Anda di halaman 1dari 8

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar

PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua
murid di Malaysia. Keupayaan membaca dan menulis yang merupakan sebahagian
daripada

kemahiran

berbahasa

merupakan

asas

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Para penyelidik
berpendapat jika kemahiran literasi membaca dan menulis tidak diperoleh dan dikuasai
dengan mahir, risiko kanak-kanak untuk gagal dalam sistem persekolahan akan meningkat
(Whitehurst & Lonigan 2001).

Kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang sangat penting dalam
menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca
dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Sehubungan itu, kemahiran
membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang diajar di sekolah sejak zaman
dahulu. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan petanda pencapaian
akademik yang paling signifikan.

Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran


tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman
globalisasi ini, dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, tahap
penguasaan kemahiran membaca dan menulis seorang kanak-kanak merupakan penentuan
bagi menguasai sesuatu ilmu pengetahuan.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), kementerian


berhasrat untuk menghasilkan murid yang menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris dan digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan haruslah dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Sebagai
seorang rakyat Malaysia, penguasaan Bahasa Melayu menunjukkan identiti nasional
seseorang. Oleh itu, permasalahan kemahiran membaca dan menulis mesti ditangani agar
dapat memartaubatkan Bahasa Melayu.

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


ISI
Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020.
Permasalahan kemahiran mambaca dan menulis bahasa Melayu di kalangan murid sekolah
rendah harus ditangani terutamanya di sekolah rendah luar bandar. Kebanyakan ibu bapa
terutama bagi keluarga yang tinggal di luar bandar memandang ringan terhadap kehadiran
anak-anak mereka ke sekolah. Apabila murid-murid tidak menghadirkan diri ke sekolah,
mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan kadang-kadang guru tidak akan
mengulang kembali pengajaran yang telah dilakukan dan ini telah menyebabkan salah satu
punca murid-murid tidak dapat membaca dan menulis.

Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti tidak memahami
isi kandungan teks yang dibaca. Hal ini adalah disebabkan oleh murid-murid yang lemah
sering keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca. Dengan itu, mereka
tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat. Murid-murid gagal membaca
kandungan teks dengan lancar dan secara tidak langsung mereka tidak dapat memahami isi
kandungan teks yang telah dibaca.

Selain itu, murid yang tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering
meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya juga salah
satu faktor yang menyebabkan mereka susah untuk memahami isi kandungan teks.
Akibatnya, mereka tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea
utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Apabila seseorang murid tersebut
tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan tidak memahami isi kandungan teks yang
telah dibaca, mereka akan menghadapi masalah membaca secara mekanis, iaitu bacaan
pantas. Mereka juga akan cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak
lama kerana tidak minat terhadap isi kandungan teks.

Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan masalah


seseorang murid menguasai kemahiran dan mata pelajaran lain. Murid yang menghadapi
masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata
pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran
membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


Inggeris, Sains juga terjejas. Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan
dengan kegagalan dalam peperiksaan. Murid yang gagal dalam peperiksaan banyak
dipengaruhi oleh kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang
dipelajari disebabkan oleh kegagalan mereka membaca dengan baik.

Permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan


merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, latihan
bacaan tambahan juga dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid. Kaedah latih tubi
yang dijalankan dengan kerap dalam bacaan dapat membantu sebutan serta kelancaran
murid. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran
membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat
menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas literasi awal untuk kanak-kanak. Hal
ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Oleh hal yang demikian, isu permasalahan kemahiran menulis amat dtitikberat
bagi masalah menulis di peringkat kanak-kanak sekolah rendah. Antara isu yang diutarakan
ialah murid tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan.
Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka tidak
dapat mengecam abjad dan tidak memahami maklumat yang ditulis. Ada segelintir murid
juga tidak pasti tanda baca yang sesuai untuk digunakan semasa menulis.

Di samping itu ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis juga
mneyumbang kepada masalah ini. Apabila murid tidak dapat memegang pensel dengan
betul, murid-murid tidak dapat menulis garis-garis perkataan dengan tepat dan tidak nampak
perbezaan ketara di antara huruf besar dan huruf kecil. Walaubagaimanapun ini bukanlah
titik noktah kepada murid-murid luar bandar yang mengalami masalah kemahiran membaca
dan menulis untuk mengatasinya. Semua pihak perlu sama-sama berganding bahu
mengatasi masalah ini. Guru sebagai orang paling hadapan perlu mempelbagaikan kreativiti
dan teknik pengajaran supaya dapat menimbulkan minat murid-murid menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) yang pelbagai dan
menarik perlu ditingkatkan lagi bagi menarik perhatain murid-murid. Pembinaan pelbagai

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


aktiviti menulis yang menarik dan penggunaan bahan bantu mengajar haruslah bersesuaian
dengan aras kebolehan murid.

Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Abdul Rasid Jamian dalam jurnalnya,
murid-murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik kerana mereka
belum menguasai kemahiran asas dalam menulis seperti memegang pensel dengan betul.
Banyak faktor yang menjadi punca permasalahan membaca dan menulis murid-murid luar
bandar. Faktor pertama ialah tahap kesihatan dan emosi murid-murid. Ini kerana gangguan
emosi sering menjadi masalah dalam pembelajaran. Murid-murid yang mempunyai emosi
takut, rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri menyumbang kepada masalah
menguasai kemahiran membaca dan menulis. Tahap kesihatan murid juga faktor penyebab
kepada permasalahan yang wujud ini.

Persekitaran menjadi faktor kedua dan terbahagi kepada dua iaitu persekitaran
sekolah dan persekitan kehidupan seharian. Dari segi persekitaran sekolah, sistem
kurikulum yang kompleks dan berubah-ubah menyebabkan guru terpaksa memenuhi
keperluan kurikulum melebihi keperluan murid-murid. Ini tidak dapat dielakkan kerana
sistem kurikulum terlalu dinamik dan cepat berubah. Dari segi persekitaran kehidupan pula,
murid-murid ini kekurangan pengalaman dalam kehidupan mengakibatkan mereka terikut
dengan sistem persekitaran kehidupan mereka yang terdedah kepada penggunaan bahasa
daerah dan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran Bahasa Melayu.

Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah


bagi mengatasi masalah membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah luar bandar.
Antara program yang sedang rancak dijalankan ialah Intervasi Awalan Membaca dan
Menulis ( KIA2M ), Program Literasi Dan Numerasi ( LINUS ) dan Program Pemulihan 3M
(PROTIM). Program-program ini dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebagai proses pemulihan ataupun pendekatan bagi mengatasi masalah pembelajaran dan
membantu perkembangan potensi murid serta meningkatkan keyakinan murid untuk
bersaing dengan rakan sebaya yang lebih cerdas di aliran pendidikan arus perdana.

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), anjakan
kedua yang diterangkan ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Hal
ini menunjukkan bahawa peningkatan kemahiran penguasaan bahasa Malaysia semua
murid akan menjadi keutamaan segera. Pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis
seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya.

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan
oleh kementerian bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah
terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk
membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini
akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep
pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan
menggunakan strategi penggabung jalinan.

Selain itu, Program Literasi Dan Numerasi ( LINUS ) dirancang dan dibentuk sebagai
penambahbaikan program sedia ada KIA2M. Perkataan LINUS terbentuk daripada
penggabungan perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi ia
bermakna Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini adalah untuk memastikan
semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada
akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. Dari aspek literasi, LINUS memastikan semua murid
tahap 1 berkeupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

PROTIM adalah perkataan singkat bagi Program Pemulihan Tiga M (membaca,


menulis, mengira). Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang
diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh
mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan. Sekiranya murid gagal dalam
ujian bahasa Melayu, maka murid ini akan mengikuti PROTIM Bahasa Melayu yang

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis.

Dalam PPPM, salah satu aspirasi murid yang ditekankan ialah pengetahuan murid.
Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran
literasi dan numerasi. Oleh itu, murid haruslah menguasai kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu agar mereka juga dapat menguasai mata pelajaran teras seperti
Matematik, Sains dan Sejarah. Bagi mengatasi masalah membaca dan meenulis di
kalangan murid, guru merupakan indiviidu yang paling penting dalam membantu muridmurid mengatasinya. Sebagai seorang guru haruslah kreatif dan inovatif dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik,
bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid amat diperlukan bagi
menarik perhatian murid. Perkembangan pembelajaran kanak-kanak adalah daripada
konkrit kepasa abstrak. Oleh itu, bahan-bahan konkrit yang digunakan untuk mengajar
pastinya dapat merangsang minda murid dan mereka senang untuk menerima ilmu
pengetahuan yang baru.

Selain daripada bahan-bahan konkrit, penggunaan media juga dapat memudahkan


guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima
untuk bertindak balas. Dalam PPPM anjakan-7 telah menerangkan bahawa memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan membantu memperkukuh
proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 sekolah. Murid akan memperoleh
akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Mereka akan dapat belajar
mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas melalui program
jarak jauh. Oleh itu, guru haruslah menggunakan kemahiran ICT dalam proses penganjaran
dan pembelajaran.

