Anda di halaman 1dari 8

MSL3062

SEJARAH SENI TAMPAK MALAYSIA

TAJUK :
Sejarah Seni Tampak Tradisional
(Kraf) di Malaysia

NAMA: MUHAMMAD SADIQIN BIN SHAFIE


NO MATRIK: D0142069202
PROGRAM: ISMP GEOGRAFI
SEMESTER: 5
NAMA PENSYARAH : MURIZA BINTI MUSTAFA

1.0 PENGENALAN KRAF TRADISIONAL


Seni kraf merupakan satu hasil kerja seni yang sangat halus, dan indah. Ia terzahir
daripada bentuk, gaya, sifat, garisan, gerak dan warnanya yang menarik. Kebiasaannya
barang-barang kraf digunakan untuk kegunaan harian dan upacara adat resam atau
upacara keagamaan pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang. Warisan seni kraf
yang masih lagi terpelihara sehingga kini seperti batik, tenunan, ukiran, anyaman, tekat,
tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri. Seni kraf merupakan lambang kebudayaan atau
identiti sesebuah masyarakat, serta warisan bangsa dan pusaka. Seni kraf dihasilkan oleh
manusia yang bertamadun dan ia juga berkembang mengikut peredaran zaman. Hasil
ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai keunikan yang
tersendiri.

2.0 SEJARAH SENI KRAF TRADISIONAL

Seni kraf boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan
yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun.
Kebudayaan awal di Malaysia adalah dikenali sebagai kebudayaan zaman Mesolitik.
Suatu ketika dahulu nenek moyang orang Melanesia dan Polinesia di kawasan pasifik
masih tinggal di gua-gua batu bagi melindungi diri dari ancaman bahaya. Pada zaman ini
mereka mengamalkan cara hidup seperti berburu untuk meneruskan kehidupan. Terdapat
peninggalan sejarah berbentuk artifak seperti serpihan tembikar, perkakas hiasan seperti
gelang, cincin, sisir batu, tempat memasak dari tanah yang dikeraskan melalui proses
pembakaran.Pada zaman Mesolitik, konsep kebudayaan seperti memburu dan
menggumpul sangat mempengaruhi bentuk kraftangan Melayu. Kesan dari peninggalan
kebudayaan fizikal ,masyarakat Mesolitik pada zaman itu telah meninggalkan kesan
artifak seperti kapak batu dan tombak batu di lenggong Perak yang kini dijadikan sebagai
artifak kraf.

Perubahan cara hidup mereka telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan.
Waktu lapang yang lebih panjang menjadikan mereka mempunyai naluri estetik yang
muncul dalam kehidupan mereka. Jika sebelum ini barangan kraf yang mereka hasilkan
lebih ke arah fungsi fizikal untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat
fungsi dan nilai estetik. Sejak dari itu mereka mula menghias peralatan harian.Serpihan
seramik yang bercorak yang ditemukan di Gua Cha di Kelantan maka jelaslah ianya
terbukti.
Penemuan peralatan zaman Neolitik menandakan bukti tentang kesedaran estetik
dalam penciptaan kraftangan Melayu. Kehalusan seni kraf dapat dikatakan sebagai
bermulanya kesedaran nilai dan estetik. Penemuan barang perhiasan telah ditemukan
seperti tembikar berukir yang dihias dengan kulit siput, kulit kerang, keratan buluh dan
kayu berukir.Dalam nilai estetik terdapat penggunaan bahan alam semulajadi sebagai
unsur hias masih berterusan hingga kini. Kesan daripada prinsip dan kepercayaan yang
diamalkan oleh mereka maka terbentuklah hasil kraf yang dihasilkan oleh mereka. Hasil
kraf yang mereka hasilkan selain memiliki fungsi fizikal dan fungsi estetik mereka juga
menyerapkan unsur-unsur kepercayaan. Bukti tersebut telah ditinggalkan dari peninggalan
zaman Neolitik seperti batu lintar cincin, lukisan gua dan sebagainya.

Pada peringkat awal perkembangan kraf di Malaysia adalah sebagai bentuk kerja
sambilan sekadar untuk mengisi masa lapang. Kegiatan seperti mengukir, menenun,
menganyam dan membatik dilakukan pada waktu lapang. Sebagai contoh bagi masyarakat
petani, pada waktu yang lapang diisi dengan kegiatan berseni dan penyediaan keperluan
fizikal keluarga, seperti pembuatan alat-alat pertanian, memperbaiki rumah dan
sebagainya. Tidak terkecuali juga dengan masyarakat nelayan, musim tengkujuh
digunakan untuk hiburan dan memperbaiki peralatan perikanan mereka seperti perahu,
jaring sebagainya.

Menurut Muhamad Afandi Yahya, kegemilangan kraftangan bermula semenjak


golongan istana atau sultan mengangkat darjat seniman kraf senagai seniman istana atau
dengan kata lain menjadi pelindung yang menghidupkan kesenian tersebut. Kegemilangan
kraftangan ini dibuktikan dengan mengangkat kraftangan sebagai simbol status sebuah
pemerintahan.Contohnya seorang raja yang tidak mempunyai istana yang indah dengan
penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja yang belum sempurna dan kurang
martabatnya. Statusnya juga dianggap lebih rendah dari raja yang mempunyai istana yang
berukir.

Perkampungan kraf yang wujud di zaman kesultanan ini telah mempengaruhi


kraftangan di zaman kesultanan Melayu. Sultan juga sebagai petron kepada seniman kraf,
secara tidak langsung juga mempengaruhi bentuk dan mutu hasil kraftangan.Ketika ini
konsep golongan bangsawan sebagai tuan telah menyebabkan seniman kraf menaburkan
segala kemampuan yang dimiliki untuk menaikkan nama tuannya. Kraf juga telah
diangkat sebagai simbol status kepada raja oleh itu peranan seniman kraf semakin besar
maka tercetuslah zaman kegemilangan kraf di Malaysia.
Pada awal abad ke-12 di pantai timur dan abad ke 13 di pantai barat Semenanjung
Malaysia, setelah kemasukkan ajaran Islam dan pengaruh pengaruh ajaran Hindu di
Malaysia mula tehakis. Islam menjadi pengaruh yang kuat selepas pengaruh Hindu.
Agama Islam mula menjadi pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu di Malaysia.
Ajaran Islam mula merasap Islam ke dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga
akhirnya menyingkirkan sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Sejak kemunculan Islam
perubahan pegangan hidup ini telah mengubah struktur sosial dan gaya hidup masyarakat
Melayu Malaysia. Pengaruh Islam yang begitu luas dan mendalam dalam kehidupan
masyarakat mengakibatkan segala aktiviti masyarakat dikaitkan dengan prinsip dan ajaran
Islam.

Kesan dari pengaruh agama Islam ini telah mengubah bentuk dan konsep kraftangan di
Malaysia. Secara konseptual, nilai-nilai keislaman diterapkan dalam hasil kraftangan.
Motif-motif fauna digantikan dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan serta ukiran kaligrafi
Islam. Sejak dari itu hasil karya yang dikaitkan dengan Islam dan kepercayaan mendapat
tempat yang istimewa. Kebanyakan seniman kraf mula mencurahkan kemahiran krafnya
pada istana, masjid dan surau dalam bentuk ibadat.

Perkembangan kraf di Malaysia terjejas kerana hadirnya perkembangan pengaruh


penjajahan khususnya Inggeris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Kesan daripada
penjajahan Inggeris mampu mengubah pemikiran juga mengubah pola hidup masyarakat
Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu mula mengagungkan cara hidup barat atau
kebudayaan popular menyebabkan masyarakat Melayu di Malaysia membelakangi cara
hidup tradisional. Pengaruh Inggeris ini mula meresap ke dalam kehidupan Melayu.
Masyarakat Melayu mula menggunakan peralatan yang berasaskan sains dan teknologi
menjadi pilihan bagi golongan elit dalam kehidupan harian. Kesenian tradisi mula
tergugat dan mula tersisih dalam kehidupan masyarakat. Sejak kemunculan awal
penjajahan Inggeris, tiada usaha-usaha secara nyata yang dilakukan pentadbir Inggeris di
Malaysia untuk meningkatkan perkembangan kraf.

Namun demikian, setelah Inggeris lama bertapak di tanah melayu, peranan


pentadbiran Inggeris telah memainkan peranan penting dalam perkembangan seni kraf di
Malaysia. Setelah kursus pertanian dan pertukangan di pusat pengajian tinggi dibuka.
Peranan pemerintah Inggeris dapat dikatakan sebagai tunas ke arah perkembangan baru
dalam seni kraf di Malaysia untuk jangka masa yang panjang. Namun demikian kesan
fizikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat.

