Anda di halaman 1dari 22

1

1.0 PENDAHULUAN

andungan kursus BMM 3106 ini adalah bertepatan untuk melengkapkan
silibus kursus Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
kepada guru pelatih semester 3 Pengajian Melayu. Tugasan ini telah
memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang pendidikan pemulihan dan
pengayaan. Seterusya, memberikan pengetahuan tentang perbezaan cara-cara
pengelolaan murid pengayaan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Selain itu juga, guru pelatih dapat mengetahui masalah penguasaan pelajaran
dan cara mengesan kesukaran pembelajaran murid pengayaan. Kerja kursus ini
difokuskan kepada satu kemahiran bahasa iaitu kemahiran menulis. Justeru, guru
pelatih telah merancang dan mengenalpasti langkah-langkah pengelolaan murid
pengayaan dalam kemahiran menulis.





K
2

2.0 PENGAYAAN DALAM KEMAHIRAN BAHASA

engayaan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah.
Pengayaan merupakan aktiviti yang mengandungi elemen-elemen untuk
meluaskan dan memperkembangkan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Aktiviti pengayaan juga merupakan
satu rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi
pelbagai pengalaman berdasarkan aktiviti yang sejajar dengan kebolehan murid dan
pemikiran murid. Aktiviti yang dirancang hendaklah menarik dan mencabar. Melalui
aktiviti pengayaan murid akan mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat,
minat dan kreativiti. Murid dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan
serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan
dan masyarakat.
Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.
Aktiviti pengayaan diberi kepada murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai
satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Aktiviti pengayaan dalam kemahiran
bahasa khususnya dalam menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan
pengetahuan dan potensi murid dalam kemahiran bahasa yang ingin ditekankan.
Objektif aktiviti pengayaan adalah seperti berikut:
Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kebolehan
mereka dalam kemahiran bahasa secara keseluruhan.
P
3

Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka melalui aktiviti kemahiran bahasa.
Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan
bakat mereka untuk memperkembangkan kemahiran kemahiran bahasa.
Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai
kerja mereka sendiri.
Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi
melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dilaksanakan haruslah menekankan prinsip yang
bercorak pelajar dapat belajar dengan sendirinya tanpa pengawasan guru disisi.
Selain itu, harus mengandungi arahan yang jelas supaya murid boleh melakukannya
sendiri. Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan.
Aktiviti-aktiviti pengayaan haruslah menarik, mencabar dan seseuai dengan kebolehan,
minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Hal ini kerana, murid mempunyai aras
kebolehan yang berlainan iaitu lemah, sederhana, dan tinggi oleh itu, aktiviti pengayaan
yang menarik dan bersesuaian dengan aras kebolehan murid mampu meningkatkan
prestasi murid.
Guru juga boleh merangka aktiviti pengayaan terhadap murid berbentuk program
harian atau berasaskan projek. Guru boleh menggunakan dua bentuk aktiviti ini
sebagai satu instrumen penilaian bagi menilai sama ada program atau aktiviti
pengayaan yang dilaksanakan berkesan serta mampu meluaskan pengetahuan murid
dan meningkatkan kemahiran bahasa mereka terutamanya dalam aspek kemahiran
menulis. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan oleh guru haruslah mengandungi
4

bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat hasil keringat guru sendiri atau
diperoleh daripada pasaran. Sebaik-baik bahan yang digunakan oleh guru dalam aktiviti
pengayaan haruslah mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran bahasa
yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Aktiviti pengayaan terdiri dua kategori iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan
menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktivit pengayaan berdasarkan
kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan .Aktiviti pengayaan dilaksanakan
berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan lambat
diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti
pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Pengayaan menegak
merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan
cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang
lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf
pencapaian murid darjah biasa.
Terdapat perbezaan antara pengayaan menegak dan pengayaan mendatar.
Aktiviti pengayaan mendatar biasanya dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
manakala pengayaan menegak dirancang untuk kumpulan cerdas sahaja. Manakala
dari segi aras kesukaran aktiviti pengayaan mendatar adalah berlainan di antara
kumpulan tetapi berbeza pula bagi pengayaan menegak aras kesukaran aktiviti
pengayaan bagi murid-murid dalam kumpulan cerdas adalah sama sahaja. Tujuan
aktiviti pengayaan mendatar adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah
dikuasai serta menimbulkan minat murid. Berbeza pula dengan aktiviti pengayaan
menegak bertujuan untuk mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran,
5

mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Jenis aktiviti
pengayaan biasanya terdiri daripada lembaran kerja bagi aktiviti pengayaan mendatar
namun, bagi pengayaan menegak jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada
kerja projek, permainan rekreasi yang boleh mencabar dan pelajar dikehendaki
menggunakan idea mereka bagi menyelesaikan masalah yang telah diberikan.
Selain itu, pengayaan mendatar pada kebiasaanya aktiviti diberikan mengikut unit
kemahiran yang diajarkan justeru kesemua murid mempunyai pengalaman sedia ada
tentang pengetahuan tersebut dan menguasainya keperingkat yang sewajarnya.
Manakala, aktiviti pengayaan menegak biasanya diberikan lebih daripada unit
kemahiran yang diajarkan. Murid cerdas diberikan aktiviti pengayaan yang lebih
mencabar bagi memberi kemahiran dan pengetahuan baru supaya mereka dapat
terokai tanpa bimbingan guru dengan betulnya. Disamping itu, pengelolaan aktiviti
pengayaan mendatar ialah, setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan
dengan penggunaan kemahiran yang sama. Manakala, pengayaan menegak
kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan
kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan atau aktiviti
pemulihan.


3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
6

TAJUK : GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN

FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN :
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN :
3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

FOKUS SAMPINGAN
STANDARD KANDUNGAN :
2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.

STANDARD PEMBELAJARAN :
2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.

OBJEKTIF :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat ;
i. Membina dan menulis 5 frasa dengan cara yang betul dan kemas.
ii. Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan
betul

PENGISIAN KURIKULUM

7

Ilmu : Kajian tempatan, Sains dan Pendidikan Moral
Nilai : Menghargai, Bersyukur, Rasional.
KBT : Pengabungjalinan, Kemahiran berfikir, Kemahiran Belajar Cara Belajar.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata Kerja

MEDIA
Kad Gambar, Lembaran Kerja, Dam Ular dan Dadu.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH


ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

Set Induksi


Aktiviti pemuliharan
alam sekitar-video















Guru memaparkan video
berkaitan dengan aktiviti
gotong-royong kebersihan
melalui komputer dan
meminta murid mengenal
pasti aktiviti yang terdapat
dalam video tersebut.

1.Soalan lisan :
Apakah aktiviti yang
dilakukan dalam video
tersebut ?
2. Murid secara lisan

ABM :
- video
pemuliharaan
alam sekitar.

Ilmu :
- Kajian
tempatan

Nilai :
- Menghargai
8

menyebut perkataan yang
ada kaitan dengan aktiviti
yang terdapat dalam video .


Langkah 1


Kata Kerja :

o Menanam
o Memotong
o Mencuci
o Mengelap
o Membuang


Kad Gambar
Menanam

Menanam

1.Guru menampalkan kad
gambar berkaitan dengan
aktiviti
2.Berdasarkan gambar yang
ditunjukkan, guru meminta
murid meneka kad gambar
yang ditampalkan pada
papan hitam dan
3. Seterusnya,guru meminta
seorang tampil ke hadapan
dan menulis perkataan
dengan kemas dan betul
berdasarkan gambar yang
ditampal.



ABM :
- Kad gambar

Sistem bahasa :
- Tatabahasa
- Kosa kata




Langkah 2


Melengkapkan frasa
pada Dam Ular:

..pokok.
rumput.
..sampah.
longkang.
tingkap.




1.Guru mengarahkan murid
duduk secara pasangan.
2. Guru memberikan
permainan dam ular dan
menerangkan cara-cara
bermain.
3. Guru mengarahkan salah
seorang murid melemparkan
buah dadu, manakala


ABM :
- Dam Ular.
- Kad perkataan
- Buah dadu

Nilai :
- Kerjasama

9

seorang lagi menyelesaikan
dam ular.
4. Murid diminta memilih kad
perkataan yang disediakan
untuk melengkapkan frasa
yang terdapat pada dam ular.
5. Murid bermain sehingga
tamat dam ular tersebut.
5. Seterusnya, murid diminta
menulis semua frasa yang
terdapat pada dam ular
dalam buku latihan.

