Anda di halaman 1dari 18

TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 1

Topik
1
Konsep
Pendidikan
Seni Visual

HASI L PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah
rendah;
2. Menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah
rendah;
3. Menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah
rendah;
4. Menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan
5. Menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual.
PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada
seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan
corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik
mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan
2 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni
visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan
kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai
perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang
rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai
yang disebutkan.
Apakah yang anda faham tentang seni visual?
Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni
lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Rujuk Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Seni Tampak
Sumber: http://images.google.com/images
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 3
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu:
(a) menggambar;
(b) membuat rekaan dan corak;
(c) membentuk dan membuat binaan; dan
(d) kraf tradisional.
Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih
luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman
aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan
nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan
dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi
ilmu yang diperolehi bersama.
1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL
Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid anda seharusnya
dapat:
(a) Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
(b) Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;
(c) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran
dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan
kerjaya;
(d) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka
cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
(e) Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni
visual;
4 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
(f) Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran
lain;
(g) Menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh
seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan
antarabangsa;
(h) Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;
(i) Menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam
persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup; dan
(j) Menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT
TENTANG SENI VISUAL
Mari kita menghayati pendapat dari tokoh-tokoh barat berikut:
- PIatn - WaItcr Grnpius
- AristntIc - Eand dan Chapman
- PcstaInzzi - Lansing
- Hcrbcrt Rcad - Junc McFcc
- Frank Cizck - FcIdman
- Jnhn Dcwcy
(a) Plato (427/428 Sebelum Masehi347 Sebelum Masehi)
Rajah 1.2: Plato
Sumber: http://www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html
SEMAK KENDIRI 1.1
Semasa membaca mengenai pendapat setiap tokoh di bawah ini, cuba
anda catatkan penekaan dan sudut pandangan dalam petikan itu.
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 5
Pada pendapat Plato:
- Iukisan adaIal liga kaIi lorpisal dari kobonaran,
- pombaca puisi momainkan porasaan dongan iIlam yang dilorimanya,
- balasa porsuasif monggunakan unsur porsuasif soporli Iogik, porvalakan
dan nilai moral;
- soni dan pondidikan porIu dipandukan kopada kobonaran, kobaikan,
kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan;
- soni dibincang dongan kailannya dongan porIakuan, aklIak, niIai dan
moral untuk membawa kesejahteraan; dan
- soni dapal moncipla sosualu porsokilaran borkobudayaan dan moningkalkan
perpaduan.
Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan,
kebaikan atau nilai moral, kesejahteraan dan keindahan.
Pada zaman Plato, estatik mcrupakan satu iImu yang tcrscndiri. Dalam bidang
seni hari ini, terdapat seni visual, seni muzik, seni tari, seni puisi, seni silat,
seni teater dan lain-lain lagi. Seni visual adalah bidang yang beri tumpuan
kepada tampakan atau penglihatan. Di bawah seni visual pula bidang seperti
lukisan, catan, arca dan sebagainya. Apapun bidang itu, soal asal pokoknya
berasaskan seni
Rajah 1.3: Bidang seni kini
6 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya dan puisi
dengan konsep ilhamnya. Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran.
Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat
oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau
konsepnya mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu
pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh tuhan. Maka lukisan
adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan ramai
memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa
pelajar teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan).
Mengikut Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton
juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi
mendapatkan ilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan
semasa membaca puisi. Maka puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran.
(b) AristntIc (384 Sebelum Masehi322 Sebelum Masehi), lihat Rajah 1.4.
Pada pendapat Aristotle:
- poIukis sobonarnya lidak moniru bonda aIam lolapi mombori sluklur bonluk
yang universal kepada benda alam; dan
- pombaca puisi sobonarnya lidak mondapal iIlam dari dova lolapi moncapai
kartasis dengan stuktur bentuk dalam cerita puisi itu.
Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang universal
kepada pokok. Dengan stuktur bentuk universal itu kita dapat mengenali
pokok. Maka seni itu adalah baik. Dengan stuktur bentuk dalam puisi itu, kita
dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh
digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberi penekanan
kepada bentuk dan stuktur sesuatu hasil atau karya.
Rajah 1.4: Aristotle
Sumber: http://clendening.kumc.edu/dc/pc/a.html
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 7
(c) PcstaInzzi (17461827), lihat Rajah 1.5.
Pada pendapat Pestalozzi, semua kanak-kanak sepatutnya diberi peluang
belajar seni sama ada berbakat seni atau tidak. Caranya adalah seperti belajar
tulisan dan geometri dan tidak beza dari mata pelajaran lain. Konsep ini
memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan tangan tetapi tidak
pada keistimewaan seni yang membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri.
Pestalozzi juga percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah juga
diajar dengan menekankan konsep pendidikan sepanjang hayat (life-long)
terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal.
(d) Hcrbcrt Rcad, lihat Rajah 1.6.
Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya
adalah seperti Education Through Art dan History of Moden Art. Beliau
telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut
beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang
Rajah 1.5: Pestalozzi
Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/pestalozzi.html
Rajah 1.6: Herbert Read
Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/herbetread.html
8 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara
penting dalam seni seperti berikut:
- oksprosi diri dan komunikasi,
- pomorlalian dan pongolaluan konsop moIaIui aklivili lampak, dan
- aprosiasi dan lindakbaIas individu lorladap lasiI korja orang Iain.
Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni
lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai Moden Art is as old as
man. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak
yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai
peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa
dengan konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat
bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua negara. Seni
boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi
penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.
(e) Frank Cizck (18651946), lihat Rajah 1.7.
Rajah 1.7: Frank Cizek
Sumber: http://www.aeiou.at/aeiou.encyclop.data.images.c/c505882a.jpg
Bincangkan mengenai kesan berantai di mana perpaduan membawa ke
kemakmuran, kemakmuran membawa ke perkembangan ilmu seni dan
seterusnya.
Tahukah anda bagaimana kedudukan batik hari ini boleh menjadi alat
perpaduan antarabangsa?
AKTIVITI 1.1
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 9
Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan
ekspresi bebas dalam pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak
memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk
meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi
ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan
mereka sendiri. Berbeza dari orang dewasa, kanak-kanak mempunyai
impuls kreatif yang tersendiri dan haruslah digalakkan untuk memajukan
keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu
dibebaskan dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya
tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan
agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut
kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak
boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-
prinsip seni sebagai suatu pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan
kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari kaca mata orang dewasa.
Keperluan asasi kanak-kanak dipentingkan dan kanak-kanak dikatakan
adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanak-kanak menggunakan
imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang.
Minat belajar dan minat untuk memajukan diri meningkat. Maka kanak-
kanak sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar. Kenyataan ini juga telah
membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk kanak-
kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran
lain.
Sebagai guru, anda perlu menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana
mencetuskan cara untuk memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan
tenaga diperlukan untuk mengkaji dan mendekati kanak-kanak.
Adakah ini bermaksud guru boleh mengambil kesempatan untuk biar
murid membuat apa sahaja sesuka hati? Mengapa?
AKTIVITI 1.2
10 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
(f) Jnhn Dcwcy (18591952), lihat Rajah 1.8.
Dewey membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman
kepada kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-
kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.
Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia.
Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan
zikal, emosi dan intelektual (kecerdasan kiran) melalui seni.
(g) WaItcr Grnpius (18831969), lihat Rajah 1.9.
Walter Gropius berpendapat bahawa Seni Visual seharusnya berfungsi dalam
memberi faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat
diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip asas reka ke barangan
seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan
teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetik telah dibawa ke barangan seharian
seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan
lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan bahan.
Rajah 1.8: John Dewey
Sumber: http://www.bealt.barnard.columbia.edu.amcw.images.html
Rajah 1.9: Walter Gropius
Sumber: http://www.anxo.org/artigos/050600.html
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 11
Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni komersial dan seni dalam
kehidupan seharian.
(h) Eand dan Chapman
Eand dan Chapman berpendapat bahawa:
- soni adaIal unluk masyarakal korana soni borasaskan kopada kolondak
dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat; dan
- soni sangal bormakna jika kroalivili monjadi unsur yang diulamakan dan
masyarakat menitikberatkan imaginasi yang direalitikan.
Eand juga berpendapat bahawa teori seni seharusnya dipadankan dengan
teori pendidikan yang melibatkan nature of art di gabungkan dengan the
nature of knowledge disamping the value and process of teaching.
(i) Lansing
Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran,
sikap dan psikomotor. Oleh itu, seni akan membantu seseorang itu membesar
dengan kekuatan otak kiri (hoki) dan otak kanan (hoka).
(j) Junc McFcc, lihat Rajah 1.10.
McFee menekankan lebih kepada kesenian dan individu serta seni dalam
masyarakat warisan budaya sesuatu kaum. Bertitik tolak daripada aspek
budaya inilah seni akan diterus dan dikembangkan.
(k) FcIdman
Feldman membuat pernyataan yang hampir sama dengan McFee yang
menekankan bahawa seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan
seni kepada manusia.
Rajah 1.10: June McFee
Sumber: http://aad.uoregon.edu/FCKeditor/cffm/
custom/images/aad/research/mcfee.gif
12 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.4.1 Membina Konsep Kendiri Berdasarkan Konsep
Seni Visual Barat
Konsep kendiri mengenai seni visual yang berikut boleh dibina berdasarkan konsep
seni visul barat:
(a) Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti
pelajar.
(b) Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan
dalam Seni Visual. Melalui pelbagai teknik yang mereka pelajari, pelajar mula
mengukuhkan sikap kendiri mereka.
(c) Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya
mereka.
(d) Menghargai dan memulihara seni merupakan pertimbangan yang paling ideal
untuk memartabatkan seni visual secara global.
(e) Menghargai dan menyedari semata-mata juga tidak mencukupi kerana melalui
kesedaran ini murid-murid seharusnya semakin kreatif dan produktif.
(f) Jauh lebih penting diperingkat global, ia membentuk sikap JERI (jasmani,
emosi, rohani dan intelek) seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan menjadi tunjang utama dalam pemupukan dan pembinaan
insan yang literal mengenai Pendidikan Seni Visual.
1.5 PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM
TENTANG SENI VISUAL
Subtopik ini akan membincangkan pandangan beberapa tokoh timur Islam
tentang seni visual.
1.5.1 Muslim
Muslim dalam Kitab Al-Iman menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai
ilmu seni bertemu dengan objek alam semulajadi, akan dapat mencipta suatu karya
atau sekurang-kurangnya dapat menghargai objek tersebut.
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 13
Mengikut pandangan Islam, Allah adalah yang maha berkuasa, maha esa dan maha
indah. Segala seni perlu dikaitkan dengan kebaikan. Akhlak dalam ajaran agama
adalah penting. Al-Ghazali menulis mengenai keindahan cinta pada tuhan dan
keindahan berada di sisi tuhan. Tokoh lain yang terkenal adalah seperti Sidi Ghazaba,
Ibnu Khaldun dan Yusof al Qardawi.
1.5.2 Membandingkan Pandangan Al-Ghazaba
dengan Sidi Ghazalba dari Perspektif Islam
(a) AI-GhazaIi
Menurut Al-Ghazali:
- soni borsandarkan daripada AIIal kopada AIIal,
- soni monuju kopada AI-IaIal, unluk korodaan AIIal dan monglindarkan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah; dan
- soni dijadikan sobagai pomangkin unluk kolaqvaan. MoIaIui karya soni,
sifat tawaduk akan lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah.

