Anda di halaman 1dari 70

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSEP SENI VISUAL


Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk
kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri.
Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik
mahupun aspek gunaan.
Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap
penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai
hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni Visual disekolah rendah, lebih
menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
karya seni yang melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan.
Dalam proses ini, anda boleh menyentuh
mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti
individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid
anda dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.

PENGERTIAN SENI
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Tiga
(1997), seni membawa maksud halus iaitu kecil,
elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai
suara, comel bentuk badan.
Seni II: membawa maksud karya sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat atau
kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Menurut Ensiklopedia Malaysia (1996)iaitu satu
istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indahindah pada pandangan pancaindera manusia
samada melalui penglihatan atau pendengaran

PENGERTIAN DALAM TEORI SENI


VISUAL

KONSEP PSV UNTUK MURID BEKERLUAN KHAS


Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan
denganrawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal
Keperluan Terapi
1. Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan
dengan kehidupan seharian.
2. Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
3. Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran.
4. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan
psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

TERAPI SENI
Objektif :
- mengembangkan bakat dan kreativiti
- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor
pelajar
- menilai keindahan alam dan warisan budaya
- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna
yang betul
- menghasilkan karya seni yang kreatif
- memberi peluang ke arah pengembangan diri
pelajar / kerjaya

Objektif Melukis :
melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel,
gunting dsb)
menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas
meja, udara, pasir)
menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat,
memegang, menama dsb / mengetahui fungsi alatan /
membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan
mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan
teknik. )

PENGENALAN
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR,menggambar adalah satu bidang yang
menegaskan:
perkembangan persepsi dan kemahiran seorang
murid
Kemampuan murid terhadap aspek melukis serta
membuat gambar yang menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi dalam
penghasilan sesebuah karya
Penerokaan media dan teknik
Perkembangan imiginasi, kreaiviti dan ekspresi diri
Kesedaran tentang asas senireka

Definisi Menggambar
(i) Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.
(ii) Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi
warna di atas permukaan rata.
(iii) Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental
Seseorang
(iv) Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas
tentang sesuatu objek
(v) Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
(vi) Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
(vii) Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau objek

KEPENTINGAN MENGGAMBAR
Menurut Gaitskell dan Huewitz (1970)
terdapat 4 cara bagaimana guru dan
murid-muridnya berbincang mengenai
hasilkerja seni:
1. Apa yang kamu lihat ( penerangan)
2. Bagaimana objek/imej itu disatukan?
(Analisa)
3. Apakah yang ingin disampaikan oleh
seseorang artis itu ? (Interpritasi)
4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu

Dari aktiviti menggambar bermulanya


proses murid berkomunikasi dengan
diri sendiri, rakan guru dan keluarga
mereka, secara tidak langsung
mereka meluahkan perasaan
berkaitan dengan pengalaman dan
apa yang dilihat oleh mereka dalam
bentuk visual.Apabila luahan dibuat
secara langsung atau tidak
langsung , Maka murid sudah boleh
menilai dan menghargai sesuatu
dalam kehidupan mereka.

CATAN
Definisi Catan
Catan adalah satu proses menyapu
warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata.
Ia mewakili gambaran pemikiran
atau rekaan tertentu sama ada yang
nyata atau abstrak.
Satu hasil kerja estetik dicipta
dengan mengaplikasikan warna
basah ke atas permukaan 2D.

Baha
n

Bahant
ara

Pengua
t

Sifat-sifat

Bahan
Warna
Poster

air

Pengilat
larut air

bersifat legap dan tebal cepat kering boleh


lutsinar tetapi tidak seperti cat air sesuai di
permukaan kertas

Warna
air

air

Gam arab

bersifat lutsinar, lembut bersifat tebal


sekiranya disapu
berlapis-lapis sesuai di permukaan kertas

Cat
akrilik

Air/minya
k

Plastik
cair putih

bersifat lutsinar dan legap cepat kering


kesan seperti cat air dan cat minyak kalis air
dan minyak
dihasilkan di permukaan kanvas

Cat
minyak

turpentin
e

Minyak
linsid

bersifat legap dan tebal lambat kering


hanya sesuai untuk permukaan kanvas

Temper
a

air

Kuning
telor

bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air


sesuai di permukaan kanvas dan kertas

Gouach
e

air

Gam arab

bersifat lutsinar dan legap cepat kering


sesuai di permukaan kertas

Fresko

Kapur
plaster

Air/kapur

bancuhan pewarna dan air disapukan ke


atas lapisan kapur plaster yang masih
lembap. Ia sesuai untuk menghasilkan catan
dinding atau mural

KOLAJ
Definisi
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal
sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Mencantum potongan gambar menjadi satu
komposisi.
Berbagai bahan dilekat pada sesuatu permukaan
khas.
Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan
daripada berbagai media.
Satu teknik menggambar dimana foto, keratan
akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat
dan disatukan diatas satu permukaan.
Teknik diman imej bergambar atau coarak berjalinan
dihasilkan secara superimpose diantara satu sama
lain.

