Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN

INDIVIDU

1.0 PENGENALAN
Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk
murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang
lebih cemerlang pada masa hadapan.
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri
ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, banyak membaca seperti surat
khabar, majalah dan sebagainya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang
dan juga dapat mengetahui isu-isu semasa di seluruh dunia. Tujuan membaca bagi
memahami sesuatu teks yang dibaca dan sesuatu kandungan teks memberi makna kepada
pembaca. Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan
merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna
antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang
mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui
pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung
pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca.
Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan
proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan
itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca
atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca
dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa
Melayu dan mata pelajaran tertentu.
Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bahawa
setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah
laku, amalan, bakat dan kebolehan.

2.0 Pendapat Tentang Artikel


Pada pendapat saya tentang artikel kajian ini, permasalahan kemahiran membaca
dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar menjadi
kebimbangan pada abad ini ialah apabila terdapat sesetengah pelajar yang tidak mampu
membaca dan menulis walaupun telah mencapai usia yang sepatutnya. Hal ini telah
menyebabkan banyak pihak terutamanya ibu bapa, pendidik dan masyarakat bimbang akan
hal ini akan berterusan. Memang tidak dinafikan bukan sahaja pelajar yang berada di
sekolah rendah di luar bandar yang tidak mampu membaca dan menulis namun yang lebih
merumitkan apabila terdapat pelajar sekolah rendah di bandar juga mengahadapi kesukaran
untuk membaca namun hanya segelintir dari mereka yang terlibat.
Pada pengenalan jurnal, penulis membincangkan kepentingan menguasai kemahiran
membaca dan tujuan utama menguasai kemahiran membaca. Tujuan utama membaca
adalah untuk memahami sesuatu teks dan kandungan teks yang dibaca yang boleh
memberi pengetahuanda kefahaman kepada pembaca. Kemahiran menulis pula sangat
berkait rapat dengan kemahiran membaca kerana dengan menguasai kemahiran menulis,
ianya dapat menjadi sebagai medium penyaluran maklumat dan sebagai salah satu bentuk
komunikasi di antara dua pihak.
Pada pendapat saya bahawa pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh
pihak berwajib terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) bagi mengatasi
masalah membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah luar bandar. Antara program
yang sedang rancak dijalankan ialah Intervasi Awalan Membaca Dan menulis ( KIA2M ),
Program Literasi Dan Numerasi ( LINUS ) dan Program Membaca Dan Menulis ( PROBIM ).
Program-program ini dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) sebagai proses
pemulihan ataupun pendekatan bagi mengatasi masalah pembelajaran dan membantu
perkembangan potensi murid serta meningkatkan keyakinan murid untuk bersaing dengan
rakan sebaya yang lebih cerdas di aliran pendidikan arus perdana.
Namun begitu, masih lagi terdapat murid-murid di luar bandar yang tidak dapat
menguasai Bahasa Melayu dalam membaca dan menulis. Hal ini kerana terdapat banyak
isu-isu penting yang menjadi punca permasalahan membaca dan menulis murid-murid luar
bandar yang digariskan oleh penulis.

3.0 Isu-isu Penting Menjadi Punca Permasalahan Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu di Luar Bandar
Isu pertama ialah murid-murid luar bandar tidak dapat memahami isi kandungan
teks. Isu ini adalah disebabkan faktor fizikal seseorang murid. Pada kebiasaanya kecacatan
yang ringan terhadap deria tidak akan menganggu keupayaan membaca. Namun kecacatan
yang teruk akan menganggu keupayaan untuk memahami sesuatu teks. Antara kecacatan
fizikal yang mampu menganggu keupayaan untuk memahami isi kandungan teks ialah
seperti penglihatan dan persepsi penglihatan. Bagi kecacatan fizikal penglihatan, terdapat
pelbagai punca atau sebab yang menganggu keupayaan membaca antaranya ialah Juling,
Amblyopiks dan Astigmatism. Juling menyebabkan fokus kepada sesuatu benda dengan
menggunakan kedua-dua biji mata. Hal ini akan menyebabkan imej sesuatu benda yang
sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuk. Amblyopiks ialah satu imej dari salah satu biji
mata tidak sampai ke otak manakala Astigmatism ialah kurangnya fokus cahaya pada salah
satu atau kedua-dua hujung retina menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Bagi
kecacatan fizikal persepsi penglihatan, terdapat sesetengah murid yang menghadapi
masalah dimana penglihatan mereka bercelaru. Antara simptom masalah tersebut ialah
perkataan yang dilihat seperti bercampur dan menghasilkan perkataan yang tidak
bermakna, perkataan yang dilihat oleh pesakit menjadi terbalik, pelajar yang menghadapi
kesukaran untuk membezakan makna dan perkataan menjadi seperti imej cermin.
Isu ini juga disebabkan oleh faktor Neurologikal. Neurologikal ialah kajian yang
berkaitan dengan otak, sistem saraf, tulang belakang, urat dan bahagian organ reseptor.
Sebahagian tisu ini memberikan kesan kepada kebolehan seseorang individu dalam
memahami sesuatu teks. Antara faktor neurologi ini berkaiatan dengan masalah kesihatan
seperti jangkitan kuman atau prakelahiran. Antara contoh adalah seperti kerosakan otak dan
neurologi tidak berfungsi. Bagi kerosakan otak, terdapat pelbagai punca yang boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan pada otak antaranya seperti penyakit atau kesan
bahan toksik yang mencemar otak atau sebahagian otak. Selain itu, kecederaan otak boleh
berlaku sejak seseorang itu dilahirkan. Hal ini akan menyebabkan berlaku perubahan yang
luar biasa terhadap bentuk otak. Manakala bagi neurologi tidak berfungsi ialah dimana otak
tidak dapat berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sepenuhnya sejak
dilahirkan. Selain itu, hyperlexia merupakan satu penyakit dimana penyakit ini akan
menganggu perkembangan bahasa seseorang. Simptom ini juga akan mengakibatkan
masalah ketidakupayaan memahami sesuatu teks yang serius.

