Anda di halaman 1dari 12

Penulisan Teks Ucapan

1. Pengenalan

Penulisan teks ucapan sangat relevan dengan tugas kita sebagai seorang pendidik. Pendidik tidak dapat lari daripada mengadakan majlis sama ada kecil atau besar, formal atau tidak formal. Apabila ada majlis adalah ucapan. Tetamu kehormat yang kita undang akan lebih selesa jika disediakan dengan teks ucapan. Kita juga lebih selesa jika teks ucapan telah disiapkan. Kandungan teks ucapan boleh menentukan pencapaian objektif majlis. Dalam ruang yang sedikit ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai penulis teks ucapan dan pengucap.

2. Apakah Teks Ucapan dan Isi Percakapan? Teks ucapan ialah tulisan terperinci yang mengandungi maklumat (penerangan, penjelasan, sanjungan atau pujian) tentang sesuatu perkara sebagai panduan bagi seseorang yang ditetapkan untuk berucap dalam sesuatu majlis. Isi percakapan (talking points) hanya mengandungi kerangka isi. Penulisan teks ucapan ini diselenggarakan oleh Jawatankuasa Teks Ucapan dan perlu disiapkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis berlangsung.

3. Kenapa Perlu Disediakan Teks Ucapan? a. Membantu orang yang berucap kerana beliau sibuk. b. Kita lebih mengetahui daripada orang yang berucap tentang keperluan, visi, misi, & perkembangan organisasi kita. 4. Pertimbangan Sebelum Menulis Teks Ucapan a. Di mana majlis itu diadakan? Dalam dewan/padang. Bagaimana suasana tempat itu? Bagaimana penerimaan khalayak terhadap tajuk dan pengucap? Bagaimana saiz tempat itu? Tujuannya adalah untuk menentukan lenggok ucapan

b. Siapa penyampainya? Kerabat diraja, Menteri, Ketua Pengarah, Pengarah, Guru Besar... Untuk menentukan gaya bahasanya sama ada bahasa istana atau bahasa biasa;

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

isi kandungannya sama ada menyentuh dasar, berbentuk global, tahap profesional tinggi, atau tahap untuk mencapai objektif pelaksanaan sahaja fokus isi kandungan berbeza antara VIP dan VVIP

c. Siapa tetamu & khalayak yang akan hadir? Kenali tetamu dan khalayak dari segi demografi (umur, pekerjaan, pangkat, jawatan, pendidikan, ras, bangsa, keturunan, status sosio-ekonomik, jantina, taraf perkahwinan, agama, keahlian pertubuhan, minat, dan kegemaran) Untuk menentukan kata hormat atau kata alu-aluan, laras bahasa tetamu & khalayak, dan menyesuaikan isi dengan bidang kuasanya. Pengetua/Guru Besar Bahagian/Jabatan : mengandungi laporan tentang kemajuan institusi. : mengandungi isu-isu atau rancangan baru berkaitan alam pendidikan. : mengandungi isu-isu umum, nasihat, dan gesaan.

Tetamu Kehormat

d. Berapa lama masa diperuntukkan? Untuk menentukan panjang teks ucapan.

e. Jenis majlis Majlis Penuh Istiadat, Majlis Rasmi dan Formal, Majlis Rasmi Tidak Formal, Majlis Tidak Rasmi dan Formal, atau Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal. (Ini juga untuk menentukan laras bahasanya) Majlis Perasmian (Pembukaan & Penutupan) Majlis Anugerah cemerlang Majlis meraikan seseorang Majlis meraikan pengetua/GB/GPK/guru yang baru datang ke sekolah tersebut dengan mengucapkan selamat datang. Majlis Perpisahan Majlis meraikan pengetua/guru besar, GPK, guru, staf sokongan yang naik pangkat, bersara, atau bertukar sekolah. Ucapan biasanya disampaikan oleh pengetua/GB, Wkil guru, wakil PIBG, wakil pelajar, orang yang diraikan. Majlis Perkahwinan ...

Untuk menentukan laras dan gaya bahasanya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

f.