MONTAJ
DEFINISI
Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan
untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar.
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya
bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan
carayang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.

Corak

Corak ialah hasil daripada


ulangan motif yang
berterusan.

Corak Bebas

Corak Terancang

Corak
Setengah
menurun

Corak
Ulangan
Ogee

Corak
Ulangan
Kembar

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


3DIMENSI
Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai
pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam
menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan
reka bentuknya perlu dirancang dan diperhalusi agar
hasilnya menepati spesifikasi yang dikehendaki.
Ia berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau
bentuk ilusi. Bentuk semula jadi dan buatan manusia boleh
disentuh, dilihat dan dirasa.
Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan
tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang
mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat
digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
ton, jalinan, warna dan ruang. Dalam sebutan lain, bentuk
ilusi disebut bentuk maya.

Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni


Tiga Dimensi
Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga
dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus
belajar dan berkarya. Pelajar akan mengenal dan mengesan ciri-ciri
objek tiga dimensi antaranya:
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,
membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau
tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6.Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan

PENGERTIAN ARCA
Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang
bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya.
Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura
manusia kerana faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai
sindiran dan teladan.
Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus
peratus. Ia telah mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada
konsep abstrak. Arcawan British bernama Henry Moore dan Alberto
Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau
distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.
Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis
yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan
perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaum Jah Hut dan
Mah Meri mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan tadi.
Perkembangan arca yang bersifat konseptual dan distailisasikan

KATEGORI
ARCA

ARCA ESTETIK
Bahan peragaan/tatapan
Sebagai hiasan dalam/luar
bangunan
Punyai makna yang
mendalam dan pengetahuan
yang intelektual

ARCA BERFUNGSI
Boleh diguna pakai sebagai
alat permainan, tempat
permainan kanak dan
lanskap .
Sebagai alat ritual,
penyembahan dan
keagamaan
Keperluan domestik

PENYEDIAAN LAKARAN IDEA

Penentuan bentuk arca dan jenis bahan perlu


ditentukan lebih awal. Olahan idea perlu
berpandukan kepada asas dan prinsip seni reka
berdasarkan kepada perkara-perkara berikut;
Menentukan subjek dan tema
Menentukan alat dan media
Membuat tumb-nail-print (membuat lakaranlakaran kecil)
Memilih salah satu lakaran yang terbaik
Memperinci lakaran

PROSES MEMBENTUK ARCA


Setelah penyediaan lakaran ide selesai proses berikut
merupakan urutan yang perlu dilakukan;
Membuat model kecil/prototaip
Membuat kerangka atau struktur
Membuat arca yang sebenar
Kemasan dan persembahan

ARCA ASEMBLAJ
Asemblaj (assemblage) merupakan
karya dua dimensi atau tiga dimensi
yang terhasil daripada gabungan
pelbagai bahan terpakai. Ia
merupakan cabang daripada abstrak
ekspressionisme.

ARCA STABAIL
Stabil berasal dari perkataan stabileyang
bermakna statik, kukuh dan mantap.
Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan,
menguasai ruang dan menghidupkan
persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh,
berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu
kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan
berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk
abstrak.

ARCA MOBAIL
Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan
tersendiri, muncullah idea untuk mengapungkan
atau menggunakan ruang atas udara sebagai
kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang
seterusnya diterima sebagai karya seni. Arca
sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca
mobail dipelopori oleh Alexander Calder (18981976) iaitu seorang pengarca dan jurutera
Amerika Syarikat. Arca mobail yang sifatnya boleh
bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik.

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

BATIK
Perkataan batik berasal dari indonesia
yang membawa maksud membawa
maksud rintik-rintik putih yang ada
pada kain yang berwarna atau
bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik
bermaksud titik manakala dalam
bahasa Jawa pula batik bermaksud
setitik lilin.

JENIS-JENIS BATIK
Terdapat empat jenis teknik batik:
(i) Batik blok yang menggunakan blok kayu
yang kemudian digantikan dengan blok
tembaga untuk menghasilkan corak.
(ii) Batik skrin yang menggunakan
pemidang skrin dan corak dihasilkan
melalui leker.
(iii) Batik tulis atau canting yang
menggunakan alat canting dan melilinkan
bahagian untuk dibuat corak.
(iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).

UKIRAN KAYU
Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan
sifat gerak yang bermula dari suatu punca
dan terus timbul perlahan serta berlikuliku.
Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan
sama ukur di antara bahagian yang positif
dengan yang negatif.
Bentuk dan motifnya terkawal dengan
keadaan yang sederhana serta tiada unsur
yang berlebihan.