KBT :
- Kemahiran berfikir

Sistem Bahasa :
- Frasa kerja


Langkah 3


Lembaran kerja :

Teka silang kata






1.Guru membahagikan murid
dalam 3 kumpulan iaitu
cerdas, sederhana, lemah.
2. Guru mengagihkan
lembaran kerja yang
mengandungi teka silang
kata.
3. Murid diminta
melengkapkan tempat
kosong ayat majmuk dalam
lembaran kerja.
4. Seterusnya, murid diminta
mengisikan perkataan yang
dilengkapkan itu dalam silang
yang disediakan.
5. Guru memberikan bahan
pengayaan iaitu kertas

ABM :
- Lembaran kerja

Ilmu :
- Kajian
tempatan

Nilai :
- Kerjasama
- Berdikari

Sistem bahasa :
- Kosa kata

KBT :
- Kemahiran
belajaran cara
10

lembaran teka silang kata
tanpa huruf dan gambar
kepada murid cerdas.
6. Guru menetapkan masa
iaitu 20 minit kepada murid
cerdas.
7. Murid cerdas menyelesai
kan teka silang kata secara
bersendirian.
8. Guru hanya memantau
dari jauh pergerakan dan
pelakuan murid cerdas.
9. Manakala, bahan
pengayaan bagi murid
sederhana diberikan
lembaran kerja teka silang
kata yang mengandungi
huruf penunjuk/pembantu
bagi menulis perkataan
dalam kotak yang disediakan.
9. Guru memberikan bahan
pengayaan lembaran teka
silang kata yang
mengandungi perkataan
berserta gambar untuk murid
lemah.
belajar.
- Kecerdasan
pelbagai.
- Kreatif dan
inovasi.




Pentaksiran

Murid melengkapkan dialog
dengan menggunakan frasa
yang betul.
KBT :
- Kemahiran
berfikir.

Pemulihan




Guru membimbing murid

Nilai :
11

melengkapkan frasa
berpandukan gambar dengan
perkataaan yang sesuai.


- Menghargai.

KBT : Menjana idea

Pengayaan
Murid melengkapkan ayat
menggunakan perkataan
sendiri.
Nilai :
- Berdikari













3.1 PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN KEMAHIRAN MENULIS

Cara-cara guru mengelolakan aktiviti pengayaan kemahiran menulis :
12

1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu A (cerdas), B (sederhana),
dan C (lemah).
2. Guru telah menyusun atur kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan.
3. Sebelum memulakan aktiviti, guru memberikan arahan yang jelas, ringkas, dan
tegas kepada kumpulan masing-masing.
4. Guru menetapkan peraturan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.
5. Guru melantik seorang ketua kumpulan untuk menolong guru menjaga disiplin,
mengedar dan mengutip bahan-bahan pembelajaran serta memberikan arahan
tentang cara menjalankan aktiviti kumpulan.
6. Masa selama 20 minit ditetapkan kepada murid-murid.
7. Guru mengedarkan satu bahan aktiviti pengayaan iaitu lembaran kerja yang
mengandungi teka silang kata yang sama untuk semua murid.
8. Lembaran teka-silang kata mengandungi ayat majmuk yang mengkehendaki
murid melengkapkan perkataan dalam ayat tersebut dan seterusnya mengisikan
secara bertulis perkataan tersebut dalam kotak teka silang kata.
9. Bagi kumpulan A iaitu murid yang cerdas, guru mengedarkan aktiviti pengayaan
dalam bentuk lembaran kerja teka-silang kata tanpa gambar dan huruf.
10. Murid kumpulan A dikehendaki menyelesaikan teka silang kata secara
bersendirian.
11. Guru hanya memantau hasil kerja dari jauh.
12. Guru juga menyediakan aktiviti tambahan kepada murid-murid yang
menyempurnakan kerja mereka lebih awal, demi memastikan semua murid
13

menggunakan masa mereka dengan sepenuhnya disamping juga tidak
menggangu murid-murid yang belum menyempurnakan kerja mereka.

Contoh aktiviti pengayaan untuk murid kumpulan A :

Nama : .. Darjah :.....