(b) Sidi GhazaIba
Menurut Sidi Ghazalba:
- soni lidak oksos (moIampaui balas-balas kosusiIaan),
- soni unluk IsIam, borlunjangkan dari AIIal unluk AIIal,
- koindalan yang dilasiIkan dari iIlam soni soniman borlunjangkan kopada
mardatillah dan
- soni mombonluk poribadi musIim ko aral yang Iobil manlap dan
beriman.
Cuba anda cari maklumat lanjut mengenai pandangan Islam terhadap
seni dari sumber yang bertauliah.
AKTIVITI 1.3
14 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.6 SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL
Jadual 1.1 menunjukkan perkembangan seni visual barat.
JaduaI 1.1: Perkembangan Seni Visual Barat
Zaman/Abad Tnknh-tnknh
Mcdia yang
Digunakan
HaI Bcnda yang
Dipaparkan
Zaman Yunani Polygnotos t
Protogenes t
Zeuxis t
Apelles t
fresko t
mozek t
adat istiadat t
agama t
Zaman
Renaissance
(abad ke-14
abad ke-16)
Leonardo Da Vinci t
Albrecht Durer t
fresko t
cat tempera t
cat minyak t
cat air t
kitab suci t
agama Kristian t
potret t
peperangan t
(abad ke-19
abad ke-20)
Gaya baru:
abstrak dan
semi abstrak
Paul Cezanne t
Vincent Van Gough t
Henri Matisse t
Pablo Picasso t
Salvador Dali t
Jackson Pollock t
Roy Lichtenstein t
Victor de Vasarely t
Carl Andre t
Has Haacke t
cat minyak t
cat enamel t
cat aluminium t
cat campuran t
alam benda t
pemandangan t
lanskap t
kegiatan manusia t
konsep karyaan t
secara tidak diduga
melalui eksperimen
Tahukah anda bahawa seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani
dengan menggunakan media fresko atau mozek? Hal benda yang dipaparkan ialah
peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis-pelukisnya terdiri
daripada Polygnotos, Protogenes, Zeuxis dan Apelles.
Seni visual seterusnya mengalami zaman kemuncaknya di Eropah pada abad ke-14
hingga abad ke-16. Zaman kemuncak ini berlaku pada Zaman Renaissance atau
Zaman Pembaharuan. Media yang digunakan terdiri daripada fresko, cat tempera,
cat minyak dan cat air. Hal benda yang diperkatakan berkisar mengenai kitab suci,
agama Kristian, potret dan peperangan. Pelukis-pelukis yang terkenal pada zaman
itu ialah Leonardo Da Vinci (Itali 14521519) dan Albrecht Durer (Jerman 1471
1528)
Pada abad ke-19 hingga abad ke-20 pula, muncul catan gaya baru iaitu semi abstrak
dan abstrak. Pada masa ini media yang digunakan terdiri daripada cat minyak, cat
enamel, cat aluminium dan cat campuran. Hal benda yang ditampilkan berkaitan
dengan alam benda, pemandangan, lanskap, kegiatan manusia dan konsep karyaan
secara tidak diduga melalui eksperimen. Gaya catan ketika itu dipengaruhi oleh
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 15
aliran isme seperti Impresionisme, Ekspresionisme, Ekpresionisme Abstrak,
Kiubisme, Seni Pop, Seni Op, Seni Minimal dan Seni Konseptual. Pelukis-pelukis
yang terlibat terdiri daripada Paul Cezanne, Vincent Van Gough, Henri Matisse,
Pablo Picasso, Salvador Dali, Jackson Pollock, Roy Lichtenstein, Victor de Vasarely,
Carl Andre dan Has Haacke. Jadual 1.2 pula menunjukkan perkembangan seni
visual di Malaysia.
JaduaI 1.2: Perkembangan Seni Visual Malaysia
Pcrkcmbangan Scni VisuaI MaIaysia
1930-an1940-an Perkembangan seni visual bermula. t
Pendekatan kaedah seni catan easel. t
Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat. t
1950-an Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat. t
Hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, t
kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak.
