Anda di halaman 1dari 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

SEKAPUR SIREH

Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Terengganu yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester September 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Encik Ahmad Fuad kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

HBAE 1403

HBAE 1403

DAFTAR KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR 2.1 Cat Air 2.2.Cat Poster 2.3 Cat Minyak 2.4 .Media Pastel 2.4.Cat Arkilik 3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR 1.Aspek Kognitif 3.2.Aspek Fizikal 3.3.Aspek Emosi 3.4 Aspek Sosial 4. PORTFOLIO KANAK-KANAK 4.1 Teknik Menggambar 4.1.1 Teknik lukisan. 4.1.2 Teknik Catan 4.1.3 Teknik Kolaj 4.1..4 Teknik Montaj 4.1.5 Teknik Cetakan 4.1.6 Teknik Resis 4.1.7 Teknik Gosokan 4.1.8 Teknik percikan 4.1.9 Teknik Mozek 5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI) 5.1 Viktor Lowenfeld dan Britain 5.2 Hurwitz dan Day 6.KESIMPULAN 7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID 8.BIBLIOGRAFI

1.PENGENALAN 4

HBAE 1403

Antara kepentingan mempelajari teknik menggambar di sekolah rendah ialah yang pertama iaitu, murid akan dapat membuat pemerhatian secara aktif terhadap sesuatu hasil seni atau bahan kerja yang mereka hasilkan. Ini bukan saja akan dapat meningkatkan ketajaman akal fikiran murid- murid malah menggalakkan proses penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik menggambar yang mereka aplikasikan ketika menghasilkan sesuatu karya. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan , berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid ketika menghasilkan karya. Selain itu murid juga dapat memperkembangkan deria penglihatan kerana kemahiran menggambar juga melibatkan pancaindera lain . Melalui teknik menggambar juga dapat membantu dalam perkembangan emosi dan imaginasi murid. Seperti contoh, untuk menghasilkan sesuatu karya murid sebenarnya melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Pemahaman murid tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan menggambar di sekolah. Melalui aktiviti ini juga, murid akan dilatih dalam membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini kerana ketika menghasilkan sesuatu karya seperti lukisan perkara utama yang perlu diambil kira ialah pemilihan tema. Melalui aktiviti menggambar secara tidak langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Melalui aktiviti ini juga, murid akan dapat mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan khususnya ketika penghasilan karya dilakukan. Peringkat ini menggalakkkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Seperti contoh teknik krayon dan warna air memerlukan murid supaya dapat mengimbangi pemilihan warna yang sesuai bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki. Proses ini bukan saja akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah seperti teknik yang terdapat dalam kegiatan menggambar. Ini kerana semasa berinteraksi dengan alat dan

HBAE 1403

bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia member peluang kepada murid belajar secara tidak langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan analisis tentang hasil kerja yang mereka hasilkan. Selain itu, murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang setelah proses menghasilkan karya yang pertama.Antara kepentingan lain mempelajari kegiatan menggambar di sekolah ialah dapat membina apresiasi seni visual secara mudah kepada murid. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui penghasilan karya mereka. Selain itu, dalam mempelajari aktiviti menggaambar ini murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan seperti kesedaran dalam menjaga alam sekitar mahupun keprihatinan terhadap makhluk Tuhan yang lain seperti binatang. Selain diberi pengalaman membuat aspresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Secara umum murid dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.Pendidikan Seni dalam peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya lebih berimaginatif, kreatif. Berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Impak daripada kepentingan aktiviti menggambar dapat dinilai dari segi perkembangan sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang kepada individu bagi mendapat dan memperkukuhkan penyataan diri melalui pernyataan tampak.

HBAE 1403

2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR 2.1. Cat Air

Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit atau bumi.

Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan basah tersebut. Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah. Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan warna tersebut. Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang.

Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret.

HBAE 1403

Gambar 2. 1.1: Cat air

Gambar 2.1.2 : Lukisan menggunakan cat air 2.2. Warna Poster Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas. Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras. Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna putih atau warna terang yang lain. Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan. Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut. Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan. Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas permukaan warna yang salah. Pastikan warna tersebut kering dahulu. Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati semasa mewarna. Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi, potret, poster dan logo. 8

HBAE 1403

Gambar 2.2.1: cat poster

Gambar 2.2.2: lukisan menggunakan cat poster 2.3. Cat Minyak Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster. Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna. Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet. 9

HBAE 1403

Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan. Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna baru. Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras.

Gambar 2.3.1: cat minyak

10

HBAE 1403

Gambar 2.3.2:lukisan menggunakan cat minyak

2.4 .Media Pastel Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

Gambar 2.4.1: Cat Oil Paster

11

HBAE 1403

Gambar 2.4.2: Lukisan menggunakan oil paster 2.5.CatAkrilik Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering Di perkenalkan pada tahun 1940-an. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto Bahan tara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

12

HBAE 1403

3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR DARI ASPEK KOGNITIF, EMOSI, FIZIKAL DAN SOSIAL Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, serta Aspek Sosial dan Emosi. 3.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 3.2.Aspek fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.Melalui aktiviti menggambar juga, kanak-kanak boleh 13

HBAE 1403

mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri. 3.3Aspek Emosi Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini pula akan mencetus perubahan dalam badan, dan terhasilah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu, daya pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat, semakin matang pengawalan emosinya. Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaannya. Ini kelihatan terutamanya ketika melukis dalam seni visual. Sekiranya emosinya stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur.

14

HBAE 1403

3.4 Aspek sosial Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatanbulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial

4. PORTFOLIO KANAK-KANAK 4.1 Teknik Menggambar Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan

15

HBAE 1403

kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek . Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini. 4.1.1 Teknik lukisan. Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar. 4.1.2 Teknik Catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau 16

HBAE 1403

abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul. 4.1.3 Teknik Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. 4.1..4 Teknik Montaj Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni. 17

HBAE 1403

4.1.5 Teknik Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain. 4.1.6 Teknik Resis Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. 4.1.7 Teknik Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah 18

HBAE 1403

dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. 4.1.8 Teknik percikan Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikanpercikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan. 4.1.9 Teknik Mozek Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

19

HBAE 1403

5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI) 5.1 VIKTOR LOWENFELD DAN BRITAIN Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh. 1.Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. 2.Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan

pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.Contohnya ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbezabeza. 20

HBAE 1403

3.Peringkat Schematic (7-9 Tahun ) Pada peringkat ini Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diulang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Contohnya kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Mereka mulai tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi . 4.Peringkat Dawning (9-12 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu .Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri .Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhatihati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. 5.Peringkat Pseudonaturalistic ( 12-14 Tahun) Pada peringkat ini Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yan dihasilkan tidak menarik. 21

HBAE 1403

6.Peringkat Perioad if (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek .Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni 5.2 HURWITZ DAN DAY Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. 1.PERINGKAT MANIPULATIF ATAU ZAMAN KANAK-KANAK (2-4 TAHUN) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan pen dan pensel. 22

HBAE 1403

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang menarik. 2.PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL ( 6-9 TAHUN) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun.Pada peringkat ini kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma, lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. 3.PERINGKAT PRA REMAJA (10-13 TAHUN) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura 23

HBAE 1403

pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. 5.KESIMPULAN Pendidikan seni visual dalam aktiviti menggambar di sekolah termasuk melukis, catan, kolaj, mozek ,montaj, dan sebagainya. Menerusi aktiviti menggambar ini ia dapat membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual mereka akan mempelajari cara membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas, mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk belajar kepada kanak- kanak untuk lebih mengingati pelajaran yang dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya makumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka. Selain daripada itu , di dalam melaksanakaan aktiviti pendidikan seni visual juga ,guru pendidikan seni visual perlu memahami teori-teori yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan kanaak-kanak.Antara teori-teori dalam bidang seni visual ini adalah seperti yang di perkenalkan oleh HURWITZ DAN DAY (2001) VIKTOR LOWENFELD DAN BRITAIN (1987). Pengetahuan yang mendalam dalam teori-teori seni ini dapat membantu guru memahami kehendak, dan kemampuan murid-muridnya, memahami

24

HBAE 1403

dumia pemikiran kanak-kanak serta dapat membantunya

menyediakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuaian kepada murid- muridnya.

Menerusi aktiviti menggambar juga seseorang guru pendidikan perlulah memberikan motivasi kepada murid-muridnya bagi merangsang minat murid dalam berkarya.Berikut adalah cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan seni visual dalam aktiviti menggambar. 1.Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan hasil karya mereka. 2.Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan member tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh membunuh minaat murid terhaadap seni visual. 3. Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. 4. Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. 5. Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual.

25

HBAE 1403

6. Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya. 7. Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik

7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID

26

HBAE 1403

BIBLIOGRAFI 1. Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka 2..Haslinda Madon(2007) HBAE 1403 Menggambar,.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. 3.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Modul Pendidikan seni sekolah rendah(Jan 2011) Kuala Lumpur, Institut Pendidikan Guru ,Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.Panduan Pengajaran Seni Visual tahun 2 (2011) Kuala Lumpur . Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.Prof Dr.Hj.Abdul Syukor Hashim ( etc ) (2007)Perkembangan seni kanak-kanak.Kuala Lumpur: Open University Malaysia. 7.Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. 8.Theoryhttp://www.davidcloss.com/express.html) 9. http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html 10. http://www.anneahira.com/teknik-teknik-melukis.htm

27

Anda mungkin juga menyukai