Apa temanya atau tujuannya? Adakah ucapan itu untuk memaklumkan, memujuk, memotivasi, hiburan, Untuk menentukan isi kandungan dan mengaitkannya dengan perkembanganperkembangan terkini. Ini memerlukan pengalaman, penyelidikan dan pembacaan yang meluas. Tahu dasar & isu sensitif.

g. Disiplin Disiplinkan diri dengan menepati tarikh perancangan, (mencari bahan, pemeraman, penulisan) Membuat salinan yang secukupnya (pengucap, media, fail, laporan, pengerusi jika pengucap terlupa bawa) Ingatkan pengerusi untuk bawa teks ucapan

Jadual Kerja Penulisan Teks Ucapan Tarikh Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Induk 1 Mesyuarat AJK Teks Ucapan 1 Mesyuarat AJK Induk 2 Catatan Kenal pasti Tetamu Khas dan kahalayak, lokasi, jenis majlis, dan temanya. Pembahagian tugas

Pengesahan tetamu khas & penyerahan draf teks ucapan

Memurnikan draf Mengirim draf teks ucapan ke JPN selepas pengesahan pengetua/GB Mesyuarat AJK Teks Ucapan 2 Murni, sunting, & dapatkan pengesahan pengetua/guru besar

Cetak dan edar kepada pengucap, pengetua/GB, & simpanan fail Ingatkan pengetua/GB tentang teks ucapan & bersedia dengan salinan back up.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

h. Bahasa Anda perlu bijak memilih perkataan, frasa, struktur ayat, laras bahasa, dan kesinambungan idea. Eelakkan daripada menggunakan bentuk kependekan. Contoh laras bahasa ucapan Dengan lafaz suci Bismillah hir rahman nir rahim, saya melancarkan ..... Dengan kalimah bismillah .... saya membuka dengan rasminya .............. Dengan rasa sukacitanya saya menutup dengan rasminya Majlis ......... Terima kasih diucapkan kepada ... kerana mengundang saya untuk berucap dalam Majlis ... Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kerana berjaya mengadakan Majlis ... ... tidak dapat hadir kerana ada urusan penting yang perlu didahulukan. Jadilah khalifah Allah yang cemerlang berpaksikan ilmu, iman, dan amal serta mencari keredaan-Nya.

5. Ciri-ciri Penulis Teks Ucapan Yang Baik

a. Kemahiran Berbahasa Mempunyai penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Mempunyai kebolehan mencipta frasa, klausa, dan ayat-ayat yang indah tanpa menjejaskan tatabahasa. Boleh membezakan bahasa lisan dan bahasa tulisan, serta bahasa formal dan tidak formal.

b. Kemahiran Membaca Mempunyai minat untuk membaca. Banyak membaca pelbagai bahan (ilmiah, kreatif, bukan kreatif, humur, politik, ekonomi, sejarah, motivasi, kemasyarakatan, ...) Mempunyai kemahiran memaham, mencari maklumat, menganalisis yang tinggi. Dengan pembacaan yang luas, penulis mudah memilih tajuk yang sesuai. (tajuk yang menarik, yang diminati, disukai, yang membangkitkan semangat khalayak.

c. Kemahiran Menulis Boleh mengarang tulisan kreatif dan ekspositori. Boleh menulis dengan mencuit atau menyentuh pemikiran dan perasaan pembaca. Memahami teknik sumbang saran, brain hurricane, peta minda, dan reality check.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Menulis ada pelbagai tujuan di antaranya adalah untuk memujuk, memaklumkan, menghibur, mencapai sesuatu tujuan. Lantas gaya tulisannya berbeza-beza.

d. Kemahiran Bertutur dan Mendengar Menguasai sebutan, intonasi, dan jeda yang tepat dan betul. Menguasai prinsip dan proses komunikasi lisan.

e. Kemahiran Menyelidik Memahami proses dan langkah menjalankan penyelidikan serta mencari maklumat.

f.

Kemahiran Menyunting Mahir menyunting teks dengan menguasai prinsip-prinsip menyunting proof reading, copy editing, content editing, line editing, technical editing, structural editing dan tatabahasa.

