Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 7.45 8.45 (1 jam)
Hari : Rabu
Tahun : 5 Maju
Jumlah murid : 30 orang
Tema :Budi Bahasa Budaya
Kita
Tajuk : Orang Berbudi Kita
Berbahasa
Fokus utama : 11.1 Menyatakan pandangan tentang
perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.

Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yg dibaca.
Aras 3
(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan
teks yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid akan dapat:-
1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks
Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis.
2. Menjawab 5 soalan pemahaman objektif
berdasarkan teks Orang Berbudi Kita Berbahasa
secara bertulis dengan betul.
3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
slide yang dipaparkan.

Objektif pemulihan : Dapat menggunakan kosa kata yang betul
mengikut konteks.


Bahan bantu mengajar :
Bil
.
Bahan Jumlah
1. Video Budi Bahasa 1
2. LCD 1
3. Petikan cerita 30
4. Lembaran kerja 30
5. Carta permainan 1
6. Dadu 1
7. Penanda pemain 6
8. Poster 1
9. Skrin 1






















ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
1. Slide
2. Soalan:
a. Apakah yang dapat kamu
lihat dalam poster tersebut?
Gambar dua orang budak
lelaki memimpin seorang lelaki
buta
b. Apakah kempen yang
berkaitan dengan poster
tersebut?
Kempen Budi Bahasa


Membaca teks petikan cerita
Orang Berbudi Kita
Induksi set (5 minit)
Aktiviti i
1. Guru menampal poster di hadapan
kelas.
2. Guru bertanya murid tentang situasi
di dalam poster tersebut.
3. Guru bertanya murid perkaitan poster
yang ditunjukkan dengan kempen yang
dijalankan oleh kerajaan.




Aktiviti ii
3. Guru mengaitkan jawapan murid
Pengetahuan sedia ada

BBB
- Poster

Berbahasa untuk mendapat
idea keseluruhan.
Menyatakan dan mengulas
nilai-nilai murni yang terdapat
dalam teks Orang Berbudi Kita
Berbahasa secara bertulis.
dengan isi pelajaran pada hari tersebut.



Teks: Orang Berbudi Kita
Berbahasa
1.Soalan:
a. Apakah makna nilai-nila
murni?
b. Apakah makna perkataan
yang sukar kamu
terjemahkan?









Fasa sebelum(15 minit)
Langkah 1
Aktiviti i
1. Guru mengedarkan petikan. Murid
membaca secara skimming untuk
memahami idea keseluruhan teks.
2. Guru meminta pelajar menceritakan
pengalaman sendiri berdasarkan makna
kata .
3. Guru menyatakan maksud Orang
Berbudi Kita Berbahasa secara lebih
terperinci supaya murid faham.

Aktiviti ii
1. Guru menayangkan slide yang
menggambarkan 2 situasi tentang budi
bahasa.
2. Guru membimbing murid merujuk terus
BBB
- Teks cerita
Kaedah skimming
Kemahiran bernilai tambah:
Mentalis
Belajar cara belajar












1. Slide
- Situasi i:
Orang yang turun daripada
bas tidak mengucapkan terima
kasih kepada pemandu bas.
- Situasi ii:
Seorang sahaja penumpang
yang mengucapkan terima
kasih kepada pemandu bas
semasa menuruni bas.
kepada nilai murni yang dikenal pasti
Apakah perbezaan situasi i dansituasi
ii?
Apakah perkara yang patut kita
lakukan jika berada dalam situasi i?
Buat ulasan tentang perlakuan yang
kurang bersopan dengan perlakuan
yang bersopan?
Sebab apa?
BBB
- Slide video situasi
- LCD
- Skrin
Pendekatan deduktif
Membanding beza


Fasa semasa(10 minit)
Langkah 2
Aktiviti i
1. Guru menyuruh murid menulis
karangan tentang perbezaan yang telah
dikenalpasti dalam slide yang
dipaparkan secara lengkap
menggunakan ayat sendiri.
-







Aktiviti membaca teks:
Orang Berbudi Kita
Berbahasa



Fasa selepas (25 minit)
Langkah 3
Aktiviti i
1. Guru menerangkan makna ayat yang
sukar difahami.
2. Guru menerangkan kandungan teks:

BBB
- Teks petikan
- lembaran kerja
Soalan objektif
Peta minda nilai-nilai murni.
