Terdapat 4 jenis ukiran:


(i) Layang
Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak
ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.
(ii) Tebukan tembus (timbul silap)
Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu:
(a) bersilat
(b) tanpa silat
(iii) Timbul
Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak
ditebuk separuh/sebahagian
Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan
ukiran layang.
(iv) Ukiran larik:
Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

TENUNAN
DEFINISI TENUNAN
Tenunan dihasilkan daripada jalinan
benang lonseng (yang menunggu)
dengan benang pakan (yang
mendatang).
Tenunan songket adalah dipercayai
berasal daripada kerajaan
Dongson di Kemboja sebelum ianya
diperkenalkan di negara ini.

JENIS TENUNAN
Terdapat tiga jenis tenunan yang
popular di Malaysia iaitu:
(a) Tenunan Pahang
(b) Tenunan songket (kain benang
emas)
(c) Tenunan Pua

ANYAMAN
DEFINISI ANYAMAN
Anyaman merupakan satu proses menjalin, atau
menjaring-jaringkan atau menyilangkan helaian
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti
daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu
dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan
helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam
ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang
dan lain-lain lagi yang dikeringkan.

TEKAT
DEFINISI
Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu
proses menyulam benang emas ke atas kain dasar
iaitu baldu. Ada juga yang menamakan seni ini
sebagai seni hias permukaan kain secara timbul
atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha
tekatan.
Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera.
Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias
hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan
yang timbul dari permukaan dasar kain kerana
bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.

PANDANGAN TOKOH TENTANG PSV


PLATO
ABDULLAH
MUHAMAD
NAKULA
IBNU
KHALDUM

ARISTOT
AL

TOKOH

AL
FARUQI
FELDMA
N

JOHN
DEWEY
WALTER
GROPIU
S
CHAPMA
N

PLATO(384 Sebelum Masehi322 Sebelum Masehi),

Lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran


Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham
yang diterimanya
Bahasa persuasif menggunakan unsur persuasif
seperti logik,perwatakan dan nilai moral
Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan,
kesejahteraan dan keindahan.
Seni dibincang dengan kaitannya dengan
perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa
kesejahteraan
Seni dapat mencipta sesutu persekitaran
kebudayaan dan meningkatkan perpaduan.

Aristotle (384 Sebelum Masehi322 Sebelum


Masehi
)
Pelukis sebenarnya
tidak meniru benda alam tetapi

memberi struktur bentuk yang universal kepada benda


alam.
Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari
dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk
dalam cerita puisi itu.

Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang
universal kepada pokok. Dengan stuktur bentuk universal itu kita
dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik.
Dengan stuktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan
perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan
untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberi penekanan
kepada bentuk dan stuktur sesuatu hasil atau karya.

Fungsi PSV adalah untuk


memimpin kanak-kanak
kearah satu fahaman seni
sebagai satu cara
penyusunan pengalaman

Aktiviti seni merupakan


satu pengalaman kepada
kanak-kanak.

JOHN DEWEY
(1859-1952)

PSV adalah satu proses


untuk mengembangkan
kecerdasan manusia

Sekolah seharusnya
memberi kanakkanakkebebasan untuk
perkembangan fizikal,
emosi dan intelektual
melalui seni

WALTER
GROPIUS
(18831969)
Seni visual seharusnya berfungsi dlam memberi
faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk
menyatakan hasrat diri sahaja.
Kepentingan prinsip asas seni reka diterapkan dalam
barangan harian keluaran industri dengan
menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi

Chapman

Seni adalah untuk masyarakat kerana adalah berasaskan


kepada kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli
masyarakat dan seni amat bermakna jika kreativiti
menjadi unsur yang diutamakan dan masyarakat
menitikberatkan imiginasi yang direlitikan
Feldman

Seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan


seni kepada manusia

Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat PSV KSSR


Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah
rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat, dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif PSV
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan
selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan
bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang berfaedah

Tumpuan utama Seni Visual


merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif
dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua
aspek kehidupan

Menghargai
nilai baik
dalam semua
aspek
kehidupan

Apresiasi seni
visual secara
mudah

Pemerhatian
secara aktif

4 Aspek
utama

Interaksi yang
kreatif dan
kritis dengan
alat dan bahan

Pemerhatian secara aktif


Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid.
Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam
dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej
mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke
arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat


dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat
penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan.
Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor
dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid
membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat.
Proses pembelajaran ini amat penting kerana
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan
yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni
pada masa akan datang.

c. Apresiasi seni visual secara mudah


Apresiasi seni visual memberi pengalaman
kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil
kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara
seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian,
karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada
tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan
mereka.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek


kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni
visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.
Ini termasuklah memelihara dan memulihara
alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan,
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat
membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila
berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

Anda mungkin juga menyukai