6. Format/Ciri Teks Ucapan Fizikal

Font Size : 12 Font type : Arial 1.5 spacing (8-10 muka surat) atau double spacing (14-16 muka surat) 10 minit Setengah Kertas A4 Format Kulit Teks Ucapan Kata Teks Ucapan Nama, Pingat, Jawatan Sempena ..................... Pada ..... Jam ..... Di .......... Format ........................... Isi untuk Majlis Penyampaian sijil Pengarah laporkan program maktab, perkembangan ...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Kandungan Fokus berbeza antara VIP dan VVIP Mukadimah o Mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis Contoh Terima kasih saudara pengacara majlis. o Adressing/kata hormat/kata alu-aluan (Tidak perlu dimasukkan. Jawatankuasa Sambutan akan menyerahkan senarai VIP kepada Pengerusi/Pengetua/Guru Besar dalam perjalanan ke pentas. Pengerusi/Pengetua/Guru Besar akan menyerahkan kepada VIP. Elakkan VIP mencatat. ) Contoh Yang Berhormat, Dato Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; Yang dikasihi dan dirahmati Allah, Sidang hadirin sekalian. o

Permulaan a. Kaedah biasa di mulakan dengan pernyataan Contoh Majlis Anugerah Cemerlang merupakan acara tahunan yang mengiktiraf kejayaan ... b. Kaedah Persoalan Contoh Bagaimanakah caranya anak-anak kita belajar 20 tahun akan datang? c. Kaedah pensejarahan Contoh Pada zaman Kegemilangan Kerajaan Melaka dahulu orang Melayu belajar di pondok-pondok dengan memfokuskan kemahiran mendengar. Kini anak-anak kita belajar di bangunan pelbagai kemudahan membangunkan pelbagai kecerdasan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

d. Kaedah petikan Contoh Nabi ada mengatakan bahawa, tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negara China. e. Kaedah puitis Contoh Pepatah ada mengatakan bahawa, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Isi kandungan o Isi kandungan ini perlu distrukturkan. Pilihan strukturnya ialah; 1. Ruang Bermaksud satu bahagian itu menjadi komponen kepada satu bahagian yang lebih besar dan bagaimana ia bersesuaian dengan ruang lain dalam struktur besar itu. 2. Klasifikasi Membahagikan sesuatu kepada kategori-kategori. 3. Perbandingan Mengemukakan persamaan dan perbezaan antara dua perkara. 4. Perbezaan Mengemukakan perbezaan antara dua perkara. 5. Sebab-Akibat Menyatakan hubungan antara dua perkara. 6. Penyelesaian Masalah Digunakan dalam situasi sebenar. Menawarkan satu kemungkinan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dinyatakan. 7. Masa Menerangkan sesuatu mengikut urutan masa contohnya; masa silan, masa kini, dan masa depan. o Selitkan frasa tuan-tuan dan puan-puan atau seumpamanya di antara perenggan atau isi ucapan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------7 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

o o o

Hujah, fakta untuk mempengaruhi pendengar perlu teratur, bernas, tepat, benar, terkini, bermakna, dan meyakinkan. Timbulkan rasa ingin tahu Menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh khalayak. Menggunakan pelbagai gaya bahasa (menaik, menurun, bertanya, berulang, ...)

Penutupan o Menamatkan ucapan Akhir kata ... Sebagai mengakhiri ucapan saya ... Sebelum mengahkiri uacapan saya, ... Oleh kerana masa tidak mengizinkan, setakat ini sajalah ucapan saya. o Membuat rumusan Sebagai kesimpulannya, ... o Melafaz kata-kata kemaafan Jika ada terkasar bahasa semasa menyampaikan ucapan tadi, saya memohon ampun dan maaf, ... sekian dan ucapan terima kasih. o Harapan dan kata semangat Saya yakin dan percaya, kita mampu memperkasakan profesion keguruan. o Menutup dengan doa, pantun, sajak, kata-kata tegas, kata hikmat, nasihat dan seumpamanya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di atas peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. o Diakhiri dengan ucapan sekian dan terima kasih. akhir kata, sekian terima kasih.