1. Karangan bergambar







Teks ini menerangkan tentang ...
Menggunakan kata tanya:
i. Mengapa....?
ii. Apakah...?
iii. Di manakah...?
iv. Bilakah...?
v. Bagaimanakah
(4W 1H)
3. Guru meminta murid menjawab
soalan yang disediakan dalam
lembaran kerja.

Cadangan aktiviti pemulihan
1. Guru mengedarkan gambar bersiri
beserta keratan-keratan perkataan
kepada murid-murid pemulihan.
2. Murid-murid diminta untuk memilih
perkataan yang sesuai bagi
melengkapkan ayat dengan menambah
rangkai kata yang sesuai berdasarkan
gambar bersiri bagi menyudahkan
cerita.
3. Seterusnya,murid akan
menggabungkan ayat-ayat yang telah












BBB
- Gambar bersiri
-Keratan-keratan perkataan
- lembaran kerja
Kertas menulis karangan

















1. Permainan Bahasa
- Jika pemain berhenti di petak
yang mengandungi nilai yang
positif,pemain akan maju ke
hadapan.
Jika pemain berhenti di petak
yang mengandungi nilai yang
negatif,pemain akan mundur
ke belakang.



Soalan :
a. Apakah alasan jawapan
dibuat menjadi sebuah karangan
pendek yang lengkap.

Cadangan aktiviti pengayaan
1. Guru membahagikan murid kepada 6
kumpulan iaitu lima murid setiap
kumpulan.
2. Guru menerangkan jenis dan
peraturan permainan yang akan
dijalankan kepada murid.
3. Guru membimbing murid merujuk
terus kepada nilai yang terdapat dalam
petak permainan dam tempat murid
berhenti.
4. Permainan diteruskan sehingga ada
kumpulan yang memenangi permainan
tersebut.

Aktiviti ii
1. Setelah semua murid selesai
menjawab, guru meminta pelajar
menukarkan lembaran kerja dengan
rakan-rakan dan membincangkan
jawapan yang tepat.










koperatif


Pendekatan Induktif


Permainan Bahasa
BBB
- Carta permainan damkejar
nilai
- Dadu
- Penanda pemain


tersebut betul atau salah? 2. Guru memberi alasan untuk
menerima atau menolak jawapan.
3. Murid yang berjaya menjawab
kesemua soalan akan mendapat
hadiah.









Peneguhan positif : hadiah
(alat tulis)
- motivasi ekstrinsik
Kognitif :
Rumusan isi pelajaran
- Nilai-nilai murni

Sosial :
- Pujian
- Nyanyian lagu Budi Bahasa
Budaya Kita
Penutup (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran pada
hari tersebut.
2. Guru memberi pujian atas sikap
murid .
3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu Budi bahasa
budaya kita diiringi paparan video lagu
tersebut.

Gabungjalin kemahiran muzik
BBB
- LCD
- Skrin
- Video lagu Budi Bahasa
Budaya Kita




Kegunaan Pokok Kelapa

Tahukah anda air kelapa yang anda selalu beli di
pasar malam itu datang dari sejenis buah yang
dipanggil kelapa? Dan buah tersebut tidak datang
secara tiba-tiba dari mana-mana air mata air atau
langit. Ia datang dari sejenis pokok yang selalu
dipanggil pokok kelapa. Pokok kelaa memiliki akar
serabut daunnya berurat selari. Sekoranya anda
tidak pernah melihat pokok kelapa, anda boleh
meng-google kata kunci tersebut di internet.
Pokok kelapa bukan sahaja mampu melambai-
lambai di tepi pantai, ia lebih daripada itu. Ia
memiliki banyak kelebihan, mungkin lebih banyak
daripada anda.


Daun pokok kelapa boleh digunakan untuk
membuat ketupat. Dengan adanya daun kelapa,
hari raya anda akan menjadi lebih meriah kerana
anda boleh makan nasi himpit di pagi raya. Tetapi
ia akan menjadi sesuatu yang mustahil sekiranya
rumah anda tiada air di hari raya kerana dikatakan
ada pihak ingin mempolitikkan isu air di Selangor.