1960-an Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan t
berdaya saing lagi.
1970-an Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya t
pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-
isme barat.
1980-an1990-an Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. t
Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan seni visual. t
Perkembangan seni visual di Malaysia menyerlah bermula pada tahun 1930-an
hingga 1940-an yang memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan
mengambil tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat. Pada tahun
1950-an, berlaku pertembungan stail Timur dan Barat yang menggunakan hal
benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak
dan semi abstrak. Menjelang tahun 1960-an situasi ini menjadi lebih berkembang
dan berdaya saing lagi. Era 1970-an menampilkan banyak lagi sumbangan kerana
munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat
seperti Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak, Minimal, Pop, Op Dan Realisme.
Akhirnya menjelang tahun 1980-an hingga 1990-an, perkembangan seni memuncak
dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam mempengaruhi terhadap peluasan seni
ini di instiusi pengajian tinggi.
1.7 PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal
huruf atau nombor sebagai asas membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka
juga seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat melibatkan dan
16 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
menguasai asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan menghalang
kanak-kanak itu daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati
menerusi interaksi deria tampak melalui simbol-simbol tampak di sekeliling mereka.
Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara
eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui
ekspresi diri mereka.
Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan
deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan
menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat
pengamatan dan penaksiran.
Dalam situasi lain, Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan
dengan masalah menggunakan kemampuannya dalam membuat huraian dan
seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika
kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya
melahirkan konsep. Ini adalah keupayaan yang amat diperlukan dalam proses
kehidupan mereka.
Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak
dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai
manusia dari masa ke semasa.
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka
dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-
perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak
diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.
Akhir sekali, Fuller dan Pribble (1982) dan Ross (1983), mendapati kanak-kanak
boleh belajar dengan baik dalam melahirkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur
politik. Contoh ini dapat membuktikan kemampuan kanak-kanak di dalam membuat
keputusan sesuatu karikatur yang sesuai untuk sesuatu idea secara tampak dan
menentukan bagaimana melakar sifat-sifat fizikal imej karikatur dalam usaha
melahirkan pendapatnya.
Cari maklumat lanjut mengenai sekolah seni. Apakah kelebihannya
berbanding dengan sekolah biasa?
AKTIVITI 1.4
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 17
RUMUSAN
- DaIam lopik ini, anda loIal didodalkan kopada ruang Iingkup dan pandangan
tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Visual.
- WaIaupun ruang Iingkup ini moIuas dan gIobaI sifalnya, kila porIu monumpukan
tasawwur Pendidikan Seni Visual sekolah rendah berpandukan Sukatan Pelajaran
Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran.
- Anda juga solarusnya dapal mongonaI pasli bidang-bidang komaliran
pendidikan seni visual yang diajar di sekolah rendah disamping menyerap
maklumat dan input-input yang seharusnya disogok kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah.
- Momalami Sukalan IoIajaran daIam Iondidikan Soni VisuaI sokoIal rondal
memudahkan persediaan anda menjadi bakal guru pendidikan seni visual
sekolah rendah yang mantap.
Al-Falah
Ekses
Ekspresi
Estetik
Imaginasi
Inovatif
Intuisi
Inventif
Isme
Jeri
Karaktor
Mardatillah
Persepsi
Representatif
Tawaduk
Universal
Apakah yang anda faham mengenai nilai-nilai estetik? Dengan memilih satu
produk dalam pendidikan seni visual, huraikan bagaimana nilai-nilai estetika dapat
diaplikasi dengan berkesan.
UJIAN 1
18 TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
Berdasarkan pengurusan grak di bawah ini cari persamaan dan perbezaan di antara
konsep seni Barat dan seni Islam/Timur
KONSEP SENI TIMUR/ BARAT
PERSAMAAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
PERBEZAAN
BARAT TIMUR
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.
UJIAN 2

Anda mungkin juga menyukai