Isu kedua ialah murid-murid luar bandar tidak memahami maksud ayat yang dibaca.
Isu ini adalah disebabkan segelintir daripada murid di luar bandar membuang atau
meninggalkan huruf-huruf yang ada pada sesuatu teks. Sebagai contoh, bunyi huruf,
perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah,
kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca
seperti Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan
imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya. Selain itu,
masalah seperti gantian yang dilakukan oleh murid-murid luar bandar juga salah satu faktor
tersebut. Sebagai contoh, murid-murid tersebut menggantikan huruf atau perkataan dalam
ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang
digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat. Di samping itu,
sesetengah murid di luar bandar menambah perkataan atau huruf pada sesuatu teks.
Sebagai contoh, bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah
disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti Saya suka makan
rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
Isu tersebut berlaku juga disebabkan pembalikan huruf, perkataan atau frasa secara
terbalik atau songsang. Sebagai contoh, Bala disebut laba, manakala pembalikan
perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contohnya, Dia
makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
Isu tidak memahami maksud ayat yang dibaca oleh murid-murid luar bandar adalah
disebabkan tidak kenal huruf. Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama
kebanyakan kanak- kanak gagal membaca Bahasa Melayu dengan baik. Keadaan ini
menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Isu ini berlaku
adalah disebabkan murid-murid salah sebutan terjadi akibat murid-murid tidak mengenal
huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak
bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Isu ketiga ialah murid-murid luar bandar tidak dapat membezakan huruf besar
dengan huruf kecil bagi permasalahan menulis Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan
ketidakcekapan murid-murid itu sendiri. Kekeliriuan untuk mengenal huruf kecil dan huruf
besar semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul, salah menyebut
perkataan yang dieja mengakibatkan murid-murid tidak memahami maklumat dan bahan
bacaan tersebut. Apabila ini berlaku, ini mengakibatkan murid-murid tidak dapat
mengekpretasi bahan bacaan ke dalam bentuk tulisan. Di samping itu, ketidakcekapan
koordinasi matadan tangan semasa menulis juga menyumbang kepada masalah ini. Apabila
5

murid tidak dapat memegang pensel dengan betul, murid-murid tidak dapat menulis garisgaris perkataan dengan tepat dan tidak nampak perbezaan ketara di antara huruf besar dan
huruf kecil. Hal ini telah menyebabkan murid-murid luar bandar sukar untuk menulis Bahasa
Melayu dan menjadi lembam.
Isu yang keempat ialah murid-murid luar bandar tidak dapat menulis karangan yang
bermakna. Hal ini disebabkan oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas yang
tidak jelas. Sebagai contoh, cara dan gaya guru dalam mengajarkan karangan di dalam
kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu taiuk yang
diajarkan, demi memenuhi keperluan peperiksaan. Hal ini ditunjukkan, misalnya, perihal
guru yang mengejar masa untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran dan mengikut kehendak
dan perancangan Panitia Bahasa Melayu. Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan,
dan proses mengarang diabaikan. Justeru, pengajaran guru kurang memberi pendedahan
tentang kemahiran, teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas. Masalah menulis ini
juga disebabkan oleh ketidakterlibatan murid itu sendiri dalam menghayati, menaruh minat
dan memberi kesungguhan mereka untuk menguasai ilmu menulis karangan. Dengan yang
demikian, murid-murid luar bandar kurang bersedia untuk menulis. Ini mungkin disebabkan
kurangnya maklumat dm ilmu serta minat yang ada dalam diri mereka. Selain itu,
kelemahan ini ditambah lagi dengan kelemahan menyusun ayat dan himpunan tatabahasa
mengakibatkan karangan itu mengikut kewajaran murid itu sendiri tanpa berpadukan format
karangan yang sebenar dan tidak bermakna.

