Anda di halaman 1dari 9

MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM SISTEM

PENTAKSIRAN BAGI GURU TINGKATAN 6


2014

PEMANTAPAN PEDAGOGI PENGAJARAN :TEKNIK


PENYOALAN

KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat

Kandungan
Panel Penulis
isi Kandungan
Pengenalan

Objektif

Konsep KBAT

Teknik / strategi penyoalan

Aras Taksonomi Bloom dan Anderson

Huraian Ringkas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Anderson 8


Tiga jenis pemikiran aras tinggi

Faedah pelaksanaan

Penutup

Lampiran

Powerpoint

Lampiran

Soalan perbengkelan

PENYELARAS
En.Shaharizan bin Shamsuddin
Bahagian Pendidikan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

PANEL PENGGUBAL MODUL


Dr.Hjh. Fatimah binti Mohd Dahalan
(Ketua)
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
Bandar Enstek 71760 Negeri Sembilan
tim7508@gmail.com

Dr.Hj. Ismail Bin Said


Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
01000 Kangar
Perlis
isma1269@yahoo.com

MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN GURU


TINGKATAN 6 BAGI TAHUN 2014 ( TEKNIK PENYOALAN)
Pengenalan
Penyoalan merupakan sebahagian kemahiran pedagogi yang perlu ada pada setiap
guru. Teknik penyoalan yang berkesan mendorong dan merangsang pemikiran pelajar.
Guru Tingkatan 6 mempunyai kemahiran menyoal bukan sahaja berupaya mendorong
dan merangsang pemikiran murid malah mampu meningkatkan keyakinan diri muridmuridnya dan menggerakkan murid yang segan atau pendiam.
Objektif
Objektif Modul Pemantapan Pedagogi Pengajaran :Teknik Penyoalan,
1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran


Mendedahkan teknik penyoalan yang efektif
Mengaplikasikan teknik penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran
Menggabungjalinkan kemahiran penyoalan dan kemahiran berfikiran aras tinggi
Mengintegrasikan kemahiran penyoalan dan i-Think

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Konsep penyoalan
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas
murid. selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi
muka, isyarat dan konteks fizikal.
soalan -> maklumbalas -> reaksi selepas maklum balas
Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik
darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat
dan merangsang aktiviti mental
Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab
sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini adalah
4

bertujuan untuk menarik perhatian pendengar dan mengajak mereka agar memberikan
respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea
yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat Beliau
tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk
difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh
Rasulullah SAW adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh
serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (menyoal):
Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masingmasing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada
kekotoran yang masih tinggal?
Jawapan daripada pengikut beliau:
Tidak akan ada kekotoran sedikit pun Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa
dengannya
Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda
sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan
menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat
menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh
Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda
mengambil buah dan memakannya dan berkata:
Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama
keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia
mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah SWT, dan sesungguhnya ia
seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?
Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan
akhirnya Rasulullah SAW telah memberikan jawapan:
Ia adalah pohon kurma
Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut mengetahui
jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau adalah paling
muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu.
Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi
sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman,
menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang sebenar
kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu menggunakan
perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk menambahkan kefahaman

dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap dalam fikiran atau minda
murid.
Teknik / strategi penyoalan (Tujuan penyoalan)
Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Merangsang penglibatan murid


Mengulangkaji
Merangsang murid untuk berbincang
Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
Menguji kebolehan murid
Menilai kemajuan murid
Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai
Menarik minat murid
Mengawal tingkah laku murid
Menyokong sumbangan idea murid
Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Aras Taksonomi Bloom dan Anderson


1. Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari
klasifikasi. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan
pendidikan.
Terdapat tiga kategori kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar dalam
taksonomi ini iaitu kognitif(pemikiran), afektif(rohani) dan psikomotor(jasmani).
Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 Peringkat
Taksonomi Bloom dalam domain kognitif ialah:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

2. Taksonomi Anderson
Namun pada tahun 2001, Anderson pula telah menambah baik taksonomi di mana aras
paling rendah ialah mengingat diikuti memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan pada hirarki paling tinggi ialah mencipta.

Huraian Ringkas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Anderson

Tiga jenis pemikiran aras tinggi


i.

Pemikiran kritis
Menginterpretasi, menguji, menilai, memberi justifikasi, mengkritik, merumus,
membuat spekulasi, mempertikaikan, membuat keputusan.
ii. Pemikiran kreatif
membuat hipotesis, mereka bentuk, membina semula, mencipta, membuat
modifikasi, memperkembangkan, mengimaginasi, bercambah fikirian, menyelesaikan
masalah
iii. Pemikiran Analitikal
membanding, membeza, mengaitkan, memilih, menentukan, menemu bual,
mengenal pasti, menggabung, mengkategorikan, enyelidik, membuat ujikaji, dan
membuat inferens.
Pemikiran aras tinggi adalah melibatkan pemikiran yang lebih tinggi daripada hafazan
atau menyatakan semula , malah melibatkan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal.
8

Pemikiran aras tinggi memerlukan kita melakukan sesuatu dengan fakta yang ada. Kita
perlu:
o memahami fakta tersebut,
o membuat perkaitan antara fakta,
o mengkategorikan fakta ,
o memanipulasinya,
o menggabungkannya dalam cara baharu
o mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah
Faedah Pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diasimilasikan dengan kurikulum sedia
ada melalui pelbagai strategi pengajaran membolehkan;
o Pelajar yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding,
menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan
mengukuhkan pembelajaran.
o Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna
untuk membantu pelajar belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi
pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri.
o menentukan apa yang perlu dilakukan, meramal, menghasilkan satu idea baru,
satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat keputusan dengan tepat,
membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.
Penutup
Dengan berfikir secara tersusun, manusia dapat mengurus kehidupan dengan lebih
baik dan berani menghadapi cabaran yang mendatang kerana mampu membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah