Semasa saya mendapat tugasan ini, saya tidak mempunyai idea untuk
menghasilkan poster yang berkaitan dengan ahli-ahli matematik terkenal. Pada
mulanya, ahli-ahli matematik terkenal yang saya tahu ialah Leonardo Da Vinci,
Archimedes dan Rene’ Descartes. Selepas saya membaca sumbangan-sumbangan
mereka, akhirnya saya telah memilih Archimedes dan Rene’ Descartes. Antara
sebab saya memilih kedua-dua tokoh ini adalah sumbangan-sumbangan mereka
yang telah banyak membantu kepada kita.
Pada masa itu, kapal yang dibuat oleh Archimedes adalah kapal yang
terbesar. Untuk dapat mengimbang, kapal ini harus dikeringkan dahulu dari air yang
menggenangi dek kapal. Kerana besarnya kapal ini, jumlah air yang harus
dipindahkan pun amat banyak. Kerana Archimedes menciptakan sebuah alat yang
disebut "Sekrup Archimedes". Dengan ini air dapat dengan mudah disedot dari dek
kapal. Ukuran kapal yang besar ini juga menimbulkan masalah lain. Massa kapal
yang berat, menyebabkan ia sulit untuk dipindahkan. Untuk mengatasi hal ini,
Archimedes kembali menciptkan sistem katrol yang disebut "Compound Pulley".
Dengan sistem ini, kapal tersebut beserta awak kapal dan muatannya dapat
dipindahkan hanya dengan menarik seutas tali. Kapal ini kemudian diberi nama
Syracusia, dan menjadi kapal paling fenomenal pada zaman itu.
Beliau dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212
sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Tentera Rom tidak
mengetahui siapa sebenarnya. Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di
Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau
telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Sumbangan-sumbangan mereka ini telah membakarkan semangat saya
untuk mempelajari matematik. Selain itu, sumbangan-sumbangan mereka juga
menyebabkan saya untuk memilih mereka untuk menghasilkan poster. Semasa saya
menghasilkan poster ini, saya mencari gambar-gambar di google untuk menjadikan
latar belakang poster tersebut. Saya telah memilih gambar peta untuk menjadikan
latar belakang poster tersebut. Seterusnya, saya memasukkan gambar-gambar
mereka dengan menyatakan biodata ringkas dan juga sumbangan mereka.
Pada pandangan saya, poster adalah media gambar yang memiliki sifat
persuasif tinggi kerana menampilkan suatu persoalan (tema) yang menimbulkan
perasaan kuat terhadap khalayak. Yang terpenting dari poster adalah
menyampaikan pertanyaan terhadap persoalan di atas, bukan memberikan solusi
atau jawabannya. Inilah yang membuat poster berbeda dengan ilustrasi biasa.
Tujuan poster adalah mendorong adanya tanggapan (respon) dari khalayak dan
akan lebih baik apabila kemudian digunakan sebagai media diskusi. Kelebihan
poster adalah ilustrator dapat mengembangkan dramatisasi gambar yang
berseberangan, berbeda dan menimbulkan konflik dengan pandangan khalayak.
Meskipun foto dan gambar slide dapat juga digunakan dengan cara yang sama,
tetapi poster lebih biasa kaya dengan kreasi. Fokus dan tema dari poster perlu
diperhatikan dan memiliki relevansi dengan khalayak agar emosinya biasa
ditangkap.
1. Mudah dilihat
3. Terstruktur
Poster harus memiliki komposisi yang sesuai kerana di dalam sebuah poster
terdapat dua unsur utama iaitu gambar dan teks. Maka penempatan kedua unsur
tersebut harus terstruktur dan mengikuti kaedah yang ada.
Kedua unsur poster yakni gambar dan teks haruslah yang mudah difahami.
Maksudnya berisikan gambar atau teks yang jelas agar tidak yerjadi kesalahan
penafsiran.
RUJUKAN
Cikgu Marzuqi (2012). Tokoh Matematik. Muat turun pada 20 September 2014 dari
http://www.slideshare.net/Cikgu_Marzuqi/tugasan-1-12547618
John Jordan (2012). Tokoh Matematik Barat. Muat turun pada 20 September 2014
dari http://itusaya.wordpress.com/tokoh-matematik/tokoh-matematik-barat/