dalam Tatabahasa Dewan dengan buku

tatabahasa lain iaitu buku Nahu Melayu Moden memang terdapat persamaan dan perbezaannya.

6.3

Manakala dalam buka NMM telah menggolongkan kepada sembilan

golongan kata utama iaitu iaitu kata nama, kata kerja, kata tugas, kata keterangan, kata depan, kata penghubung, kata seruan dan kata bilangan dan kata ganti nama. 6.4 Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. 6.5 Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti

chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. 6.6 Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji

Omar (2009) menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi

,sintaksis, semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. 6.7 Elemen penggolongan kata utama di mana TD telah menggolongkan

kepada empat golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas serta mempunyai subgolongan kata bagi mengkategorikan secara tepat dan padat. 6.8 Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan

pendekatan seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran. 6.9 Keseragaman dalam setiap aspek bagi semua bahasa di dunia ini memang

agak sukar dicapai. Namun perlunya sebuah buku yang menjadi pegangan dan panduan bagi pengguna seperti buku Tatabahasa Dewan agar tidak tersasar dan menyimpang dari peraturan atau sistem bahasa yang betul.

7.0

RUJUKAN.

Abdullah Hassan. (2003).Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi danSintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

Asraf. (2007).Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd. Azahari Bahari (2009) HBML 4703. Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin kasim. (2008).Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul HamidMahmood. (2008).Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin kasim. (2008).Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Siti Hajar Abd Aziz( 2010). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar. Dr Ali Mahmood et.al (2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.OUM. Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: DBP.

Anda mungkin juga menyukai