Isikan perkataan dalam silang kata.

Jom teka apa saya buat ?


2




1



3

4






5






14

Melintang :
1. Pak Samad dan anak-anaknya .. pokok limau dan pokok
lada di kebunnya.
1. Alia membantu kakaknya . tingkap rumah.
2. Ayah dan abang telah . longkang di belakang rumah.
Ke bawah :
2. Naqib telah . sampah ke dalam tong yang disediakan.
3. Encik Faiz sedang rumput dan pokok semalu di
halaman rumah.

13. Manakala, kumpulan B iaitu murid sederhana diberikan lembaran teka-silang
kata yang diserta dengan huruf pembantu bagi mengisikan ruangan kotak silang
kata. Guru membantu kumpulan B dengan bantuan huruf tanpa gambar agar
dapat membantu murid tersebut menyelesaian teka silang kata dengan mudah.
14. Untuk memantapkan tulisan bagi murid kumpulan B, guru membimbing murid ini
dengan memberikan satu lembaran jawapan penuh teka silang kata. Seterusnya,
murid hanya meniru dengan kemas cara tulisan pada jawapan yang disediakan.
15. Guru membimbing dan memberikan tunjuk ajar yang ringkas untuk murid
kumpulan ini agar mereka dapat menulis dengan kemas dan betul.
16. Guru memperuntukkan sedikit ruang masa untuk murid kumpulan B bagi
memastikan murid tersebut dapat melaksanakan aktiviti dengan baik.
15

Contoh aktiviti pengayaan untuk murid kumpulan B :

Nama : .. Darjah :.....

Isikan perkataan dalam silang kata.
Jom teka apa saya buat ?


2




1
e m


3
m
4
M p

g
t


5
c I









16

Melintang :
4. Pak Samad dan anak-anaknya .. pokok limau dan pokok
lada di kebunnya.
3. Alia membantu kakaknya . tingkap rumah.
4. Ayah dan abang telah . longkang di belakang rumah.
Ke bawah :
5. Naqib telah . sampah ke dalam tong yang disediakan.
6. Encik Faiz sedang rumput dan pokok semalu di
halaman rumah.


17. Seterusnya, guru memberikan aktiviti pengayaan dalam bentuk lembaran teka-
silang kata yang mengandungi petunjuk huruf berserta dengan gambar agar
dapat membina kemahiran berfikir murid-murid lemah iaitu kumpulan C.
18. Guru memperuntukkan lebih masa untuk murid kumpulan C menyelesaikan
masalah mereka dalam menulis perkataan dalam kotak silang kata dengan
kemas dan betul.
19. Untuk memantapkan lagi penulisan yang kemas dan betul, murid kumpulan C
diberikan huruf yang bertitik dan murid dikehendaki menyambung titik sehingga
membentuk perkataan.
20. Guru memantau hasil kerja murid kumpulan C dengan teliti.
21. Guru juga beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk
memberikan bimbingan yang diperlukan serta mengawal disiplin murid-murid.


17



Contoh aktiviti pengayaan untuk murid kumpulan C :

Nama : .. Darjah :.....

Isikan perkataan dalam silang kata.
Jom teka apa saya buat ?




2






1
e m






3
m
4
m p



g
t



5 C i







18

Melintang :
7. Pak Samad dan anak-anaknya .. pokok limau dan pokok
lada di kebunnya.
5. Alia membantu kakaknya . tingkap rumah.
6. Ayah dan abang telah . longkang di belakang rumah.
Ke bawah :
8. Naqib telah . sampah ke dalam tong yang disediakan.
9. Encik Faiz sedang rumput dan pokok semalu di
halaman rumah.

22. Setelah selesai, ketua kumpulan yang dilantik dikehendaki mengutip hasil kerja
yang dilaksanakan oleh kumpulan masing-masing.
23. Guru menilai hasil kerja tiap-tiap kumpulan dan berbincang secara kelas supaya
semua murid boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh tiap-tiap
kumpulan.
24. Guru menjalankan penilaian dan merancang tindakan susulan.