7. Langkah-langkah Menulis Teks Ucapan a. Merancang b. Menulis c. Menyemak d. Mengenal pasti latar belakang pengucapan (Tetamu Khas dan kahalayak, lokasi, jenis majlis, tujuan, dan temanya)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

e. Perancangan & membuat peyelidikan dan pengumpulan data/maklumat mengikut ; brain storming, brain maping,

tajuk

gunakan 5W+1H o what, o who, o when, o where, o why, o how. penyenaraian & susun ikut keutamaan pendahulian -------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi pertama --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Isi kedua -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Penutup ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

rajah tulang

isi ketiga penutup

isi pertama pendahuluan

isi keempat

isi kedua

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

rajah pohon pendahuluan

isi dua

isi satu

isi empat

isi tiga

penutup f. Mendraf/membuat kerangka isi kandungan dan pemeraman (Pilih dan susun maklumat. Satu idea satu perenggan. Mula dengan premis utama diikuti premis-premis sokongan. Dikuatkan dengan contohcontoh/petikan.)

g. Pemurnian dan penyuntingan Fakta yang disampaikan hendaklah memenuhi prinsip 4A Availibility - kebolehdapatan Validity - kesahihan Authenticity - menonjol Adequacy - kecukupan h. Pengesahan dan percetakan

8. Ucapan yang Bermakna a. Pengucap dan khalayak saling memerlukan. Pengucap memerlukan tumpuan khalayak. Khalayak berminat, yakin, dan memerlukan ilmu dan pengalaman pengucap. b. Khalayak memahami dan berminat dengan apa yang disampaikan. c. Pengucap bersedia mengubah gaya, laras, berdasarkan bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh khalayak. Bahasa tubuh ini boleh melambangkan tahap kefahaman yang menurun, atau bahan yang tidak relevan dengan mereka, atau intonasi/gaya yang mendatar, atau serius tanpa humur, atau penggunaan kata-kata, frasa, ayat yang sukar difahami, atau terdapat gangguan komunikasi, dan seumpamanya. d. Pengucap perlu bijak dan berhemah mengejutkan khalayak yang terkeluar daripada landasan dengan menarik balik perhatian mereka kepada apa yang diucapkan melalui pengubahan intonasi, laras, atau gaya. 9. Petua untuk Menjadi Pengucap yang Berjaya/Bermakna Petuanya ialah dengan bersedia. Berpegang kepada SEDIA, insya-Allah ucapan kita akan bermakna.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

a. Semak dan strategised pengucapan dengan mengenal pasti tetamu, khalayak, tajuk atau tema, serta lokasi ucapan. b. Elemen ucapan dirancang, dicari, dikumpul, disusun, dan diolah dengan bahasa yang indah agar ia boleh menarik minat, keyakinan, serta tumpuan khalayak. c. Data atau maklumat yang disediakan dibaca, difahami, dianalisis, dan dihayati dengan membuat suntingan-suntingan yang perlu serta dibuat latihan. d. Implimen apa yang telah disediakan dengan yakin dan penghayatan. Impresi pertama sangat penting. Mulakan bicara dengan menyediakan khalayak serta memperkenalkan tajuk dalam bentuk yang menarik. Suara yang lunak, sebutan yang jelas, intonasi yang pelbagai, gerak tubuh yang terkawal, menjadi perhatian dan daya tarikan terhadap ucapan. Dengari suara anda sendiri. Ketahui apa yang hendak diucapkan bukan bagaimana hendak mengucapkannya. Jangan membaca tetapi berucap berpandukan teks. e. Awasi khalayak dan bersedia dengan gangguan yang mungkin timbul serta bersedia untuk bertindak dengan mengubah intonasi, gaya, dan laras. Dalam perkataan lain menguasai proses komunikasi. Dalam komunikasi ada penyampai mesej ada penerima mesej. Apabila ada pengganggu komunikasi akan terganggu. Tumpuan penerima akan lari. Oleh itu penyampai harus bijak memanipulasi keadaan agar tumpuan dapat ditarik semula. Jika dapat mengikuti petua ini Gemuruh akan luruh Gementar dilontar Yakin dimangkin Ucapan dinantikan. Practice makes perfect. Tugasan 1. Bina satu teks ucapan pengetua/guru besar sekolahbagi Majlis Perasmian Sekolah baru. Menteri pelajaran akan merasmikan majlis tersebut

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Anda mungkin juga menyukai