Batang pokok kelapa boleh digunakan untuk
membina titi. Titi yang saya maksudkan bukannya
Titi Kamal penyanyi INdonesia itu, tetapi titi yang
bentuknya seperti jambatan. Ia digunakan untuk
melintas parit. Saya pun tak pasti sekiranya titi ini
masih wujud kerana kebanyakan kampung sudah
pun maju dan mendapat bajet membina jambatan
moden dari pihak kerajaan mahupun kerajaan
negeri.


Urat daun kelapa boleh digunakan untuk
menghasilkan lidi dan lidi tersebut boleh dibuat
penyapu. Itu pun sekiranya anda ada banyak.
Kalau setakat dua tiga batang, tidak perlulah anda
berharap nak buat penyapu. Kalau anda berdegil,
anda mungkin akan menyesal kerana terpaksa
mengambil masa seminggu untuk membersihkan
halaman rumah anda.Bak kata orang tua-tua,
"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."


Air kelapa boleh dijadikan minuman bagi
menghilangkan dahaga. Bukan itu saja, air kelapa
juga dikatakan boleh membantu merawat pelbagai
penyakit seperti demam campak. Selain itu,
menjual air kelapa boleh dijadikan salah satu
sumber pendapatan memandangkan kelapa sejenis
buah yang tumbuh sepanjang tahun dan tidak
bermusim. Air kelapa juga sering mendapat
perhatian yang tinggi beranding air bandung dan
air mangga kerana rasanya yang sedap dan tidak
menyebabkan sembelit, tapi air bandung dan air
angga pun tidak menyebabkan sembelit.


Tempurung kelapa boleh dijadikan sesuatu dalam
Sukan Tahunan sekolah. Sekolah rendah saya
dahulu selalu minta murid-murid membawa
tempurung kelapa ke sekolah sempena sukan,
tetapi saya pun tak pasti di mana mereka letakkan
tempurung itu semua. Saya rasa, mereka guna,
cuma saya saja yang tidak pasti.


Selain itu, kelapa juga boleh diparut menghasilkan
kelapa parut. Kelapa parut ini boleh digunakan
dalam masakan. Selain itu, santan kelapa juga
boleh diperah dan digunakan dalam bahan
masakan seperti nasi lemak, rendang dan kari.
Walaupun ramai orang mula menggunakan susu
sejat bagi menggantikan santan yang dikatakan
tinggi kolestrol, namun penggunakan santan masih
popular dalam kalangan pesakit sakit jantung dan
darah tinggi yang degil dan tidak memakan saman.


Banyak sungguh kelebihan dan kegunaan pokok
kelapa. Kita amat bertuah kerana pokok kelapa
tidak boleh digunakan untuk membuat kertas. Jika
ya, pasti ia sedang mengalami kepupusan dan kita
terpaksa menggunakan daun kelapa sawit untuk
membuat ketupat di hari lebaran. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama menghargai ciptaan
Allah yang amat berharga ini dan jangan asyik
membebel mengenai pokok lain yang kerap gugur
daunnya.
****



perhatian : lukisan pokok kelapa dalam kertas
karangan tidak akan menyumbang markah
tambahan.



Aku tak tahu kenapa, tapi dalam banyak-banyak
karangan waktu sekolah rendah, memang karangan
pasal "kegunaan pokok kelapa" nie yang paling aku
ingati. Rasa macam banyak kali pernah tulis
karangan ini. Lagi satu yang paling aku suka ialah
karangan autobiografi. "Aku sebatang pen", "Aku
sebuah televisyen" dan sebagainya.



Di sini aku nak abadikan entri ini untuk arwah
Cikgu Bahasa Melayu aku waktu sekolah rendah,
Cikgu Salimah, dan arwah cikgu Bahasa Melayu aku
waktu sekolah menengah, CIkgu Zubidah yang
kedua-duanya pergi meninggalkan kita beberapa
minggu lepas. Jasa cikgu berdua amat banyak tak
terkira dan tiada siapa pun mampu membalasnya.
Semoga cikgu berdua sentiasa dicucuri rahmat
Allah dan ditempatkan di bersama orang-orang
yang beriman dan bertaqwa.

Anda mungkin juga menyukai