Anda di halaman 1dari 10

Masalah Pembelajaran Kemahiran Membaca dan Menulis

Permasalahan murid-murid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa


tetapi juga masyarakat dan kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau
masalah pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi
dan persekitaran (Roselan 2003). Tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam
dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid,
persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan
untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru.

Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca
masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering
memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai
perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap
pembelajaran (Zulkifley 2006). Selain gangguan emosi terdapat juga masalah biologi
seperti masalah kesihatan fizikal dan fungsi neurologi murid. Akibatnya kesihatan
murid terjejas seperti penyakit keturunan, asma, sinutitis, sawan, kecacatan alat
artikulasi dan sebagainya sering menjejaskan minat dan tumpuan murid terhadap
pelajaran. Oleh itu, kepintaran atau kebijaksanaan berpunca daripada kecekapan
sel-sel neuron dalam otak manusia bukan sahaja mewujudkan pengetahuan tetapi
memberi pengalaman yang bermakna ia memberi pengalaman yang bermakna.

Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku


akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Sistem
persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin
terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan
waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran
merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan
murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara
mereka. Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana
pembelajaran di sekolah adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan
berbahasa yang tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan yang tidak
sihat menjadikan murid lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan
bahasa daerah, bahasa pasar juga sebagai penyumbang kepada permasalahan
pembelajaran Bahasa Melayu.

Pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai


kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran
membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri
merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma
amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah
diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang
rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah
petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan
mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.

Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah


membunyikan huruf yang seakanakan sama bentuknya, membunyikan huruf
tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti
menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi
dengan gaya yang betul. Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini
pasti memberikan masalah kepada mereka untuk melahirkan ekspresi melalui
tulisan. Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa
menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara
yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis garis perkataan dengan tepat
serta mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil dalam satu ayat.

Ketidakcekapan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis


menjadikan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan
sepenuhnya. Selain itu, faktor luar kawalan juga penyebab kepada masalah
penguasaan kemahiran ini antaranya masalah kecacatan, penyakit dan genetik. Hal
ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti kemiskinan dan kurang perhatian
daripada ibu bapa juga merupakan penyumbang kepada permasalahan menguasai
kemahiran membaca dan menulis.
Cara Mengatasi Masalah

Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat


menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan


sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam
pembelajaran. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM
seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus
berusaha membantu murid bermasalah dalam pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh
melalui matlamat Misi Nasional dalam tempoh 2006-2010, iaitu Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) tertumpu kepada projek membangunkan
prasarana sekolah di luar bandar, meningkatkan kadar kehadiran murid di sekolah
dan mengurangkan kadar keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih di sekolah
luar bandar serta mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin
dan murid berkeperluan khas.

Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi
merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan
Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan
Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Melalui program-program
yang dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid
ini. Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid
yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius
dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan
meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang
cerdas.
Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai
peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan
kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu
mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat
kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek
untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M
(Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan
pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM
telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi
keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008). Namun sekarang
program ini diberi perubahan tetapi matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang telah dicadangkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran pada 15 Januari 2010. Program ini memberi
penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta
ditambah dengan kemahiran asas kiraan serta memahami idea matematik yang
mudah.

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

▪▪ Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai


sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu
didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan
dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni,
muzik, dan sukan.

▪▪ Kemahiran Berfikir: Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta
inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya
untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks
akademik.

▪▪ Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait,


kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah
amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal
untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan,
berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

▪▪ Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia


sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai
bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan
tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya
berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari
bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

▪▪ Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian
dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam
kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang
kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga
berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.

▪▪ Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun
Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi. Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara
memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan
negara. Demi mewujudkan identity nasional yang sebenar, semangat
keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai
bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga
menghayati kepelbagaian.

11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN


ANJAKAN 1

MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI


BERTARAF ANTARABANGSA ·

- Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard


antarabangsa . ·

- Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017. ·

-Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)


untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir
kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. ·

- Meningkatkan kualitipendidikan Sains, Teknologi,Kejuruteraan, dan


Matematik(STEM). ·

- Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan


pendidikan vokasional. ·

-Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat


menjelang2020. ·

-Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid
berkeperluan khusus Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada
11tahun bermula pada umur 6 tahun.

ANJAKAN 2

MEMASTIKANSETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA


MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI
BAHASATAMBAHAN ·

- Melaksanakan KSSRBahasa Malaysia untukSekolah Jenis Kebangsaan dengan


sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan. ·

- Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris. ·


Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris. ·
- Menjadikan matapelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan
memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris. ·

- Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.

ANJAKAN 3

MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI ·

-Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih


tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. ·

- Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan


penyertaan murid dalam · 1Sukan, 1Kelab, dan1Badan Beruniform. ·

-Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara


interaksi antara jenis sekolah.

ANJAKAN 4

MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN


·

-Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai2013 supaya terdiri daripada kalangan


graduan 30% teratas. ·

- Merombak IPsetanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020. ·

- Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai


2013. ·

-Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.
·

- Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang


2016. ·

-Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar
bidang khusus menjelang 2016. ·
- Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas danproses
pensijilan mulai 2025.

ANJAKAN 5

MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP


SEKOLAH ·

- Memperkukuh criteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi


pengetua/guru besar mulai 2013. ·

-Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara


berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban y ang tinggi bagi
meningkatkan keberhasilan murid.

ANJAKAN 6

MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN


PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN ·

- Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik


dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014. ·

- Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi


kepada sekolah yang memenuhi criteria prestasi minimum. ·

- Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang


2015,bermula dengan Sabah dan Sarawak. ·

- Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan


kewangan yang saksama.

ANJAKAN 7

MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI


MALAYSIA ·

-Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui


1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. ·
- Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik
bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran
dalamSains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. ·

- Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarakjauh dan pembelajaran


kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa
mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

ANJAKAN 8

MENTRANSFORMASIKEBOLEHANDANKEUPAYAANPENYAMPAIANKEMENTERI
AN ·

- Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang
bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi
menambah baik keberhasilan murid. ·

- Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementeriandan JPN ditempatkan


di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014. ·

- Memperkukuh keboleh upayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan


utama mulai 2013. ·

- Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan


pelaksanaan mulai 2016.

ANJAKAN 9

BEKERJASAMA DENGAN IBUBAPA, KOMUNITI, DAN.SEKTOR SWASTA


SECARA MELUAS ·

- Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui
sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian di sekolah.

- Mendapatkan maklumbalas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan


kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

- Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja.
ANJAKAN 10

MEMAKSIMUMKANKEBERHASILANMURID BAGISETIAP RINGGIT ·

- Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan muridyang jelas dan merasional


program berimpak rendah pada setiap tahun. ·

- Memanfaatkan peluang kecekapan,dengan mengagihkan peruntukan kepada


bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

ANJAKAN 11

MENINGKATKANKETELUSANUNTUKKEBERTANGGUNGJAWABANAWAM
SECARA LANGSUNG ·

- Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013.

-Melaksanankan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025.

Anda mungkin juga menyukai