Kraftangan di Malaysia semakin menunjukkan perkembangan yang positif setelah


kemerdekaan. Kaum Melayu mula mempunyai kesedaran tentang semangat nasionalisme
bangsa Melayu. Kesenian mereka mula berunsurkan kebangsaan dan menunjukkan
perkembangan yang menggalakkan. Pengaruh budaya popular walaupun pada peringkat
awal kemerdekaan masih lagi mempangaruhi masyrakat Malaysia, namun usaha-usaha
positif telah mula dilakukan oleh pentadbiran baru kerajaan Malaysia untuk mengekalkan
warisan dan budaya masyarakat Melayu.

Seni kraf mula dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan yang berharga.Usaha
kerajaan untuk memajukan dan merealisasikan seni kraf sebagai sebuah industri. Kuasa
tersebut diserahkan kepada Rural and Industrial Development Authority atau RIDA pada
tahun 1958. Rancangan Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 Majlis Amanah
Rakyat atau MARA telah mengambil alih tugas RIDA. MARA didirikankan bertujuan
untuk menggalakkan masyarakat Melayu ikut serta dalam bidang perniagaan. Hasil usaha
itu juga bidang seni kraf telah dipilih untuk dijadikan industri moden. Kebanyakkan
seniman kraf di Malaysia terdiri dari masyarakat Melayu itu sendiri. Bagi menjaga
standard kualiti kraf dan juga kebajikan seniman kraf, Handicraft Development Centre
telah ditubuhkan pada tahun 1967. Tujuan tersebut adalah untuk memberikan khidmat
nasihat berbentuk latihan, teknikal, dan keuangan kepada pengusaha dan seniman kraf.
Hasil daripada usaha tersebut, khirnya seni kraf di Malaysia berubah status dari cottage
industry menjadi industri moden.

Apabila kraf berkembang menjadi industri moden, Seni kraf Melayu mulai beroperasi
kembali oleh masyarakat Melayu. Jenis-jenis kraf seperti ukiran, tenunan, batik, dan
sebagainya yang satu masa dulu hampir dilupakan oleh masyarakatnya sendiri, mulai
diberikan nafas baru. Seni kraf mula dianggap bermakna dan boleh mendatangkan
keuntungan. Kini seni kraf tidak lagi dipandang sebagai kegiatan waktu lapang atau
sebagai kegiatan yang berkaitan dengan minat malah ia dapat membina masa depan
Negara.
Peredaran zaman telah membuatkan manusia terus berkembang dari segi teknologi dan
juga cara hidup. Peredaran masa yang cukup panjang telah mempengaruhi perkembangan
kraf di Malaysia. Hasil kraftangan merupakan hasil budaya yang tidak lepas dari struktur
sosial budaya, agama dan masyarakat. Malaysia telah melalui beberapa pengaruh sosial
budaya, politik dan agama sebagai masyarakat yang bertamadun. Kesan daripada
pengaruh-pengaruh tersebut secara tidak langsung telah mencorakkan bentuk dan fungsi
kraftangan Malaysia.

3.0 NILAI-NILAI DI SEBALIK KRAF TRADISIONAL


Ukiran Kayu

Ukiran kayu merupakan seni pertukangan tangan atau dikenali sebagi kraftangan
tradisional yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran
Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada
memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir
dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Seni ukiran ini sangat terkenal sejak dahulu lagi kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000
spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang
sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
4.0 RUJUKAN

Mohd Arof Ishak. 2007. The Malay Civilization. Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd Supian Sabtu. 2005. Arkeologi dan Kesenian: Dalam KonteksArtifak dan
Feature di Semenanjung Malaysia. Malaysia dari segi Sejarah. Persatuan Sejarah
Malaysia.

Zulkifli Hanafi. (2000). Pola-Pola Hiasan Di Dalam Bangunan Tradisional Melayu.


(Decorative Patterns in Malay Traditional Building). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zawiyah Baba. 2010. Warisan Seni Ukir Melayu. ATMA, UKM.

Ismail Said. Research Report: Visual Composition of Malay Woodcarving of Traditional


Houses in Peninsular Malaysia. Research Management Center, Universiti Teknologi
Malaysia, March 2001.

Anda mungkin juga menyukai