Anda di halaman 1dari 15

BATIK

SEJARAH BATIK DI MALAYSIA

BATIK MERUPAKAN SATU BIDANG KRAFTANGAN YANG UNGGUL DI MALAYSIA. SEJAK ABAD KE-15 MASIHI LAGI
MANUSIA TELAH MENEMUI KAEDAH PEMBUATAN BATIK SECARA TRADISIONAL.

PADA MASA DAHULU, MASYARAKAT MELAYU MENGGUNAKAN UBI KENTANG SEBAGAI ALAT PENGECAP TETAPI KINI
KAIN BATIK TELAH DIUSAHAKAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT-ALAT MODEN.

BATIK MULA DIPERKENALKAN DI NEGARA KITA KHUSUSNYA DI NEGERI KELANTAN SEJAK TAHUN 1910 LAGI. BATIK
BERASAL DARI INDONESIA DAN TERBIT DARI PERKATAAN JAWA ‘TIK’ YANG BERMAKSUD MENITIK ATAU MENULIS
TITIK-TITIK. AMBATIK PULA BERMAKSUD MELUKIS, MENULIS, MEWARNA ATAU MENITIK.

DI ALAM MELAYU, SEJENIS BATIK YANG DIPANGGIL BATIK PELANGI TELAH DIPERKENALKAN SEJAK TAHUN 1770-AN
LAGI. DI MALAYSIA KEBANYAKAN KILANG PERUSAHAAN BATIK BANYAK TERDAPAT DI KELANTAN DAN TERENGGANU.
Berikut adalah sejarah kraf batik:

2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi

Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China


Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka
Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul
dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada
tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin
diperkenalkan di Kelantan

Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia
BATIK BLOK

• BATIK Blok ialah salah satu teknik untuk menghasilkan corak batik. Di Pantai Timur ia lebih dikenali
sebagai Batik Cap atau Batik Terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok membabitkan
penggunaan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewarna hitam semula jadi dan teknik
awal ini dikenali sebagai `Terap Hitam'. Pada tahun 1920-an penggunaan lilin dalam proses penerapan
diperkenalkan.
• Corak-corak blok keluli lebih kemas daripada blok kayu. Selain itu, blok-blok khas disediakan untuk
menerap lilin pada bahagian kepala kain, kapit kain dan badan kain. Alat-alat yang diperlukan: Blok -
diperbuat daripada kepingan tin atau zink yang dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan. Ia digunakan
untuk menerap lilin ke atas permukaan kain
• Bahan-bahan yang digunakan: Kain putih - jenis kain kapas. Campuran lilin - lilin paraffin, lilin lebah,
damar (rosin) dan minyak kelapa. Bahan pewarna - dyestuff jenis napthol, Remazol, fabric dye, Bahan
merebus kain - soda ash.
• Kain putih,kosong dibentangkan rata di atas permukaan meja pengecap Lilin cair diterapkan ke atas permukaan kain.
• Proses ini perlu dilakukan dengan kemas dan teliti mengikut susunan dan tataletak motif-motif batik Bahan-bahan
campuran lilin dan damar dipanaskan sehingga cair di dalam periuk leper dan permukaan blok dicelupkan ke dalam
lilin cair.
• Kain yang dicelup warna akan dijemu sehingga kering. Kemudian kain ini direbus dengan air yang bercampur bahan
soda ash untuk menanggalkan kesan-kesan lilin serta lebihan bahan pewarna pada kain Kain yang sudah siap diterap
lilin, dicelupkan ke dalam bahan pewarna. Proses menerap dan mencelup warna ini dilakukan berulang kali dengan
menggunakan blok dan perwarna berbeza untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna.
• Biasanya warna yang terang dan cerah digunakan terlebih dahulu, diikuti dengan warna-warna yang lebih gelap
Akhirnya kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering
Menerap

Menerap ialah proses mengecap permukaan blok atau sarung bunga yang telah dicelup ke dalam campuran lilin cair yang
panas di atas permukaan kain dasar yang telah dibentang di atas meja penerap. Terapan yang dilakukan mengikut bahagian dan
reka corak yang telah ditetapkan. Selepas terapan pertama, kain akan dicelup dengan pewarna. Kebiasaannya, warna muda atau
lembut digunakan untuk celupan pertama ini.

Menerap Berulang

Proses menerap berulang atau terapan kedua adalah sama dengan proses terapan pertama cuma terapan kedua dilakukan
dengan menggunakan blok dan warna yang berbeza. Warna yang lebih gelap atau lebih tua digunakan supaya mengimbangi
warna celupan pertama. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan batik blok.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja
melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat,
dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses
mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna
putih sebagai benteng
Mencanting

Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke
dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Lakaran lilin ini
dilakukan bagi menghalang bahan pewarna daripada bercampur dan meresap masuk ke kawasan lain. Proses ini juga adalah
antara proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan batik canting
Mewarna

Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna
semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran
warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Antara teknik-teknik batik
adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan
sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan
menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa.
Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna
yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam.
Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash.
Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh
sekali lagi dan dibilas.
merebus
Merebus

Merebus merupakan proses terakhir dalam pembuatan batik. Kain akan direbus di dalam larutan air bercampur serbuk soda
(soda ash) mengikut sukatan. Tujuan merebus kain adalah untuk menanggalkan liln dan lebihan pewarna pada kain batik.
Kemudian kain batik dibasuh menggunakan air bersih dan dijemur ditempat yang teduh dan berangin.
• Batik Skrin
• Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah
melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang
diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses
pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan
diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini
disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Pemakaian kain batik sebenarnya melambangkan status perkahwinan si pemakai

Antara contoh cara pemakaian dan maksud sebaliknya ialah:

1. Kepala kain di belakang melambangkan anda sudah berkahwin


2. Kepala kain di hadapan melambangkan anda seorang anak dara
3. Kepala kain sebelah kiri melambangkan anda telah kematian suami atau lebih dikenali
sebagai balu
4. Kepala kain sebelah kanan melambangkan anda seorang janda yang bercerai hidup

Anda mungkin juga menyukai