4.0 Kesimpulan (Cara-Cara Membantu Seorang Guru Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Bilik Darjah serta Kaitan Dengan 11 Anjakan dan 6 Aspirasi
Murid)
Walaubagaimanapun ini bukanlah titik noktah kepada murid-murid luar bandar yang
mengalami masalah kemahiran membaca dan menulis untuk mengatasinya. Semua pihak
perlu sama-sama berganding bahu serta bekerjasama mengatasi masalah ini dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas seperti dalam 11 anjakan yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu anjakan yang kesembilan,
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Dalam anjakan
9 ini, ia adalah untuk melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak
mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian di sekolah, mendapatkan
maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti
guru mulai 2016 dan menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang
2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja.
Guru sebagai orang paling hadapan perlu mempelbagaikan kreativiti dan teknik
pengajaran yang menarik supaya dapat menimbulkan minat murid-murid menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Penggunaan ICT yang pelbagai dan menarik perlu
ditingkatkan lagi bagi menarik perhatian murid-murid seperti dalam 11 anjakan yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu anjakan yang
ketujuh, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dalam
anjakan 7 ini, ia adalah untuk menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran
maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah, menambahkan kandungan dalam
talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris
serta memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira
lokasi atau tahap kemahiran murid.
Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar dan mengikut kemampuan murid
dapat membantu meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu
seperti sentiasa menyediakan pelbagai bahan rujukan yang sesuai bagi setiap murid
semasa waktu kelas subjek Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan kemahiran
berfikir murid-murid seperti dalam 6 aspirasi murid iaitu aspirasi kedua, Kemahiran Berfikir.
Dalam aspirasi 2 ini, ia mendefinisikan bahawa setiap murid akan belajar cara memperoleh
ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan
7

mengamalkan

pembelajaran

sepanjang

hayat)

untuk

membolehkan

mereka

menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif,
serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya
untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Pihak sekolah juga perlu secara konsisten mlaksanakan program-program peningkatan
akademik contohnya dengan mengadakan keles pemulihan sepanjang tahun.
Guru perlu mempelbagaikan latihan membaca dan menulis agar dapat menjadikan
pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, mengadakan kaedah perbincangan.
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid
berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan suatu isu atau masalah. Dalam kaedah
ini, guru memilih seorang murid untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan tersebut. Hal ini
supaya dapa melahirkan murid-murid yang mempuyai kemahiran memimpin pada masa
hadapan seperti yang dalam 6 aspirasi murid iaitu aspirasi ketiga, kemahiran memimpin.
Dalam aspirasi 3 ini, ia mendefiniskan bahawa dalam dunia yang semakin saling berhubung
kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah
amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam
pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan
kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Secara kesimpulanya, jurnal ini merumuskan setiap murid ini sebenarnya
mempunyai potensi untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kebolehan dan
kreativiti guru menjadi agen utama mengubah pesepsi murid-murid ini. Oleh itu, guru-guru
sekolah rendah di pendalaman perlulah meningkatkan profesionalisma keguruan seperti
dalam 11 anjakan terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
iaitu anjakan yang keempat iaitu, Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Dalam
anjakan 4 ini, ia adalah untuk mengetatkan syarat kemasukan guru mulai2013 supaya terdiri
daripada kalangan graduan 30% teratas, merombak IP setanding dengan standard bertaraf
dunia

menjelang 2020, meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional

Berterusan (CPD) mulai 2013, memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras
pengajaran mulai 2013, melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan
prestasi menjelang 2016, memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar

pengajaran,

dan

pakar

bidang

khusus

menjelang

2016

serta

membudayakan

kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas danproses pensijilan mulai 2025.


Guru-guru yang mempunyai sifat positif terhadap pelajarnya sangat penting dalam
mengatasi masalah ini di samping sokongan pihak pengurusan secara berterusan. Jika
semua ini di amalkan, tidak mustahil satu hari nanti tidak akan wujud lagi masalah murid
sekolah luar bandar mahupun bandar yang tidak menguasai kemahiran membaca dan
menulis.

RUJUKAN

10

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Boon Pong Ying dan rakan-rakan (2009). Murid dan Alam Belajar, Siri Pendidikan Guru,
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan.
Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbit Multimedia
Sdn. Bhd.
Muhammad Syazwan Safwan Bin Jaafar (2008). Murid dan Alam Belajar
Muat turun pada 10 Mac 2015 dari
http://www.scribd.com/doc/4246981/Behaviorisme-dan-konstruktivisme

11

LAMPIRAN

12

Anda mungkin juga menyukai