Umumnya, Kementerian telah menetapkan tiga matlamat bagi pembelajaran bahasa.


Salah satu matlamatnya ialah memupuk perkongsian identiti yang unik dalam kalangan
rakyat Malaysia melalui penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Malaysia. Bagi
menghasilkan murid yang menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia, kementerian telah
menetapkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan sekolah swasta yang berdaftar di bawah
Kementerian, bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar dan lebih 80% masa untuk

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


penyampaian kurikulum dijalankan dalam bahasa tersebut. Langkah ini bagi memastikan
murid mendapat pendedahan sepenuhnya kepada bahasa kebangsaan serta melengkapkan
murid dengan kebolehan membentuk dan menyampaikan pemikiran yang kompleks dalam
bahasa Malaysia.
Bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Kementerian telah melaksanakan
kurikulum Bahasa Malaysia untuk SJK dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid
yang memerlukan. Pada 2011, Kementerian telah memperkenalkan kurikulum baharu
Bahasa Malaysia yang dirangka khusus untuk mengajar murid yang bahasa ibundanya
bukan bahasa Malaysia dan murid yang melalui waktu pengajaran Bahasa Malaysia yang
kurang berbanding murid di SK. Kurikulum ini mempunyai keperluan standard pembelajaran
yang kurang pada Tahap Satu dan akan bertumpu untuk mencapai standard penguasaan
kemahiran yang sama dengan SK dan pentaksiran yang bersesuaian menjelang Tahun 6.
Pelaksanaan kurikulum ini bermula dengan murid Tahun 1 dan akan lengkap satu pusingan
pada 2016. Ibu bapa yang anaknya belum mencapai standard pembelajaran akan diberi
pilihan menghantar anaknya mengikuti kelas pemulihan selepas waktu sekolah mulai Tahun
4 hingga Tahun 6 atau mengikuti kelas peralihan.

Pelaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia untuk SK dan SJK telah mencapai aspirasi
murid yang terdapat dalam PPPM, iaitu kemahiran dwibahasa. Dalam aspirasi murid, setiap
kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurangkurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan
persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua
murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. Dalam hal ini, kita boleh lihat
betapa pentingnya kemahiran membaca dan menulis dalam bidang literasi.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam


memastikan kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran bahasa
Melayu. Ia juga turut memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan keupayaan
membaca dan menulis

jika guru dapat menggunakan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran yang baik. Dengan itu, Kementerian telah mentransformasi profesion


keguruan menjadi profesion pilihan (anjakan-4, PPPM). Kualiti seorang guru amat penting

EDU 3033 Murid dan Alam Belajar


bagi melahirkan murid yang cemerlang. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik
mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara.

Sebagai seorang guru yang profesion, guru haruslah berusaha membina


persekitaran yang kondusif dan memberikan motivasi kepada murid yang menghadpi
masalah membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Minat dan motivasi sangat dominan
dan berperanan dalam membina tabiat suka membaca. Di samping itu, dorongan dan
pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru. Minat yang tinggi terhadap membaca
membolehkan individu tersebut berjaya dalam kehidupannya. Murid yang lemah menguasai
kemahiran membaca akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi seperti disingkirkan
oleh kawan-kawan dan merasa rendah diri. Murid-murid ini akan berasa terasing dan tidak
dipedulikan menyebabkan mereka tidak minat belajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa
mengambil perhatian terhadap murid yang lemah membaca dan sentiasa memberi motivasi
kepada mereka untuk belajar. Persepsi guru tentang imej murid lembam sepatutnya dilayan
secara saksama dengan murid yang berkebolehan. Kesabaran serta ketekunan guru
amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya.

Kebolehan dan kreativiti guru menjadi agen utama mengubah pesepsi murid-murid
ini. Oleh itu guru-guru sekolah rendah terutamanya di sekolah rendah luar bandar perlulah
meningkatkan

profesionalisma

keguruan

dan

kemahiran

dalam

menyampaikan

pembelajaran Bahasa Melayu. Guru guru yang mempunyai sifat positif terhadap muridnya
sangat penting dalam mengatasi masalah ini di samping sokongan pihak pengurusan
secara berterusan. Jika semua ini diamalkan, tidak mustahil satu hari nanti tidak akan wujud
lagi masalah murid sekolah luar bandar mahupun bandar yang tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis.

Anda mungkin juga menyukai