19

4.0 KAEDAH MENILAI AKTIVITI PENGAYAAN KEMAHIRAN MENULIS

Guru telah membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana
dan lemah. Melalui aktiviti pengayaan yang diberikan, guru dapat menilai murid dari
segi sikap murid semasa melaksanakan aktiviti pengayaan teka silang-kata. Guru boleh
menilai murid dari segi keseronokan murid ketika melaksanakan aktiviti pengayaan.
Murid akan memperlihatkan keseronokan mereka sepanjang aktiviti pengayaan dengan
aktiviti-aktiviti yang mencabar pemikiran mereka. Mereka akan menunjukkan
keseronokan mereka semasa aktiviti menulis perkataan dan frasa yang betul. Selain itu,
guru juga boleh menilai disiplin murid dalam arahan yang diberikan oleh guru serta
kerjasama yang ditunjukkan dalam kumpulan mereka.
Aspek seterusnya yang boleh dinilai oleh guru ialah kemahiran menulis
perkataan dengan mudah. Bagi murid cerdas iaitu kumpulan A, perkataan yang diisikan
dalam kotak teka silang kata dapat ditulis dengan mudah dan kemas. Melalui lembaran
tersebut juga, guru dapat menilai tahap kepintaran mereka menulis dari segi cara
menulis dengan betul dan ketepatan jawapan yang diisikan dalam kotak teka silang
kata. Selain itu, murid kumpulan A juga dapat menulis perkataan dengan tulisan yang
kemas tanpa kesan memadam teka silang kata. Justeru itu, guru dapat menilai bahawa
murid tersebut dapat memahami soalan dengan pantas dan terus menjawab soalan
dengan betul tanpa melakukan kesalahan.

20

Bagi murid kumpulan sederhana iaitu kumpulan B, murid dapat menjawab soalan
teka silang kata dengan bantuan huruf sama ada diawal atau diakhir kotak teka silang
kata. Murid ini dapat menulis perkataan dengan mudah apabila berbantukan huruf yang
diberikan dalam lembaran kerja teka silang kata. Apabila membaca ayat yang diberikan
dalam lembaran kerja teka silang kata, murid tersebut berfikir dan membaca ayat
berulang kali untuk menjawab soalan. Dengan bantuan huruf, murid kumpulan ini dapat
menulis dengan baik. Namun begitu, guru juga dapat menilai dari segi tahap kepintaran
dan kepantasan mereka menulis perkataan dalam kotak teka silang kata.
Seterusnya, murid lemah iaitu kumpulan C, murid ini dapat menulis perkataan
dengan mudah apabila berbantukan huruf dan gambar yang diberikan. Guru juga perlu
memberikan perhatian yang lebih kepada murid kumpulan ini. Murid-murid ini agak
sukar menjawab soalan dan lemah dalam menulis jawapan dengan betul . Dari segi
ketepatan menulis adalah kurang. Guru perlu banyak memberikan pendedahan menulis
dengan betul dan ketepatan jawapan yang ditulis juga perlu diperbaiki untuk murid
kumpulan ini. Selain itu, kepantasan dalam menjawab soalan untuk murid kumpulan ini
adalah kurang. Murid ini perlu didedahkan dengan bantuan gambar dan huruf justeru itu
soalan yang diberikan dapat ditulis dengan jawapan yang betul.



21

PENUTUP

lhamdullilah bersyukur ke hadrat-Nya kerana telah mengizinkan kami
sekumpulan menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BMM3106. Tugasan ini telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman
mengenai pemulihan dan pengayaan terutama sekali dalam tajuk pilihan kami iaitu
pengayaan dalam kemahiran menulis. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini telah
memberikan kami pengalaman bagaimana mengelolakan aktiviti pengayaan dalam
pengajaran bahasa melayu kepada murid yang terdiri daripada pelbagai aras
pembelajaran.
Justeru, kami juga dapat mengetahui bagaimana hendak menilai murid dalam
aktiviti pengayaan dan pemilihan instrumen dalam kemahiran menulis untuk
pengayaan. Tugasan ini telah memberi impak kepada kami dari segi ilmu dan
kemahiran untuk digunakan pada masa akan datang. Harapan kami, diharapkan kerja
kursus ini dapat memenuhi kriteria dan objektif kerja kursus ini.




A
22

BIBLIOGRAFI


Mok Soon Sang, (1990). Pemulihan, Pengayaan Dan Isu Pendidikan. Selangor Darul
Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai